KOTA KINABALU: Dua projek Mesra Rakyat (PMR) oleh Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) di Nabawan, pedalaman Sabah, iaitu Skim Nabawan dan Estet Pandewan, telah memberi harapan baharu kepada semua 578 peserta tempatan yang terlibat, kebanyakannya daripada komuniti Murut.
Bagi Skim Nabawan, SLDB setakat ini telah membangunkan seluas 474.13 hektar (ha) daripada kawasan seluas 2,275.58 ha dengan kelapa sawit semenjak 2011.
Daud Anggau, 42, ketua kampung di Nabawan berkata pelbagai usaha telah dibuat sebelum ini untuk memberikan nilai ekonomi kepada tanah itu, seperti menanam ubi kayu dan buah markisa serta mengusahakan ternakan air payau, tetapi semua ini gagal memberikan impak kepada kehidupan masyarakat setempat.
Beliau berkata mesyuarat antara SLDB dan masyarakat kampung telah melihat 292 peserta dipilih untuk projek PMR keduanya.
"Kami berterimakasih kepada SLDB kerana projek-projek PMR bukan sahaja menjanjikan masa depan yang cerah kepada peserta, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Alfonsos Thomas, salah seorang daripada 289 peserta yang terlibat dalam projek perladangan kelapa sawit di Estet Pandewan berkata projek PMR itu telah menarik perhatian penduduk kampung dari Pensiangan dan Sapulut.
"Mereka benar-benar berminat dengan apa yang mereka lihat di sini, dan mereka berharap SLDB boleh melaksanakan projek yang serupa di kawasan mereka," katanya.
Dalam perkembangan lain, ketua pegawai eksekutif SLDB, Jhuvarri Majid (gambar) berkata agensi itu merekodkan pertumbuhan purata 20 peratus setiap tahun semenjak 2006 sementara nilai bersihnya naik kepada RM536 juta pada 2012 berbanding RM228 juta pada 2006.
Beliau berkata nilai tanah yang diusahakan oleh SLDB bagi tempoh yang sama meningkat kepada RM1.2 bilion daripada RM411 juta enam tahun lepas.
"Setakat ini, terdapat 5,342 peserta dalam projek-projek pembangunan pertanian di seluruh Sabah, kebanyakannya di kawasan pedalaman Sabah, dan jumlah dividen yang dibayar kepada mereka adalah RM120 juta," katanya.
SLDB juga membangunkan tanah di kawasan luar bandar untuk pemilik yang telah diberikan geran tanah komunal, satu cara paling cepat untuk memberikan hak tanah kelompok kepada penduduk tempatan.
Lebih seribu penduduk terdiri daripada pemimpin masyarakat, belia dan pelajar dari mukim Salong menyertai program Outreach Salong, Pegalungan di Kampung Salong di Nabawan.
Ketua Program Unit Penyelidikan, Pendidikan Luar Bandar Universiiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Khalid Johari berkata program itu bertujuan mempertingkatkan kredibiliti akademik UMS untuk meneroka potensi ilmu berkaitan keperluan pembangunan, pendidikan dan sosio-ekonomi masyarakat di pedalaman.
Jelasnya beliau, sebahagian besar aktiviti dalam program 4 hari itu bersifat kemasyarakatan yang mampu memberi pendedahan terhadap pentingnya pendidikan lestari, membabitkan komuniti di pedalaman dan pelajar sekolah luar bandar.
Sementara itu, berucap merasmikan program itu, Penolong Pegawai Daerah Nabawan Aloysius Anthony berkata, masyarakat luar bandar masih memerlukan bimbingan serta pendedahan, khususnya penuntut diperingkat sekolah rendah supaya mempunyai motivasi untuk belajar sehinga ke menara gading.
July 2011 – Nabawan, Sabah, kira-kira 160km dari Kota Kinabalu. Misi ziarah sahabat-sahabat lama yang banyak membantu usaha dakwah di pedalaman. Banyak perubahan sejak 18 tahun saya tidak ke sini.
Bertemu kembali Abang Tommy (Mohammad Jun) dan keluarganya di Pekan Nabawan. Beliau berniaga servis komputer dan jahitan pakaian. Insan ini amat banyak membantu usaha dakwah. Rumahnya menjadi salah satu tempat persinggahan sebelum meneruskan perjalanan dakwah ke Pensiangan, sempadan Sabah-Kalimantan.
Posts related to Mohammad Jun dan keluarganya di Pekan Nabawan
NABAWAN: Cik Muslisah Pangawai dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau Pesta Kaamatan Daerah Nabawan yang berlangsung di Pentas Terbuka Tamu Pekan Nabawan pada Rabu. Muslisah, 21, berasal dari Kg. Sabinait Baru, Murni C, Nabawan yang bertugas sebagai Kerani di sektor swasta dengan hobinya menari dan bermain badminton pada masa lapang menewaskan enam peserta yang layak ke pusingan akhir.
Tempat kedua disandang oleh Leu Kui Ink, 18, dari Kg. Bahagia A, Nabawan yang bekerja sebagai juru kecantikan dengan hobi membaca.
Tempat ketiga jatuh kepada Yesomeh Makiong dari Kg. Layon satu-satunya peserta dari kampung yang terpencil di Mukim Pamuntarian.
Yesomeh, 20, yang berhobi menari dan membaca pada masa lapang seorang pelajar Kolej ILHAM bercita-cita menjadi 'assistant manager'.
Serama 14 peserta menyertai pertandingan Unduk Ngadau sempena Pesta Kaamatan Perigkat Daerah Nabawan.
by Mohd Haizuren Abdullah Janji ditepati Dato Seri Najib hanyalah gimik yang tak membawa erti kepada penduduk di Nabawan,,sebagai bukti bahawa mereka telah ditipu sepanjang masa oleh UMNO/BN,Admin membawakan bukti jelas dan nyata janji UMNO/BN membina sebuah Klinik pada tahun 1999,dan hingga kini hanya "Projek Ladang Lalang dan Semak" sedang giat berjalan di tapak Projek tersebut
"Jangan salahkan rakyat,kalau belum pernah jejak Nabawan jangan cakap pakai hujah apa yang dipaparkan di Tv3 atau Utusan,semua rakyat terutama macai-macai Umno harus pakai otak bentangkan fakta,suara penduduk sekitar Nabawan sudah lama berkumandang cuma media tekan dan sembunyikan supaya tak menjejaskan reputasi Umno/Bn."
Pada Tahun ini TPM sudah datang melawat Nabawan tapi apabila beliau melihat orang kampung datang membawa sepanduk ketika lawatan beliau ke sana,beliau hanya mampu melihat saja tanpa turun bertemu rakyat dan menjelaskan apa-apa.Tengoklah bagaimana media TV3/Utusan melaporkan lawatan beliau disambut meriah walhal kejadian itu tidak seindah seperti yg dikhabarkan.
Beliau juga berharap agar rakyat jangan menyokong membabi buta,selidik lah dulu,ni belum kes tanah masyarakat salarom taka yg dirampas oleh kerajaan..klinik kesihatan nabawan mmg ada tapi terlalu usang..kamu patut melihat bagaimana klinik di sana msh bergantung dgn generator..tu br nabawan..blm cerita lg d pensiangan..pesakit baring atas bot pegang IV drip..smp bila mau tgk rakyat susah bg2?smp bila?jwb lah org Sabah yg prihatin..x kah kamu kesian melihat bayi kecil di usung atas bot semata2 uk keluar ke pekan kgau..
(Keluhan seorang penduduk Nabawan)
PRU13 Jom tolak UMNO/BN...undilah Pakatan Rakyat melakar perubahan yang lebih baik dari hari ini.
KOTA KINABALU: Dua projek Mesra Rakyat (PMR) oleh Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) di Nabawan, pedalaman Sabah, iaitu Skim Nabawan dan Estet Pandewan, telah memberi harapan baharu kepada semua 578 peserta tempatan yang terlibat, kebanyakannya daripada komuniti Murut.
Bagi Skim Nabawan, SLDB setakat ini telah membangunkan seluas 474.13 hektar (ha) daripada kawasan seluas 2,275.58 ha dengan kelapa sawit semenjak 2011.
Daud Anggau, 42, ketua kampung di Nabawan berkata pelbagai usaha telah dibuat sebelum ini untuk memberikan nilai ekonomi kepada tanah itu, seperti menanam ubi kayu dan buah markisa serta mengusahakan ternakan air payau, tetapi semua ini gagal memberikan impak kepada kehidupan masyarakat setempat.
Beliau berkata mesyuarat antara SLDB dan masyarakat kampung telah melihat 292 peserta dipilih untuk projek PMR keduanya.
"Kami berterimakasih kepada SLDB kerana projek-projek PMR bukan sahaja menjanjikan masa depan yang cerah kepada peserta, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Alfonsos Thomas, salah seorang daripada 289 peserta yang terlibat dalam projek perladangan kelapa sawit di Estet Pandewan berkata projek PMR itu telah menarik perhatian penduduk kampung dari Pensiangan dan Sapulut.
"Mereka benar-benar berminat dengan apa yang mereka lihat di sini, dan mereka berharap SLDB boleh melaksanakan projek yang serupa di kawasan mereka," katanya.
Dalam perkembangan lain, ketua pegawai eksekutif SLDB, Jhuvarri Majid (gambar) berkata agensi itu merekodkan pertumbuhan purata 20 peratus setiap tahun semenjak 2006 sementara nilai bersihnya naik kepada RM536 juta pada 2012 berbanding RM228 juta pada 2006.
Beliau berkata nilai tanah yang diusahakan oleh SLDB bagi tempoh yang sama meningkat kepada RM1.2 bilion daripada RM411 juta enam tahun lepas.
"Setakat ini, terdapat 5,342 peserta dalam projek-projek pembangunan pertanian di seluruh Sabah, kebanyakannya di kawasan pedalaman Sabah, dan jumlah dividen yang dibayar kepada mereka adalah RM120 juta," katanya.
SLDB juga membangunkan tanah di kawasan luar bandar untuk pemilik yang telah diberikan geran tanah komunal, satu cara paling cepat untuk memberikan hak tanah kelompok kepada penduduk tempatan.
Dua pesara guru, Paulus Tangkong dan Haji Arshad Ambikin Liang telah menerima Anugerah Tokoh Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Nabawan kali ke 42 yang berlangsung di dewan serbaguna di Nabawan.
Sementara itu, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sepulut, Osman Aganduk turut menerima Anugerah Kepimpinan Pendidikan.
Selain daripada itu, dua guru Oguslina Siambing dan Zulkiflie Mohamad masing-masing turut menerima Anugerah Guru Inovatif kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah manakala Anugerah Pusat Sumber Cemerlang disadang Sekolah Kebangsaan Kampung Enam Nabawan.
Sambutan Hari Guru peringkat Daerah itu dirasmikan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jame Alip.
Berucap merasmikan majlis tersebut, Jame mengesa warga pendidik agar sentiasa memperbahurui sistem pembelajaran dalam dan luar kelas mengikut keadaan semasa agar pelajar dapat menghayati dan memahami apa yang dipelajari.
Jelasnya, ini disebabkan kehendak dalam sistem pembelajaran masa kini jauh berbeza berbanding sistem dahulu.
26 Disember 2013 BELURAN: Kegembiraan empat sekeluarga yang dalam perjalanan ke Sandakan sempena cuti perayaan Natal bertukar hiba apabila dua maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di kilometer 80 Jalan Beluran – Telupid, dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, pemandu kereta jenis Perodua Alza Ahmad Rafaie Daud, 33, dan seorang anak perempuannya Nur Amani Batrissya, dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.
Sementara itu, isterinya Theresa Thomas, 30, dan seorang anak lelakinya Aidit Fredly Ahmaf, 8, masih dirawat di Hospital Duchess Of Kent di sini.
Difahamkan, kemalangan membabitkan lori yang dalam perjalanan dari arah Lahad Datu menuju ke Kota Kinabalu.
Apabila tiba di tempat kejadian tiba-tiba kenderaan Perodua Alza yang dipandu Ahmad dari arah bertentangan dipercayai terbabas lalu berlaku pertembungan.
Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Selasa depan.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur serta ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter.
Selain itu, kawasan pantai di negeri berkenaan turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berterusan sehingga 31 Dis.
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj berlaku di perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.
Kedua-dua keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk menangkap ikan, pekerja di pelantar minyak dan perkhidmatan feri.
Menurut kenyataan itu, ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah dijangka berterusan sehingga awal petang ini. – BERNAMA
Sepasang suami isteri ditemui mati dibunuh dalam sebuah bilik tidur di sebuah kilang memproses makanan laut di Penampang, Sabah, pagi tadi.
Chen Ching Woei, 42, dan isterinya Chang Ling Ping, 44, yang berasal dari Kuching, Sarawak.
Mangsa ditemui berlumuran darah di atas katil dan lantai oleh penyelia kilang kira-kira jam 8 pagi.
Penyelia kilang yang hanya mahu dikenali sebagai Chang berkata dia dihubungi majikannya meminta dia mencari mangsa selepas lelaki itu gagal dihubungi.
Ching Woei bekerja sebagai pemandu di kilang berkenaan tinggal di bilik terbabit bersama isterinya sejak dua tahun lalu.
Sebilah kapak kecil yang dipercayai digunakan untuk menyerang pasangan itu ditemui di dalam sebuah tong cat.
Siasatan awal mendapati tiada kehilangan harta benda milik mangsa dan tiada kesan pecah masuk pada bangunan kilang berkenaan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh ketika dihubungi berkata siasatan masih dijalankan untuk menjejak suspek serta motif pembunuhan.
Polis turut meneliti rakaman kamera litar tertutup bagi membantu siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Gempar! Pesawat Maswings Terhempas di Kudat (12 Foto) | Berita pesawat terhempas di Malaysia memang cukup menggemparkan kerana ia merupakan kes yang amat jarang berlaku terutama melibatkan pesawat penumpang. Baru-baru ini sebuah pesawat Maswings yang merupakan anak syarikat MAS telah terhempas di Kudat. Melayukini.net difahamkan pesawat berkenaan telah terhempas di kawasan sebuah rumah dan mengakibatkan dua orang maut dan membabitkan 16 orang mangsa. Anda boleh lihat gambar pesawat maswings terhempas di bawah ini.
Dilaporkan dua penumpang parah apabila sebuah pesawat ringan milik MAS terhempas di Lapangan Terbang Kudat berhampiran Kampung Sin San jam 3.30 petang tadi. Pesawat itu juga dijadualkan berlepas dari Kota Kinabalu menuju ke Kudat. Menurut Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, kesemua 16 mangsa berjaya dikeluarkan daripada pesawat. Seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 2.54 petang. Dilaporkan terdapat tumpahan minyak susulan nahas itu. Punca kejadian masih dalam siasatan. Laporan awal insiden itu berlaku apabila pesawat tergelincir dan terbabas di sebuah kampung di Kudat apabila membuat pendaratan cemas.
Gambar Pesawat MASwings Terhempas Di Lapangan Terbang Kudat
Update: Dua orang disahkan meningga dunia akibat insiden tersebut. Mangsa yang maut dikenali sebagai Tan Ah Chai, 96 dan juga pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 22.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili melancarkan pusat pembangunan bercampur 100 juta ringgit 1Avenue di Kota Marudu, yang akan menjadikan daerah itu sebuah hab ekonomi di Utara Sabah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata, projek komersil dan kediaman itu akan menjadi pemacu utama usaha membangunkan daerah tersebut.
Ia sejajar dengan manifesto pilihan raya beliau, 'Transformasi Untuk Kota Marudu Yang Maju dan Berdaya Saing'.
Kota Marudu mempunyai 384 projek sedia ada dan 165 lagi sedang dibina. Manakala 701 lagi sedang mendapatkan kelulusan pembinaan, sementara terdapat 536 rumah di kawasan bandar, seribu 697 rumah sedang dibina, termasuk projek 1Avenue dan 616 lagi telah diluluskan untuk pembangunan dalam beberapa tahun lagi.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan media di Kota Kinabalu.
Menurut Datuk Maximus, 1Avenue bukan hanya menampung keperluan bagi fasiliti komersil dan perniagaan di Kota Marudu, tetapi juga menyediakan kediaman, hotel dan sebuah panggung wayang.
Pembinaan 1Avenue terdiri daripada dua fasa dengan 296 rumah kedai dan pejabat, hotel tiga bintang pertama daerah itu dengan 160 bilik dan panggung wayang pertama di Wilayah Utara Sabah.
Pembangunan kediaman itu juga akan dilengkapi kemudahan gaya hidup moden seperti kolam renang, dewan pelbagai dan taman permainan kanak-kanak.
Maria (Maria/Brna)
~mfja~
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili melancarkan pusat pembangunan bercampur 100 juta ringgit 1Avenue di Kota Marudu, yang akan menjadikan daerah itu sebuah hab ekonomi di Utara Sabah.Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata, projek komersil dan kediaman itu akan menjadi pemacu utama usaha membangunkan daerah tersebut.Ia sejajar dengan manifesto pilihan raya beliau, 'Transformasi Untuk Kota Marudu Yang Maju dan Berdaya Saing'.Kota Marudu mempunyai 384 projek sedia ada dan 165 lagi sedang dibina. Manakala 701 lagi sedang mendapatkan kelulusan pembinaan, sementara terdapat 536 rumah di kawasan bandar, seribu 697 rumah sedang dibina, termasuk projek 1Avenue dan 616 lagi telah diluluskan untuk pembangunan dalam beberapa tahun lagi.Beliau berkata demikian dalam kenyataan media di Kota Kinabalu.Menurut Datuk Maximus, 1Avenue bukan hanya menampung keperluan bagi fasiliti komersil dan perniagaan di Kota Marudu, tetapi juga menyediakan kediaman, hotel dan sebuah panggung wayang.Pembinaan 1Avenue terdiri daripada dua fasa dengan 296 rumah kedai dan pejabat, hotel tiga bintang pertama daerah itu dengan 160 bilik dan panggung wayang pertama di Wilayah Utara Sabah.Pembangunan kediaman itu juga akan dilengkapi kemudahan gaya hidup moden seperti kolam renang, dewan pelbagai dan taman permainan kanak-kanak.(25) Maria(Maria/Brna)
best or menarik di Tawau?? haha dah setahun tinggalkan Tawau baru ko nak tulis pasal TAwau? mendee la aku nih kan
ni sebab aku tengok news kat tv tadi harga ikan mahal..dah naik? nape? semua brg nak naik mampos gini sebab kat Tawau…amatlah murah ikan di sini maybe that one of the best thing in tawau
so ikut list aku k. apa yg best Tawau nih
seafood. diulngi SEAFOOD. fresh dan murah gile weh. pergi Pasar Besar Tawau memang bersepah ikan udang sotong udang semuaa laaahh…rumpai laut kolagen tuhhh RM8 je sekiloo. ikan tenggiri rm 10 sekilo. ada timee luck best. aku penaj dpt seekor medium sized ikan tenggiri rm 10 jewww. ikan kembong rm 5-8 je sekilo. udang?? yg besar2 segar RM 12-15 jewwwww..wahhh masyukkkk….ikan merah rm 15 je sekilo.gi awal pagi lagi dapat murah. sotong tergetik2 baru naik dari bot nelayan!! masyukkkkk
Tenang aman damai. sesuai nak buat anak di sini.hehe.aku le tu.
shopping mall takde. yg paling besar gah pun Giant n Servay. once again sesuai la nam besarkan anak n besarkan wang simpanan anda. hahaha. macam aku.ehm ehm..duit tak bergerak pun sbb tak shopping. hihi online shopping bulehhhhh
dekat nak gi pulau yang cantik yang amat di Savah ni. u just name it - Sipadan, Mataking, Pom pom, Mabul , Kapalai?? memang semua aku go. sbb kerja hehehe
sola try The C special. ada org panggil the madras. sedap!! mural rm 2 je segelas dabak
oh ya..kuih much still ada dijual rm1 dapat 5 ketul!!! hambik ko…mana wujud lagi di dunia sikalang ini
Muzium Koko. ni sykt Teck Guan punya. best muzium nih. masuk kena bayar. kena book. kena kumpulan 10 org. kalau tak diorang tak layan. see? sbb muzium ni best. kalau ada masa sila pergi tauuu
Nasi Lalap. try lay. kat Tawau jer ada.hehe . aku tak suka. simple sgt dish ni
Es Teller. macam ABC. ais kacang. tapi ada unik dia. sila cuba. aku sekali cuba , tergelak sampai satu kedai dengar hahaha
Pelan Tindakan NBOS Bandar Pertama Dilancar Di Kota Belud
KOTA BELUD, 11 Jan – Pelan Tindakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang pertama peringkat bandar dilancarkan di Kota Belud melibatkan 21 projek bernilai RM37.2 juta bagi tempoh tiga tahun bermula tahun ini.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata daripada jumlah itu, 11 adalah projek 'Quick Wins' bernilai RM7.47 juta yang akan dilaksanakan tahun ini di daerah yang mendapat jolokan nama Daerah Koboi Timur itu.
"Kementerian akan melaksanakan peruntukan serta-merta dan disiapkan tahun ini, antaranya projek menaik taraf sistem perparitan bandar di Kompleks Centenary dan Pasar Tani, menyediakan tempat letak kereta baharu, naik taraf jalan dan padang serta mercu tanda Kota Belud," katanya.
Abdul Rahman yang juga anggota Parlimen Kota Belud berkata demikian ketika berucap pada perasmian NBOS Kota Belud serta pelancaran freewifi@kotabelud di Dewan Tun Said di sini hari ini.
Beliau berkata komponen utama projek mesra rakyat itu ialah pembinaan Bazar Rakyat tiga tingkat di tapak pasar tani sedia ada dan menaik taraf padang pecan itu melibatkan kos RM9.8 juta.
Abdul Rahman berkata kementerian juga akan membina terminal bas bersepadu, tempat letak kereta bertingkat dan menempatkan semula secara berpusat gerai pasar tani, pasar malam dan gerai kecil selain menaik taraf Arked Kota Belud dan kajian sistem lalu lintas bandar.
"Pelan tindakan ini adalah hadiah kepada warga Kota Belud yang akan memberi perkhidmatan menyeluruh serta mewujudkan esplanad sebagai tumpuan pengunjung dan tempat persinggahan kepada lebih 91,000 penduduk dari pantai barat utara Sabah seperti Kota Marudu, Pitas, Matunggong, Banggi dan Kudat," katanya.
Sementara itu, katanya perkhidmatan freewifi menerusi kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu membolehkan kira-kira 9,000 penduduk meningkatkan akses kepada maklumat terkini dan peluang ekonomi menerusi wifi percuma dengan kelajuan sehingga lapan Mbps.
Pada majlis itu, Abdul Rahman turut mengumumkan pengagihan 3,000 unit netbook jenama terkemuka kepada penduduk setempat khususnya di daerah Kota Belud.
Dalam pada itu, beliau berkata kementerian akan membantu membina semula 38 rumah golongan miskin yang terlalu uzur, tidak selamat atau tidak sesuai di sekitar Kota Belud di bawah program Pembasmian Kemiskinan Bandar.
Abdul Rahman berkata selain itu, kementerian dan Jabatan Pengairan dan Saliran persekutuan serta negeri sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan RM20 juta daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk menaik taraf Sungai Gurung-Gurung bagi menyelesaikan masalah banjir.
[unable to retrieve full-text content]Hari ini (Ahad) saya telah sempat meluangkan masa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Krismas Dan Tahun Baru P.169 Kota Belud bertempat di Dewan Tun Said Kota Belud. Lebih kurang 1,000 orang telah membanjiri ...
[unable to retrieve full-text content]Ramalan cuaca di seluruh Sabah hari ini hujan sehingga jam 6.00 petang. Kesejukan yang terasa sekarang ini ibarat salji turun diluar sana. Banyak tempat yang dah banjir termasuklah kampung aku di Kota Belud. Air baru ...
SPNB BINA RUMAH MAMPU MILIK DI PAPAR Oleh: Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Sr. Kamarul Rashdan Salleh, Pengarah Urusan
Papar, Sabah 19 Jun – Bersempena dengan Program Motivasi, Anugerah Pelajar Cemerlang anjuran Ahli Parlimen Papar dengan kerjasama Yayasan Pelajaran MARA dan SPNB, telah turut diadakan Penyerahan Surat Tawaran dan Kunci Rumah Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan juga pameran hartanah SPNB.
Majlis yang berlangsung di Dewan Dato Salleh Sulong, Papar dirasmikan oleh Y.B. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Papar dan juga Ketua Puteri UMNO Malaysia. Ianya juga dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Shamshul Baharain Sulaiman selaku Ketua Jabatan Pengurusan Sumber Manusia SPNB.
Di Sabah, SPNB sedang membina 10,991 unit rumah di bawah Program Rumah Mampu Milik (RMM) bagi sembilan (9) projek yang merangkumi Taman Apas Permai di Tawau, Taman Cenderawasih di Kunak, Pangsapuri Darau Angkasa di Kota Kinabalu, Bandar Seri Gemilang di Lahad Datu, Pangsapuri Putatan Platinum serta Pangsapuri Vista Minitod di Penampang, Taman Permata serta Vista Leila Idaman di Sandakan dan juga Taman Saujana Kinabalu di Ranau. Selain itu, sejumlah 1,998 unit rumah berjaya disiapkan melibatkan lima (5) buah projek di Sabah.
Program RMR adalah program yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang berhadapan dengan kesukaran membuat pinjaman dengan institusi perbankan untuk memiliki rumah yang selesa berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Program ini telah mendapat maklumbalas yang memberansangkan di seluruh negara dimana sejumlah 44,199 permohonan telahpun diterima. Manakala pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM150 sebulan tanpa dikenakan sebarang faedah berdasarkan konsep Al-Qardhul Hassan.
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF. Inc.) yang komited menyediakan rumah berkualiti yang mampu dimiliki untuk rakyat Malaysia melalui pelaksanaan program perumahan seperti Rumah Mampu Milik (RMM), Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan juga Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai (PPT).
Di seluruh Negara, bagi Program RMM, sejumlah 14,740 unit rumah telah berjaya disiapkan dan sebanyak 21,355 unit masih ditahap pembinaan. Manakala, bagi Program RMR sebanyak 15,385 telah berjaya diserahkan.
Di Sabah, sebanyak 645 unit rumah RMR telah diluluskan dan 372 unit rumah telah diserahkan. Sementara itu, SPNB telah berjaya menyiapkan 82 buah projek yang melibatkan 24,856 unit rumah yang terbengkalai di bawah Program PPT di seluruh negara seperti yang diarahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kos pembangunan sebanyak RM557 juta.
SPNB berusaha keras demi membantu rakyat bagi memenuhi tuntutan keperluan hidup yang semakin tinggi. Dengan wujudnya Skim Rumah Pertamaku (SRP), SPNB turut bertindak sebagai one stop centre untuk membantu rakyat memiliki rumah SPNB di bawah Skim tersebut.
Penduduk Kampung Tambisan Darat, Lahad Datu Sabah digemparkan dengan fenomena pelik ikan naik ke darat pada pagi 24 Disember. Beribu-ribu ikan tamban didapati berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai Kampung Tambisan Darat dan melompat naik ke daratan.
Fenomena yang sama turut berlaku sehari sebelum kejadian tsunami di Acheh pada 26 Disember 2004. Sama-samalah kita berdoa agar ini bukan petanda tsunami dan dijauhi dari malapetaka.