ads

Isnin, 13 Jun 2011

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


&#39;LITTLE MANILA&#39; & &#39;LITTLE JAKARTA&#39; <b>DI SANDAKAN</b>

Posted: 13 Jun 2011 05:58 PM PDT


Saudara Pengarang,

SEBAGAI seorang penduduk Sandakan, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada wartawan Sabahkini.net iaitu Shaimon S. Jumadi dan Chang Shak Hung kerana kerap memaparkan permasalahan masyarakat Sandakan dan juga kepincangan pentadbiran Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Anda berdua adalah contoh wartawan yang saya sanjungi kerana melakukan kerja kewartawanan kamu tanpa 'fear and favour' kerana sebelum ini, jarang saya dapat membaca berita mengenai permasalahan penduduk Sandakan dan juga mengenai kelemahan MPS di akhbar-akhbar aliran perdana.

Contoh berita yang saya minati ialah mengenai kelemahan pihak MPS dalam mentadbir Sandakan ini seperti masalah kekotoran, kebanjiran PATI dan sebagainya. Di sini juga, saya berharap Presiden MPS iaitu Datuk Ir James Wong dapat mengambil ikhtibar dan pengajaran daripada segala berita yang dilaporkan oleh kedua-dua wartawan Sabahkini.net ini.

Saya juga ingin menyeru agar Presiden MPS lebih aktif dan lebih kerap turun padang meninjau segala permasalahan yang dihadapi oleh penduduk di Sandakan. Jangan sampai suatu ketika, penduduk Sandakan terpaksa meminta pertolongan program Aduan Rakyat terbitan TV3 untuk mengadu permasalahan hidup mereka.

Anda (Presiden MPS) harus ingat bahawa anda adalah seorang Presiden ataupun Yang Dipertua (seperti yang diguna pakai oleh Majlis-Majlis Perbandaran yang lain) kepada daerah Sandakan ini. Jadi sewajarnya, jalan tugas anda dengan penuh dedikasi.

Carilah jalan bagaimana hendak menambahkan pendapatan MPS dan menyelesaikan segala permasalahan masyarakat dan juga mentadbir serta penambah baikan MPS. Anda hendaklah mencontohi budi dan jasa bekas Presiden MPS yang lalu iaitu Datuk Adeline Leong dan Datuk Yeo Boon Hai.

Kedua dua Bekas Presiden ini sememangnya terkenal dan disayangi di kalangan masyarakat Sandakan di atas kerajinan, kesederhanaan dan keramahan mereka.

Contohnya, Datuk Adeline Leong; beliaulah antara watak penting dalam membawa projek pelaburan Sandakan Harbour Square ke daerah ini. Pembinaan projek ini di bandar Sandakan sememangnya telah mengubah wajah dan landskap bandar ini sehingga semakin maju dengan deretan kedai dan hotel.

Datuk Yeo Boon Hai pula sememangnya terkenal sebagai seorang presiden yang kerap turun padang dalam meninjau permasalahan rakyat. Beliau juga disanjungi kerana wataknya yang sederhana; sebagai contoh, beliau hanya menggunakan kereta 'Bighorn' sebagai kenderaan rasmi beliau.

Janganlah anda (Presiden MPS) hanya terperap di pejabat berhawa dingin anda selalu dan hanya mengharapkan laporan daripada kakitangan anda .Antara contoh permasalahan Sandakan yang patut Presiden MPS ambil berat dan selesaikan ialah:-

1)Masalah pelacur-pelacur yang berkeliaran setiap siang hari di belakang Hung Wing Hotel.

2)Kekotoran sampah sarap dan limpahan air kumbahan di belakang kebanyakan kedai di bandar terutamanya di kawasan Old Slipway.

3)Penjualan telur-telur penyu di jalan satu berhampiran AmBank dan Pasar Umum.

4)Kelembapan perniagaan di Wisma Sandakan kerana hanya tinggal beberapa kerat kedai meneruskan perniagaan di pusat membeli belah yang pernah suatu ketika dulu menjadi kebanggaan penduduk Sandakan. Anda hendaklah cuba mendapatkan pelabur lain mengambil alih pusat membeli belah ini dan mengubahsuai sebagi hotel.

5)Kebanjiran PATI di Bandar Sibuga Jaya di Batu 8 yang boleh saya gelarkannya sebagai 'Little Manila' atau 'Little Jakarta'.

6)Anda juga hendaklah membuat sebuah tapak yang lebih sesuai dan tersusun untuk menjual buah-buahan tempatan di hadapan Wisma Persekutuan.

7)Cuba mendapatkan pelabur untuk memajukan Pulau Berhala menjadi sebuah pulau peranginan untuk penduduk Sandakan beriadah. Selain itu, usahakan sebuah jambatan atau jalan untuk menghubungkan Sim Sim ke Pulau Berhala.

8)Majukan pantai Pasir Putih dengan membina resort atau hotel bertaraf antarabangsa seperti STAR Hotel, Sutera Harbour Resort atau Karambunai Hotel di Kota Kinabalu. Contohnya baru-baru ini, saya ingin membawa keluarga saya bermandi-manda semasa hari 'ketupat' tetapi saya terpaksa membatalkan hasrat saya itu kerana terlihat kawasan pantai yang begitu kotor dengan sampah sarap dan najis manusia yang timbul di permukaan air laut.

9)Lebarkan jalan raya kawasan sekolah SM Muhibbah dan SRJK Yuk Choi demi keselamatan pelajar-pelajar kerana kawasan ini begitu sempit dan sesak setiap kali selepas waktu persekolahan tamat.

10)Catkan semula warna dan baikpulih pintu gerbang 'SELAMAT DATANG' di hadapan Kelab Golf Batu 7.

11)Segerakan pembinaan Libaran ByPass demi keselamatan dan kesenangan pengguna jalan raya Sandakan.

Akhir sekali, saya berharap Shaimon dan Chang meneruskan usaha murni mereka. Jangan tertekan dengan tekanan politik di dalam kerja seharian anda. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada laman Sabahkini.net yang sememangnya berkesan dalam melaporkan permasalahan rakyat sesuai dengan motto laman iaitu 'Reveal The Truth, Prevail The Faith'.

Salam Hormat,

STEVE.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Selamat Datang ke rumahdsabah: Soft Lunching Rumah Teres <b>di Papar</b>

Posted: 05 Apr 2011 12:00 AM PDT

Dua taman perumahan teres akan dilancarkan di Papar iaitu Jalan Buuzut (Vila Mutiara) dengan harga antara RM268,800 - RM298,800 dan Jalan Sapat RM178,800 - RM238,800. Taman ini akan dibangunkan oleh HBA Group www.theHBAgroup.com atau hubungi Miranda 017-8666711 untuk keterangan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


DILEMA ANAK <b>KOTA BELUD</b>: DATUK MUSBAH MENGUBAH LANSKAP POLITIK KOTA <b>...</b>

Posted: 29 May 2011 07:28 PM PDT





"Kalau bukan kita siapa lagi" dan " Kalau bukan di sini di mana lagi". Inilah kata-kata yang boleh dikaitkan dengan senario politik Kota Belud yang ada hubungkait dengan sejarah politik yang telah di lalui oleh Datuk Musbah sehingga ke hari ini. Menyingkap sejarah politik Kota Belud sejak sebelum Sabah mencapai kemerdekaan sehingga ke hari ini ianya telah di dominasi oleh sebuah keluarga yang asal-usulnya masih dipertikai oleh setengah pihak.

Urutan dari cerita itu, sejarah politik Kota Belud yang diketahui oleh generasi terdahulu telah dimulai oleh penguasaan politik keturunan Arshad yang dikatakan berasal dari Banjar Masin Indonesia kemudian mendirikan rumahtangga dengan penduduk tempatan Kota Belud. Di zaman penjajah British, Arshad telah bersekongkol dengan penjajah kerana atas nama kuasa. Penindasan telah dilakukan ke atas penduduk tempatan sehingga lahirnya" Hero" di kalangan penduduk kampung menentang penindasan yang dilakukan oleh penjajah British. " Panglima Ali atau lebih di kenali "Embu Ali" telah bangun memberontak menuntut keadilan ke atas penjajah. Meksipun "Embu Ali" mempunyai kekuatan ilmu kebal namun beliau gugur syaid ditangan Penjajah. Kematian beliau kononnya kerana pembelotan anak muridnya sendiri dengan membongkar rahsia kekebalan beliau kepada penjajah British.

Oleh kerana Arshad telah berjasa kepada pihak British, maka beliau telah diangkat sebagai pemimpin penduduk tempatan Kota Belud pada masa itu, sedangkan kalau dikira pada waktu itu ramai lagi penduduk tempatan yang lebih layak daripada beliau, akan tetapi oleh kerana kepakaran beliau mengambil hati pihak penjajah, maka beliau telah diberi kepercayaan British menjaga Kota Belud. Daripada kuasa kepolisan, adat istiadat, agama dan sosial semuanya telah diletakkan di bawah pentadbiran kekuasaan Arshad pada ketika itu. Di sinilah bermula legasi politik Arshad di Kota Belud.

Kemudian apabila Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963 keluarga inilah juga yang mentadbir Kota Belud iaitu melalui OKK Anuar bin Arshad sebagai Ketua pentadbir Kota Belud. Bermula dari kekuasaan inilah kuasa legasi Arshad ini telah berkembang melalui menantunya iaitu arwah Tun Said Keruak yang berkahwin dengan Toh Puan Bandung Binti Hasbulah bin Arshad di zaman kerajaan USNO. Di Pendekkan cerita apabila kerajaan Berjaya memerintah negeri Sabah, penguasaan keluarga Arshad ini terus mendomansi politik Kota Belud, kali ini melalui Datuk Mohd Noor Bin Mansur bin Sani bin Arshad. Setelah kerajaan Berjaya tumbang di tangan parti PBS di awal tahun 80 an. Ramai penganalisis politik menjangkakan penguasaan politik keluarga Arshad ini akan pupus, tetapi sebaliknya telah berlaku kerana waktu itu menantu mereka Tun Said telah di angkat menjadi TYT negeri sabah. Sementara anaknya Datuk Salleh Tun Said pula diangkat menjadi calun PBS di Usukan menentang Tan Sri Pandikar, tetapi tewas di tangan anak didik Tun Mustapah ini.

Kemudian apabila UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah di awal tahun 1990 an, keluarga inilah juga yang telah mendominasi politik Kota Belud sehingga salah satu keturunan mereka iaitu Datuk Salleh Tun Said telah diangkat sebagai Ketua penaja UMNO Kota Belud. Sedangkan waktu itu Tun Mustapah memangku Ketua UMNO Kota Belud. Kebijakan dan kelicikan keluarga Arshad bermain politik sememangnya sukar ditandingi mana-mana pihak khususnya di daerah Kota Belud. Penguasaan politik keturunan Arshad kini diterajui oleh Datuk Salleh Tun Sehingga ke hari ini. Inilah sejarah ringkas politik Kota Belud daripada sebelum kemerdekaan sehingga ke hari ini,

Tetapi hari ini keluarga ini tidak lagi menjadi kebanggaan sebahagian penduduk Kota Belud kerana dikalangan mereka telah lahirnya seorang pemimpin yang telah berjaya membina kekuatan sendiri tanpa meminta bantuan sesiapa. Insan yang saya maksudkan itu ialah Datuk Musbah Haji Jamli, jika diselungkar kisah hidup beliau sebelum menjadi pemimpin daerah Kota Belud bolehlah disamakan dengan "EMBU ALI" zaman Arshad sebelum negara merdeka. Embu Ali dalam zamannya beliau bangun menegakkan keadilan dari penindasan yang dilakukan oleh pihak penjajah. Sementara Datuk Musbah juga dalam eranya beliau bangun dengan sendiri untuk mengubah hidup dalam masyarakatnya dari masyarakat yang meminta-minta kepada pemimpin kepada masyarakat yang boleh hidup berdikari sendiri. Sebab itu dalam zamanya beliau telah berusaha membawa berjuta-juta ringgit projek bertujuan untuk membawa masyarakatnya keluar dari belenggu kemisikanan.

Dalam dunia politik pula, Datuk Musbah orang kebanyakkan yang telah berjaya mengubah lanskap politik Kota Belud, iaitu daripada politik yang didominasi oleh keluarga Arshad kepada politik yang lebih bebas. Maksudnya sesiapa pun anak Kota Belud yang ada kemampuan boleh diangkat menjadi pemimpin jika beliau ada kemahuan. Beliau telah membuktikan diri sendirinya apabila beliau yang suatu ketika seorang yang dari keluarga orang miskin berjaya menjadi pemimpin sehingga menjadi Ketua Bahagian UMNO Kota Belud dengan mengetepikan dominasi sementara waktu keluarga Arshad. Melihat kemampuan Datuk Musbah mengubah lanskap politik Kota Belud ini telah merisaukan Datuk Salleh yang menjadi pewaris legasi kepimpinan keluarga Arshad di Kota Belud.

Sebab itu sebelum Datuk Musbah menjadi idola dari sudut kepimpinan masyarakat Kota Belud, pada pemilihan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud tahun 2008, Datuk Salleh dan kuncu-kuncunya telah mengumpul semua kekuatan untuk memastikan Datuk Musbah tersungkur dalam pemilihan itu. Jika dikira kalau hanya kekuatan Datuk Salleh, keluarga dan wangnya belum pasti dapat menundukkan kekuatan Datuk Musbah yang semakin hari semakin mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi dari masyarakat Kota Belud. Sebenarnya kekalahan Datuk Musbah dalam pemilihan masa itu kerana pemimpin-pemimpin yang satu ketika sealiran dengan beliau yang cuba menghapuskan penguasaan legasi kepimpinan Arshad seperti Tan Sri Pandikar, Lamsil Hamidshor, Mastan Haji Hasaan dan lain-lain lagi telah berpaling tadah menyebelahi Datuk Salleh dengan mengetepikan matlamat politik awal mereka untuk menghapuskan penguasaan politik keluarga Arshad di Kota Belud.

Namun sehingga hari ini Datuk Musbah telah mencipta sejarahnya sendiri dengan melakukan sebagai orang yang pertama kali mencabar kepimpinan keluarga Arshad di Kota Belud, sebab itu penduduk Kota Belud seharusnya mendoakan kesejateraan Datuk Musbah agar terus maju ke hadapan mudah-mudahan matlamatnya supaya untuk melihat anak-anak penduduk Kota Belud tidak kira dari suku kaum Bajau, Iranun ataupun Dusun Kota Belud semuanya boleh menjadi pemimpin seperti dia. Jika diihat kalau sesuatu terjadi kepada beliau sehingga satu ketika dia tidak lagi menjadi pemimpin, siapa lagi boleh mencabar kepimpinan keluarga Arshad. Kalau dulu kaum Iranun berbangga dengan Tan Sri Pandikar kononnya dapat mencabar kepimpinan Datuk Salleh satu-satunya penyambung legasi kepimpinan Arshad sekarang ini, tapi Saudara Rosmin Kasan cakap telah menjadi tawanan Datuk Salleh Tun Said. Tan Sri Pandikar sudah kehilangan bisa, beliau telah bertuankan kepada musuh tradisinya sejak arwah ayahandanya Haji Mulia lagi. Mahu tidak mahu beliau terpaksa menerima hakikat Datuk Salleh sekarang telah menguasai politiknya.

Sebenarnya apa yang di lakukan oleh Datuk Musbah dalam mengubah lanskap politik Kota Belud merupakan satu permulaan kepada generasi akan datang supaya bangun dan melakukan sesuatu demi kelangsungan bangsa Bajau, bangsa Iranun dan Bangsa Dusun. Jangan hanya hidup di dalam negara yang merdeka tetapi masih di jajah dari segi minda dan ekonomi. Apakah akan ada lagi pemimpin seumpama Datuk Musbah yang sanggup menyusur arus hanya semata-mata untuk mempertahankan prinsip politik yang lebih berbentuk bebas. Terserahlah kepada generasi akan datang, samada mereka mahu terus-terusan dijajah atau mengikut rentak dan jalan yang telah dimulai oleh Datuk Musbah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


KK – TAMBUNAN – <b>KENINGAU</b> « Blog Ittewww

Posted: 03 Jun 2011 07:04 PM PDT

Jalan KK – Tambunan

Jalan-jalan Di Bawah Bayu: Day Three Part I

KK – Tambunan – Keningau – Tenom – Tomani – Sipitang – Beuafort

Hari ketiga di KK, luka dilutut makin parah dan bernanah. Haku cuma usap ubat krim yg doktor Pusrawi beri minggu lepas. Ubat telan yg lain habis sudah.

Jadi, dari KK haku pegi ikut jalan Tambunan. Jalan menyusuri tebing gunung yg tinggi dan curam. Ikut bontot lori dan potong lori. Dipendekkan citer, sampi kt Tambunan, sempat singgah kat Tugu Peringatan Mat Salleh. Memang dulu haku ada bajar tentang pahlawan negeri Sabah yg ini, tapi dengan adanya tugu haku lebih memahami dan dapat merasai keadaan rakyat jelata dibawah kongkongan penjajah British masa itu. Pemandangan perkampungan sawah padi kawasan Tambunan memang cantik kerana dikelilingi banjaran gunung disebelah kiri dan kanan.

Tiba di Keningau, hampir 3 jam dari KK. Jumpa anak buah dan mengeteh di restoran Sri Keningau. Pastu haku solat jemuah di masjid at-Taqwa. Masjid yg agak besar tapi jemaah yg boleh dikira berapa saja safnye.

Masa haku google cari informasi tentang Mat Salleh, tetiba terjumpa Yahoo Answer:

Why do we address 'orang putih' mat salleh?
Here in Sabah I was once told that Westerners are called Mat Salleh because of the historical figure Mat Salleh in Sabah. He was opposed to the British North Borneo Chartered Company rule and finished waging a personal war against them. His best known feat is the ransacking and burning down of the English trading post on Gaya Island off present-day Kota Kinabalu. He was later besieged by the English at Tambunan, and might or might not have been killed during the final attack. Subsequently the English razed his fort, and Mat Salleh became somewhat of a mystical hero, labelled 'Sabah's first Freedom Fighter' by the present government. It remains unclear to me though how his name became synonymous with white men. Mat Salleh, by the way, is not derogatory here in Sabah though it is not very flattering either. It is sliding now towards the lower end. I like the 'Mad Sailor' explanation though, it kind of makes more sense to me than the switch from a local warlord to a synonym for Westerners.

Bersambung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


AADK <b>Negeri Sabah di</b> Program GALA Kokurikulum, Kem Malanggang <b>...</b>

Posted: 11 May 2011 01:22 AM PDT

Posted: 11 Mei 2011 by AADK Negeri Sabah in Ceramah, Pameran dll, Komuniti Bebas Dadah

Huhuu baru ada kesempatan untuk menulis setelah kerja-kerja 'Urgent' disiapkan… Yesss.. pada 21 – 23 April 2011, tu kami telah mengkuti pameran Sempena Program GALA kokurikulum, di Kem Malanggang, KiuluApa itu GALA Kokurikulum? Google ja di internet hahaha… Uiiinaaa punya main syokk haha.. Mulanya kami mau menginap di hotel saja, tapi jauh la pula kalau mau pi Tuaran… Last-last kami bukak Kem saja la hahaa…

Haaa.. nampak Kem di belakang tu?… tu la rumah kami untuk dua malam hehe…

Syokk ba tidur dalam kem ni hehee….

Apa la kwn ni sorang buat?  'Teknik Menelan Bula Purnama' kunu kekee..

Ini la pameran kami diwaktu malam… ;)

Ini la pameran kami diwaktu siang… ;)

3 jejaka pigitan haha… piley2…  hehe!

Antara tetamu yang melawat gerai pameran…… Aikk ada Chef di belakang, baju sama? hahhaa…

Adik-adik yang sedang melawat di gerai pameran kami…..

Suka adik sorang ni bermain Kiosk interaktif Antidadah….

Alalaaalaa… apa pulak ni? sempat juga kugiran AADK menghiburkan orang ramai di gerai Rakan Muda hahaa.. "Jujur Ikrar, Titah Negara…." kekee

Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas jemputan ini….. Serba sedikit kehadiran kami bersama-sama dalam program sebegini dapat memberi pendedahankan kepada orang ramai khususnya kepada para pelajar akan betapa pentingnya mengamalkan hidup sihat tanpa dadah… Selain itu, kami juga banyak berkempen mengenai Klinik Cure & Care kepada guru-guru, Ibubapa mahupun kepada orang ramai yang turut serta memeriahkan lagi program tersebut….

p/s – Banyak lg gambar yg belum diupload… ba nanti ada masa akan dikemaskinik ok…  banyak lagi koleksi gambar di bawah tu…… ;

Be the first to like this post.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved