ads

Ahad, 4 Mac 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Selamat Tinggal Dunia ©: Kisah Anak Yang Derhaka <b>Di Sandakan</b>

Posted: 03 Mar 2012 09:49 PM PST

kisah anak derhaka

Spend ckit masa baca citer ni..ambik iktibar dari kejadian yg terjadi & Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. I September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -gelengkan kepala.

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka.

" Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa.

" Haaa... Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?" kata Jaimi, kawan saya.

" Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".

" Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

" Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak.

" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.

" Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya.

" RM 20 aja !" si gadis berkata.

" Tak ada ," jawab ibunya.

" Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

" Bukan macam tu ta... " belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh... sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! "

" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !"

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai . " Saida..Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas.

" Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.

" Apa pasal," Si ayah bertanya.

" Kaki Saida ni..tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah... kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya... kenapa jadi macam ni ayah ? " kata si gadis sambil meratap.

" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang , ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak... ampunkan Saida emak, ampunkan Saida... " gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.

" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu di kambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana ? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.

" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

" Pssstt... Raie... Raie..Psstt," saya memanggil , Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.

" Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.

" Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.

" Sekejap aja. Bolehlah... "saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tana berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak... lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida... makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka , cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini beralaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf... "

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.

Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.

Allah Maha Agung... sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

Maha suci Allah... moga2 kita tak jadi anak yg derhaka pd kedua mak ayah.

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Majlis Penerangan Perdana BN Sabah <b>Di Kota Marudu</b> Dan <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2012 02:25 AM PST

KENANGAN…Sapawi menerima kenangan daripada Ketua Umno Keningau Datuk Sairin Karno.
SOKONGAN PADU…Sebahagian ribuan ahli parti kompenan BN dan orang ramai yang menghadiri majlis tersebut.
MESRA…Sapawi diiringi oleh Sapawi dan Ketua Umno Kota Marudu Datuk Wetrom Bhnda bersalaman dengan hadirin ketika merasmikan majlis Penerangan Perdana peringkat Zon 4 di Kota Marudu,
MANTAP…Musa bersama pimpinan Umno dan Kompenan BN melaungkan 1 Malaysia pada majlis tersebut.
FAKTA…Penceramah jemputan Ketua Umno Tawau Datuk Tawfiq Bin Datuk Abu Bakar Titingan yang membincangkan tajuk isu-isu semasa dalam konteks negeri Sabah.

KENINGAU: Segala dakyah dan fitnah yang dijadikan isu oleh pembangkang akan diperjelaskan kepada rakyat menerusi Majlis Penerangan Perdana Barisan Nasional (BN) negeri ini.

Ketua Biro Penerangan dan Publisiti BN Datuk Sapawi Ahmad berkata penjelasan secara terperinci akan dibuat bagi memastikan rakyat khususnya pada peringkat akar umbi mengetahui perkara yang sebenar.

"Kita mahu seluruh rakyat sama ada kakitangan awam, swasta ataupun yang bekerja sendiri selain orang politik tahu perkara yang sebenar…kita bukan menganjur untuk mencari `gah' tetapi untuk memperjelaskan segala dakyah dan fitnah pembangkang," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Penerangan Perdana UMNO Zon Empat di sini kelmarin.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan ia merupakan program kedua selepas program pertama diadakan di Kota Marudu bagi UMNO Zon Satu yang melibat bahagian Tenom, Pensaingan dan Ranau.

Majlis Penerangan Perdana BN bagi UMNO Zon Satu dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang melibatkan bahagian Kudat, Kota belud dan Tuaran , kata Sapawi.

Menurutnya majlis itu melibatkan semua ahli-ahli politik daripada parti komponen "tetapi kami mengalu-alukan kehadiran kakitangan awam dan orang perseorangan…majlis ini adalah terbuka."

Beliau berkata BN Sabah mahu agar rakyat tidak terpedaya dan tertipu oleh dakyah serta fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang.

"Kita mahu rakyat tahu apa yang dilakukan oleh Kerajaan BN…kita mahu rakyat sedar dan tahu apa yang diperjuangkan oleh Kerajaan BN," katanya dan menambah kepentingan dan kebajikan rakyat tidak pernah diabaikan oleh Kerajaan BN.

Beliau juga berkata selain untuk memperjelaskan segala isu yang dihebohkan oleh pembangkang, majlis itu juga adalah untuk membuka ruang kepada rakyat bagi mengemukakan segala permasalahan atau kekeliruan yang ada.

"Kita tidak mahu rakyat diperbodohkan atau dipergunakan…kita tidak mahu mereka terus ditipu," katanya lagi.

Mengenai soalan lain, Sapawi berkata majlis itu juga adalah untuk mempermantapkan lagi jentera pilihan raya BN pada semua peringkat.

Katanya dengan adanya penjelasan dan penerangan yang sebenar, ahli parti pada semua peringkat dapat memberikan fakta sebenar kepada rakyat.

"Ini membantu mempermantapkan persiapan jentera BN bagi menghadapi pilihan raya ke-13 nanti," katanya.

Majlis Penerangan Perdana BN dianjurkan oleh Exco Penerangan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri di mana penganjurannya akan melibatkan enam zon dan melibatkan penyertaan daripada semua ahli parti komponen, orang perseorangan, kakitangan jabatan dan swasta serta ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


UMNO Online - Limpahan Pembangunan <b>Kota Belud</b> Beri Manfaat <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2012 01:39 AM PST

Kategori Membela Rakyat, Kata Di Kota

Limpahan Pembangunan Kota Belud Beri Manfaat Ekonomi Kepada Penduduk Setempat

Oleh : Azman Abas

KUALA LUMPUR 2 Mac – Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan melihat pembangunan secara terancang di Kota Belud banyak memberi kelebihan dan manfaat kepada penduduk setempat.

Menurut beliau dengan pembangunan agropolitan serta industri pelancongan dan penemuan telaga minyak  bakal member limpahan ekonomi dan bakal merancakkan secktor pekerjaan di kawasan Kota Belud kelak.

"Kota Belud bernasib baik dapat perhatian khusus daripada kerajaan. Kita dapat sejak hampir 2008 hampir satu billion ringgit jumlah pembangunan yang telah dibawa oleh kerajaan ke Parlimen Kota Belud.

"Kerajaan telah belanjakan duit yang banyak untuk naik taraf kehidupan dan pendapatan rakyat terutama dalam jelapang padi dan kita buat program besar-besaran yang dipanggil agropolitan.

"Menerusi program ini kita bangunkan tanah dan kita minta pindahkan orang miskin ke dalam skim itu dan skim ini dianggap boleh menaikkan pendapatan mereka sekaligus mengeluarkan penduduk setempat daripada  kepompong kemiskinan.

"Kemudian Kota Belud ini kebetulannya  dianugerahkan dengan pantai yang cantik, jadi kita ada satu program yang berteraskan pelancongan di mana kita akan bawa hotel-hotel lima bintang dan sebagainya," katanya dalam temubual ekslusif bersama UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menambah, penemuan telaga minyak baru yang diterokai oleh Petronas bakal memberi dimensi baru kepada kerancakan pembangunan di kawasan tersebut.

"Lagi satu kekuatan kota Belud ini bakal kita ambil perhatian ialah kedudukannya yang dekat dengan telaga minyak baru yang diterokai oleh Petronas. Baru-baru ini kerajaan telah umumkan telaga baru yang mempunyai "reserve" yang begitu besar. Dan kedudukan telaga-telaga minyak ini adalah di atas pantai barat utara..maknanya jauh sikit daripada Labuan.

"Jadi besar kemungkinan yang saya telah dapat taklimat bahawa syarikat gergasi petroleum termasuk Petronas yang akan meneroka dan akan beroperasi ini terpaksa cari satu lokasi yang sesuai untuk dijadikan hub sekurang-kurangnya untuk "engineering", maknanya membaiki, "welding" selain membawa peralatan yang besar. Daripada Labuan agak jauh.

"Jadi yang dekat dengan pantai ialah Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat. Tetapi kita bernasib kerana kita sudah mempunyai pelabuhan Kuala Abai yang mana ada satu jeti untuk mengeksport tembaga daripada lombong.

"Jadi ini perancangan besar kita untuk Kota Belud dan dan kalau ini nanti jadi kenyataan saya kira orang Kota Belud tidak lagi perlu berhijrah unhtuk cari pekerjaan dan dapat jana ekonomi Kota Belud sekaligus," katanya.

Rahman seterusnya melihat pembangkang tidak konsisten di kawasan berkenaan dan hanya muncul pada waktu menjelangnya musim pilihan raya.

"Pembangkang tidak konsisten di Kota Belud dan hanya berkokok waktu menjelangnya musim pilihan raya. Mereka pada waktu ini cuba berlumba-lumba untuk tonjolkan diri dan orang kampung melihat ini adalah satu tindakan hipokrit.

"Lagi satu Kota Belud adalah tempat lahirnya UMNO di Sabah. Jadi saya kira orang Kota Belud mempunyai hubungan yang mantap dengan UMNO kerana di situlah lahirnya wakil rakyat yang pertama Almarhum Tun Datu Mustapha Datu Harun dan saya kira itu juga jadi perhitungan kepada penduduk di Kota Belud," katanya.

Pada akhir perbualan, Rahman mengingatkan seluruh rakyat khususnya generasi muda agar membuat pilihan dengan matang  untuk memilih maklumat yang sebenarnya.

"Saya dulu daripada Pemuda….Kita perlu menapis maklumat dengan teliti samaada fitnah, tuduhan tidak berasas atau berat sebelah. Gunakan kemudahan internet dengan sebaik mungkin untuk kepentingan bangsa dan negara.

"Kita harus lihat secara keseluruhan dan personaliti juga penting… namun pemimpin datang dan pergi yang akan bertahan adalah kerajaan. Kalau undi berdasarkan personaliti, kita tidak ada beza dengan Cuba, Jerman. Bahaya mengundi mengikut personaliti," katanya. -MediaUMNO

Berita Bertarikh 2 March 2012 (3 Hari Lalu) Pada 5:39 PM

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Kemalangan <b>di Tuaran</b>…. | http://www.gadistimur.com

Posted: 20 Dec 2011 03:03 PM PST

Asal jak sebut sal kemalangan..

aq la orang yg paling terasa kengeriannya…

sbb sdh berpengalaman dlm kes2 bg2..

ni mo crita skit ni..

dlu aq prnh kena lngar oleh mamat motor..

KUYAAAKKK itu tapak kaki aq..

addeeehhh..paling teruk tyme 2 mo buat presentation utk

sem akhir..

hmmmmm…..skng aq mo crita plak sal kemalangan di TUARAN baru2 ni..

in bukan la crita baru sgt..tp bleh dikira bru jugala…

jom baca petikan ni…

"Kemalangan Bas Pelancong Brunei Terbalik Di Tuaran – Enam Mati | Dalam satu kemalangan yang terbaruEnam terbunuh manakala 20 penumpang parah apabila bas sewa khas dari Brunei yang dinaiki terbalik sebelum merempuh pokok di Kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli, berhampiran Kampung Kaporingan dekat sini, petang semalam. Artikel ini merupakan kemaskini kepada artikel semalam (LINK) tentang kemalangan bas Brunei di Sabah. Bas yang membawa rombongan 31 pelancong kumpulan muslimah Kampong Mulaut itu dalam perjalanandari Semporna ke Kota Kinabalu sebelum dijadual pulang ke Brunei, Jumaat ini. Dalam kejadian jam 3.05 petang itu, mangsa yang meninggal dikenal pasti sebagai Abd Manan Ishak, 50; Pengiran Zahamah Pengiran Zainal, 61; Dayang Norhayati Abd Hadi, 61; Faridah, 60; dan Sapawi, 60. Identiti seorang lagi mangsa wanita yang maut belum dapat dipastikan setakat jam 9 malam tadi. Dua mangsa meninggal di tempat kejadian, seorang dalam perjalanan ke Hospital Tuaran manakala tiga lagi di hospital.Mereka yang cedera parah termasuk pemandu bas dihantar keHospital Queen Elizabeth (QEH) dan Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada masalah brek yang menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan. "Setakat jam 9 malam ini (tadi), kita mengesahkan enam penumpang terbunuh, 18 cedera parah dan sembilan yang lain cedera ringan berikutan kemalangan jalan raya melibatkan bas itu. "Rombongan 31 pelancong yang turut disertai beberapa kanak-kanak itu merangkumi sembilan lelaki dan 22 wanita serta dua pemandu, semuanya warga Brunei," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di QEH di sini, malam tadi.

Hadir sama Konsul Jeneral Brunei di Sabah, Daud Tahir. Tan berkata, Polis Sabah akan membantu urusan penghantaran pulang jenazah ke Brunei selepas selesai bedah siasat.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika mengesahkan kejadian berkata, pemandu bas dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika menuruni bukit, menyebabkan ia jatuh mengiring lalu terseret sejauh kira-kira 30 meter sebelum merempuh pokok.

"Rempuhan kuat menyebabkan sebahagian bumbung bas itu tercabut," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. Tinjauan Berita Harian di lokasi antara lain menyaksikan penumpang kemalangan jalanraya bergelimpangan terbaring sambil meraung kesakitan di atas jalan dan dibantu orang ramai yang melalui jalan berkenaan.

Selain anggota polis, seramai 20 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Lintas serta Kota Kinabalu menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit, di samping memberi bantuan kecemasan."

yang ni plak gambar2 kemalangan 2..

+

+

+

+

"PESANAN SAYA a.k.a AKU…BERHATI-HATI DI JALAN RAYA"

+ uppsss..ada lg yg aq mo share..bukan rekaan..tp ini kenyataann…kebanyakan driver bas pelancong suka sangat drive LAJU2..aq p ofc selalu beriringan ngan bas pelancong..sdh la laju,ikut lorong LAJU pas2 siap TEKAN HON lagi kalo kenderaan kat depan dia bawa SLOW..hiisssss…mmg x takut M*** ka dorang ni….kes lain lg..aq balik dari SEMPORNA..bas pelancong mini 2 siap overtake keta kami lagi kat kawasan bukit..addooiii…jadi??sepa yg harus d persalahkan?????JAWABBBBB…

. . .::limitedlife::. . .

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved