10 di tuaran - Google Blog Search |
Pekan <b>Tuaran</b> | my.Mustaffa Posted: 11 Nov 2010 12:00 AM PST EJAAN 'RUNCHIT" YANG MASIH KEKAL – Deretan kedai lama di Pekan Tuaran ini masih lagi utuh berdiri walaupun ada bahagian-bahagian tertentu bangunan telah rosak. Pekan ini tidak jauh dengan pekan lama di tempat-tempat lain juga. Semasa di Sarawak lepas aku ada kongsikan gambar kedai lama di Oya dan Matu. Info Mengenai TuaranTuaran adalah sebuah bandar serta merupakan sebuah daerah yang terletak di Daerah Pantai Barat, barat laut Sabah, Malaysia di Pulau Borneo. Daerah Tuaran berkeluasan kira-kira 1,166 kilometer persegi dan mempunyai jumlah kepadatan penduduk kira-kira seramai 94,100 orang pada tahun 2006. Kira-kira setengah dari populasi penduduk ialah dari suku kaum Dusun, manakala diikuti etnik Bajau, dan Cina. Tuara juga terkenal dengan binaan 9 tingkat Pagoda Cina yang dijadikan lambang / mercu tanda bandar ini. Berdekatan dengan tempat pelancongan seperti Kampung Air Mengkabong dan Kampung Air Penimbawan, yang merupakan rumah perkampungan yang kedudukannya seperti terapung diatas muara dan pesisir pantai. Terdapat beberapa lokasi resort pelancongan yang bertaraf 3 hingga 5 bintang seperti The Shangri-La's Rasa Ria Resort, The Mimpian Jadi Resort dan The Sabandar Resort. Tambahan dari itu terdapat juga beberapa resort kecil yang turut menyediakan khidmat penginapan, katering dan makanan serta aktiviti sukan air pada kos yang lebih rendah dan berpatutan sesuai bagi mereka yang menginginkan keriangan yang sederhana ketika melancong. Bandar ini merupakan destinasi persinggahan yang begitu popular kepada para pelancong dan masyarakat yang dalam perjalanan pergi/balik ke/dari bandar-bandar di utara Sabah seperti (Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, dan Tenghilan) dan bagi mereka yang dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu. Bandaraya Kota Kinabalu terletak hanya 34 km ke selatan Tuaran. Kota Tuaran telah mengalami suatu betuk pembesaran kawasan yang drastik tetapi kini pembesaran kota ini mengalami sedikit renjatan akibat bentuk muka bumi Tuaran yang agak terhad berikutan terdapatnya sungai yang mengelilingi bandar ini. Setiap pagi ahad, Tuaran akan dimeriahkan dengan pembukaan Pasar Tamu yang merupakan pasar besar ala tradisional yang menjual pelbagai barangan domestik rakyat Sabah khususnya dari daerah Tuaran dan sekitarnya. Diantara barangan yang dijual adalah seperti sayur-sayuran tuaian, buah-buahan tuaian, ikan dan makanan laut, kek tradisional, produk tembakau tradisional, cenderamata dan banyak lagi.Pasar Tamu sudah banyak menarik ramai pelancong ke Tuaran kerana barangan dan hasil tuaian yang dijual sanagt mengujakan dengan harga yang sangat munasabah. Pasar Tamu yang tedapat di Tuaran ini adalah yang kedua selepas satu lagi Pasar Tamu yang terdapat di Kota Belud. Perbezaan antara kedua-dua Pasar Tamu ini boleh dilihat dari segi saiz pasar dan nilai barang esotik yang dijualnya. Nama Tuaran dipercayai berasal dari perkataan bahasa Melayu yakni tawaran yang beerti 'jualan' atau 'tawar' atau 'diskaun' atau 'promosi'. Nama ini dipercayai berasal daripada fungsi pasar dimana para penduduk bumiputera yang datang dari perkampungan tepi bukit dan genting bukit datang ke Tuaran untuk menjual hasil tanaman mereka kepada para nelayan pantai dan masyarakat Cina pantai. Baca Ini Juga!!Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di tuaran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |