ads

Ahad, 25 Mei 2014

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Dua batalion keselamatan bakal ditempatkan <b>di Kudat</b>-Esscom

Posted: 14 Mar 2014 05:54 AM PDT

sumber utusan
KOTA KINABALU 13 Mac - Kerajaan merancang menempatkan satu
batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) dan satu batalion tentera di Kudat yang
merupakan satu daripada 10 daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek berkata, penubuhan dua batalion itu membuktikan komitmen kerajaan untuk menjaga keamanan dan keselamatan rakyat Sabah, terutama di Esszone.
"Bagi tujuan meningkatkan kawalan keselamatan dan menjamin keamanan penduduk yang tinggal di kawasan pesisir pantai, kerajaan telah bersetuju untuk mewujudkan enam batalion pasukan keselamatan, masing-masing tiga batalion tentera dan PGA.
"Ini bermakna dua batalion iaitu satu batalion PGA dan satu batalion tentera
akan ditempatkan di Kudat yang pasti akan membantu meningkatkan tahap
keselamatan di kawasan ini," katanya.
Beliau berucap dalam majlis perasmian Program Semarak Bersama Esscom yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Banggi Datuk Abdul Mijul Unani di Dewan Tun Mustapha Kudat, dekat sini hari ini. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140313/dn_41/Dua-batalion-keselamatan-bakal-ditempatkan-di-Kudat-Esscom#ixzz2vwPpPJLK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


2 beranak rentung dalam kebakaran <b>di Kota Marudu</b> - I LOVE <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2014 09:14 AM PDT

Oleh Junaidi Ladjana

Kota Marudu - 18 April: Hasrat seorang bapa untuk menyediakan sarapan buat keluarganya tidak kesampaian apabila dia ditemui rentung bersama seorang anaknya dalam kebakaran di Kampung Kirangawan, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.05 pagi itu, mangsa, Maijun Napas, 42, dan anak lelakinya, Alexwin Maijun, 5, ditemui dalam keadaan rentung di bawah sisa kebakaran di ruang tamu oleh anggota bomba.
Ketika kejadian, dua beranak berkenaan dipercayai sedang tidur bersama seorang lagi anak, Selisia Ester, 8, yang berjaya menyelamatkan diri selepas terjun dari tingkap rumah.

Sepupu mangsa, Vivi Adrianti Simar, 21, berkata, ketika kejadian dia bersama keluarganya sedang tidur sebelum bapanya menjerit mengatakan kebakaran berlaku di rumah mangsa.

KEADAAN rumah mangsa ketika api marak awal pagi semalam.




"Bapa saya sedang tidur dan terjaga selepas terhidu bau asap lalu melihat rumah sepupu yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah kami sedang terbakar.

"Selepas itu bapa saya menjerit menyebabkan kami sekeluarga terjaga lalu segera membantu memadamkan api.

"Saya kemudian terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kota Marudu dan beberapa minit kemudian, sepasukan anggota bomba tiba dan memadam api berkenaan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Vivi berkata, Selisia memaklumkan sebelum kejadian itu, bapanya memanaskan lauk untuk dijadikan sarapan buat mereka sekeluarga.

Sumber: Harian Metro.

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Nelayan <b>Di Tawau</b> Diminta Segera Daftar Bot | MYNEWSHUB

Posted: 08 May 2014 08:54 PM PDT

TAWAU – Nelayan di daerah Tawau yang belum mendaftarkan bot atau kapal masing-masing kepada pihak berkuasa diminta segera berbuat demikian, kata Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Tawau, Hasan Timbasal.

Beliau berharap semua nelayan mendaftarkan bot atau kapal mereka bagi memudahkan pihak keselamatan mengenal pasti bot atau kapal yang keluar masuk di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

"Kami menyambut baik peraturan pihak berkuasa yang mewajibkan semua bot atau kapal di ESSZone didaftarkan. Saya berharap langkah itu dapat membantu mengatasi masalah jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di perairan pantai timur Sabah, sekali gus memastikan kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah terus terjamin," katanya.

Hasan berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai penguatkuasaan peraturan baharu yang mewajibkan semua bot atau kapal di ESSZone didaftarkan.

Rabu lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan lima langkah drastik bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan pantai timur Sabah termasuk mewajibkan semua kapal dan bot didaftarkan bagi membezakannya dengan bot yang digunakan pihak penjenayah rentas sempadan.

Langkah terbabit diambil susulan insiden penculikan seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar, rakyat China dari Guangzhao, dikenali sebagai Yang Zai Lin, 34, di Pulau Baik, Lahad Datu, pada 2.45 pagi, 6 Mei lepas oleh sekumpulan lima lelaki bersenjata.

Sementara itu, seorang nelayan Bacho Bedu, 50, berharap beberapa langkah drastik yang diumumkan itu dapat memastikan jenayah rentas sempadan tidak akan berlaku lagi.

"Jika ada kawalan keselamatan yang ketat kami para nelayan tidak takut lagi untuk turun ke laut walaupun keluar menangkap ikan pada waktu malam," katanya yang bekerja sebagai nelayan sejak 35 tahun lepas. – BERNAMA

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Petronas Sedia Pelantar Untuk Cadangan Sistem Sea-basing <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 20 May 2014 02:35 AM PDT



SANDAKAN, 20 Mei (Bernama) -- Petronas memberi komitmen bagi menyediakan pelantar berhubung cadangan pelaksanaan sistem Sea-Basing bagi meningkatkan kawalan keselamatan di perairan negeri ini.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata Petronas antara yang pertama memberi komitmen kepada kerajaan berhubung cadangan pelaksanaan konsep Sea-Basing itu.
Katanya mereka menyatakan kesediaan menyediakan pelantar yang sudah ada dan masih boleh dipakai untuk ditempatkan di kawasan sempadan perairan Malaysia dan negara jiran di bawah pelaksanaan sistem berkenaan.
"Menerusi sistem Sea-Basing, pelantar tersebut akan dilengkapi dengan anggota pasukan keselamatan yang boleh bertindak cepat menggunakan aset yang canggih seperti bot pemintas dan helikopter.
"Ia bagi membolehkan masa bertindak dilakukan cepat sebaik sahaja mengesan kejadian menjejaskan keselamatan negara khususnya jenayah rentas sempadan," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Latihan Khidmat Negara Bagai Budi di sini Selasa.
Pada 9 Mei lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya akan mengemukakan cadangan pelaksanaan sistem Sea-Basing kepada Jemaah Menteri secepat mungkin.
Cadangan itu dibuat berikutan insiden kes penculikan di Sabah dengan terbaharu melibatkan seorang warga China Yang Zai Lin, 34, yang bekerja sebagai pengurus sebuah pusat penternakan ikan, di Pulau Baik, Lahad Datu, oleh lima lelaki bersenjata pada 6 Mei.
Abdul Rahim yang juga Anggota Parlimen Kudat berkata pelaksanaan sistem itu merupakan usaha kerajaan memperkasakan kawalan keselamatan perairan di Sabah khususnya di pantai timur yang meliputi 1,733.7 kilometer (km) dari Kudat ke Tawau.
Katanya ia juga adalah satu tindakan penyelesaian komprhensif yang dibuat secara keseluruhan bagi memastikan kawalan keselamatan di perairan Sabah dilakukan lebih efektif.
Beliau memberi contoh insiden penculikan di Pulau Baik, lokasinya terletak tiga hingga empat jam dari perairan sempadan Malaysia dengan Filipina.
Menurutnya kejadian itu berlaku pada pukul 1 pagi tetapi pasukan keselamatan Malaysia hanya mengesan dan mengejar mereka kira-kira pukul 6 pagi berhampiran sempadan perairan Malaysia dan Filipina.
"Jika Sea-Basing ada di kawasan sempadan perairan itu, sudah tentu tindakan menghalang anggota penculik dari selatan Filipina dapat dihalang.
Rahim berkata penggunaan Pangkalan Laut Terapung merupakan antara cadangan lain Kementerian Pertahanan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di perairan Sabah.
Katanya kementerian itu mempunyai beberapa aset boleh dipakai untuk tujuan tersebut antaranya Kapal Bunga Emas 5 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk diletakkan di perairan strategik tengah laut sebagai penempatan pusat logistik.
Menurutnya di pangkalan itu boleh ditempatkan anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) TLDM serta aset bot pemintas bagi membolehkan rondaan keselamatan meliputi kawasan lebih luas.


 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved