ads

Jumaat, 11 Mei 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Tanah Balak 2500 Ekar <b>Di Sandakan</b> Sabah | IKLAN PERCUMA

Posted: 07 May 2012 08:37 AM PDT

Tanah Balak 2,500 Ekar Di Sandakan Sabah | IKLAN PERCUMA
  • Bandar: Sandakan
  • Negeri: Sabah
  • Negara: Malaysia
  • Listed: May 7, 2012 11:37 pm
  • Expires: 40 days, 9 hours

Description

Kawasan Hutan Dara berkeluasan 2,500 ekar… Masih lagi mempunyai banyak kayu balak yang belum diterokai… Ada dokumen tanah (RSP) dan Surat pemilikan dari kerajaan negeri semua ada… Harga RM5000 Perekar…

Kepada yang berminat boleh menghubungi saya untuk urusan selanjutnya. TERIMA KASIH….FOR SERIOUS BUYER ONLY…

Ad Reference ID: 7734fa7ea0bf0364

'; function load() { geocoder = new google.maps.Geocoder(); //directionsDisplay = new google.maps.DirectionsRenderer(); var newyork = new google.maps.LatLng(40.69847032728747, -73.9514422416687); var myOptions = { zoom: 14, center: newyork, mapTypeId: google.maps.MapTypeId.ROADMAP, mapTypeControlOptions: { style: google.maps.MapTypeControlStyle.DROPDOWN_MENU } } map = new google.maps.Map(document.getElementById('map'), myOptions); //directionsDisplay.setMap(map); } function codeAddress() { geocoder.geocode( { 'address': address }, function(results, status) { if (status == google.maps.GeocoderStatus.OK) { map.setCenter(); var marker = new google.maps.Marker({ map: map, icon: redFlag, shadow: shadow, //title: title, animation: google.maps.Animation.DROP, position: results[0].geometry.location }); var infowindow = new google.maps.InfoWindow({ maxWidth: 270, content: contentString, disableAutoPan: false }); infowindow.open(map, marker); google.maps.event.addListener(marker, 'click', function() { infowindow.open(map,marker); }); } else { (function($) { $('#map').append('

Sorry, the address could not be found.

'); return false; })(jQuery); } }); } function showAddress(fromAddress, toAddress) { calcRoute(); calcRoute1(); } function calcRoute() { var start = document.getElementById("fromAdd").value; var end = document.getElementById("toAdd").value; var request = { origin: start, destination: end, travelMode: google.maps.DirectionsTravelMode.DRIVING }; directionsService.route(request, function(response, status) { if (status == google.maps.DirectionsStatus.OK) { directionsDisplay.setDirections(response); } }); } //]]>

Canonical URL by SEO No Duplicate WordPress Plugin

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


WikiSabah News: Bumburing tidak dihormati <b>di</b> Kaamatan <b>Tuaran</b>?

Posted: 11 May 2012 12:31 AM PDT


Oleh Raymond Tombung

TUARAN: Benarkah Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing tidak diberi penghormatan di Pesta Kaamatan peringkat Daerah Tuaran pada 10 Mei?

Seorang pemerhati, En. Albert Polinoh, di sini menyuarakan kesalannya di atas apa yang dipanggilnya kegagalan di pihak Jawatankuasa Sambutan dan Protokol Pesta Kaamatan tersebut kerana tidak memberikan penghormatan yang sepatutnya kepada Bumburing yang masih memegang kedudukan sebagai Ahli Parliment P. 170 Tuaran. Bumburing juga adalah bekas Timbalan Ketua Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional Tuaran.

"Saya amat terkejut dan kecewa bila melihat ketika ketibaan Datuk Seri Panglima Wilfred bersama Datin Seri Panglima Rubinah," kata Albertt. "Tiada satu pun alat-alat muzik tradisional yang dibunyikan ketika mereka masuk ke dewan.

"Di pintu masuk Dewan Seri Sulaman yang baru itu terdapat tiga kumpulan pemuzik tradisional, iaitu kumpulan mojumbak Lotud, kumpulan muzik sumazau Penampang, kumpulan betitik Bajau. Di samping itu terdapat juga kumpulan tarian singa Cina.

"Malangnnya tiada satu pun kumpulan tradisional ini yang memainkan muzik mereka, dan kumpulan tarian Cina juga seperti tidak menghiraukan ketibaan beliau."

Albert berkata ini menunjukkan sikap penganjur yang gagal menunjukkan sikap yang profesional dan lupa apa yang dimaksudkan dengan "protokol" sedangkan jawatankuasa penghanjur adalah terdiri dari para pegawai tinggi di Daerah Tuaran, dan pengerusi penganjurnya ialah Tuan Pegawai Daerah Tuaran.

Albert yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Suang Lotud Sabah mengesali kegagalan Jawatankuasa Penganjur yang jahil tentang budaya Lotud sebagaimana yang dilihat dengan cara Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman, Datuk Hajiji Mohd. Noor dipakaikan sigar.

"Yang memakaikan sigar itu ialah seorang wanita, tetapi ini adalah salah di segi budaya Lotud," tegas Albert. "Mengikut protokol tradisional Lotud yang memakaikan sigar adalah orang lelaki dewasa yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat, bukan sebarangan orang.

"Tradisi ini bertujuan untuk menunjukkan penghormatan tinggi kepada orang yang dipakaikan sigar itu. Ini selari dengan tradisi raja-raja di Eropah di mana orang yang meletakkan mahkota ke atas kepala raja ialah ketua agama di dalam negara itu."

Albert juga amat mengesali sikap penhganjur yang tidak terfikir pun untuk menjemput Persatuan Suang Lotud Sabah (PSLS) untuk menyertai pengajuran Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran itu.

"Saya tidak faham kenapa jemputan dibuat kepada Presiden PSLS, En. Soguli Olid, dibuat pada jam 8.00 malam sebelum pesta itu. Dan itu pun dibuat melalui telefon," katanya. "Ketara benar penganjur terlupa kewujudan PSLS yang selama ini aktif di Tuaran, dan di saat-saat akhir jemputan terpaksa dibuat secara tergesda-gesa di asaat-saat akhir, dan itu pun seperti cara jemputan gerila!"

Albert yang sangat kecewa berpendapat semua kesilapan dan kelalaian ini mesti diakui oleh pihak penganjur. "Satu permohonan maaf harus dibuat secara umum oleh mereka yang bertanggungjawab," katanya.

Di samping itu, seorang ketua masyarakat yang tidak mahu disebut namanya mengesali kerana bunyi muzik di dalam dewan terlalu kuat dan pendingin hawa juga terlalu sejuk hingga ramai yang menggeletar kesejukan.

"Adakah pihak yang berkenaan mahu menunjukkan betapa hebatnya unit-unit pendingin hawa yang berpuluh-puluh itu yang masih baru?" tanyanya. "Dan tidakkah pengurus pentas dapat membeza antara suara muzik yang menasabah dan yang memecah telinga penonton?"

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


UMNO Online - Pemuda <b>Tenom</b> Peringkat Akhir Persediaan Hadapi <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2012 11:54 PM PDT

Kategori Dari Bahagian

Pemuda Tenom Peringkat Akhir Persediaan Hadapi PRU 13

TENOM, 27 April – "Ya Kami Bersedia! " demikian diungkapkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tenon, Jamawi Jaafar kita ditanya persediaan Pemuda UMNO bahagian itu  bagi  menghadapi PRU ke 13 yang kini berada di ambang pertembungan dengan pakatan pembangkang.

Tambahnya  Pergerakan Pemuda UMNO bahagian ini telah melakukan segala pesediaan termasuk membentuk bilik gerakannya di setiap daerah mengundi  bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan hanya menunggu semboyan dibunyikan bagi memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di seluruh negara.

Menurut Jamawi peranan  Pemuda UMNO dan BN dalam menghadapi pilihan raya umum, yang dianggap getir dalam sejarah itu, adalah sangat besar dan sebab itu persediaan menghadapinya dilakukan dengan sebaik mungkin.

"Kita sudah bertemu dengan semua jentera pemuda  termasuk ahli ahli parti di peringkat cawangan dalam program turun padang   sebelum ini dan persiapan kini di tahap yang tinggi," katanya ketika ditemui selepas menghadiri beberapa mesyuarat cawangan pergerakan pemuda secara berkelompok.

Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, berkata, jentera-jentera  Pemuda UMNO di semua peringkat  di bahagian itu, sudah lama bergerak bagi memastikan kemenangan BN yang lebih besar pada PRU akan datang.

Tambah beliau, persediaan sayap Pemuda UMNO sendiri sudah berada di peringkat akhir dan hanya perlu sedikit penambahbaikan supaya segala tugas yang diberikan dapat dijalankan dengan licin dan lebih tersusun.

"Bagaimanapun, saya ingin  mengingatkan kepada semua jentera pemuda agar tidak terlalu obses dengan tarikh pilihan raya kerana ia boleh menjejaskan  fokus untuk bekerja dengan lebih kuat",  katanya.

Menurut beliau apa yang penting ialah semua perlu berusaha dalam usaha memastikan kejayaan BN yang lebih cemerlang dalam PRU-13 nanti  khususnya kawasan Tenom adalah antara penyumbang utamanya kejayaan BN dalam PRU kali ini dengan mengekalkan  dua kerusi DUN dan satu Parlimen.

Ketika diminta sokongan pengundi Muda kepada BN Jamawi berkata, sokongan  rakyat  khususnya pengundi muda di negeri ini kepada BN  masih kuat dan padu dengan semangat serta penyertaan mereka dalam setiap program yang dianjurkan oleh parti BN

Beliau  turut menyangkal pendapat beberapa pihak yang mengatakan sokongan pengundi muda kini lebih terarah kepada pembangkang.

"Mereka (golongan muda)  merasakan  BN sebagai kerajaan yang mengambil berat kepentingan rakyat termasuk golongan muda di negeri ini dalam pelbagai peluang, bantuan  dan program kerajaan BN yang tidak meminggirkan kepentingan golongan ini" katanya

Ini menurut Jamawi selaras dengan gagasan BN yang memulakan rancangan meremajakan parti dan kerajaan di mana peranan orang muda mendapat pengiktarafan dari Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak sebagai presiden UMNO dan Pengerusi BN

"Namun dalam menentukan agenda parti siapa sahaja calon yang diletakkan oleh kepimpinan parti dan berpotensi untuk menang, pemuda akan terus memberikan sokongan padu bagi mempastikan BN terus memerintah serta melaksanakan pelbagai program pembangunan demi kemajuan dan kesejehteraan negara dan rakyat" jelasnya lagi.

Berita Bertarikh 27 April 2012 (3 Minggu Lalu) Pada 2:54 PM

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Peruntukan segera RM11.2 juta untuk infrastruktur <b>di Ranau</b>

Posted: 27 Apr 2012 04:40 AM PDT

RANAU, JUMAAT, 27 April, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan segera sejumlah RM11.2 juta bagi menambah baik pelbagai infrastruktur dan kemudahan asas di Ranau. 
Beliau berkata, peruntukan itu merangkumi RM2 juta untuk menaik taraf Jalan Kibbas-Lipasu yang akan dimulakan tahun depan dan RM600,000 bagi pembinaan jambatan besi yang menghubungkan tiga kampung di Wallou.
"Sejumlah RM100,000 diperuntukkan untuk menambah baik Masjid Al-Kautsar di sini manakala geran RM10,000 kepada beberapa pertubuhan di Ranau," katanya ketika berucap pada Program Bersama Rakyat dan jamuan Makan 1Malaysia di SMK Ranau di sini, hari ini.
Turut hadir pada program yang dihadiri kira-kira 5,000 rakyat itu ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. 
Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Sabah bermula hari ini kemudiannya menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek di sini dan selepas itu mengadakan tinjauan mesra di pekan ini. - BERNAMA

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Wacana Minda: Awas para isteri, jangan terlalu kuat berleter..

Posted: 03 May 2012 07:41 PM PDT


10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


kunakpress.blogspot: Pembangunan luar bandar <b>di Kunak</b> terus <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2012 06:43 AM PST

. Gambar atas, Shafie ketika berada di Kg Airport Batu 10; sementara gambar bawah ketika beliau meninjau Kg Pangkalan Madai di Kunak, baru-baru ini.


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal baru-baru ini sempat meninjau beberapa buah kampung di daerah Kunak, antaranya Kg Pangkalan Madai dan Kg Airport Batu 10, yang mana ada diantara projek pembangunan di sana telah siap dan juga ada yang masih dalam proses pelaksanaan.
Penduduk di daerah Kunak memerlukan banyak lagi prasarana luar bandar terutama bekalan air bersih untuk disalurkan ke kampung-kampung sekitarnya termasuk Kg Sri Bahagia, Kg Mostyn Lama, dan kampung-kampung di kawasan Madai. Difahamkan, kawasan Giram dan Madai antara lokasi Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang akan dilaksana dan ada yang sedang dalam proses perlaksanaan.
Meskipun begitu, penduduk di Kg Sri Bahagia dan Kg Mostyn Lama yang kedua-dua kampung tersebut juga memerlukan kemudahan bekalan air bersih melalui projek yang sedang berjalan itu. Sebelum ini, permintaan penduduk untuk kampung berkenaan supaya dibekalkan dengan air paip pernah disiarkan dalam akhbar tempatan.
Diharapkan dengan kunjungan menteri berkenaan ke Kunak itu, penduduk yang belum memperoleh bekalan air bersih akan menekmati kemudahan itu pada masa hadapan kerana bekalan air merupakan satu-satunya prasarana luar bandar yang sangat diperlukan sejak dulu lagi.
Berikut adalah rangkuman berita mengenai lawatan beliau ke daerah Kunak, di pantai timur Sabah, minggu lalu. Sila klik di sini.

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Malaysia Zoom » RM56,000 bantu miskin tegar <b>di Penampang</b>

Posted: 16 Apr 2012 04:03 PM PDT

PENAMPANG 16 April – Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar hari ini memperuntukkan sebanyak RM56,000 bagi membantu masyarakat berstatus miskin tegar di sini.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, terdapat tiga jenis bantuan yang disalurkan kepada masyarakat yang terpilih iaitu bantuan baik pulih rumah, bantuan peralatan perniagaan dan bantuan bakul makanan serta sumbangan wang tunai.

Katanya, sebanyak 15 keluarga yang berdaftar di bawah e-kasih layak menerima bantuan ini dan kebanyakan mereka merupakan golongan miskin tegar iaitu pendapatan di bawah RM590 sebulan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved