ads

Isnin, 28 Mei 2012

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


SETIAUSAHA PAGISA DIRAMAL JADI CALON PKR <b>DI KUDAT</b>

Posted: 22 May 2012 05:50 AM PDT

Setiausaha PAGISA Sdr Milus Aloh yang juga lebih mesra dipanggil sebagai Cikgu Milus, disebut-sebut antara calon bagi parti PKR di Kawasan N2 Tanjong Kapor, Kudat. Kelapamawar menerima maklumat ini daripada seorang ahli keluarga sdr Milus yang turut mengesahkan kemungkinan itu.
Pada PRU 2008 N2 Tanjung kapor adalah antara kawasan Panas di  Kudat apabila kawasan berkenaan menyaksikan pertarungan 8 penjuru di mana  seramai 5 calon BEBAS mencuba nasib. Calon PKR pada waktu itu  NG Kim Kiat hanya memperolehi undi sebanyak 1831 sekaligus memberi laluan kemenangan kepada calon BN TEO CEE KANG yang memperolehi undi 6629. seorang lagi calon BEBAS TSEN HENG CHONG memperolhi undi 3010.
Jika berdasarkan rekod ini, kawasan berkenaan bukanlah kawasan yang boleh dimenangi olehi PKR. Justeru seolah memberi gambaran bahawa jika benar Sdr Milus Aloh berminat bertanding di kawasan ini, ada kemungkinan akan hilang wang deposit, apatah lagi sindrom menolak calon import mula melanda bumi Sabah sejak kebelakangan ini.

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


RISDA TANAM SEMULA 700 HEKTAR <b>DI KOTA BELUD</b>

Posted: 23 May 2012 06:27 PM PDT


BANTUAN……..Junaidy (kiri sekali) menyampaikan replika cek kelulusan tanam semula getah kepada Abdul Rahman (kanan sekali) sambil disaksikan oleh Musbah (dua dari kiri) dan Peter (dua dari kanan) pada majlis itu.
KOTA BELUD : Sejumlah empat juta enam puluh ribu ringgit kelulusan tanam semula RISDA untuk tanah seluas 700 hektar di kawasan Parlimen Kota Belud telah diluluskan oleh pihak RISDA khusus untuk pekebun kecil getah di daerah ini.
Majlis penyerahan kelulusan tanam semula getah itu telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan sempena Majlis Penyerahan Kelulusan Tanam Semula Dan Kursus Amalan Pertanian Baik (GAP) yang telah berlangsung di Dewan Datuk Musbah Kg. Taun Gusi, Kota Belud, baru-baru ini.
Abdul Rahman berkata, kerajaan Barisan Nasional melalui pelbagai agensi kerajaan sentiasa berusaha memperbaiki taraf ekonomi para petani di seluruh negara tidak terkecuali para petani di daerah Kota Belud.
Menurutnya, nilai empat juta enam puluh ribu ringgit kelulusan tanam semula RISDA untuk tanah seluas 700 hektar di kawasan Parlimen Kota Belud adalah antara salah satu lagi bukti bahawa kerajaan yang ada sekarang amat prihatin dengan keperluan para petani di daerah ini.
"Kerajaan yang ada sekarang akan terus dari masa ke semasa berusaha memperbaiki taraf hidup rakyat, usaha membangunkan ekonomi rakyat yang diusahakan oleh selama ini oleh kerajaan Barisan Nasional bukan dilakukan bermusim."
"Sebaliknya usaha membangunkan rakyat dilakukan secara berkesenimbungan demi memastikan rakyat mendapat manafaat dari program yang dianjurkan oleh kerajaan Barisan Nasional," kata Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah.
Hadir sama pada majlis itu antaranya ialah Pembantu Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Musbah Jamli; Pegawai RISDA Kota Belud, Junaidy Along; Penolong Pegawai Daerah Kota Belud Bahagian Pentadbiran, Peter Jiton serta para pemimpin setempat yang lain.

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Gempa Bumi <b>Di Ranau</b> | elwenes.com

Posted: 08 Feb 2010 07:11 PM PST

Woh! terkejut aku tadi, tetiba kawan aku dari KL telepon aku tanya pasal gempa bumi di Ranau. Tergagap-gagap suara kawan aku bertanyakan macamana sudah keadaan di Ranau. Dia kata dia dapat maklumat dari buletin TV jam 12.00 tengahari. Aku masuk web Geng Blogger ternampaklah aku dengan entry rakan. aku copy and paste kembali. Arap rakan tu tak marah ye..

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) — Satu gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter dikesan di Sabah, awal pagi Ahad.

Gempa itu dikesan berpusat di garisan lintang 6.1 Utara dan garisan bujur 116.8 Timur iaitu 11km dari timur laut Ranau dan 80km dari Kota Kinabalu, Sabah pada 2.07 pagi Ahad.

Gegaran kecil itu berkemungkinan dirasai di sekitar Ranau, kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan. @ BERNAMA

Apa-apa pun keadaan di kawasan taman air panas poring seperti tiada yang berlaku. Kejadian tersebut tidak pun di rasai di kawasan ini yang berada 19 km dari pekan Ranau. lagi pun mengikut fakta di atas, ia berlaku sebelah malam tadi.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved