ads

Rabu, 8 Februari 2012

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Kutiyattam <b>di Semporna</b> – Bahagian 1 | Free Malaysia Today

Posted: 05 Feb 2012 06:30 PM PST

Kisah ini mengenai seorang gadis etnik Simunul dari Sabah yang mencari eskapisme menerusi teater tradisional India.

COMMENT

Sejak mula, saya memilih untuk tidak mendedahkan terlalu banyak maklumat mengenai diri saya.

"Mengapakah kamu begitu berminat untuk tahu mengenai drama tari ini?"

Demikian antara soalan pertama yang dikemukakan oleh Encik Kutty apabila Hassan Jaidin memperkenalkan saya kepadanya, dua minggu lalu.

"Saya pernah membaca mengenainya menerusi sebuah rencana di sebuah majalah lama semasa berumur dua belas tahun," saya berterus-terang kepada lelaki berumur sekitar 50 tahun itu.

Nama sebenarnya Krishna Kutty tetapi penduduk Siru Kambam khabarnya memanggil lelaki keturunan Malayali itu sebagai "Kutty" sahaja sejak kecil.

Secara kebetulan, beliau meminati kutiyattam iaitu satu bentuk teater Sanskrit yang berasal dari negeri Kerala, India dan diiktiraf secara rasmi oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco).

Saya pertama sekali membaca mengenai kutiyattam semasa membelek-belek majalah lama di Perpustakaan Awam Cawangan Semporna pada tahun 2004.

Struktur persembahan drama tari kutiyattam terbahagi kepada empat bahagian iaitu Talavilkettuka, Arannuvitanam, Purappad dan Nirvahana.

Bahagian Talavilkettuka, iaitu upacara memasang lampu pertama, dilakukan di belakang tirai bagi memuja Ganesha, dewa berkepala gajah. Upacara itu dilakukan bagi mendapatkan restu Ganesha yang dianggap dewa utama dalam agama Hindu.

Pada bahagian Arannuvitanam pula, pentas direnjis dengan air suci, ditaburkan bunga serta dihias daun kelapa muda dan daun pokok mangga. Semua ini dilakukan dengan andaian dan kepercayaan bahawa dewa-dewi akan datang untuk turut menonton persembahan yang diadakan.

Sebenarnya, saya tidaklah tergila-gila akan drama tari itu yang pada asalnya berkait erat dengan upacara keagamaan Hindu di kuil. Sebaliknya, saya sekadar tertarik pada keunikan seni persembahan masyarakat India.

Hal ini mungkin kerana agak mustahil untuk menemui orang India di kampung asal saya. Begitu juga sepanjang saya belajar di sekolah rendah dan menengah.

Pengalaman sebenar saya bergaul dengan rakan-rakan kaum India hanya berlaku apabila saya memulakan pengajian di Kolej Siru Kambam, tahun lalu.

Encik Menon

Apabila Hassan menceritakan kepada saya mengenai keunikan Siru Kambam, saya langsung tertarik untuk mengenalinya secara lebih dekat. Apatah lagi apabila saya mendapat tahu bahawa ada seorang peminat kutiyattam di kampung berkenaan.

"Dulu ada juga pelajar dari kolej tu datang berjumpa Encik Menon untuk belajar tentang kathakali," Encik Kutty menceritakan sambil menyangkut baju yang baru diseterika.

Saya mengangguk kerana memang ada mendengar mengenai warga emas itu yang berasal dari Kerala. Beliau pernah menjadi kangani di Ladang Tebu Siru Kambam. Kemudian, beliau menjadi penjaga rumah tumpangan di kampung berkenaan.

Buku 'Unknown Facts About Little Known Siru Kambam' menyenaraikan Encik Menon sebagai salah seorang tokoh tempatan. Sayang sekali, beliau sudah meninggal dunia sekitar lima tahun lalu. Kalau tidak, tentu banyak perkara yang boleh saya pelajari daripada beliau.

"Bagaimana dengan budaya etnik kamu sendiri? Tentu kaya, bukan?"

Pertanyaan Kutty sebentar tadi membuatkan saya menghela nafas dalam-dalam.

Sejak dua minggu lalu, saya menceritakan kepada beliau mengenai tarian sumazau orang Kadazan, ambuyat, siga dan kehebatan lelaki etnik Bajau menunggang kuda.

"Memang ternyata kita kurang saling mengenali. Apa-apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak masih asing bagi kami di sini," lelaki itu mengakui.

"Begitulah juga sebaliknya."

Encik Kutty ketawa berdekah. Kemudian beliau duduk di kerusi. Mungkin beliau sudah bersedia untuk menjawab pertanyaan saya mengenai drama tari kutiyattam.

"Kamu perlu tahu bahawa saya bukan seorang pakar. Maklumat yang ada pada saya mengenai kutiyattam adalah berdasarkan apa-apa yang saya dengar daripada mendiang bapa saya serta apa-apa yang pernah saya baca dalam buku-buku dari India."

Saya mengangguk sambil mengelus rambut panjang yang tidak diikat. Buku catatan dan pen sudah tersedia. Saya sempat menulis nota berdasarkan perbualan bersama-sama Encik Kutty sejak dua minggu lalu.

Hasil penjelasan dan penerangan yang diberikan, tahulah saya bahawa drama tari kutiyattam menggunakan Bahasa Sanskrit, Malayalam serta Manipravala iaitu gabungan Bahasa Malayalam dan Sanskrit dalam nyanyian, dialog dan penceritaan.

Kutiyattam dipersembahkan di atas pentas disebut kutambalam yang dibina khas di perkarangan kuil, terutama di Kerala.

"Masa muda, saya ada juga cuba membuat persembahan kutiyattam bersama kawan-kawan. Akan tetapi, tidak ramai yang berminat. Sama juga nasib dengan kathakali yang cuba diperkenalkan oleh mendiang Encik Menon kepada generasi muda di sekitar Taiping."

Orang Bajau berkulit putih

Encik Kutty menghentikan penceritaan. Saya juga berhenti membuat catatan beberapa saat kemudian. Saya perhatikan bahawa beliau sedang memandang saya dan kening beliau berkerut.

"Kamu orang Bajau? Orang Bajau memang berkulit putih, ya?"

Saya faham bahawa beliau tidak berniat menimbulkan soal warna kulit menerusi soalan itu. Malah, jauh sekali berniat melakukan gangguan seksual secara lisan.

Walaupun baru dua minggu mengenali duda yang tinggal seorang diri itu, saya menyedari sifat-sifat mulia yang dimilikinya. Atas sebab itulah juga saya tidak keberatan untuk datang seorang diri untuk bertemu dengan beliau pada hari ini.

"Sebenarnya, encik, ada banyak kumpulan di bawah etnik Bajau. Saya pun kurang mahir tapi keturunan saya adalah orang Simunul," saya cuba menjelaskan setakat yang saya tahu.

Sesungguhnya saya terasa amat kurang selesa apabila orang bertanya mengenai latar belakang saya. Kalau boleh, saya tidak mahu bercerita tentang segala kekurangan hidup keluarga dan keturunan saya di Sabah.

Saya lebih suka berbalik pada topik struktur persembahan kutiyattam. Pada bahagian Purappad yang bermakna "berangkatlah pergi", nambyar memainkan tala atau ritma pengenalan dengan gendang.

Penari melakukan marayilkriya iaitu gabungan nritta dan nrittya tersembunyi di belakang tirai berwarna merah. Penonton dapat melihat bayang-bayang penari sahaja. – Bersambung minggu depan

Uthaya Sankar SB mendapat idea bagi kisah ini hasil kunjungan ke beberapa tempat di Sabah bagi mengendalikan bengkel penulisan cerpen dan kursus galakan membaca sejak 2009.

Gambar Percutian Diana Danielle <b>di Semporna</b> Sabah. | ct N honey

Posted: 05 Feb 2012 08:53 PM PST

Diana Danielle, aktres jelita berusia 20 tahun itu saling tak tumpah seperti aktivis kemanusiaan dan kemasyarakatan yang sering dilakukan personaliti terkenal dunia seperti Angelina Jolie dan mendiang Puteri Diana. Semua aksi dalam foto berkenaan dirakamkan di Semporna, Sabah termasuk di Gusungan, Mabul, Omadal, Kapalai, Bohey Dulang, Tatagan, Maiga dan Sibuan islands pada percutiannya bertarikh 26-29 Januari 2012 yang lalu.


"Usaha saya ke sana tidak membawa motif tertentu. Nak bantu daripada segi kewangan tak mampu. Jadi saya sekadar mahu berkongsi perasaan dengan mereka dan jauh di sudut hati terdetik juga akan ada pihak yang sudi membantu mereka apa yang patut",kata Hos program MyEG Extra Time menerusi saluran ESPN ini.





(Gambar) Diana Danielle Bercuti <b>Di Semporna</b> | Wassupz!

Posted: 05 Feb 2012 05:45 PM PST

Semasa kami jenguk-jenguk laman fan page artis untuk mencari bahan untuk dilaporkan. Kami menjumpai beberapa gambar percutian oleh Diana Danielle. Kami kurang pasti sama ada ini merupakan lawatan bersama peminat atau lawatan persendirian. Namun yang pastinya lawa-lawa gambar yang diambil.

Jom cekidot gambar tersebut.

Foto: digitaldome


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Kebakaran pertama 2012 <b>di Tawau</b> | Puadede.Com

Posted: 19 Jan 2012 08:16 AM PST

KEBAKARAN di Kampung Titingan atau juga dikenali sebagai Kampung Ice Box Blok 5 pada Subuh hari Ahad (15 Januari 2012) lalu merupakan kebakaran pertama yang berlaku di Tawau pada tahun 2012 ini. Tidak ada yang menjadi buah mulut seluruh pelusuk kampung melainkan kisah kebakaran yang meragut nyawa dua beradik itu. Berat mata memandang, beratlah lagilah keluarga mangsa yang merasai kehilangan keluarga yang tersayang.

Aku mengetahui khabar kebakaran ini sekitar jam 4 subuh melalui facebook. Paginya, kebetulan aku mengikuti satu program kemasyarakatan yang dianjurkan MIC Tawau dan selepas itu, aku, abang Azlan Martin dan Dirmanshah tanpa perancangan awal menuju ke lokasi kejadian. Sesampainya sahaja di sana, ramai yang berkumpul, ada yang masih menangisi kejadian itu, ada yang tercari-cari keluarga mereka dan tidak ketinggalan kanak-kanak yang menggunakan peluang mengumpul besi untuk dijual.

Kami tidak berkata apa-apa, selayaknya hanya bersedih di dalam hati menyaksikan segala yang hangus dengan sekelip mata itu. Untuk rekod, kejadian kebakaran itu telah memusnahkan 6 buah rumah. Kami meniti jambatan yang sebahagiannya juga terbakar, langkahku teragak-agak kerana aku menyedari aku spesis overweight.

Dalam ramai yang berkumpul, pandangan mataku beralih ke satu raut wajah yang aku kenali, dia adalah seorang adik yang aku amat cam mukanya kerana dia pernah menari di satu program di Felda Umas. Aku hampiri dan kutanyakan khabarnya… rupanya dia adalah mangsa kebakaran. Ditunjukkannya tapak rumahnya yang terbakar, dikisahkannya kejadian semalam:

"Kak, aku masih tidak boleh lupa suara adik-beradik yang meninggal itu meminta tolong," katanya.
Sambungnya lagi, dia pada masa kejadian sedang panik melihat api yang tiba-tiba marak, digagahinya mengejutkan keluarganya.
"Aku hanya sempat membawa beg ini, nasiblah di dalamnya semua dokumen pentingku,"

Memandangkan cuaca yang agak panas ditambah lagi keadaannya yang lemah, aku mengagak dia belum makan apa pun lalu mengajaknya untuk ke gerai makan berhampiran.

Dalam perjalanan dia memperkenalkan kakak mangsa dan alangkah terkejutnya aku kerana orang itu aku kenali. Dia adalah anak kepada seorang Mak Andam dan kutanyakan khabarnya. Dengan lemah dan sebak dia terus memelukku dan apa lagi yang mampu aku katakan melainkan bersabarlah dik, ini semua ujian Tuhan, semua ini ada hikmah di sebaliknya.

Allahu akhbar, Al-Fatihah untuk arwah Andi Herah Andi Muddah, dan Puteri Intan Andi Muddah.

PETIKAN BERITA UTUSAN MALAYSIA

TAWAU 15 Jan. – Dua beradik perempuan rentung selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran yang melibatkan tujuh buah rumah di Kampung Titingan, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.30 pagi, Andi Herah Andi Muddah, 19, dan adiknya, Puteri Intan Andi Muddah, 6, ditemui dalam keadaan berpelukan di dalam sebuah bilik sebaik sahaja api berjaya dipadamkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek berkata, pihaknya menemui mayat dua beradik itu selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.30 pagi ini.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tawau dan buat masa ini, pihak kami masih menyiasat punca sebenar kebakaran itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, seramai 21 anggota bomba bersama empat jentera bomba bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 3.50 pagi.

Sementara itu, Andi Herah atau lebih dikenali sebagai Nowet, sepatutnya melaporkan diri di Kolej MAHSA cawangan Kota Kinabalu pada 28 Januari ini.

Dua beradik itu masing-masing merupakan anak kedua dan keempat daripada lima beradik, tinggal bersama ibu bapa dan dua lagi adiknya di tingkat bawah rumah dua tingkat manakala neneknya dan 10 anggota keluarganya di tingkat atas rumah itu.

Nenek mangsa, Rahmah Beddu Rahman, 65, yang tinggal di tingkat atas berkata, dia menyedari kebakaran itu setelah mendengar teriakan dari luar rumahnya yang mengatakan ada kebakaran.

"Dalam keadaan gelap, saya bangun dan terus mencari cucu saya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, usaha bapa Andi Herah, Andi Muddah Manawang, 51, untuk menyelamatkan dua anaknya itu bagaimanapun gagal walaupun selepas beberapa kali menendang pintu bilik anaknya itu yang terkunci dari dalam.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, insiden kebakaran itu turut menyebabkan 74 orang daripada 23 keluarga tinggal sehelai sepinggang.

"Kita semua pasti bersedih kerana musibah kebakaran kali ini bukan sahaja memusnahkan harta benda dan tempat tinggal penduduk malah turut melibatkan kehilangan nyawa.

"Bagaimanapun, saya berharap kesemua mangsa dapat bersabar dan menganggap tragedi ini sebagai ketentuan Allah," katanya.

Tambahnya, kerajaan akan memberi bantuan sewajarnya kepada mangsa terlibat bagi meringankan beban mereka.

SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htm

Related Posts with Thumbnails

Merah Hitam: Rahmat Allah <b>di Tawau</b>...

Posted: 08 Feb 2012 06:28 AM PST

Lebih seratus aktivis PAS yang kebetulan sedang menghadiri program Ijtimak Pilihanraya , nampaknya tidak berganjak dari kerusi masing-masing.Usai program mereka, kelihatan semua peserta tetap melekat di kerusi masing-masing .
Kami bertiga..aku, Syed dan Nalini di bawa ke hadapan pentas langsung duduk di barisan VIP."Do I have to sit infront of these ustazs? Ohhh no!!!...." aku menjerit dalam hati..
Ketika ku melihat-wajah-wajah keluarga mangsa ISA yang terdiri dari ibu, adek, abang dan kakak, kelihatan wajah mereka tidaklah "stress" sangat sepertimana mangsa ISA yang pernah ku temui di Sandakan beberapa tahun lepas.....Wajah mereka kelihatan agak tenang...mungkin inilah hasilnya bila keluarga mangsa mendapat sedikit pembelaan dan sokongan dari aktivis yang perihatin dengan ujian yang sedang menimpa mereka....

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


BUNGA REFFLESIA TERBESAR DI DUNIA DITEMUI <b>DI TENOM</b>

Posted: 23 Jan 2012 06:09 PM PST


TENOM (Sabah Malaysia): Bunga Refflesia terbesar ditemui di Tenom dan mungkin yang terbesar di dunia di temui oleh seorang petani di Tenom. 
   Menurut petani itu yang mahu namanya dirashiakan, bunga itu yang juga dikenali sebagai PAKMA mempunyai ukur lilitan 98 cm dan seberat 8.1 kilogram.
   Setakat berita ini ditulis, bunga Refflesia terbesar di dunia mempunyai ukur lilit 91 cm dan seberat 7 kilogram.
   Penemuan bunga Refflesia direkodkan buat pertama kali pada Tahun 1816 oleh Sir Stamford Raffles dan Dr. Joseph Arnold. 

BORNEO DIGEST: 3000 PENGGUNA KERETAPI <b>DI TENOM</b> KECEWA

Posted: 05 Feb 2012 06:18 AM PST


TENOM (Sabah Malaysia): Ketika Jabatan Keretapi Negeri Sabah melancarkan perkhidmatan 'keretapi wap' pada Sabtu, penduduk di enam buah kampong dalam kawasan Pangi yang berjumlah Kira-kira 3000 orang,  mendesak kerajaan  supaya melakukan sesuatu yang lebih positif untuk menangani masalah kerosakan jentera lokomotip, yang menyebabkan perkhidmatan keretapi yang menjadi pengangkutan utama penduduk di situ terganggu sejak lebih sebulan yang lalu.
   Perkampungan penduduk itu terletak di pesisir Sungai Padas dan hanya boleh dihubungi melalui perkhidmatan keretapi.
   Penduduk mendakwa kerugian besar disebabkan hasil tani mereka gagal dipasarkan di Pekan Tenom, selain anak-anak mereka tidak dapat ke sekolah sejak lebih sebulan yang lalu.
   "Sepatutnya sesuatu telah dilakukan untuk meringankan bebanan penduduk," jelas Manggang Ingkim, 66 kepada wartawan – beliau merupakan mantan Pengerusi JKKK Kg. Pangi.
   Ketua kampong di situ Solomon Tandon, 47 turut kesal kerana sehingga kini semua pihak yang bertanggungjawab mengambil sikap membisu.
   "Seolah-olah mereka menafikan terdapat manusia wujud di di kawasan itu," tambah seorang penduduk yang bertugas di salah sebuah jabatan kerajaan di Pekan Tenom.
   Penduduk yang ditemui di situ memberitahu, desakan yang mereka luahkan bukan bersifat menentang kerajaan tetapi mereka mahu masalah mereka diselesaikan dengan segera.
   "Kami mahu kerajaan tahu bahawa kami ada di sini," jelas seorang aktivis masyarakat yang enggan namanya dipetik  dan menambah;
   "Kami mahu Pegawai Daerah dan Wakil Rakyat kawasan itu datang untuk melihat kesengsaraan penduduk di situ,".
    Perkhidmatan keretapi yang menjadi pengangkutan utama penduduk di enam buah kampong di kawasan itu tergendala sejak lebih sebulan yang lalu, ekoran daripada kerosakan injin lokomotif kenderaan itu.
    Kampung-kampung yang terlibat ialah – Rayoh, Batu 75, Batu 78,  Kalandos, Pangi Proper dan Matolop.
   Sekolah SK Pangi turut terjejas disebabkan murid-murid yang datang daripada enam buah kampong tersebut, tidak dapat hadir ke sekolah.
    Sebelum ini penduduk menggunakan troli buatan sendiri sebagai pengangkutan alternatif, namun kerajaan mengharamkan penggunaan kenderaan itu kerana dikatakan berisiko tinggi.
   Penduduk bagaimanapun mendedahkan penduduk terpaksa menggunakan troli tersebut sebagai pengangkutan penduduk, selain digunakan untuk mengeluarkan hasil tani mereka seperti getah, kopi  dan padi yang dianggarkan 1000 tan pada setiap bulan.
    Mereka juga menagih janji seorang timbalan menteri yang pada tahun 2011, telah berjanji untuk membina sebuah pemancar telekomunikasi di kawasan itu, bagi menyelesaikan jurang digital yang sedang dihadapi oleh penduduk di situ, namun janji tersebut masih belum ditunaikan.
   "Kami benar-benar sedih dengan keadaan ini," jelas KK Solomon dan berkata, "kemerdekaan bagi penduduk di situ seolah-olah tidak membawa sebarang makna".

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Bercuti <b>di Sipitang</b> - Siri 3 | .:: anna aQilah ::.

Posted: 30 Dec 2011 06:54 PM PST

Assalamualaikum readers..ahaha, maw juga merasa macam blogger laen..

anna tengok klo dowang sebut 'readers' tu, macam femes je dowang..
suka anna tengok..hehe

owkey,
part ni mcam besa,
anna letak gamba je la..

psal bercuti kat sipitang&beufort..
huhu..

and....

start.......

NOW~~~!





yang atas nie semua masa kitowang stil lagi kat sipitang..ehee~ then anna sefamly ber'hijrah' ke beufort plak..kat sana kitowang tigal kat Hotel RiverPark..




 then, time malam kitowang pekena kat gerai yang ada depan C&F Bestmart..sesape owang Beufort tu, tawu la tu kat mana..








nice trip.................nice one..........................nice beufort........................nice sabah...........nice Malaysia.......

.::cuticutiMalaysia::.

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


KERANA CINTA <b>DI</b> TOLAK, LELAKI BELASAH TERUK TEMAN <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2012 09:00 PM PST

No of View :11
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

PENAMPANG: Hanya kerana cintanya ditolak, seorang lelaki hilang pertimbangan apabila membelasah teman wanitanya sehingga mangsa cedera di pinggang dalam kejadian di Kampung Sedomon, di sini, kelmarin.

Malah, dalam kejadian jam 9 malam itu, suspek berusia 35 tahun turut mengambil parang di rumah teman wanitanya itu dan mengacukan senjata berkenaan ke arah abang mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan mereka.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh berkata, suspek bertindak ganas dengan menendang pinggang mangsa berusia 30 tahun itu, sebanyak dua kali.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

Menurutnya, sebaik menerima laporan, sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menahan suspek.

"Pada mulanya suspek cuba melarikan diri, tetapi gagal. Hasil pemeriksaan, polis menemui sebilah parang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian itu yang dicampak ke dalam semak, kira-kira dua meter dari rumah mangsa," katanya ketika dihubungi, semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved