10 di sandakan - Google Blog Search |
8 sekolah mubaligh <b>di Sandakan</b> terima cek bantuan : N9 Kini Posted: 11 Aug 2011 11:00 PM PDT SANDAKAN 12 Ogos – Lapan sekolah mubaligh di daerah ini masing-masing menerima bantuan RM50,000 dari peruntukan khas kerajaan yang disampaikan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi, di sini hari ini. Sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Mary, SMK St Micheal, SMK Convent St Cecelia, Sekolah Kebangsaan (SK) St Gabriel, SK St Mary Convent, SK St Mary Labuk dan SK St Monica. Puad ketika berucap pada majlis itu berkata, sekolah berkenaan adalah antara 101 sekolah mubaligh di negeri ini yang menerima peruntukan khas daripada kerajaan tersebut. Katanya, secara keseluruhan 441 sekolah mubaligh di negara ini akan menerima bantuan peruntukan khas kerajaan berjumlah RM70 juta. "Bantuan itu adalah bukti kerajaan tidak meminggirkan sekolah bantuan kerajaan dan mubaligh yang terdapat di negara ini kerana mereka juga memberi sumbangan besar kepada pendidikan negara. "Ada di antara sekolah itu mencatatkan rekod cemerlang termasuk sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi dan untuk itu kerajaan terus memberi bantuan kepada mereka termasuk dalam aspek pengurusan dan pentadbiran," katanya. Setiausaha Lembaga Pengurusan SMK St. Mary, Francis Tan menyifatkan bantuan khas itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap sekolah mubaligh di negara ini. Katanya, bantuan khas itu sememangnya diperlukan untuk penyelenggaraan dan naik taraf bangunan sekolah tersebut yang masih mengekalkan bangunan lama sejak dibina pada 1950an. Semalam, Mohd Puad menyampaikan cek bantuan yang sama kepada SK Holy Cross di daerah Beluran dan 12 sekolah mubaligh di Kota Kinabalu. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di sandakan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |