ads

Ahad, 2 Oktober 2011

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Anak Tikam Ibu Dan Bapa <b>Di Sandakan</b>

Posted: 13 Sep 2011 10:52 PM PDT

SANDAKAN – Sepasang suami isteri mati ditikam oleh anak lelaki mereka di sebuah rumah di Batu 1, Jalan Utara dekat sini Selasa malam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, lelaki berkenaan yang berusia 31 tahun turut menikam kakaknya.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata mangsa dikenali sebagai Yew Hiap Foh, 70, dan isterinya Chu Ching Moi, 60, dan kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat tikaman di dada.

Katanya mayat Yew ditemui terbaring di bilik tidur, manakala Chu ditemui terbaring di atas sofa di ruang tamu rumah tersebut.

Kakak mangsa yang berusia 37 tahun mengalami cedera parah akibat ditikam diperut dan kini dirawat di Hospital Duchees of Kent Sandakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil, katanya di sini hari ini.

Rowell berkata dari laporan awal yang diterima, kejadian berlaku selepas lelaki itu dikatakan naik berang selepas bapanya tidak membenarkan permintaannya untuk menjual rumah yang mereka diami itu.

Katanya lelaki itu ingin menjual rumah mereka untuk mendapatkan modal berniaga dan dia diberitahu oleh bapanya bahawa nama pemilikan rumah itu sudah dipindahkan kepada kakaknya.

Beliau berkata lelaki itu yang bekerja sebagai penanam sayur sebelum ini pernah mengugut mahu menikam ibu dan bapanya kerana tidak menunaikan permintaannya itu.

Menurutnya lelaki itu melarikan diri selepas kejadian itu dan polis berjaya menangkapnya selepas dia datang semula ke rumah itu dengan menaiki sebuah kereta.

Katanya sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu turut ditemui di ruang tamu rumah tersebut. – BERNAMA

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


sabahkini.net: PPBBS <b>LAHAD DATU</b> WAJAR TUNTUT GANTI RUGI

Posted: 02 Oct 2011 12:33 AM PDT


PERSATUAN Pengusaha Bas Bumiputera Sabah (PPBBS) meminta Majlis Daerah Lahad Datu supaya memberi peluang kepada cawangan persatuan itu di Lahad Datu untuk terus mengendalikan terminal bas di pekan berkenaan buat sementara waktu selagi tiada perancangan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan di tapak tersebut.

Ketua Penerangannya, Rahman Piut, berkata, PPBBS cawangan Lahad Datu mempunyai rekod yang baik sepanjang mengendalikan kemudahan terminal tersebut dan tiada sebab perkhidmatan mereka itu diabaikan begitu sahaja.

Katanya, PPBBS cawangan berkenaan telah menerima surat dari Majlis Daerah Lahad Datu supaya mengosongkan terminal itu tanpa memberi sebarang alasan kukuh dan munasabah.

"Oleh kerana cawangan kami di Lahad Datu telah mengendalikan terminal itu dengan baik, sekaligus telah membantu memperaturkan bas-bas di pekan itu; selain membuat pembayaran sewa mengikut jadual, tiada sebab pihak majlis tidak mengambil kira rekod baik tersebut," katanya.

Ketua Penerangan PPBBS itu berkata, sekiranya pihak majlis meneruskan hasratnya ingin menghentikan perkhidmatan cawangan mereka di Lahad Datu mengendalikan terminal tersebut, Majlis Daerah seharusnya membayar ganti rugi kepada PPBBS cawangan Lahad Datu kerana selama ini mereka selain membayar sewa bulanan, mereka juga telah menanggung kos yang tinggi bagi menyelenggarakan kemudahan tersebut selama ini.

"Saya fikir PPBBS cawangan Lahad Datu wajar membuat tuntutan itu sebelum bersetuju mengosongkan terminal berkenaan," tegasnya sambil menambah perkara itu sudah pun dimaklumkan kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Haji Noor dalam surat rayuan persatuan kepada beliau berhubung perkara itu baru-baru ini.

"Kita berharap pihak kementerian mengambil kira perkara ini memandangkan pihak persatuan telah memberi penjelasan terperinci kepada menteri berkenaan melalui surat rasmi dan perjumpaan dengan pihak pengurusan PPBBS sebelum ini."

Beliau berkata, pihak persatuan juga merayu dan memohon jasa baik, Datuk Hajiji supaya campur tangan untuk membantu menyelesaikan perkara tersebut.

Menurut beliau, Setiausaha Agung PPBBS, Haji Awang Dullah dan Bendahari Agung, Mursidi Haji Ridi turut menemui Pengerusi Majlis Daerah Lahad Datu yang juga Pegawai Daerah, Haji Zulkifli Nasir kelmarin.

Berdasarkan input mereka, pihak pengurusan PPBBS memutuskan supaya PPBBS Lahad Datu membuat tuntutan ganti rugi sekiranya terus diminta pihak MDLD mengosongkan terminal itu.

Katanya, inilah pendirian persatuan dan jumlah ganti rugi yang dituntut masih dalam semakan dan cawangan kami di Lahad Datu akan menentukannya dan mengemukakannya kepada MDLD.

Beliau menegaskan, pihak persatuan terkilan apabila diberitahu terdapat individu tertentu yang berkepentingan cuba menangguk di air keruh sehingga menjadikan pihak majlis terburu-buru mengambil keputusan seumpama itu.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli-ahli serta pengusaha bas di Lahad Datu yang merupakan penyokong setia kerajaan sebelum ini supaya menyemak semula pendirian mereka sekiranya pihak majlis tidak mengambil kira hak dan kepentingan mereka.

"Kalau kita cuba diperlakukan begini, seharusnya kita bersatu untuk melakukan perubahan di masa hadapan dan kebelakangan ini memang banyak tekanan kepada pengusaha bas dan harapan kita pihak kerajaan tampil membantu kita kerana seluruh pengusaha bas di Lahad Datu merupakan pengundi dan menyokong kerajaan," kata Rahman.

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Increase in <b>Kinabatangan</b> voters raising eyebrows | Free Malaysia <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2011 09:11 PM PDT

Out of the total of 150,327 people in Kinabatangan, 117,689 are foreigners and 32,638 locals.

KOTA KINABALU: The unexpected high voter-to-population ratio in the Kinabatangan region on the east of Sabah has raised concerns that non-citizens have made it into the new electoral rolls.

Sabah DAP which sounded the alarm said the ratio had risen to as high as 68% and was abnormal.

MP for Kota Kinabalu Hiew King Cheu noted that a check on the electoral roll revealed that registered voters in Kinabatangan is around 22,000 from a total local population of 32,638, which which makes the population-to-voter ratio at 68%.

"This is very high when compared with many other areas in Sabah. The normal voters-to-population ratio is between 20% to 35% only.

"For example in Beaufort, it is 28,000 voters to 70,000 people (36%), for Penampang, it is 36,000 voters to 130,000 people (28%), and for Beluran it is 20,000 voters to 110,000 people (18%) only.

"It is not possible for a constituency to have 68% of the population registered as voters. Normally, many kampung folks and their young ones are not registered as voters and also many of them are working away from the area. This is even more obvious in Kinabatangan area.

"We cannot understand the situation in Kinabatangan. Maybe someone can explain the high voters- to-population ratio to us."

Hiew said this while commenting on the revelation by Women, Family and Community Ministry secretary-general Noorul Ainur Mohd Nur that the immigrant population in the Kinabatangan district in 2010 had surpassed the local population.

Noorul had said that out of the total of 150,327 people in Kinabatangan, 117,689 were foreigners and 32,638 were locals.

Hiew said he was shocked to learn about this, adding that the figures revealed that something was not right somewhere, especially when compared with the registered number of voters on the electoral roll for the Kinabatangan parliament constituency.

"The secretary-general to the ministry and many other people may not have noticed this extraordinary situation. The only logical explanation is that foreigners have been registered as voters too," he said.

He said the Election Commission (EC) must explain the oddity.

sabahkini.net: POLIS <b>KINABATANGAN</b> JADI BARUA PENJENAYAH?

Posted: 02 Oct 2011 01:06 AM PDT

Oleh : HAMZAH ABDULLAH

PADA 26 September 2011, saya telah mengutus surat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dengan sesalinannya kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Osman Jamal.

Dalam surat tersebut saya menyatakan kepada Tan Sri Ismail tentang penglibatan segelintir pegawai polis dari Balai Polis Daerah Kota Kinabatangan yang menganiaya para peneroka di kawasan Koyah Bersatu; justeru memohon campurtangan beliau bagi menyiasat, serta mengambil tindakan sewajarnya ke atas kezaliman yang dilakukan oleh pegawai-pegawai terbabit.

Pada 1 Oktober 2011, saya telah melawat kawasan Koyah Bersatu, bertemu para peneroka berkenaan, melihat dan mendengar sendiri keperitan yang mereka hadapi setiap hari berdepan dengan suasana penganiayaan oleh pegawai-pegawai polis terbabit.

Para peneroka di kawasan yang dimaksudkan telah menduduki kawasan berkenaan secara sah, permohonan mereka untuk menjadi pekebun kecil telah dibuat pada zaman kerajaan Berjaya ketika Ketua Menteri masa itu, Datuk Harris Salleh, telah memperuntukkan sejumlah hampr 1 juta ekar di bawah Skim Pekebun Kecil (Small Holders Scheme) dengan matlamat meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah.

Datuk Zaki Gusmiah, ADUN Sukau pada masa itu telah menyokong sepenuhnya permohonan para peneroka ini. Ini bererti para peneroka ini telah menduduki secara sah, lengkap dengan dokumen permohonan tanah (P.T.) yang telah dimajukan dan diterima oleh Jabatan Tanah, Kota Kinabatangan untuk tempoh hampir 30 tahun!

Episod malang menimpa para pekebun kecil ini apabila tanah yang dipohon seawal pemerintahan Berjaya, mendapat kelulusan tetapi geran-geran tanah mereka 'disambar' oleh seorang tauke Cina, Ang Hong Swee yang mendakwa sebagai Anak Negeri secara dokumen (Anak Negeri 'By Document') dan bukan melalui pertalian 'darah' (Anak Negeri 'By Document' and not 'By Blood').

Anak Negeri palsu yang memang terkenal dengan 'link' pihak atasan di Jabatan Tanah serta mempunyai sahabat dari kalangan anggota dan pegawai polis telah memperalatkan dua orang pegawai polis dari Balai Polis Kinabatangan, yang bernama Sarjan Ismail dan seorang yang bernama Hilme.

Kedua-dua pegawai inilah yang telah bertindak bagi pihak tauke Anak Negeri palsu ini menggertak dan mengancam para peneroka di kawasan Koyah Bersatu. Para peneroka memberitahu saya bahawa Sarjan Ismail dan yang berenama Hilme (saya diberitahu oleh seorang kawan bahawa Hilme ni berpangkat Inspektor dan berasal dari sebuah negeri di utara Semenanjung) telah menyumbat seorang pekebun kecil selama 5 hari di lokap Balai Polis Kinabatangan tanpa sebab dan tanpa reman daripada Majistret.

Sarjan Ismail dan Hilme ini jugalah yang memberi amaran kepada para peneroka supaya tidak mengalihkan batu sempadan (Boundary Stone) kerana Sarjan Ismail akan bertindak meletakkan batu sempadan yang baru.

Semuanya dilakukan oleh Sarjan Ismail bagi mempastikan 'Nafsu Sarakah' tauke Anak Negeri palsu ini menguasai lot-lot peneroka yang telah ditanam dengan kelapa sawit tercapai.

Modus operandi yang dilakukan oleh Sarjan Ismail dan anggota yang lain amat mudah iaitu merampas tanah-tanah peneroka melalui batu sempadan yang akan mereka tanam secara palsu dalam kawasan yang bukan merujuk kepada lot-lot peneroka.

Seorang peneroka, Hasmiati binti Rustam dan mendududki Lot 52, mempunyai geran tanah sah bernombor 095312744, tetapi bakal dirampas oleh tauke Anak Negeri palsu ini dengan dibantu oleh Sarjan Ismail serta seorang pencacai tauke bernama Osman Enting, atau lebih dikenali sebaga Tabu.

Ketua Polis Negara mempunyai tanggungjawab moral bagi memperbetulkan kepincangan ini sesuai sebagaimana saranan yang sering dilaungkan bahawa 'rakyat juga mempunyai tanggungjawab bersama' bagi mengurangkan kes-kes jenayah dinegara ini.

Nah! sekarang, apa yang dilakukan oleh segelintir anggota polis ini adalah suatu jenayah yang tidak bermoral dan bercanggah dengan lafaz ikrar dalam piagam pelanggan Jabatan Polis.

Kita sama-sama tunggu dan lihat sejauh mana Tan Sri Ismail benar-benar komited untuk membersihkan imej Jabatan Polis yang semakin tercalar.

(NOTA : Hj Hamzah Hj Abdullah merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, merangkap YDP Pas Kawasan Batu Sapi.)

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


NurQaseh: Cuci-Cuci Mata <b>di Kota Kinabalu</b>, Sabah

Posted: 19 Sep 2011 06:08 AM PDT

Salam sayang kpd semua pembaca budiman. Baru berkesempatan update post terkini malam ini. Pagi Jumaat lalu, pihak Company membawa staff terbang ke KK, Sabah. Sebahagian naik MAS dan sebahagian lagi naik AirAsia. Everything sponsored by the Company, dapat duit shopping lagi beberapa ratus diberi kpd setiap staff. Walau penat masih membalut diri, seronoknya dgn kenangan dan pemandangan sungguh indah di Kundasang, hot poring area canopy walk (walau tak memanjat titian gantung terpanjang di South East Asia tu) dan beberapa laluan perbukitan dan pergunungan yg indah, nyaman dan segar. Alhamdulillah, rezeki Allah jua. Jemput layan foto2 camera cap selipar Jepung spt di bawah ini:
Pemandangan indah dari bilik Sutera Habour Resort.
Duit poket ada lagi, apalagi kami pulun beli ikan masin, udang kering, ikan bilis, kueh cincin ikut pilihan masing2. Sampai tak menang tangan si Awie melayan karenah kami
Ahad petang kami terbang balik masing2 dengan kenangan lucu dan pengalaman manis dlm percutian tajaan Syarikat yg indah. Kami semua kakitangan syarikat pelaburan saham ni dah macam adik beradik gaduh2, tarik2 muka masam, then baik2 semula then manis2 kembali. Selepas puasa tempoh hari, berat badan turun 6 kg.. tapi balik dari KK omak aii dah naik balik 2 kg. Guano gamok?
Bye KK. Ins'allah ada rezeki kami akan datang lagi. Terima kasih kerana sudi membaca hingga titik akhir. Wasallam.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Analisis Pakatan Rakyat menuju PRU 13 <b>di Sabah</b>

Posted: 22 Sep 2011 06:13 AM PDT

Pendahuluan

Pada 16 September yang lalu, bersamaan dengan sambutan Hari Malaysia, Konvensyen Pakatan Rakyat Sabah telah berlangsung dengan jayanya di Convention and Event Center, Star City, Kota Kinabalu Sabah. Konvensyen ini dihadiri oleh semua penyokong dan ahli dari Pakatan Rakyat seluruh negeri.

Konvensyen yang bermula dari pukul 1.00 petang hingga 5.00 petang itu bertujuan untuk merasmikan Buku Jingga Pakatan Rakyat Negeri Sabah. Lim Kit Siang, Haji Mohamad Sabu dan Datuk Seri Dr Wan Azizah antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut hadir memberikan ucapan dan sekaligus merasmikan Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Tawaran PR

Tawaran baru Pakatan Rakyat (PR) untuk rakyat Sabah meliputi 20 perkara. Antaranya adalah mengenai agama, menjunjung kedaulatan negeri Sabah, menangani pendatang asing tanpa izin (PATI), pemuliharaan tanah Sabah, Borneonisasi, pengambilalihan Blok L dan M, 20 perkara autonomi Sabah, royalti minyak dan gas, dasar kabotaj, pengawalan cukai hasil negeri Sabah, kajian fungsi FELDA dan FELCRA, Yayasan Orang Asal, pembasmian kemiskinan, perumahan rakyat, peranan Yayasan Sabah dan lain-lain.

Penerimaan rakyat Sabah terhadap PR pada masa ini adalah pada tahap yang amat baik. Di sesetengah kawasan, wakil PR sama ada terdiri daripada PAS, DAP atau PKR, dijadikan rujukan utama oleh masyarakat setempat untuk memberitahu masalah dan mendapatkan penyelesaian kepada masalah itu, hal ini menjadi simbolik kepada ketidakcekapan wakil rakyat BN yang ada untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Menurut Ketua Penerangan Pas Sabah, Hisamudin Sulaiman yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Pensiangan, apabila beliau turun mendengar keluhan dan permasalahan masyarakat di kawasannya, di samping mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh BN, pada ketika itulah masyarakat sedar bahawa selama ini mereka hanya ditipu dan tidak diambil berat langsung oleh wakil rakyat yang dipilih oleh mereka dalam PRU lalu.

Beliau juga mendakwa bahawa penduduk kampung memberikan kepada beliau beberapa pucuk surat yang mengandungi berbagai-bagai permintaan daripada penduduk kampung. Beliau menegaskan kepada penduduk kampung bahawa tugas wakil rakyat yang dipilih dalam pilihanraya bukan hanya untuk memberikan beras sekilo dua ataupun memberikan 'tandas segera', tetapi ia lebih dari itu, iaitu mendengar dan menyelesaikan permasalahan yang wujud.

PAS mengukuh di Sabah 

Di kawasan Sandakan pula, penerimaan masyarakat terhadap PR juga pada tahap yang amat memberangsangkan. Masyarakat di sekitar Batu Sapi sangat teruja apabila mengetahui bahawa Tuan Guru Haji Hadi akan turun ke kawasan mereka, namun harapan mereka untuk bertemu dengan dengan beliau tidak kesampaian apabila beliau tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Namun kedatangan beliau di tempat lain seperti di Tawau, amat meriah dan disambut dengan baik.

20 perkara yang ditawarkan oleh PR untuk rakyat Sabah dalam PRU ke 13 yang diurakan-urakan bakal berlangsung dalam masa terdekat ini, merupakan antara isu yang sangat genting dan menjadi satu tuntutan kepada PR untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat Sabah jika PR berjaya menakluki 'fixed deposit' BN ini.

Antara isu yang cukup sinonim dengan rakyat negeri ini, adalah isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). Di semua kawasan, terutamanya kawasan pedalaman, seperti di kawasan Pensiangan, kawasan Batu Sapi, dan kawasan Beluran serta di Merotai, penduduk kampung meneroka dan mengusahakan tanah-tanah tersebut untuk dijadikan kawasan petempatan dan pertanian atau penternakan. Apabila tanah-tanah tersebut diusahakan, ia sepatutnya menjadi milik penduduk yang mengusahakannya.

Namun, hal yang sebaliknya pula terjadi apabila kerajaan sewenang-wenangnya merampas tanah NCR tersebut. Pampasan yang dijanjikan hanya menjadi 'pemanis mulut' sahaja tanpa ada tindakan susulan. Rakyat dibiarkan turun naik ke mahkamah dan akhirnya kes ditutup.

Pembelaan yang sewajarnya dibuat oleh wakil rakyat seperti yang diharapkan oleh penduduk kampung, tidak terjadi. Malahan wakil rakyat pula hilang entah ke mana. Hanya akan muncul apabila ada program nyanyian, kebudayaan dan acara tari menari yang sememangnya sinonim dengan jiwa wakil rakyat BN negeri ini.

Tahun ini, PAS Sabah amat tekun dan gigih untuk memastikan Sabah tidak lagi menjadi 'fixed deposite' BN pada PRU akan datang. Pada Mei tahun ini, Konvensyen PAS Sabah yang berlangsung di Sabah Hotel, Sandakan yang bermatlamatkan "merakyatkan PAS di Sabah" telah mengusulkan juga beberapa tindakan lain antaranya untuk menyebarkan isi kandungan Buku Jingga, menarik undi masyarakat bukan Islam, mengenalpasti permasalahan masyarakat setempat, kursus pilihanraya kawasan dan penekanan kualiti ahli.

Pada 17 September yang lalu pula, Konvensyen Pas Negeri Sabah telah berlangsung di Yaho Hotel, Kota Kinabalu. Konvensyen pada kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran semua ahli PAS dari seluruh pelusuk negeri ini. Konvensyen yang berlangsung selama sehari ini turut mengupas mengenai Negara Berkebajikan: Tawaran Pas yang telah disampaikan oleh ahli parlimen Pasir Putih Kelantan, Ustaz Muhammad Husin.

Menariknya, konvensyen kali ini menggunakan buku MENEGAKKAN PERJUANGAN: Memenangi Pilihanraya Menerusi Persiapan Tarbiyyah yang ditulis oleh Ustaz Datuk Abu Bakar Chik yang turut digunakan ketika Ijtimak Tarbawi DPPP di Rusila Terengganu pada Oktober tahun lalu.

Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan iaitu 'Menegakkan Perjuangan', 'Pilihanraya adalah Jihad dan Wasilah Perjuangan' yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulama Pas Sabah, Ustaz Nuruddin Abdullah dan pembentangan ketiga mengenai 'Adakah PAS boleh menang dan memerintah Malaysia' yang disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Sabah, Saudara Hisamudin Sulaiman. Majlis ini diakhiri dengan bacaan doa wehdah oleh Ketua Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu.

Jaringan PAS dan NGO

Konvensyen PAS kali ini juga disertai oleh beberapa wakil NGO yang turut serta bersama-sama memperjuangkan isu setempat, antaranya NGO ini bekerjasama dengan PAS Sabah untuk menangani isu alam sekitar yang melibatkan pembukaan lombong arang batu di Felda UMAS. Hasilnya, mereka berjaya menghentikan pembukaan lombong tersebut. Hal ini secara tidak langsung menampakkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang universal, tidak hanya merangkumi hal ehwal keagamaan semata-mata.

Di Sabah, pilihanraya Parlimen Batu Sapi yang diadakan tahun lalu adalah cerminan kepada usaha PR di Sabah, khususnya di Sandakan. Walaupun ketika itu wakil dari PKR yang menjadi calon bertanding, namun usaha untuk memenangkan calon ini turut dibantu oleh jentera dari semua parti PR. Hasilnya, lebih 3000 pengundi yang mengundi calon PKR ini. Ia merupakan satu 'hint' awal betapa rakyat Sabah mahukan perubahan yang lebih baik dan wakil rakyat dipilih biarlah menjadi mata dan telinga kepada rakyat di parlimen nanti, bukan hanya melihat dan membiarkan rakyat terseksa.

Keberkesanan pendidikan rendah PAS

Penerimaan masyarakat terhadap PAS juga turut dilihat melalui peningkatan murid yang berdaftar di PASTI yang ada di seluruh negeri. Hal ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi oleh masyarakat agar anak-anak mereka dapat dididik dengan baik dan berkonsepkan Islam.

Dakwah Islamiyyah turut dapat disebarkan secara 'bil hikmah' melalui PASTI. Rata-rata ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak ke sekolah PASTI, berpakaian tidak menepati syariat Islam dan disinilah peranan guru ditonjolkan. Beretika pakaian yang sopan dan menutup aurat merupakan tuntutan wajib untuk semua guru PASTI.

Pada masa ini juga, PASTI beroperasi di seluruh tempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan tidak hanya tertumpu pada sesuatu kawasan sahaja. PASTI ada di bandar-bandar besar, di flat-flat mewah dan ada juga di kawasan perumahan elit. Hal ini menunjukkan bahawa PAS mampu untuk memberikan pendidikan bukan hanya kepada golongan sasaran tertentu sahaja tetapi merangkumi kepada semua golongan.

Rintangan seteru politik

Namun, kepastian yang nyata adalah pihak BN tidak akan pernah untuk berdiam diri membiarkan Sabah jatuh ke tangan PR. Ternyata pelbagai usaha difokuskan kepada negeri ini untuk memenangkan BN di Sabah pada pilihanraya akan datang.

Ketika syawal baru-baru ini pun, Ketua Menteri turun ke semua masjid yang ada untuk menyampaikan sumbangan dan membuat rumah terbuka menjamu rakyat yang dahagakan janji ketika PRU lalu. Pemberian beras dan barang-barang keperluan lain kepada golongan sasaran seperti ibu tunggal atau orang kurang upaya sudah menjadi kelaziman untuk wakil BN apabila turun bertemu masyarakat.

Malangnya wakil BN menganggap bahawa itu sudah cukup untuk memadamkan janji-janji yang dibuat ketika PRU lalu. Rakyat Sabah sudah bertahun hidup dalam keadaan yang sama, tidak ada perubahan yang drastik walaupun Sabah merupakan negeri yang kaya pada suatu ketika dahulu. Jalan raya misalnya, hanya dibaiki apabila tiba musim pilihanraya, jambatan di kampung hanya akan dibaiki apabila wakil rakyat BN akan melawat kampung tersebut dan jalan yang berlubang hanya akan ditampal apabila Ketua Menteri melawat kawasan tersebut.

Fenomena yang amat menyedihkan. Adakah rakyat yang tinggal di kawasan itu tidak berhak untuk mendapat kemudahan yang baik? Kenapa perlu tunggu 'orang besar' masuk ke kawasan tersebut baru semuanya akan dipulihkan? Saya menyarankan agar Ketua Menteri dan jemaah menterinya berulang alik dari Sandakan ke Kota Kinabalu, atau dari mana sahaja, dengan menaiki kereta melalui jalan raya yang ada. Biar mereka turut merasai betapa sistem perhubungan jalan raya yang ada di negeri ini berada pada tahap yang amat teruk.

Di kawasan Sandakan, misalnya di kawasan pedalaman Batu 12, sehingga saat ini penduduk masih belum mendapat bekalan air bersih walhal tempat tersebut mempunyai sekolah dan petempatan. Penduduk di kawasan itu juga perlu menunggu 11 tahun untuk mendapatkan sistem perhubungan jalan raya yang lebih baik.

Logik atau tidak rakyat perlu menunggu bertahun lamanya untuk mendapat kemudahan yang lebih baik? Sedangkan BN memerintah Sabah lebih lama daripada tempoh itu. Jika anda berkesempatan ke Sandakan, anda akan melihat sepanjang jalan dari Batu 14 hingga ke Batu 12, jalan raya sedang dalam proses pembesaran. Hal ini rentetan daripada jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Satu langkah yang amat baik dan disambut baik oleh semua penduduk namun persoalan yang timbul, kenapa sekarang usaha itu dibuat?

Kenapa tidak selepas sahaja kemenangan BN di Sabah pada PRU lalu? Bergerak pula ke kawasan bas ekspres Sandakan, anda akan melihat satu kawasan yang amat daif. Kawasan bas ekspress ini hanya terdiri daripada beberapa pondok tiket bas dan tandas serta beberapa gerai jualan makanan. Dan lebih malang lagi, kawasan bas ekspres ini tidak berbumbung.

Namun, jika anda ke Tawau atau Kota Kinabalu, anda akan dapat merasakan bahawa stesen bas ekspres yang ada setaraf dengan stesen bas ekspres di bandar utama negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Cukup lengkap dan gah. Walhal, Ketua Menteri Sabah adalah anak jati Sandakan, namun mengapa Sandakan seakan-akan dianaktirikan, sedangkan Sandakan merupakan bandar terpenting selain Kota Kinabalu dan Tawau.

Stesen bas harian yang terletak di tengah-tengah bandar Sandakan turut mengalami nasib yang sama, dianaktirikan daripada pembangunan. Stesen bas ini tidak berbumbung, (kecuali stesen bas Labuk yang merupakan stesen bas swasta) dan ia sangat menyukarkan pengguna apabila hujan. Hal ini bertambah sukar apabila terdapat bas sesuatu kawasan yang adakalanya jauh dari tumpuan orang ramai.

Hal ini sudah wujud bertahun lamanya tanpa ada apa-apa tindakan daripada pihak kerajaan negeri. Perkara ini patut dipandang dengan serius kerana kebanyakan penduduk menggunakan bas sebagai pengangkutan utama. Jika hal ini tidak ditangani dengan baik, ia akan membebankan rakyat. Jika alasan sempit dan tidak ada ruang yang diberikan, ia adalah tidak relevan kerana kemudahan ini adalah lebih penting daripada pembinaan kompleks membeli belah (Harbour Mall) yang semakin pesat dibangunkan di pinggir bandar Sandakan. Jika kompleks ini ada tempatnya di bandar ini, kenapa pula tidak boleh diperuntukkan tempat untuk stesen bas harian?

Masalah setinggan

Isu setinggan juga amat sinonim dengan negeri ini sama ada di Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau. Di Sandakan, kawasan setinggan BDC yang dulunya terletak di Batu 2 dirobohkan tanpa pembelaan yang wajar diberikan kepada penduduk yang terlibat. Kawasan tersebut kononnya akan digunakan untuk mendirikan Hotel Sri Malaysia namun sehingga ke hari ini, lebih dari 5 tahun kawasan setinggan itu dirobohkan, belum pun ada tanda-tanda pembangunan dilakukan. Semuanya hanya untuk menghapuskan kawasan setinggan agar negeri ini dikatakan 'zero setinggan' walhal hakikatnya rakyat merempat dan terpaksa mencari tempat tinggal yang lebih mahal kosnya.

Adakah ini langkah yang betul-betul bijak mengurangkan kemiskinan di Sabah? Penduduk masa kini yang tinggal di kawasan setinggan bagaikan telur di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja tempat mereka akan dirobohkan. Ketika berkunjung ke Batu Sapi Ramadhan lalu, rumah penduduk di kawasan Kampung Lupak Meluas juga ingin dirobohkan dan tidak ada seorang pun wakil rakyat yang turun menjadi 'front liner' mempertahankan penduduk.

Apabila ditanya kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab merobohkan kawasan tersebut, mereka hanya menyatakan bahawa wakil rakyat mereka yang memberikan arahan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa wakil rakyat yang dipilih oleh mereka hanya 'menyayangi' mereka apabila tiba musim pilihanraya sahaja.

Isu PATI

Kebanjiran PATI di Sabah juga tidak dapat ditangani dengan baik oleh kerajaan Negeri. Tawaran PR untuk PRU akan datang adalah menyempurnakan penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi mencari jalan menyelesaikan kemelut pendatang asing tanpa izin di negeri ini. Pendaftaran PATI sebagai penduduk tetap yang dijalankan oleh kerajaan bulan lalu amat membimbangkan.

Penduduk amat takut jika hak yang sepatutnya dimiliki dirampas dan diberikan kepada PATI. Pendaftaran yang dilakukan juga amat merobek hati penduduk, kerana ada antara penduduk tetap negeri ini yang terpaksa berurusan ke Putrajaya semata-mata untuk mendapatkan kad pengenalan penduduk tetap, tetapi kerajaan sewenang-wenangnya memberikan hak tersebut kepada PATI.

Rakyat menghabiskan ribuan ringgit dan perlu menanti bertahun-tahun untuk mendapatkan kad pengenalan, PATI pula mendapat kerakyatan hanya dalam masa beberapa jam. Bukan itu sahaja, kebanjiran PATI di Sabah turut menyebabkan kadar jenayah meningkat. Pecah rumah, mencuri, penyeludupan rokok dan sebagainya turut membimbangkan masyarakat tempatan.

Pelbagai isu yang boleh dicanang untuk menjatuhkan BN di Sabah, point utamanya adalah menyampaikan kepada masyarakat tentang maklumat dan kebenaran yang sepatutnya mereka ketahui.

Meraih kepercayaan penduduk tidak mudah, tapi apabila kita menyampaikan kebenaran insya Allah mereka akan dapat berfikir pilihan yang lebih baik. Jika tempat mereka tidak boleh diakses menggunakan internet, kita perlu turun menyampaikan. Keadaan di Sabah amat berbeza dengan kawasan lain.

Di Sabah ada tempat yang perlu untuk menaiki kereta pacuan empat roda, ada tempat yang hanya boleh menggunakan pengangkutan air, dan ada jalan yang tidak berturap, dan tanah merah. Namun semua ini bukan halangan untuk kita membantu menyampaikan kepada masyarakat. Saya amat yakin dan percaya bahawa rakyat di bawah bayu ini mahukan perubahan kerana semuanya sudah muak menderita di bawah pemerintahan BN yang tidak mempedulikan rakyat.

Penutup

Bahang pilihanraya semakin terasa samada akan diadakan pada tahun ini atau tidak. Pelbagai usaha harus dijalankan oleh semua jentera pilihanraya kawasan. Penculaan, mengenalpasti permasalahan setempat, mendekati golongan sasaran, menarik undi bukan Islam, memantapkan kualiti ahli dan memperbanyakkan program dan aktiviti bersifat luaran, tidak hanya tertumpu aktiviti dalaman sahaja. Jika usaha sudah dibuat sebesar Gunung Kinabalu dan sedalam Lautan China Selatan, namun jika kemenangan masih belum diberikan, bersabarlah kerana Allah SWT beserta dengan orang-orang yang sabar.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved