TINDAKAN Adun Sekong, Datuk Haji Samsudin Yahya menggesa agar RCI menyiasat asal usul Ketua Pemuda PAS, Lahirul Latigu yang ditakrifnya sebagai PATI ketika membahaskan Belanjawan Negeri Sabah 2013 di Dewan Undangan Sabah baru-baru ini merupakan tindakan bodoh seperti menggali kubur sendiri.
Bagaimanapun saya mengalu-alukan gesaan Samsudin kerana Panel RCI perlu menyiasat kenapa permohonan bapa Lahirul iaitu Latigu Laando yang membuat permohonan kewarganegaraan mengikut lunas undang-undang belum diluluskan; tetapi dalam masa yang sama Jabatan Pendaftaran Negara memberikan kerakyatan songsang kepada Pia Bte Dahlan, PATI Filipina yang memalsukan keterangan diri dan mengaku sebagai anak saudara TYT Sabah.
Bagi saya,
kerakyatan Lahirul adalah sah menurut undang-undang kerana salah seorang ibu atau bapanya adalah warganegara Malaysia; selaras dengan Bahagian II [Perkara 14(1)(B)] Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-Undang; sekalipun bapanya masih memegang kerakyatan Indonesia.
Bagaimanapun kerakyatan Samsudin pula mendatangkan kesangsian kerana siasatan saya mendapati data peribadi Samsudin di Jabatan Pendaftaran Negara begitu mencurigakan iaitu tanpa 'Ibubapa'.
Saya agak terkejut kerana dalam data JPN, Samsudin dilahirkan di Kampung Lupak Meluas sedangkan pada hari kelahirannya 08 Februari 1955, kampung berkenaan belum lagi wujud.
Sebelum ini, Paparazzi Sabahkini.net telah mendedahkan bahawa Samsudin telah terlibat secara langsung mendapatkan MyKad untuk
'Gundiknya' Pia Bte Dahlan yang memalsukan keterangan diri dan mengaku sebagai saudara TYT Sabah. Mungkin kerana tidak dapat tanduk, maka telinga beliau pulas dengan menjadikan Lahirul sebagai sasaran untuk mengalihkan perhatian rakyat Sabah dan Panel RCI.
Blog dan komen di Sabahkini.net juga turut mendedahkan bahawa Samsudin lahir di Filipina sebelum dilahirkan sekali lagi setelah tembuninya ditanam di Bongao, Filipina; mendapat suaka di Tambisan sebelum berhijrah ke Sandakan bersama Dahlan dan dipelihara ibu angkat bernama Fatnah.
Jika benar Samsudin mempunyai ibubapa yang sah, kenapa Samsudin tidak mengemaskini rekodnya di JPN dan tanpa segan silu menjalani ujian DNA dengan salah seorang anggota keluarganya untuk mengesahkan bahawa beliau anak jati Sabah dan bukannya PATI sebagaimana didakwa rakyat Tambisan dan penduduk asal Batu Sapi.
Jika pendedahan Sabahkini.net tidak benar, maka Samsudin sewajarnya menyaman Sabahkini.net dan bukannya menjadikan Lahirul dan seteru ketatnya, Jimmy Wong (Adun Sri Tanjung) sebagai Korban di Hari Raya Korban ini.
Dalam hal ini Samsudin sepatutnya insaf di atas perbuatannya yang bukan sahaja mencemarkan ajaran Islam dengan melanggar Undang-Undang Poligami di Malaysia; melakukan jenayah syariah dengan berkhalwat dengan bukan muhrim di Hotel Hyyatt Kinabalu; malah menjadikan dirinya sebagai 'Pengkhianat Negara' kerana mendalangi kegiatan subversif mendapatkan kerakyatan songsang kepada 'Gundiknya' dan sebahagian besar ahli UMNO di Batu Sapi.
Ketua Menteri Sabah tidak sepatutnya bersekongkol dengan segala jenayah yang dilakukan Samsudin selama ini dengan menyambung kontraknya sebagai Pengerusi Ko-Nelayan kerana telah menindas nelayan miskin sehingga mereka membenci Barisan Nasional kerana hak mereka untuk mendapat minyak bersubsidi dinafikan.
Jika Ketua Menteri menutup mata di atas kezaliman yang dilakukan Samsuddin selama ini, maka hukum karma pasti berjalan apabila malaikat menghijab mata pengundi daripada melihat Lambang BN di atas kertas undi dan memangkah Pakatan Rakyat.
Cukuplah upah besar yang diterima Samsudin atas jasa dan khidmat bakti kepada Ketua Menteri selama ini dan tidak membiarkan Samsudin menggunakan kesempatan terakhir ini untuk menikam Ketua Menteri dan UMNO dari belakang kerana rakyat tidak dapat memaafkan segala kesalahan dan kezaliman Samsudin selama ini.
Sampai bila Ketua Menteri mahu melindungi Samsudin sedangkan beliau menjadi liabiliti bukan sahaja kepada UMNO, Barisan Nasional; malah kepada Negara Malaysia kerana menjadi 'Pengkhianat Nombor Satu' di Sabah disebabkan Skandal MyKad untuk Gundiknya, Pia Binti Dahlan sedangkan beliau adalah Penggubal Undang-Undang di Sabah.
Sepatutnya, Samsudin bukan sahaja dipecat daripada kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, Adun Sekong, Pengerusi Ko-Nelayan; malah disumbat ke dalam penjara kerana menderhaka kepada DYMM Yang DiPertuan Agong.
Kelmarin, hampir semua akhbar menyiarkan kenyataan Samsudin yang mendesak RCI menyiasat asal usul Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu.
Beliau berkata Lahirul adalah antara pihak pembangkang yang lantang mengupas isu pendatang asing (PTI) dan kewujudan RCI yang dianggap tidak rasional dan memperlekehkan usaha murni kerajaan dalam menangani isu kebanjiran pendatang asing di Sabah.
"Lahirul lantang mengupas isu PTI dan RCI di Sabah, sedangkan beliau adalah salah seorang PTI yang harus diteliti asal usul keturunannya. Bapa beliau (Lahirul) ialah Latigu bin Laando, seorang warga Indonesia berbangsa Buton yang memegang pasport No.W075828 sedangkan Ketua Pemuda Pas Sabah itu memegang KPI No.7607l9-12-5747 dan berbangsa Melayu.
"Malah salah seorang adik beliau bernama Nuridah Binti Latigu dengan KPT No 810526-12-5700 berbangsa Murut: dan adik beliau bernama Noriyati Bind Latigu dengan No.KPT 780302-12-6048 berbangsa Buton. Tiga orang adik beradik ini mempunyai bangsa berlainan," katanya.
Samsudin berkata demikian dalam ucapan bahasnya ke atas Belanjawan 2013 di Dewan Undangan Negeri Sabah di sini pada Selasa.
Beliau juga mendakwa bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjong, Jimmy Wong Sze Phin yang lantang menyuarakan isu PTI adalah bapa segala PTI di Sabah yang juga mengupah PTI untuk menjadi pengawal peribadinya.
"Adakah YB Sri Tanjong ini bersekongkol dengan Ketua Dewan Pemuda Pas ini dalam hal-hal berkaitan isu PTI ini? Saya yakin dan percaya bahawa ada ramai lagi PTI seperti Ketua Pemuda PAS Sabah ini yang direkrut oleh pakatan pembangkang untuk memutarbelitkan fakta demi mencapai agenda politik murahan mereka," katanya.
Samsudin berkata pihak pembangkang terdesak sehinggakan sanggup bersekongkol dengan PTI untuk memperjuangkan agenda politik mereka.
"Saya pasti mereka ini terpaksa menggunakan khidmat PTI kerana sokongan rakyat Sabah terhadap parti pembangkang tidak ada sambutan," dakwanya.
(NOTA : Citra Masadi merupakan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah. Pandangan Citra adalah pendapat peribadi dan tidak semestinya pendapat Sabahkini.net atau parti yang diwakilinya).