ads

Jumaat, 26 Oktober 2012

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


UMNO Online - <b>Penampang</b> Jadi Perisai BN Halang Pembangkang <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2012 01:34 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Penampang Jadi Perisai BN Halang Pembangkang Masuk Sabah

Oleh : Ropikah Ahmad

KOTA KINABALU, 25 Sept. – Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose menegaskan bahawa pakatan pembangkang ditolak oleh rakyat Sabah lantaran isu yang dibawa mereka bukan hanya bersifat negatif tetapi juga mengundang kepada kehancuran dan musibah besar pada masa depan negara dan rakyat Malaysia.

Katanya, bahagian Penampang yang menjadi pintu masuk ke Sabah adalah antara kawasan tumpuan pakatan pembangkang dalam usaha mereka untuk mendapatkan undi dan sokongan daripada rakyat khususnya dalam merealisasikan impian mereka menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Bukan hanya ketua pembangkang iaitu Anwar Ibrahim yang kerap bertandang ke sini tetapi pemimpin dari DAP dan Pas juga acapkali turun malah kelibat anaknya Nurul Izzah juga dilihat cuba mendekati warga Penampang yang kebanyakkan terdiri dari kaum Kadazan," jelasnya kepada UMNO-Online.

Terang beliau yang merupakan satu-satunya ketua UMNO Bahagian beragama Kristian, malangnya percaturan pakatan pembangkang mengundang padah kerana rakyat terang-terangan menolak agenda dangkal mereka yang umpama memperbodohkan diri sendiri.

"UMNO bahagian Penampang mempunyai satu kesatuan bukan saja dengan penglibatan masyarakat Kadazan dan etnik lain di sini tetapi kebersamaan rakyat Sabah menolak agenda pembangkang kerana sedar bahawa mereka merosakkan perpaduan dan kemajmukan yang telah sekian lama diterapkan.

"Kita mahukan kerajaan yang bertanggungjawab sebagaimana pimpinan BN yang sentiasa melihat masa depan, kemajuan dan pembangunan rakyat dan bukannya bertumpu semata-mata kepada isu remeh sebagaimana diketengahkan oleh Anwar dan sekutunya yang datang ke sini."

Tambah beliau, pakatan pembangkang cuba merangka strategi dengan mendekati rakyat melalui kenduri dan majlis-majlis perkahwinan dengan anggota DAP bertumpu kepada kaum Cina, Pas pula cenderung kepada masyarakat Islam sementara PKR banyak memainkan sentimen perkauman dan agama.

"Dengan apa yang dilakukan oleh mereka secara tidak langsung telah menyerlahkan keburukan pakatan pembangkang itu sendiri yang gemar menggunakan isu perkauman dan agama sebagai bahan propaganda sedangkan realitinya bukan hanya masyarakat Penampang tetapi rakyat Sabah menolak agenda sedemikian yang tidak menyumbang kepada kebaikan.

"Bagaimana pakatan pembangkang sendiri mahu membentuk kerajaan di Sabah sedangkan hakikatnya mereka gagal memahami rakyat di sini dengan cuba membawa isu Semenanjung ke negeri ini dan mengibaratkan Sabah umpama Kelantan melalui sentimen agama yang diketengahkan. Itu salah," tegasnya lagi.

Katanya, sebagai ketua bahagian, beliau sentiasa meletakkan agenda rakyat sebagai keutamaan dengan bersama-sama mereka tanpa mengharapkan imbuhan atau mempunyai agenda peribadi sebagaimana yang diterapkan oleh Anwar Ibrahim.

"Walaupun saya adalah ketua bahagian UMNO tetapi saya turun padang bukan untuk menjadi calon seperti mana yang dimainkan oleh pembangkang sebaliknya saya dan anggota UMNO bekerja untuk kesejahteraan rakyat dan kemenangan BN yang menjadi payung kepada rakyat Malaysia.

"Impian pakatan pembangkang adalah untuk meletakkan Anwar sebagai PM tetapi mereka sendiri belum memutuskan untuk parti mana yang akan bertanding di sini kerana antara PKR dan DAP juga ada percanggahan dan banyak bermain tarik tali sedangkan pada BN ianya telah nyata bahawa kerusi Penampang bukan milik UMNO namun jentera kita bekerja bersama-sama," tegasnya lagi. – MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 4:34 PM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved