ads

Rabu, 17 Ogos 2011

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


I LOVE MY LIFE SO MUCH......: Tug Of War <b>di Kudat</b> Sempena Pesta <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2011 11:01 PM PDT


Tug Of War d kudat sempena pesta kelapa 16 Julai 2011...wah bikin takut jg group2 yang mengambil ni bahagian...tagap2 owh...haha lucunya group pdrm lh paling kecik...hahhaha...suda kecik kena ckp budak skolah lg..pandangan luarlh sblm ptandingan..kureng tul...tp bla uda men na kau ambik..mantap bh....juara beb..haha....barulh ko tau....jgn pndang dr luaran ja geng..kikikiki...cayalh....but sporting bh jg suma...PDRM juara Tug Of War d Kudat 2011...yang len chayoo2 ye...taun dpan cuba lg...hehe....
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


GEMPA BUMI <b>DI TAWAU</b> 2011 | 6.4 MAGNITUD | 16 OGOS 2011 <b>...</b>

Posted: 16 Aug 2011 07:56 AM PDT

Nauzubillah. Satu gempa bumi kuat 6.4 magnitud berlaku di Lautan Ceram kira-kira 7 malam tadi (16 Ogos 2011). Di harap tiada la kemalangan nyawa yang berlaku dibulan Ramadhan nie. Pusat gempa bumi terletak 1,337 kilometer tenggara Tawau, Sabah, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Geofizik dan Tsunami, Jabatan Meteorologi Malaysia.

Penduduk di kawasan pesisir pantai di Tawau panik seketika terhadap kemungkinan berlaku tsunami selepas menonton siaran berita berhubung gempa bumi di Laut Sulawesi.

Menurut kenyataan itu, gegaran lemah dapat dirasai di sekitar Tawau dan jabatan itu sedang memantau perkembangan berkenaan dan akan memaklumkan orang ramai jika ada perkembangan terbaru.

Filed under: Bencana
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Big Apple Kini <b>Di Tawau</b> [Gambar] | KaiZeN SHiNoBi

Posted: 31 Jul 2011 02:44 AM PDT


Waiyaaa~ amacam? Ada sesiapa berada di Tawau sekarang? Berbuka posa karang, mau berbuka dengan hamba disini? uhoh!

Okeh2... location~ Big Apple nih terletak berdekatan dengan KING PARK hotel~ bukan berdekatan, bersebelahan~ hoho

So? Apa lagi tunggu? Mengidam alien? Dough vinci? Cheese? dan pelbagai lagi bentuk, rupa dan rasa donut di BIG APPLE? SERBUUUU!!!!

Dojo Klasik
Kaizen Shinobi (o.O)y

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA <b>TUARAN</b>, SABAH: Majlis Perasmian dan <b>...</b>

Posted: 26 Jul 2011 12:41 AM PDT

Pada 30 Jun 2011, terlakar kenangan manis bagi warga Pusat Anak PERMATA Negara Tuaran juga kepada penduduk setempat apabila Y.A.B Datin Seri Paduka Seri Rosmah Manusur berbesar hati untuk merasmikan PUSAT ANAK PERMATA TUARAN sekaligus mengadakan program 'Apa Khabar Anak PERMATA'dan sudi untuk meluangkan masa bersama penduduk setempat.

 Kanak-kanak PERMATA serta ibubapa adalah tetamu terawal yang memenuhi ruangan dan tidak ketinggalan juga penduduk kampung yang juga tidak mahu ketinggalan untuk memeriahkan acara tersebut.

Kanak-kanak begitu sabar menunggu kedatangan Yang Amat Berbahagia.
Paluan kompang serta alunan muzik tradisional mengiringi kedatangan YAB. Tetamu yang hadir turut teruja dan turut sama menyambut ketibaan YAB.
Kanak-kanak menanti beliau di pintu masuk PAPN dan mereka begitu teruja memberikan sekuntum bunga kepada YAB dan disambut mesra oleh beliau. 
Acara dimulakan dengan penanaman pokok oleh YAB di sekitar kawasan PAPN. 
Sesi bersama anak-anak dimulakan dengan kanak-kanak yang berumur 4 tahun bersama Cikgu Salmiah iaitu aktiviti mengenal anggota badan burung dan fungsi-fungsinya. Seterusnya, sesi bersama anak-anak 3 tahun dengan Cikgu Sri Hadzuana iaitu bercerita mengenai 5 ekor itik.
Aktiviti diteruskan dengan sesi dialog bersama ibubapa. Beliau memberikan taklimat ringkas kepada ibubapa dan ibubapa juga turut sama melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga di atas penubuhan Pusat Anak PERMATA di Tuaran.
Setelah selesai dialog bersama Ibubapa, sesi berikutnya ucapan perasmian serta menandatangani plak.
Acara berikutnya melawat tapak pameran serta beramah mesra dengan penduduk setempat.

Anak-anak PERMATA, ibubapa, warga PAPN serta seluruh penduduk setempat mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Y.A.B Datin Paduka Seri Rosmah Mansur kerana sudi untuk bertandang ke daerah Tuaran....

seimbas lalu

                                                     senyuman  manis ....Iffah Nabihah
                                                     ceria dengan belon yang berwarna-warni
                           Pendidik PERMATA, Guru Pelatih KEMAS & PIBP yang banyak membantu
                                                            Temuramah oleh RTM                                              Pakaian tradisional suku kaum Bajau dan Kadazan                                        Keberangkatan Y.A.B Datin Paduka Seri Rosmah Mansur
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


TUHAN ADA <b>DI</b> MANA-MANA | Catholic Diocese of <b>Keningau</b>

Posted: 06 Aug 2011 09:00 AM PDT

Renungan Hari Minggu Biasa Ke – 19 (Tahun A)

1Raj 19:9.11-13; Rom 9:1-5; Mat 14:22-23

"Tuhan, suruhlah aku berjalan di atas air dan datang kepada-Mu"

Kisah Injil minggu ini sangat menarik dan dramatik – Yesus berjalan di atas air. Bukan air yang tenang tetapi di atas air yang bergelora. Saya pernah bertanya kepada para peserta kursus katekis mengapa Yesus berjalan di atas air? Semua diam. Namun ada seorang yang agak lucu orangnya menjawab dengan muka selamba, "Sebab Yesus tidak pandai berenang."

Apapun andaian kita mengapa Yesus berjalan di atas air, yang jelas Yesus mempunyai mesej dan tujuan tertentu bagi kita pada hari ini. Apabila Yesus berjalan di laut Galilea sekitar jam tiga pagi, para murid-Nya menyangka Dia adalah hantu. Tetapi Petrus mengenali-Nya lalu mohon agar dia dibenarkan untuk dapat berjalan di atas air untuk merasakan sendiri mujizat tersebut. Sikap Petrus tersebut sungguh manusiawi sama seperti kita ingin melihat sendiri tanda-tanda dan mujizat dari Tuhan sendiri. Inilah sebabnya mengapa banyak tempat-tempat yang tidak ada penampakan dan banyak mukjizat terjadi didatangi oleh banyak orang kristian dan bukan kristian, untuk mengalami dan melihat sendiri keajaiban tersebut.

Kisah tentang nabi Elia dalam bacaan pertama tadi merupakan gambaran sikap kita yang suka pada hal-hal yang ajaib. Tindakan bahawa apabila Allah menyuruhnya ke gunung Karmel, kerana Dia akan melewati tempat tersebut, Elia berharap akan terjadi suatu kuasa syurgawi di mana terdapat pelbagai kejadian aneh yang terjadi. Namun Allah tidak muncul melalui ribut petir, gempa bumi atau cahaya yang bergemerlapan. Sebaliknya Dia datang melalui angin sepoi-sepoi bahasa bagaikan bisikan yang sangat halus, sangat sederhana dan sangat tenang.

Pesan diterima oleh nabi Elia tersebut juga ditujukan kepada kita semua. Bahawa Allah tidak kita temui hanya melalui kejadian-kejadian yang hebat, dramatik dan yang mengujakan tetapi melalui kehidupan harian kita yang sederhana yang biasanya membuat kita terlepas pandang akan kehadiran Tuhan di hadapan mata kita. "Mujizat yang sangat hebat," kata seorang penulis bernama Jerome Ziliak, "Bukanlah berjalan di atas air, tetapi berjalan di atas tanah dengan penuh cinta kasih, kedamaian dan kegembiraan."

Pesan kedua sehubungan dengan Injil tadi adalah mengenai iman kepercayaan. Ketika Petrus merasa ketakutan disebabkan ribut dan ombak yang besar itu, maka imannya mulai goyah sehingga Yesus mengecamnya: "Hai orang yang kurang percaya, mengapa engkau bimbang?" (ay 31). Namun bukankah kita pun seringkali bersikap seperti Petrus? Apabila segalanya berjalan baik, kita lupa pada Tuhan? Tetapi apabila masalah menimpa kehidupan kita silih berganti bagaikan gempa dan tsunami, baru kita ingat Tuhan?

Fr. Albert Cylwicki di dalam bukunya His Word Resounds menulis: "Selagi Petrus menumpukan perhatiannya kepada Tuhan, segalanya berjalan dengan lancar. Tetapi segera dia melupakan tentang Yesus dan bimbang tentang angin tersebut, dia mulai tenggelam. Mungkin inilah yang dikatakan iman itu. Kita tetap menumpukan tumpuan kepada Tuhan walau apa pun yang terjadi di sekitar kita!"

Di zaman Matius, penulis Injil kita hari ini, melihat kisah Petrus ini sebagai gambaran pengalaman komuniti kristian di zamannya. Mereka bagaikan para rasul di dalam perahu tersebut. Mereka mengalami pelbagai tekanan hidup yang tidak bersahabat dengan mereka. Mereka takut kerana Yesus tidak bersama dengan mereka. Namun walaupun Dia tidak bersama dengan mereka, tetapi secara misterius, Dia tetap berada di antara mereka menguatkan iman mereka dan membimbing mereka di dalam misi kehidupan mereka. Jadi, sebenarnya tiada sebab mengapa mereka takut dan kurang semangat. Mereka sebenarnya mempunyai banyak alasan untuk bersyukur sebab Yesus sentiasa berada bersama-sama mereka walau apapun yang menimpa kehidupan mereka.

Sebagai komuniti kristian yang hidup di zaman kita ini, mungkin kitapun merasakan pengalaman seperti komuniti Matius di zamannya itu. Hidup bergerak dengan cepat sehingga kita merasakan kita tidak sanggup lagi untuk mengejarnya. Angin berubah meniup begitu kuat sekali sehingga kita tidak dapat menempatkan diri kita sesuai dengan tuntutan zaman. Fikiran anak-anak generasi baru begitu dipengaruhi oleh dunia digital sehingga kita yang masih berada di dunia analog tidak sesuai lagi dengan dunia yang sudah bersifat global walaupun melakukan secara lokal.

Kita mula merasakan bahawa kemajuan teknologi mula meminggirkan Tuhan di tepi kehidupan dan bukan lagi di tengah-tengah kehidupan. Di kebanyakan belahan dunia kita ini dilaporkan sudah ramai umat kristian mula tidak mengamalkan iman kepercayaan mereka sehingga kita dapat melihat Gereja-Gereja yang besar hanya didatangi oleh warga-warga tua yang hanya tinggal sedikit. Malah ada juga bangunan Gereja yang sudah dijual atau diambil oleh kerajaan dijadikan sebagai muzeum atau bangunan sejarah.

Institusi keluarga pula sudah mulai mengalami krisis di mana perubahan pandangan terhadap seks, perceraian dan tuntutan-tuntutan sosial seakan-akan membawanya ke kehancuran. Sementara media dan komunikasi moden berlumba-lumba menyebarluaskan nilai-nilai sekular yang bertentangan dengan moral kristiani, dibawa masuk langsung ke dalam rumah kita melalui alat-alat yang canggih seperti radio, TV, telephone, ipad, iphone, internet dan macam-macam lagi.

Di zaman moden ini, kita sungguh merasa bagaikah dikalahkan. Kita diombang-ambing di antara iman dan kebimbangan tetapi dengan harapan agar kita jangan sampai tenggelam pula. Maka kita perlukan keberanian untuk tetap memohon: "Tuhan, selamatkanlah kami." Dan Tuhan pasti menjawab, "Aku menyertai kamu senentiasa sampai kepada akhir zaman" (Mt 28:20). (JL)

Cadangan soalan untuk refleksi peribadi dan perkongsian KKD:

1. Petrus, ketika berjalan di atas air, pada mulanya berjalan baik, tetapi mengapakah akhirnya Petrus mulai tenggelam?

2. Apakah yang harus kita lakukan agar kita tidak tenggelam di dalam arus kehidupan yang semakin canggih ini?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Hari Bertemu Pelanggan JLKN <b>di Kota Kinabalu</b>, Sabah - Laman Utama

Posted: 26 Jul 2011 09:41 PM PDT

22 Julai 2011 –  Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah menganjurkan Program Hari Bertemu Pelanggan (HBP) pada 16 dan 17 Julai 2011 di 1Borneo Mall Shopping Centre, Kota Kinabalu, Sabah.

Tujuan pelaksanaan HBP ialah memberi peluang kepada masyarakat setempat khususnya di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah dan daerah-daerah terdekat mendapatkan maklumat dan info terkini secara langsung mengenai PLKN termasuk semakan pelatih Siri 9/2012. Booth JLKN telah dikunjungi seramai 245 orang yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk bekas pelatih dan bakal pelatih PLKN.

Gambar-gambar sekitar Program HBP JLKN di Kota Kinabalu Sabah:



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


ChelzLensa Photography: Candid <b>di Penampang</b> Sabah

Posted: 15 Jul 2011 06:25 AM PDT


Berjalan-jalan di pasar penampang ternampak orang-orangan yang menarik minat saya. So, saya shoot mereka terus masuk blog...hehehe...Njoi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved