10 di tuaran - Google Blog Search |
“Mari Keliling <b>Tuaran</b>” - projek pemetaan komuniti oleh belia Posted: 31 Dec 2012 02:00 AM PST
Oleh Amy Yee dan Fizah Yusof Pada 29 Disember lalu, seramai 16 belia berusia 19-35 tahun turun ke Tuaran untuk menunjukkan pelbagai tempat ibadat yang berbeza dan keunikan pekan ini. "Mari Kelliling Tuaran" adalah projek pemetaan komuniti yang pertama seumpamanya di Tuaran. Krew menghabiskan masa selama tiga bulan meneroka Tuaran melalui beberapa siri bengkel berbeza yang terdiri daripada penyelidikan, fotografi dan klip video mengenai penduduk Tuaran. Lew Pik-Svonn, 29 tahun, pengasas bersama dan pengurus projek berkata, Sabah adalah satu daripada negeri-negeri yang paling majmuk budayanya di Malaysia. Berasal dari Kuala Lumpur, beliau kagum dengan paparan yang begitu banyak kepelbagaian dalam satu tempat yang kecil. "Kami memutuskan untuk menjalankan projek di Tuaran kerana ada enam gereja mazhab berbeza, dua kuil Tao dan sebuah masjid berdekatan di antara satu dengan lain dalam komuniti kecil ini. Ia juga tempat asal kumpulan etnik Dusun Lotud. Melalui projek ini, kita berharap penduduk Tuaran akan belajar, menghargai dan berasa bangga untuk memanggil Tuaran rumah mereka," katanya.Lew berkata, projek pemetaan komuniti ini dianjurkan oleh Projek Rumah Ibadat Kita, sebuah inisiatif Kota Kita daripada kolektif seni bukan berasas keuntungan bertujuan untuk memperkayakan hubungan masyarakat melalui media kreatif yang dibiayai oleh geran dari Projek Dialog. "Projek ini adalah susulan projek pemetaan pada Oktober lepas di Brickfields, Kuala Lumpur. Terdapat tiga siri dalam projek ini dan destinasi terakhir belum lagi didedahkan," katanya.Pelawat di acara komuniti masing-masing diberi sebuah buku kecil percuma yang bertajuk: "Tuaran Bah Ni!". Ia penuh dengan maklumat. Mengumpul bahan-bahan dalam buku panduan itu mengambil masa dua bulan untuk disiapkan. Buku itu yang juga berfungsi sebagai peta Tuaran, menonjolkan kepelbagaian budaya dan agama di Tuaran dengan penerangan dan komentar berguna oleh mereka yang menganjurkan acara itu. Komentar mengenai makanan tempatan, kepercayaan tradisional Dusun Lotud, tempat-tempat ibadat, restoran, pasar dan pelbagai tempat rekreasi dibuat dalam bahasa kebangsaan.Lawatan itu juga membawa krew ke menara jam ikonik Tuaran. Ia bermula dengan lebih 50 orang yang menyertai berjalan kaki selama dua setengah jam yang meliputi empat rumah ibadat berbeza di Tuaran untuk belajar tentang sejarah, agama dan amalan tempat-tempat ini. Empat tempat ibadat itu termasuk Gereja Katolik St John, yang diasaskan oleh Rev Fr. Groot yang dibina pada 1917. Ia adalah gereja tertua di Tuaran. masjid An-Nur dirasmikan oleh bekas Ketua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai pada 1999. Masjid ini boleh memuatkan 2,000 orang pada satu-satu masa. Gereja Basel berusia 60-tahun adalah satu-satunya gereja Basel di Tuaran. Kuil Ling San yang ada sembilan tingkat adalah salah satu daripada tarikan utama Tuaran. "Ling San" yang bermaksud sembilan naga bermain dengan bola api. Ia dikenali penduduk tempatan sebagai Lung San Pagoda. Sepanjang perjalanan, peserta boleh mengambil sampel percuma hidangan tradisional tempatan seperti 'hinava' dan 'kombos'Selain berjalan kaki, terdapat juga program berterusan seperti stesen mencetak baju T dan beg di mana edisi terhad baju T Tuaran ada untuk dijual, dan pameran sebanyak 200 gambar mendokumenkan mengenai penduduk Tuaran. Kegiatan ini juga mempunyai kelas membuat manik Lotud untuk pelawat yang berminat. Mereka boleh membawa pulang hasil kerja mereka secara percuma. Eleanor Goroh, 30, seorang guru yang berpengalaman membuat manik tradisional dan penyokong kuat untuk menghidupkan semula budaya manik di Sabah, menunjukkan kepada orang ramai orang bahawa seni menyusun manik berwarna berbeza untuk membuat kalung. Beliau memberitahu pemberita, pembabitannya dalam budaya manik bermula apabila menghadiri Persidangan Manik Borneo Antarabangsa 2010 di Miri. Di sana, dia diperkenalkan kepada pelbagai budaya pribumi yang berkongsi semangat rasa bangga membuat manik. Rasa diinspirasi dan menyedari bahawa ada ramai orang di dunia yang menganggap membuat manik sebagai sebahagian daripada warisan mereka, Goroh kembali ke akar beliau untuk melihat dan belajar daripada neneknya cara menggunakan manik lama. Beliau kini memiliki studio manik di Bundusan, dan yakin membuat kraftangan manik akan dipulihkan dan dibangunkan.Di kelas membuat manik di Tuaran, Nurhidayah Abdullah, 40, seorang suri rumah dari Tuaran dengan anak perempuannya, Alia Natasha, 7, amat bersemangat mengenai kraftangan manik. Nurhidayah berkata, "Adalah menarik untuk belajar terutamanya membuat manik tradisional. Saya hanya tahu bagaimana untuk menyusun manik untuk pakaian tetapi tidak untuk aksesori. Saya rasa belajar membuatnya akan memberi peluang saya mendapat pendapatan sampingan. Jauh dari manik, Mary Anne Baltazar, 26, berkata acara itu penting kerana ia menawarkan peluang untuk rakyat mengetahui dan memahami agama-agama lain. "Kami hampir tidak mengambil masa untuk mengetahui tentang agama-agama lain walaupun ada kepelbagaian kepercayaan agama di Sabah. Jadi saya fikir ini mungkin membantu mengisi jurang," katanya.Teruja melihat perhimpunan seperti karnival di Tuaran, Amy-Jean, 65, berkata memelihara keunikan sebuah bandar kecil seperti Tuaran sememangnya satu idea yang hebat. "Saya tinggal di Kota Kinabalu selama 44 tahun dan sentiasa suka datang ke Tuaran. Ia adalah sebuah pekan yang cantik yang dikelilingi oleh sawah padi dengan Gunung Kinabalu di latar belakangnya," katanya. Beliau percaya mengumpulkan orang bersama-sama, terutamanya generasi muda, untuk terlibat dalam projek komuniti, akan membawa keluar yang terbaik daripada masyarakat pelbagai budaya. - Insight Saba |
You are subscribed to email updates from di tuaran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |