10 di kudat - Google Blog Search |
K'jaan rancang bina kem tentera <b>di Kudat</b> – Rahim | The Borneo <b>...</b> Posted: 08 Sep 2013 06:50 AM PDT September, 8, 2013 - 9:50 pm KUALA LUMPUR: Kerajaan merancang membina sebuah kem tentera yang mampu menempatkan satu batalion ketumbukan anggota tentera di Kudat, Sabah. Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata pembinaan kem itu penting untuk melengkapkan pertahanan negeri Sabah terutamanya di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM). Kerajaan juga akan menambah aset ketenteraan yang bersesuaian, selain meningkatkan keupayaan dan keberkesanan risikan untuk memastikan sebarang pencerobohan asing dan angkara terorisme dapat dibanteras, katanya. "Rakyat juga diingatkan sentiasa memberikan kerjasama erat kepada pasukan pertahanan dan keselamatan negara dan tidak memberikan ruang kepada orang asing untuk mengganggu-gugat keutuhan kedaulatan negara. "Rakyat diseru memberikan dan menyalurkan maklumat sahih kepada anggota pertahanan dan keselamatan negara sebarang aktiviti yang mencurigakan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Bagaimanapun, Abdul Rahim berkata pihak tertentu diminta tidak meyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan keresahan dan ketakutan kepada rakyat. |
You are subscribed to email updates from di kudat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |