ads

Ahad, 15 Julai 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Bot Karam <b>Di Sandakan</b>, Dua Murid Lemas – Perak Today

Posted: 06 Jul 2012 10:10 PM PDT

SANDAKAN: Dua murid lemas manakala empat terselamat apabila bot yang mereka naiki semasa pulang dari sekolah, karam di perairan berhampiran Pulau Timbang dekat sini Jumaat.

Kejadian kira-kira pukul 1 petang itu membabitkan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru yang dalam perjalanan balik ke rumah mereka di Kampung Serabut.

Mayat Sabrurina Mohd Noor, 10, murid Tahun Empat telah ditemui manakala seorang lagi murid Zulaika Amri, 12, murid Tahun Enam belum ditemui.

Empat yang terselamat ialah pemandu bot yang juga bapa Zulaika berusia dalam lingkungan 30-an dan tiga lagi anaknya iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berusia antara setahun dan lima tahun.

Amri dan dua daripada anaknya kini dirawat di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan mereka dilapor dalam keadaan stabil.

Bapa Sabturina, Mohd Noor berkata bot yang dinaiki anaknya itu karam dipukul arus deras di perairan berhampiran Kampung Upak.

"Amri yang juga sepupu saya bersama tiga anaknya yang turut berada di dalam bot itu diselamatkan penduduk kampung," katanya ketika ditemui di Kampung Baru.

Sehingga berita ini ditulis, operasi mencari Zulaika oleh penduduk kampung dengan kerjasama Polis Gerakan Marin dihentikan pada pukul 6 petang disebabkan keadaan gelap dan perairan berombak.

Bot yang karam itu ditemui terdampar di Pulau Magandai kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Turut meninjau tempat kejadian dan melawat keluarga mangsa ialah Anggota Dewan Undangan Sekong Datuk Samsuddin Yahya.

- BERNAMA

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah Tahan 165 Pati <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 07 May 2012 12:00 AM PDT

TAWAU, 5 Julai (Bernama) — Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah berjaya menahan 165 pendatang asing tanpa izin (PATI) berumur antara 17 hingga 80 tahun dalam Operasi Tanduk (Ops Tanduk) di Semporna dan Tawau sejak Selasa lepas.

Ketua Bahagian Operasinya ACP Abdul Aziz Alwee berkata dalam operasi di Semporna pada 3 Julai lalu, seramai 221 orang diperiksa dan 60 daripada mereka iaitu 57 warga Filipina dan tiga warga Indonesia ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

"Dalam operasi di Semporna, kami juga menyelamatkan seramai 12 orang kanak-kanak yang berkeliaran di sekitar kaki lima berumur di bawah 16 tahun," kata Abdul Aziz kepada pemberita di sini Khamis.

Menurutnya dalam operasi serupa di Tawau yang bermula semalam dan masih berterusan sehingga kini, seramai 534 orang telah diperiksa termasuk di kawasan setinggan dan daripada jumlah itu 105 orang ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya daripada 105 berkenaan, 47 orang daripadanya adalah warga Filipina manakala selebihnya 58 orang adalah rakyat Indonesia.

– BERNAMA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Cerita Yna: Matahari Terbenam <b>di Kudat</b>

Posted: 26 Jun 2012 11:50 PM PDT

Sepanjang perjalanan ke Kudat, banyak pemandangan yang menarik boleh dilihat. Sawah padi yang hijau, lembu-lembu berkeliaran di tepi jalan dan matahari terbenam yang sungguh cantik. Selain tu ada juga jual jagung bakar dan pelbagai makanan ringan lain. 
Perjalanan kami boleh dikatakan agak jauh juga dan kami sempat tengok matahari terbenam (di dalam bas). Di sini saya kongsikan gambar sunset yang saya ambil semasa on the way ke Kudat.
 Ni belum sunset lagi sebenarnya. Masa ni lebih kurang jam 4 petang kat stesen minyak Shell


Selain tu saya nak kongsi juga gambar makanan yang ada dijual di tepi jalan yang sempat saya beli semasa dalam perjalanan balik dari Kudat.

Begitu juga dengan sawah padi yang menenangkan fikiran dan menyejukkan mata yang memandang

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Shafie Nor: IKS <b>di Papar</b> berkembang hasil bantuan kerajaan

Posted: 18 Apr 2012 03:47 PM PDT

DAYANG Itam Yusof menunjukkan pelbagai kuih tradisional yang diusahakannya di Kampung Laut, Papar, kelmarin. - utusan/Azrul Edham Mohd. Aminuddin
PAPAR, RABU, 18 April, 2012: Dahulu hidupnya sekeluarga agak susah. Semuanya bergantung harap kepada suami, Abidin Ismail yang mencari rezeki sebagai nelayan.
Apabila laut tenang, adalah habuan untuk sekeluarga, tetapi sebaliknya apabila arus bergelora.
Walaupun sehari suntuk mempertaruhkan nyawa di tengah lautan, hasil tangkapan tidak selalunya lumayan.
Demi untuk membesarkan anak-anak seramai tujuh orang, Dayang Itam Yusof, 61, dari Kampung Laut di sini turut membuat kerja sampingan dengan mengambil upah menjahit baju dan membuat kerja-kerja kampung lain. Namun, ia masih tidak mencukupi.
Berkat sokongan suami tercinta dan anak-anak, beliau memulakan perniagaan membuat kuih tradisional seperti kuih lidah, cincin dan belacan secara kecil-kecilan dengan modal permulaan hanya sekitar RM200 sahaja. - UTUSAN

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


Misteri Terowong Jepun <b>Di Kunak</b> Sabah | Informasi Melayu Kini <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2012 01:30 AM PDT

Pernahkah anda berkunjung ke Terowong Jepun di Kunak Sabah? Terowong ini digunakan oleh tentera Jepun sebagai satu laluan rahsia untuk ke tempat simpanan senjata mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Misteri Terowong Jepun Di Kunak Sabah  | Bagi penduduk Sabah, mungkin anda pernah mendengar tentang misteri terowong Jepun di Kunak Sabah. Kunak yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk dan merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar.  Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar. Nama Kunak memang agak jarang disebut dan masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan walaupun semua daerah berkenaan berada di Pantai Timur Sabah.

Mungkin disebabkan kurangnya promosi dari pihak yang berwajib meskipun di Kunak terdapat banyak lokasi menarik.

Lokasi Menarik Di Kunak, Sabah :

~ Kolam Lumpur (Mud Pool) di Ladang Binuang,
~ Air Terjun Di Hutan Simpan Madai Baturong
~ Gua Madai di Madai
~ Tasik Impian Di Mostyn
~ Kelab Golf di Mostyn
~ Tinggalan Terowong Jepun di Mostyn
~ Kawasan Tanaman Kelapa Sawit yang Tertua di Pulau Borneo (ditanam pada 1957)
~Telaga Tujuh di Pangi
~ Kolam Air Panas / Hot Spring di Sungang
~ Bahan Artifak di Tingkayu

Lokasi terowong ini terletak kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak di mana terowong tanah sepanjang 8 kilometer dengan 4 cabang yang terletak di Ladang Sime Darby dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang.

Kewujudan terowong Jepun ini dikatakan dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di dalam terowong tersebut. Beberapa individu cuba memasuki kawasan tersebut dan ada yang mendakwa pernah menemui beberapa barangan peninggalan zaman perang antaranya gelas, sudu, dan ada juga yang mendakwa pernah menemui "bekas landasan lokomotif" di dalam terowong berkenaan.

Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu.

Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi. Namun, setakat ini tiada yang mampu menjelaskan di manakah penghujung terowong ini. Ada juga peneroka yang cuba memasuki terowong ini namun tidak mampu meneruskan perjalanan kerana kekurangan udara dan keadaan yang terlalu gelap.

Melayukini.net - Jika anda hendak tahu, setiap tahun dikatakan ada sahaja keluarga dari Jepun datang untuk melakukan upacara sembahyang mereka di kawasan berkenaan. Terowong itu kemungkinan terbentuk hasil daripada aliran basalt dari letusan gunung berapi yang pernah berlaku puluhan ribu tahun dahulu. Ada sesiapa pernah berkunjung di sini?

P.S. I – Gambar Restoran Hello Kitty di Korea
P.S. II – 7 Taman Tema Terpelik Di Dunia!
P.S. III – Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber: Tak Mungkin Benar | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved