ads

Selasa, 3 April 2012

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Kelapa Mawar: SIAPA CALON &#39;USNO&#39; <b>DI SEMPORNA</b>?

Posted: 31 Mar 2012 05:40 PM PDT

Sejak deklarasi Semporna antara parti USNO (belum didaftarkan) dengan parti STAR yang diketuai oleh Dr Jeffry Kitingan di tandatangani pada 29.Jan.2012 yang lepas, Aura USNO mula menjalar kembali di bumi Semporna yang dikenali oleh penduduknya sebagai Tongtalun itu. Sebelum kemasukan UMNO di Sabah, Daerah Semporna adalah antara daerah yang menjadi kubu kuat USNO dalam sejarah politik Sabah, kedua selepas daerah Kota Belud. Calon USNO  di Semporna pernah tewas kepada calon Parti BERJAYA. Tun Sakaran calon USNO pernah dikalahkan oleh Abdillah Abd. Hamid calon dari BERJAYA.

Deklarasi SEMPORNA yang menghimpunkan kerjasama dua suku terbesar di Sabah iaitu KadazanDusun dengan Bajausuluk, telah bersepakat akan menurunkan calon pada PRU 13 akan datang di parlimen Semporna termasuk di 3 DUN di daereah tersebut iaitu DUN BUGAYA, DUN SENALLANG dan DUN SULABAYAN.

Walaubagaimanapun ramai pemerhati politik Sabah menjangkakan USNO ketiadaan calon yang boleh menumbangkan calon-calon UMNO di Semporna. Sebagai rekod, DUN BUGAYA di wakili oleh Datuk Ramlie Marhaban, DUN SENALLANG diwakili oleh Datuk Nasir Tun Sakaran ,manakala DUN SULABAYAN oleh Datuk Haji Harman.

Setakat dalam majlis menandatangani deklarasi Semporna tempoh hari hanya Pramli mantan Ketua  Anak negeri dan Sdr Abdullah Sani yang dijangka akan turun kegelanggang PRU 13. Manakala pemimpin lain dalam USNO dilihat kurang menyengat. Jika inilah calon USNO maka, ia tidak akan dapat 'menundukkan' penyandang sedia ada dari kalangan UMNO itu. Datuk Shafie Apdal akan terus diramal memenangi kawasan Parlimen Semporna sekalipun ada ura-ura calon anak tempatan Dr Zamree Abdul Habi mewakili PKR akan turun menentang Datuk Shafie Apdal.

Jika Datulk Ramlie Marhaban dikekalkan di DUN BUGAYA dan akan ditentang oleh Sdr Abdullah Sani, ia akan juga memberi sedikit kelebihan kepada Datuk Ramlie untuk mengekalkan 'penguasaan' di Dun Berkenaan. Prmali ada kemungkinan dicaturkan di DUN Senallang atau Dun Sulabayan. Inipun tidak akan menjamin USNO kembali bertahkta di bumi Semporna, sekalipun Datu Badaruddin tun Mustapha diimport ke daerah itu.

Petikan dari Blog Pemerhati Politik Semporna:

Sumber dan maklumat yang terdekat telah diterima dari pihak USNO yang masih menunggu kelulusan pendaftaran bakal menurunkan calonnya dibeberapa kawasan di Pantai Timur Sabah khasnya P.189 Semporna walaupun parti itu belum dapat kelulusannya dari Pendaftar Pertubuhan.

Presiden Penajanya bakal mengetuai pasukan USNO bagi menghadapi persaingan pada pilihanraya akan datang untuk merebut kerusi dibeberapa kawasan yang mereka telah kenal pasti yang bakal ditandingi.

Datu Badaruddin Tun Datu Mustapha anak kepada bapa kemerdekaan Sabah dan Pengasas Parti USNO sebelum ini telah mengadakan satu memorandum persafahaman dengan barisan pimpinan dari Parti STAR Datuk Dr.Jeffry Kitingan di Semporna pada perhimpunan dan rapat umum USNO 29hb.Jan.2012 lalu yang dikenali sebagai persafahaman Deklarasi Semporna.

Persafahaman ini adalah persetujuan 2 kumpulan bumiputera terbesar di Negeri Sabah iaitu etnik BajauSuluk danKadazanDusun bersama etnik lain di Negeri Sabah bagi menghadapi Pilihanraya ke13 yang bakal diadakan bila bila masa.

Difahamkan Presiden penajanya telah memaklumkan bahawa walaupun partinya belum mendapat kelulusan tetapi hasrat mereka untuk bertanding tidak menghadapi halangan besar atau melanggar undang-undang Negara ini dengan menggunakan semangat perjuangan USNO itu sendiri,mereka akan menggunakan Logo, Bendera, Baju dan Topi USNO dalam pilihanraya itu bagi membangkitkan semangat juang pejuang pejuang USNO nanti serta membuktikan bahawa parti ini masih mendapat tempat dihati rakyat Sabah mengikut sumber yang diterima.

USNO telah mengenal pasti beberapa kawasan yang bakal ditandingi diantaranya Palimen P.189 Semporna dan 3 Dewan Undangan Negeri dikawasan itu N.52 Bugaya, N.53 Senallang dan N.54 Sulabayan, kepastian ini nampaknya adalah hampir mutlak 100% , walaubagaimanapun keputusan bersama dengan rakan kongsi USNO iaitu UBA (United Borneo Alliance) adalah keputusan muktamad.

Dilaporkan beberapa kawasan juga bakal mereka tandingi pada PRU13 ini , tetapi masih dalam penelitian terperinci disamping mengadakan pakatan serta kerjasama dengan rakan mereka dari UBA (United Borneo Allience) bersama STAR.

USNO tidak menghadapi masalah bagi pembahagian Koata kerusi yang bakal ditandingi kerana parti itu menempuhkan kepada kerusi kerusi yang bakal ditandingi oleh UMNO sementara kawasan kawasan Dun majoriti KadazanDusun serta China akan diserahkan kepada rakan kongsi mereka untuk memutuskannya bertanding.

Dikawasan kawasan Bandar seperti Kudat (Dun Tanjung Kapur),Sandakan(Dun Tanjung Papat dan Dun Keramunting),Tawau (Dun Sri Tanjung) dan Lahad Datu pihak USNO akan membantu rakan mereka memenangkan calon calon UBA dimana terdapatnya 30%-50% pengundi bumiputera Islam dikawasan berkenaan dan mempertimbangkan meletakkan calon mereka di satu atau dua kerusi yang mempunyai potensi besar, terutama Tanjung Kapur dan Lahad Datu Bandar.

Bagi maksud palimen semporna Parti USNO sekali lagi akan mengadakan rapat umumnya dikawasan itu dalam masa terdekat ini bagi memperkukuhkan sokongan mesyarakat dikawasan itu disamping rancangan mereka untuk mengadakan rapat Umum USNO di Palimen Lahad Datu, Palimen Tawau dan Palimen Kalabakan sebelum Pembubaran diumumkan.

Difahamkan Presiden Penaja akan turun bertanding bagi mengetuai persaingan itu, untuk bagi mendapatkan kerusi ulung USNO selepas parti itu dibubarkan oleh Ros pada 2004 atas sebab sebab teknikal.

USNO tidak pernah dibubarkan oleh ahlinya atau presidennya seperti mana dakwaan pihak tertentu tetapi pembubaran USNO adalah atas arahan dan kehendak pendaftar pertubuhan sebab itu para pejuang USNO dan rakyat Sabah hendakkan pembentukan semula parti keramat ini dapat dipulihkan untuk anak anak Sabah.

Difahamkan juga Barisan UBA telah membincangkan kerusi kerusi yang bakal ditandingi pada mesyuarat kali ke 2 mereka pada 2hb. Mac 2012 yang lalu, walaupun keputusan muktamad belum diputuskan oleh semua pihak tetapi pada dasarnya semua pihak akan memastikan tidak berlaku pertindihan kawasan dan akan berkerjasama untuk menyokong calon calon yang bakal mereka tetapkan kelak disemua 60 Dun Di Negeri ini dan 25 Palimen di Sabah.

Pada dasarnya kearah kerjasama dengan Pakatan Rakyat PR juga ada dibincangkan dalam mesyuarat UBA yang lalu dan semua pihak berhasrat untuk memastikan bahawa Pertandingan satu lawan satu akan dirancang di semua kawasan di Sabah.

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Air Tebu Penghilang Dahaga <b>Di</b> Tamu <b>Tuaran</b> | my.Mustaffa

Posted: 10 Mar 2012 06:41 PM PST

image

SEJUK DAN MANIS – Memang panas cuaca di Tuaran pagi ni. Ramai juga pengunjung yang datang. Saya rasa seronok melihat gelagat penjual dan pembeli. Masing-masing memberi tawaran harga yang menarik.

Setelah penat berjalan, kawasan menjual kuih-muih dan minuman menjadi persinggahan terakhir. Hari ini, air tebu menjadi pilihan. Rasa sejuk dan manis memang sangat nikmat. Selain itu, terdapat banyak lagi jenis minuman yang lain seperti air laicikang, air kelapa, air sirap,air milo dan air limau.

Tepuk dada tanyalah selera..

Posted from WordPress for Android

Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Blog Sikarap: Tanah runtuh <b>di Kinabatangan</b> Sabah | Lima keluarga <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2012 01:56 AM PST

KINABATANGAN: Lima keluarga di Kampung Menggaris dekat sini dipindahkan dari rumah mereka kelmarin akibat kejadian tanah runtuh di lereng Bukit Mansuri berdekatan kediaman mereka.
Pegawai Daerah Kinabatangan Arisin Arifin ketika dihubungi berkata arahan berpindah dikeluarkan selepas pihaknya mendapati keadaan tidak selamat. Lima keluarga itu kini tinggal sementara di rumah saudara mereka di kampung itu, katanya.
Beliau berkata pemantauan dilakukan terhadap kejadian itu. Arisin berkata Pusat Kawalan Operasi Banjir di daerah itu juga dibuka pada waktu bekerja bagi memantau bencana alam terutama banjir.
Katanya paras air sungai Kinabatangan sehingga petang ini meningkat tetapi terkawal.
Menurutnya sebagai persiapan awal menghadapi bencana banjir, anggota Jabatan Pertahanan Awam telah ditempatkan di Kampung Abai sejak 28 Dis lepas.
**Tempat rendah banjir, tempat tinggi tanah runtuh, mana lagi nak lari..huhu**
  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


GRO Melayu dan Agama Islam <b>di Kota Kinabalu</b> | Aduan Rakyat <b>...</b>

Posted: 30 Mar 2012 01:34 AM PDT

Maklumat yang saya dapati sendiri apabila berkunjung ke Pusat Hiburan DA'BOSS, AsiaCity Kota Kinabalubaru-baru ini amatlah mengejutkan dan memalukan.

Ramai di kalangan GRO yang bekerja di pusat hiburan itu beragama Islam, tampa segan silu mereka melayan pelanggan seolah-olah tiada penguatkuasaan tentang larangan mahupun tindakan dari pihak-pihak yang berwajib terutamanya Majlis Agama Islam.

Dimanakah penguatkuasaan undang-undang Islam? Mengapa dibiarkan perkara ini berlaku dan berluasa. Adakah orang Islam sendiri sudah menghalalkan pekerjaan sebagai GRO ini?

Tolong buat siasatan dan tindakan yang sewajarnya, semoga Allah sentiasa bersama kita.

By: roswan awang

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan:

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved