day 3 - 13/09/2013 pkl 6.30 kami dah siap nak amik gambar gunung lagi dari resort, naik atas bukit belakang resort, pemandangan mmg cantek dan tambahan pula cuaca pun cantek. kena cepat sebab kabus akan menutupi puncak mula jam 10 pg gitu.
pkl 7 kami breakfast. simple tp sedap. meehoon goreng je dah ckp kenyang.
lepas tu kami gerak g dairy cattle farm. uish, leh tahan jauh gak -10 min kot dr pekan kundasang, nak g sana kena turun naik bukit, sib baik amik saga, tp hanget gak la tayar. jalannya kejap elok kejap x elok. yg penting kami sampai. pondok tiket tak buka lagi kami dah tercongok depan pagar. apa lg, bergambar je la, xlama sebelum 5 min pkl 8, baru la kakak tu dtg buka pintu pondok, kami bayar sorg rm4 utk masuk. maka jadilah kami org first merasmikan lawatan utk hari ni.
serius, mmg suka sgt tgk lembu2 susu ni. besar, mcm cantek dan berselera tgk meke ni ragut rumput. rasanya utk pertama kali, boleh je ngadap meke ni ragut rumput berjam2. tp memandang kan kami ada agenda lain selain mengejarkan masa, xdpt la nak ngadap lama lembu2 tu. ok, kami masuk kat tpt memproses susu lembu tp waktu memproses adalah pkl 2 ptg, so xdpt tgk. dpt beli susu coklat je, sedap! harganya rm2.50.
behtu g tgk anak2 lembu dan kambing lak. sapa xtahan bau, xyah g. tgk la dari jauh je.
kat sini mmg dijaga kebersihannya. xperlu diragui lagi.
utk makluman, sebenarnya pemandangan gunung kat dairy cattle farm ni mmg cantek! antara tercantek kalo nak tgk gunung dr dekat. dan menurut salah seorg pekerja kat situ, kalo kita teruskan perjalanan ke depan lg, akan jumpa nature park iaitu dakian ke puncak melalui mesilau. beza antara pendakian mesilau dan timpohon gate ialah cabaran naik dr mesilau ni lebih sikit sebab pendakiannya mendatar dan memakan masa utk sampai ke laban rata tak seperti mendaki dr timpohon gate.
bila dah puas ati amik gambar dan say goodbye pada lembu2 tu semua, kami pun gerak ke war memorial park. ianya terletak dekat je dgn pekan kundasang, dan akan jumpa dulu sebelum ke dairy cattle farm.
masuk situ dgn tiket rm2 seorg.
aku xberapa tau pasal sejarah sabah ni, tp bila baca tentang pengorbanan tentera british dan australia pada thn 1944-1946 kat situ, barulah dpt gambaran nape mereka wujudkan taman peringatan ni.
seramai 1,800 tentera british dan australia terbunuh dlm tahanan tentera jepun. mereka dikerah tenaga, diseksa dan dikurung sehingga mati. antara kerja2 yg mereka lakukan ialah membina tugu pertahanan jepun. tapak tu jugalah diorg dirikan tugu peringatan peperangan tu. kalau xsilap, 6 org dpt selamatkan diri dari tahanan tersebut dan dptlah mereka bercerita mengenai apa yg terjadi pada rakan2 mereka dlm tahanan.
disini juga disenaraikan kesemua nama2 mereka yg telah gugur. walaupun ada cubaan bantuan utk selamatkan mereka tp semua usaha gagal.
xigt berapa tentera australia dan british yg mati tp yg pasti tentera australia lebih byk dpd tentera british.
ok, selesai sudah kami kat war memorial park, kita gegas balik ke kinabalu pine resort utk check out.
destinasi kami ialah ke bandar kota kinabalu. rasanya puas dah kami berjalan di area kundasang ni. walaupun ada bbrp tpt xdpt kami lawati tp kami ttp puas ati. antara tpt yg miss ialah, rose garden, strawbery park, sabah tea yg terletak di ranau - tpt semlm kami g hotspring tp xperasan kat mana sabah tea tu. mmm tu je la kot.
kami mulakan perjalanan ke KK jam 12 sebaik saja check out. hari yg panas seolah2 memahami kami yg pertama kali dtg ke kundasang ni memberi peluang kami berjalan sepuas hati. bukannya apa, sebab ikutkan cuaca di sana dan juga semenanjung hujan dan mendung.
perjalanan ke KK ambil masa 2 jam, tu pun kami singgah jap dan lalui jambatan tamparuli. jambatan gantung kami x naik sebab malas nak benti tgh hari buta kat situ dan lagi keadaan agak sibuk sikit hari tu. kami cuma lalu jambatan kereta je, tu pun kena tunggu kete seberang jalan clear baru la kami sebelah sini leh seberang. at least kami tahu lah mcm mana rupanya jambatan tamparuli. nak cite lebih kami x tau. kena google la sket.
di KK kami nginap di hotel shangri la, yg 3 star bukan yg mahal tu. hehe.. kedudukannya di bandar kk dan boleh berjalan kaki je utk ke pasar filipina - 10 min jalan. dekat dgn centre point complex.
kami sampai KK jam 2 ptg dan check in hotel, lepak kejap dan kemudian keluar balik utk cari makan. sesat sikit masa nak cari jalan ke pasar filipina, sebab kami naik kereta. sebelum tu kami sebenarnya xtau pun hotel tu dekat je dgn pasar tu. leh je jalan kaki tp sebab pk nak beli barang dan kot2 nak ke tpt2 lain kami bawa kereta.dan at last kami parking kat centre point sbb dekat dan mudah nak berjalan kaki.
kami makan nasi campur kat food court centre point tu. lauknya, udang harimau 3 ekor, udang goreng 4 ekor, sayur campur dan filet ikan masak sweet sour. pogie makan ketam dua ekor, sayur dan udang 3 ekor, air sirap limau 2. harganya rm33. hmmm nasi kita je yg x abis. lauk licin.
teruskan perjalanan ke pasar filipina, saja tgk2, x beli pun mutiara or gelang or yg sewaktu dgn nya. kami g pasar kering lak yg jual udang kering, ikan kering dan lain2. habis belanja situ rm200 utk bawa balik KL. ada la ole2 sikit utk org KL, xdpt nak beli perhiasan sebab mmg xde bajet ke arah tu.
lepas tu kitorg plan balik hotel dan bercadang nak cari tpt urut kaki or reflexology... kaki dah letih menapak dari kelmarin lagi. so pogie g balik hotel manakala saya g urut kaki. sejam urut rm30. ok sgt la tu utk melegakan ketegangan urat betis. nyaris2 lelap masa diurut.
lepas isya baru kami keluar balik utk jalan2 lg di pasar filipina. kami nak cari makanan laut lak. mmg sgt2 meriah malam tu di pasar filipina. sebabnya siang hari mmg diorg jual barang basah, bila start pkl 4 ptg kedaan automatik berubah pada tpt makan dan pasar segar - sebelah menyebelah.
kami order xbyk pun sebab tadi makan lewat. kami order ikan siakap hitam panggang berlada dan udang bakar. sayur rumpai sbg ulam. sayur rumpai tu pelik sikit, kalo makan lebih mmg rasa muak utk kita yg xbiasa ni. nasi 2 pinggan, air sirap limau dan sarsi. harga semua rm39.
lepas tu kita g jalan kat pasar malam dia lak cari sikit ole2 utk kawan2. cuma beli brooch utk family mak ani je. brg utk budak2 cari esok.
lepas tu kami sesat2kan diri kat jalan sekitar situ sebelum balik hotel. letih tp puas hati. esok kami dah kena packing utk balik. malam ni tido dgn lena.
kami bekpes jam 6.30 pg, xberapa sedap bekpes kat hotel ni. kami makan roti je. behtu keluar teman en hb minum teh tarik kat kedai mamak. kami berjalan kaki je hari ni. pagi ni kami g kedai canon, ada kawan hb pesan belikan kepala tripod, katanya kat sini je pun benda tu ada dan tuahnya bila dpt yg last piece.
lepas tu kami jalan2 cari kedai souvenir, konon nak carikan budak2 cenderamata. tp xde hasil. mkn mcD jap dan balik hotel utk check out.
kami g muzium kebudayaan sabah. lama gak spend masa kat sana.. dan dpt dah belikan afi dan firas org utan. puas ati. brg hadid dgn ariq pun ada - tp tu beli semalam.
lepas tu kami lepak lak kat menara tinjau bukit bendera. cuaca mendung dan renyai. masa kami sampai KK ritu, hujan lebat juga, kami disini cuaca sgt cantek kecuali hujan malam masa di kundasang, dan hari kami nak balik, hujan balik. alhamdulillah. cuaca seakan menyambut kami pergi dan pulang dgn baik.
lepas ke menara tinjau kami ke tg aru sebelum ke airport. sekejap je kami ke sana. lepas tu kami ke airport dan call donna utk pulang kereta. tq donna, cuma kereta tu ada bau ikan kering sikit.
kami lepak di airport hingga lah penerbangan kami ke KL jam 7.25 mlm tanpa delay. wah! kejapnya dirasakan perjalanan ni. next time kami bercita2 utk panjat gunung dgn budak2 hingga ke puncak, in shaa allah. perjalanan yg berjalan lancar dan dgn kos spt yg di peruntukkan, rasanya inilah pengalaman berjalan berdua paling best dgn en hb. semoga ada perjalanan yg lebih menarik utk kita cipta di masa depan. ameen.