Ikan Matahari besar ditemui mati di Kpg Forest Sandakan Sabah
Seekor ikan bersaiz besar, Mola-Mola ataupun dikenali sebagai "ikan matahari" didakwa ditemui mati terdampar dekat pesisir pantai di kampung Forest Sandakan Sabah, baru-baru ini
Penemuan ikan matahari besar dengan tulang terberat di dunia, di lokasi berkenaan telah mendapat perhatian daripada penduduk sekitar kerana ikan ini jarang ditemui di perairan Sabah
Ikan mola-mola dan kerap disebut sebagai "ikan matahari" ekoran bentuknya bulat dan besar seperti matahari juga tergolong daripada spesis hidupan laut mempunyai bentuk yang aneh, iaitu pipih dengan sirip di atas dan di bahagian bawah tubuhnya, serta bentuk ekornya yang pelik
IKAN MATAHARI BESAR DITEMUI MATI DI SANDAKAN SABAH
Meskipun mampu mencapai berat sehingga seribu kilogram dan panjang 1 meter bagi ikan dewasa namun makanan utamanya adalah obor-obor dan tumbuhan laut
Selain itu, ikan ini juga gemar berenang di kedalaman 600 meter di bawah permukaan laut beriklim tropika
Mola Mola akan muncul ke permukaan laut untuk mendapatkan cahaya matahari. Jadi tidak hairanlah juga jika ia dipanggil dengan gelaran Sunfish atau ikan matahari
Walaupun besar, pergerakkannya lambat dan tidak mampu melawan arus air laut yang bergelora dan ikan Mola Mola juga akan mudah tersangkut pada kapal-kapal kerana tidak mampu mengelak dengan pantas
Menurut sumber, ikan Matahari ini kerap muncul di perairan Indonesia sekitar bulan Jun hingga Oktober setiap tahun dan spesis ikan ini dikatakan semakin pupus
Gambar ikan matahari gergasi terdampar di Kg Forest Sandakan. Menerusi kiriman emel, gempar dengan penemuan ikan bersaiz besar yang telah mendarat di Kampung Forest Sandakan Sabah sejak beberapa hari yang lalu. Penemuan tersebut turut dikongsikan menerusi laman sosial dan menarik perhatian umum. Untuk pengetahuan anda, spesis ikan ini dikenali sebagai ikan Matahari berikutan bentuknya yang bujur atau bulat dan mempunyai saiz yang lebih besar dari seorang lelaki dewasa.
Gambar Ikan Matahari Gergasi Terdampar Di Kg Forest Sandakan
Sekurang-kurang tiga orang cedera apabila sebuah pesawat ringan jenis twin Otter milik MASWINGS tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah rumah semasa mendarat di lapangan terbang Kudat di bahagian Utara Sabah.
Kejadian berlaku lebih kurang pada 2.55 petang hari ini, 10 Oktober 2013. Juruterbang dan dua yang lain dalam keadaan parah manakala penumpang lain hanya mengalami kecederaan kecil. Terdapat 16 penumpang di dalam kapal terbang itu termasuk juruterbang.
Semua penumpang telah dikejarkan ke hospital Kudat untuk rawatan segera. Pegawai MASWINGS ketika dihubungi mengatakan akan memberi info lanjut kerana masih dalam proses mengumpul maklumat sebelum memberikan kenyataan rasmi.
Spekulasi awal menyatakan bahawa pesawat tersebut terbabas akibat dilanda angin kencang. Menurut ketua misi menyelamat, Abd Mujun, seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 2.54 petang. Dilaporkan terdapat tumpahan minyak susulan nahas itu.
Update: Polis mengesahkan seorang penumpang pesawat MASwings jenis Twin Otters yang terhempas di Kudat hari ini meninggal dunia di Hospital Kudat
TAWAU, 22 Dis - Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh hari ini meminta Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof agar meninjau keadaan jalan raya di Tawau dan Kalabakan.
Ini kerana katanya keadaan jalan di kedua-dua daerah itu amat daif dan memerlukan perhatian segera daripada kerajaan pusat.
Menurutnya jalan yang runtuh di Km 30 Jalan Apas-Balung sejak setahun lalu juga masih belum dibaik pulih.
Jangan tunggu dibangkitkan di Parlimen, baru hendak diambil tindakan, katanya kepada Bernama di sini.
Mengulas pembangunan di Kalabakan, Abdul Ghapur yang juga Ketua Umno Kalabakan berkata beberapa kawasan di daerah itu akan dibangunkan dengan pelbagai kemudahan.
Ini termasuk pembinaan kemudahan rehat dan rawat di persimpangan Luasong, Jalan Kalabakan-Keningau, katanya.
AIDCNews – 25/12/13 – Jika awal tahun ini negara dikejutkan dengan pencerobohan pengganas Kiram di Kampung Tambisan, Lahad Datu, lapor Utusan, namun kali ini penduduk digemparkan pula dengan kejadian aneh beribu-ribu ikan tamban yang terdampar di sepanjang pesisir pantai kampung berkenaan.
Kejadian tersebut disedari penduduk kira-kira pukul 8 pagi ini apabila terkejut melihat sepanjang pesisir pantai berkenaan tiba-tiba bertukar warna 'putih' ekoran kehadiran ikan spesies laut dalam itu.
Walau bagaimanapun, keadaan panik itu hanya sekejap sahaja apabila situasinya bertukar menjadi pesta dengan penduduk beramai-ramai mengambil kesempatan 'memunggah' ikan itu ke daratan.
Difahamkan ikan tamban amat popular dalam kalangan nelayan dan penduduk sekitar, malah merupakan antara ikan utama yang dijual di pasar pada harga antara RM3 dan RM5 sekilogram.
Menurut sumber Jabatan Meteorologi dilaporkan hmetro.com.my, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.
Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.
Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.
Lebih seribu penduduk terdiri daripada pemimpin masyarakat, belia dan pelajar dari mukim Salong menyertai program Outreach Salong, Pegalungan di Kampung Salong di Nabawan.
Ketua Program Unit Penyelidikan, Pendidikan Luar Bandar Universiiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Khalid Johari berkata program itu bertujuan mempertingkatkan kredibiliti akademik UMS untuk meneroka potensi ilmu berkaitan keperluan pembangunan, pendidikan dan sosio-ekonomi masyarakat di pedalaman.
Jelasnya beliau, sebahagian besar aktiviti dalam program 4 hari itu bersifat kemasyarakatan yang mampu memberi pendedahan terhadap pentingnya pendidikan lestari, membabitkan komuniti di pedalaman dan pelajar sekolah luar bandar.
Sementara itu, berucap merasmikan program itu, Penolong Pegawai Daerah Nabawan Aloysius Anthony berkata, masyarakat luar bandar masih memerlukan bimbingan serta pendedahan, khususnya penuntut diperingkat sekolah rendah supaya mempunyai motivasi untuk belajar sehinga ke menara gading.
July 2011 – Nabawan, Sabah, kira-kira 160km dari Kota Kinabalu. Misi ziarah sahabat-sahabat lama yang banyak membantu usaha dakwah di pedalaman. Banyak perubahan sejak 18 tahun saya tidak ke sini.
Bertemu kembali Abang Tommy (Mohammad Jun) dan keluarganya di Pekan Nabawan. Beliau berniaga servis komputer dan jahitan pakaian. Insan ini amat banyak membantu usaha dakwah. Rumahnya menjadi salah satu tempat persinggahan sebelum meneruskan perjalanan dakwah ke Pensiangan, sempadan Sabah-Kalimantan.
Posts related to Mohammad Jun dan keluarganya di Pekan Nabawan
NABAWAN: Cik Muslisah Pangawai dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau Pesta Kaamatan Daerah Nabawan yang berlangsung di Pentas Terbuka Tamu Pekan Nabawan pada Rabu. Muslisah, 21, berasal dari Kg. Sabinait Baru, Murni C, Nabawan yang bertugas sebagai Kerani di sektor swasta dengan hobinya menari dan bermain badminton pada masa lapang menewaskan enam peserta yang layak ke pusingan akhir.
Tempat kedua disandang oleh Leu Kui Ink, 18, dari Kg. Bahagia A, Nabawan yang bekerja sebagai juru kecantikan dengan hobi membaca.
Tempat ketiga jatuh kepada Yesomeh Makiong dari Kg. Layon satu-satunya peserta dari kampung yang terpencil di Mukim Pamuntarian.
Yesomeh, 20, yang berhobi menari dan membaca pada masa lapang seorang pelajar Kolej ILHAM bercita-cita menjadi 'assistant manager'.
Serama 14 peserta menyertai pertandingan Unduk Ngadau sempena Pesta Kaamatan Perigkat Daerah Nabawan.
by Mohd Haizuren Abdullah Janji ditepati Dato Seri Najib hanyalah gimik yang tak membawa erti kepada penduduk di Nabawan,,sebagai bukti bahawa mereka telah ditipu sepanjang masa oleh UMNO/BN,Admin membawakan bukti jelas dan nyata janji UMNO/BN membina sebuah Klinik pada tahun 1999,dan hingga kini hanya "Projek Ladang Lalang dan Semak" sedang giat berjalan di tapak Projek tersebut
"Jangan salahkan rakyat,kalau belum pernah jejak Nabawan jangan cakap pakai hujah apa yang dipaparkan di Tv3 atau Utusan,semua rakyat terutama macai-macai Umno harus pakai otak bentangkan fakta,suara penduduk sekitar Nabawan sudah lama berkumandang cuma media tekan dan sembunyikan supaya tak menjejaskan reputasi Umno/Bn."
Pada Tahun ini TPM sudah datang melawat Nabawan tapi apabila beliau melihat orang kampung datang membawa sepanduk ketika lawatan beliau ke sana,beliau hanya mampu melihat saja tanpa turun bertemu rakyat dan menjelaskan apa-apa.Tengoklah bagaimana media TV3/Utusan melaporkan lawatan beliau disambut meriah walhal kejadian itu tidak seindah seperti yg dikhabarkan.
Beliau juga berharap agar rakyat jangan menyokong membabi buta,selidik lah dulu,ni belum kes tanah masyarakat salarom taka yg dirampas oleh kerajaan..klinik kesihatan nabawan mmg ada tapi terlalu usang..kamu patut melihat bagaimana klinik di sana msh bergantung dgn generator..tu br nabawan..blm cerita lg d pensiangan..pesakit baring atas bot pegang IV drip..smp bila mau tgk rakyat susah bg2?smp bila?jwb lah org Sabah yg prihatin..x kah kamu kesian melihat bayi kecil di usung atas bot semata2 uk keluar ke pekan kgau..
(Keluhan seorang penduduk Nabawan)
PRU13 Jom tolak UMNO/BN...undilah Pakatan Rakyat melakar perubahan yang lebih baik dari hari ini.
KOTA KINABALU: Dua projek Mesra Rakyat (PMR) oleh Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) di Nabawan, pedalaman Sabah, iaitu Skim Nabawan dan Estet Pandewan, telah memberi harapan baharu kepada semua 578 peserta tempatan yang terlibat, kebanyakannya daripada komuniti Murut.
Bagi Skim Nabawan, SLDB setakat ini telah membangunkan seluas 474.13 hektar (ha) daripada kawasan seluas 2,275.58 ha dengan kelapa sawit semenjak 2011.
Daud Anggau, 42, ketua kampung di Nabawan berkata pelbagai usaha telah dibuat sebelum ini untuk memberikan nilai ekonomi kepada tanah itu, seperti menanam ubi kayu dan buah markisa serta mengusahakan ternakan air payau, tetapi semua ini gagal memberikan impak kepada kehidupan masyarakat setempat.
Beliau berkata mesyuarat antara SLDB dan masyarakat kampung telah melihat 292 peserta dipilih untuk projek PMR keduanya.
"Kami berterimakasih kepada SLDB kerana projek-projek PMR bukan sahaja menjanjikan masa depan yang cerah kepada peserta, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Alfonsos Thomas, salah seorang daripada 289 peserta yang terlibat dalam projek perladangan kelapa sawit di Estet Pandewan berkata projek PMR itu telah menarik perhatian penduduk kampung dari Pensiangan dan Sapulut.
"Mereka benar-benar berminat dengan apa yang mereka lihat di sini, dan mereka berharap SLDB boleh melaksanakan projek yang serupa di kawasan mereka," katanya.
Dalam perkembangan lain, ketua pegawai eksekutif SLDB, Jhuvarri Majid (gambar) berkata agensi itu merekodkan pertumbuhan purata 20 peratus setiap tahun semenjak 2006 sementara nilai bersihnya naik kepada RM536 juta pada 2012 berbanding RM228 juta pada 2006.
Beliau berkata nilai tanah yang diusahakan oleh SLDB bagi tempoh yang sama meningkat kepada RM1.2 bilion daripada RM411 juta enam tahun lepas.
"Setakat ini, terdapat 5,342 peserta dalam projek-projek pembangunan pertanian di seluruh Sabah, kebanyakannya di kawasan pedalaman Sabah, dan jumlah dividen yang dibayar kepada mereka adalah RM120 juta," katanya.
SLDB juga membangunkan tanah di kawasan luar bandar untuk pemilik yang telah diberikan geran tanah komunal, satu cara paling cepat untuk memberikan hak tanah kelompok kepada penduduk tempatan.
Dua pesara guru, Paulus Tangkong dan Haji Arshad Ambikin Liang telah menerima Anugerah Tokoh Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Nabawan kali ke 42 yang berlangsung di dewan serbaguna di Nabawan.
Sementara itu, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sepulut, Osman Aganduk turut menerima Anugerah Kepimpinan Pendidikan.
Selain daripada itu, dua guru Oguslina Siambing dan Zulkiflie Mohamad masing-masing turut menerima Anugerah Guru Inovatif kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah manakala Anugerah Pusat Sumber Cemerlang disadang Sekolah Kebangsaan Kampung Enam Nabawan.
Sambutan Hari Guru peringkat Daerah itu dirasmikan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jame Alip.
Berucap merasmikan majlis tersebut, Jame mengesa warga pendidik agar sentiasa memperbahurui sistem pembelajaran dalam dan luar kelas mengikut keadaan semasa agar pelajar dapat menghayati dan memahami apa yang dipelajari.
Jelasnya, ini disebabkan kehendak dalam sistem pembelajaran masa kini jauh berbeza berbanding sistem dahulu.