10 di sandakan - Google Blog Search |
Gua Gomantong <b>Di Sandakan</b> Sabah Merupakan Syurga Lipas Posted: 23 Jul 2011 11:16 PM PDT Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang budiman. Sebentar tadi waktu gua membaca surat khabar Kosmo gua tertarik dengan pelbagai berita. Selain dari kisah pengeboman dan tembakan rambang di negara Norway ada satu lagi kisah yang begitu menarik perhatian gua yang bertajuk Lantai Lipas Bumbung Kelawar dimana artikel tersebut boleh dibaca DISINI. Walawehhhh!! Memang meremang sudah gua membaca kisah tentang Gua Gomantong di Sandakan, Sabah ini. Gua ini yang diiktiraf sebagai Pengurusan Gua Sarang Burung Terbaik Di Dunia oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) merupakan salah satu tempat yang menjadi punca rezeki kepada pencari sarang burung berlesen untuk memungut sarang burung yang dibenarkan sebanyak dua kali setahun iaitu antara Februari dan April dan antara Julai dan September. Tetapi, apa yang membuat gua meremang bulu roma itu ialah jumlah lipas gergasi yang bersaiz lebih kurang 10 sentimeter setiap ekor yang dianggarkan berjumlah berjuta - juta ekor yang menghuni lantai gua serta di tepi - tepi dinding gua dan yang membuatkan gua lebih seram itu apabila gua terbaca jika ada kelawar yang terjatuh ke atas lantai itu mesti akan dimakan hidup - hidup oleh lipas - lipas gergasi ini. Fuhhh!! Seram!!! Mengikut apa yang gua baca, lipas - lipas ini memang penuh melata dekat bahagian bawah gua tu sebab lipas - lipas nih akan makan tahi kelawar - kelawar yang hidup di atas gua yang sentiasa berguguran setiap saat tu! Gua memang tak boleh bayang macam mana kalau manusia yang terjatuh dekat bawah tu! Memang tinggal rangka sudah! Hohohoho! Jadi, sebagai kesimpulannya gua tak berminat untuk pergi ke Gua Gomantong nih kerana keseraman yang bagi gua agak terlampau walaupun setiap tahun banyak pengunjung yang berkunjung ke sini.! Hehehehe! P/S : Ada Sesiapa Pernah Pergi Ke Gua Gomantong Atau Teringin Mahu Pergi? Kongsikan Pengalaman Anda Di Ruangan Komen! (^_^)Y |
You are subscribed to email updates from di sandakan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |