ads

Jumaat, 13 Julai 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Bot Karam <b>Di Sandakan</b>, Dua Murid Lemas – Perak Today

Posted: 06 Jul 2012 10:10 PM PDT

SANDAKAN: Dua murid lemas manakala empat terselamat apabila bot yang mereka naiki semasa pulang dari sekolah, karam di perairan berhampiran Pulau Timbang dekat sini Jumaat.

Kejadian kira-kira pukul 1 petang itu membabitkan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru yang dalam perjalanan balik ke rumah mereka di Kampung Serabut.

Mayat Sabrurina Mohd Noor, 10, murid Tahun Empat telah ditemui manakala seorang lagi murid Zulaika Amri, 12, murid Tahun Enam belum ditemui.

Empat yang terselamat ialah pemandu bot yang juga bapa Zulaika berusia dalam lingkungan 30-an dan tiga lagi anaknya iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berusia antara setahun dan lima tahun.

Amri dan dua daripada anaknya kini dirawat di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan mereka dilapor dalam keadaan stabil.

Bapa Sabturina, Mohd Noor berkata bot yang dinaiki anaknya itu karam dipukul arus deras di perairan berhampiran Kampung Upak.

"Amri yang juga sepupu saya bersama tiga anaknya yang turut berada di dalam bot itu diselamatkan penduduk kampung," katanya ketika ditemui di Kampung Baru.

Sehingga berita ini ditulis, operasi mencari Zulaika oleh penduduk kampung dengan kerjasama Polis Gerakan Marin dihentikan pada pukul 6 petang disebabkan keadaan gelap dan perairan berombak.

Bot yang karam itu ditemui terdampar di Pulau Magandai kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Turut meninjau tempat kejadian dan melawat keluarga mangsa ialah Anggota Dewan Undangan Sekong Datuk Samsuddin Yahya.

- BERNAMA

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Lelaki Sepanyol <b>papar</b> kejadian bunuh diri <b>di</b> FB | borak kosong

Posted: 12 Jul 2012 07:30 PM PDT


BANGKOK: Seorang lelaki Sepanyol yang bekerja di Thailand, membunuh diri dan memaparkan kejadian itu di satu laman web sosial popular, semalam.
Pegawai Penyiasat Balai Polis Huay Kwang, Leftenan Kolonel, Apichan Swasdibutra berkata, Juan Andres Medin Peneiro, 37, mencampur sejenis racun ke dalam bir kemudian meminumnya di depan rakan di laman web itu. 
Pineiro, adalah pekerja teknologi maklumat untuk syarikat telefon selular di Bangkok, Dia ditemui mati di biliknya di tingkat 11, sambil duduk di hadapan komputer riba, gelas dan sebotol bir.

Swasdibutra berkata, lelaki Sepanyol itu menulis mesej di laman Facebooknya, dia mahu mati dan meminta maaf kepada rakan sekerjanya kerana tidak dapat bekerja dengan mereka lagi. - BP




sumber : myMetro

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Pemandu lori maut lori terbabas <b>di Lahad Datu</b> | Inimajalah dot com

Posted: 30 Jan 2012 07:18 PM PST

Who's Online

2 visitors online now

Kategori

Arkib

© 2009 - 2012 inimajalah.com.my

Penyiaran semula kandungan web ini adalah dibenarkan dengan hakcipta tertakluk di bawah Creative Commons berdasarkan syarat seperti di sini.

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Kawekaki Motor: TAWAU RIDE 2012 (1hb-4hb JUN 2012) - 2

Posted: 12 Jul 2012 09:54 PM PDT

Assalamualaikum....

Kali ni kawe sambung perjalanan kawe dari Keningau ke Tawau melalui Kalabakan. Sebelum memulakan perjalanan yang lebih jauh kami perlu mengisi minyak terlebih dahulu dan kami mengisi minyak di Shell Nabawan Road tak jauh dari pekan Keningau.



Selesai urusan memberi "tenaga" pada bike kami, kami mula bergerak meninggalkan Shell Nabawan Road sekitar jam 12 tengahari dan perjalanan kami akan menuju ke Sepulot yang jaraknya sejauh 120 kilometer dari Pekan Keningau. Perjalanan kami ke Sepulot melalui jalan berturap yang cantik ditambah dengan jumlah  trafik yang tidak begitu sibuk.
Sekolah Henry Gurney di Keningau dibawah Jabatan Penjara Malaysia

Bro Johnny sedang beraksi

Haji Rahmat dan Bro Johnny. Tar masih lg hitam baru diturap...

Bro Johnny on the bike... Sori boss...kepalanya tak nampak...

Haji Rahmat dengan V yang baru 1 bulan keluar...


Kalau macam ni sampai ke Tawau alangkah indahnya dunia...

Sesekali terserempak dengan kenderaan lain....

Selepas hampir sejam bergerak dari Keningau, kami berhenti di satu persimpangan kalau tak silap kawe di Pekan Nabawan untuk merehatkan sedikit badan dan membeli beberapa botol air mineral sebagai bekalan semasa melalui jalan Sepulot-Kalabakan.


Bro Johnny dan Pegaso 650

White V kawe yang banyak berjasa...

Black V Haji Rahmat yang baru sebulan usianya...


Jarak yang masih berbaki untuk kami tempuhi...
Jika diikutkan baki perjalanan jalan beraspal mulus hanya berbaki 60 kilometer sahaja lagi sebelum kami terpaksa melalui jalan yang dikategorikan sebagai off road sejauh 150 kilometer. Perjalanan dari Pekan Nabawan ke Sepulot memakan masa selama lebih kurang 45 minit dan jika diikut pada perancangan, kami akan mengisi minyak di Sepulot sebelum terus bergerak ke Tawau.

Jalan yang cantik dengan sedikit selekoh...

Nama-nama kampung yang kami lewati...

Kalau kaki meroket ni syok ni... Tapi awas kawasan perkampungan...

Lain macam je awan kat depan ni....

Syukur.... Cerah semula...

Semakin hampir sudah Sepulot.... Memang makan pulut la lepas ni guna jalan OFF ROAD...
Setelah menunggang dalam cuaca panas di tengahari kami akhirnya sampai di sekitar kawasan Sepulot dan jalan yang menjadi igauan kawe terpaksa juga kawe tempuhi untuk melengkapkan perjalanan kawe ke Tawau. Hajat kami untuk mengisi minyak tidak tertunai kerana di Sepulot telah kehabisan bekalan dan kami terpaksa ke kawasan perkampungan berhampiran untuk mengisi petrol.
Nampak macam pasar @ tamu saja...

Aspal Mulus yang terakhir...

Agak kabur papan tanda yang wife kawe ambik... 

Cuaca nampaknya menyebelahi kami...

Jalan berbatu baru diratakan.... Kadang-kadang agak licin kerana batu-batu longgar

Menaiki bukit... Terpaksa perlahan-lahan....

Menuruni bukit berbatu... Agak menakutkan terutama apabila membawa pillion....
Selepas setengah jam bergerak, satu masalah timbul apabila motor bro Johnny mengalamai masalah apabila rantai Aprillia Pegaso yang ditunggangi terlepas dari sproket. 
Sekali rantai terlepas daa...
Kawe tengah baca ayat-ayat nujum.... Hahahaha...

Tolong menolong berganding bahu... Apa yang pentingg... Kerjasama....
Masalah ini dapat kami atasi selepas rantai dapat dimasukkan semula tetapi bro Johnny terpaksa bergerak dengan perlahan kerana tidak mahu rantai terlepas sekali lagi. Kali ini jarak antara kami tidaklah jauh dan tanpa disangka-sangka Haji Rahmat terjatuh disatu kawasan yang agak licin semasa menuruni bukit. Nasib baik tiada kecederaan berlaku dan hanya pedal brek bike sahaja yang bengkok. Masalah bike Haji Rahmat dapat diselesaikan kerana tidak jauh dari tempat haji terjatuh terdapat pondok pekerja membuat jambatan. Peluang ini juga digunakan oleh bro Johnny untuk mengetatkan rantai motornya kerana kami meminjam beberapa peralatan dari pekerja untuk membetulkan masalah bike kami.
Berbaki 130 kilometer... Azab yang harus kami tempuhi....

Kawe dibelakang Bro Johnny sambil memerhati risau takut rantainya terlepas lagi...

Haji Rahmat tidak jauh dibelakang kawe....

Kasi pic on da bike skali....

Kawe pulak dibelakang....

Menuruni bukit dan akan melalui jalan rosak akibat pembinaan jambatan...

Haji Rahmat terjatuh kerana jalan licin...

Kawe jadi mekanik tak bertauliah betulkan pedal Brake V Haji Rahmat...

Ambil peluang betulkan bike Bro Johnny sekali...
Selepas bergerak selama 30 minit kami sampai di satu kawasan perkampungan iaitu di Salaron Taka yang mempunyai rumah panjang dan kami berhenti untuk mencari minyak untuk bike kami. Usaha kami untuk mendapatkan minyak agak sukar kerana secara kebetulan bekalan minyak telah kehabisan. Bagi kawe dan Haji Rahmat mungkin tidak menjadi satu masalah kerana minyak yang diisi bisa untuk sampai ke Kalabakan. Cuma yang menjadi sedikit masalah adalah bike Johnny kerana jentera beliau menggunakan karburator dan agak kuat 'melahap' minyak.
Tempat menjual minyak petrol... Tutup la pulak...

Satu-satunya rumah panjang yang kami jumpa sepanjang ke Kalabakan....

Salaron Taka... Menara adalah salah satu tempat untuk membuat panggilan telefon dan hanya di pondok itu sahaja mempunyai talian telefon. Tapi hanya untuk MAXIS dan CELCOM sahaja.

Kedai kalau rasa-rasa nak membeli air mineral ke apa ke...
Dalam kekalutan kami mencari tempat lain yang menjual minyak petrol satu masalah lagi timbul apabila bike bro Johnny sekali lagi mengalami masalah apabila tidak dapat dihidupkan dan kami terpaksa menolak untuk menghidupkan enjin dan nasib kami agak bagus apabila enjin bike beliau dapat dihidupkan. Namun begitu masalah yang sama berulang lagi apabila enjin bike dipadamkan ketika menuggu Haji Rahmat mencari minyak petrol. Ternyata kali ini nasib tidak lagi memihak kepada kami apabila bike bro Johnny tidak dapat dihidupkan walaupun berbagai usaha kami lakukan.

Kawe menolak bike bro Johnny...

Wife kawe tunggu kami selamatkan bike Johnny

Selongkar bateri takut ada wayar yang longgar...

3 doktor merawat satu 'pesakit'... Namun hampa...

Tolak lagi... Kali ni kawe jadi supirnya...
Lebih kurang 3 jam kami di Salaron Taka dalam usaha menyelamatkan bike bro Johnny, namun kami agak hampa. Selepas berbincang keputusan dicapai dan bro Johnny terpaksa menamatkan awal kembara beliau yang pertama ke Tawau melalui Kalabakan dan bro Johnny akan menunggu bersama bikenya untuk diambil oleh sebuah back up car yang akan datang dari Keningau. 
Semasa kami bersiap untuk bergerak kami dimaklumkan yang bekalan minyak telah datang dan kawe bersama Haji Rahmat mengambil peluang ini untuk mengisi minyak sebelum bergerak ke Tawau. Bermakna kami boleh terus ke Tawau selepas minyak diisi penuh.
Kawe selepas 3 jam di Salaron Taka...

Mengisi minyak sebanyak RM10.00

Lepas minyak diisi boleh kami meneruskan perjalanan terus ke Tawau...
Selesai mengisi minyak kami terpaksa meneruskan perjalanan tanpa bro Johnny. Jika menurut haji rahmat kami perlu sampai di Kalabakan sebelum hari gelap kerana agak bahaya jika bergerak dalam waktu malam. Jika dilihat pada jam waktu itu sekitar jam 3 lebih. Ini bermakna kami harus sampai di Kalabakan sebelum jam 7 jika lewat pun 7.30 malam.
 Perjalanan kami selepas mengisi petrol melalui jalan berbatu halus dan ini bermakna merupakan satu berita baik bagi kami yang terpaksa mengejar masa untuk sampai ke Kalabakan sebelum hari bertukar gelap. Kelajuan maksima yang boleh dipandu melalui jalan tersebut adalah 60 KM/J. Kadang-kadang kami juga terpaksa melalui beberapa jalan yang dalam keadaan rosak tetapi tidaklah dikatogerikan sebagai terlalu teruk.
Keadaan jalan begini mengizinkan kami mengekalkan momentum kelajuan bike kami...

Menuruni bukit... Perlu berhati-hati kerana batu-batu longgar...

Salah satu 4WD  yang kami temui mengalami masalah tayar pecah akibat batu yang tajam. 4WD ini masih berjalan walaupun hanya tinggal rim...


Salah satu jalan yang rosak yang kami lalui

Haji Rahmat bermain lumpur...


Kawe kira bertuah kerana dianugerahkan dengan kaki panjang...

Agak licin sebenarnya jalan ini...

Haji Rahmat jauh didepan...

Nasib baik tak hujan... Kalau tak kompom licin habis...
53km/j sahaja kelajuan kawe...

Group motor kapcai... Agak banyak lebih kurang 20 biji motor... Motor yang tepat untuk dibawa kesini...
Setelah 1 jam kami menunggang kali ini cuaca tidak lagi menyebelahi kami kerana hujan yang lebat telah turun dan memaksa kami berhenti untuk menyarungkan baju hujan supaya kami tidak kesejukan sepanjang perjalanan ke Tawau.
Nasib hujan dikawasan berbatu halus.... Boleh lagi bike kami jalan dengan selesa....

Kabur.... lens kamera terkena air daaa...

Hujan hampir berhenti setelah 30 minit bermandi air....
Sekitar jam 5 petang kami singgah di satu kawasan yang menempatkan kedai makan dan kedai runcit untuk membuka baju hujan yang disarung kerana hujan telah berhenti sepenuhnya. Peluang ini juga kami gunakan untuk melepaskan sedikit dahaga dan membetulkan sedikit urat saraf yang bergetar kerana melalui jalan yang berbatu sejak dari Sepulot lagi. Jika dihitung kami sebenarnya lebih banyak berdiri termasuklah wife kawe sendiri kerana itu lebih memberi keselesaan selain bike lebih stabil semasa melalui jalan berbatu. Tetapi kelajuan haruslah terkawal.
Kedai @ rumah pertama selepas Salaron Taka tempat bike bro Johnny rosak

White V dan Black V.... Sehingga kini cemerlang dalam menjalankan tugas...
Kami tidak mengambil banyak masa untuk berehat kerana pada waktu ini masa amat berharga bagi kami. Menurut penerangan dari penduduk yang berada di kedai makan tersebut, kami boleh sampai di Kalabakan mengikut jadual iaitu lebih kurang jam tujuh. Itu pun jika cuaca bagus. Tapi jika diamati ke langit pasti kali ini kami tidak lagi berhujan dan kami meneruskan perjalanan seperti yang dirancang.
Hutan semulajadi yang menghijau...

Menuruni bukit sebelum sampai di Meliau Basin...

Harap-harap tak hujan lagi...
Lebih kurang 5 kilometer kami bergerak dan sewaktu hampir sampai ke Meliau Basin satu kejadian telah berlaku di mana Haji Rahmat sekali lagi telah terjatuh kerana jalan menuruni bukit licin akibat lumpur. Kejadian tu menyebabkan bahu Haji Rahmat terseliuh dan motor sedikit pecah di bahagian cover tangki sebelah kiri. Kami berhenti agak lama di situ untuk membetulkan sedikit bike dan memastikan tidak ada kecederaan serius berlaku. 

Bike mengalami sedikit kerosakan dan calar...

Kawe jadi mekanik yang tak terlatih

Side Box GIVI... Cuma tercalar...
Selepas semuanya selamat, kami bergerak menuju tujuan asal kami untuk ke Tawau. Kali ini kami terpaksa bergerak dengan perlahan kerana menurut Haji Rahmat bahunya masih terasa sakit. 
Chalet di Meliau Basin... 

Kabur pulak sign board Meliau Basin ni..

Masih bersemangat Haji Rahmat walaupun bahu sakit...

Kawasan jalan tanah berlumpur... Nasib kering kalau tak genti licin...
Jalan yang dulunya berbatu kini berubah wajah apabila kami terpaksa melalui jalan yang agak rosak sepanjang perjalanan. Ada beberapa kawasan yang rosaknya agak teruk menyebabkan kawe perlu mengambil alih tugas membawa bike dari Haji Rahmat kerana bimbang sakit bahunya akan bertambah serius.
Kawe ambil alih jadi 'pilot' bike Haji Rahmat


Hari sudah berubah warna...

Masih melalui jalan berlumpur...
Jalan berlumpur dan rosak kawe jadi 'pilot'

Bike Haji Rahmat dah setel bike kawe lagi...



Jalan tanah berbatu...Tapi tetap licin...


Nasib baik kaki kawe panjang... 


Air sungai nampak keroh... Hujan agaknya kat sini walaupun diikutkan masa pergi ni musim panas...


Ada resort la...Kalau emergency boleh la bermalam disini.

Salah satu lori balak yang kami selisih. Kami mahu naik dan lori mahu turun. Terpaksa beri jalan pada yang besar dahulu.
Hari yang pada mulanya cerah kini bertukar gelap dan kami masih lagi berada di tengah-tengah hutan. Dalam kepala kawe waktu tu cuma satu iaitu takut terserempak dengan gajah kerana beberapa kali kawe melihat banyak najis gajah ditengah-tengah jalan. Walaupun ada perasaan takut kami terpaksa meneruskan juga perjalanan dan kami hanya mampu berdoa tiada apa-apa yang berlaku kerana kali ini jalan yang dilalui agak teruk.
Cuma nampak lampu belakang Bike Haji Rahmat...

26km/j... Kelajuan yang kamidapat bawa sehingga ke Kalabakan.

Bergerak secara seiring kerana jalan lebih cerah.
Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 malam dan kami masih juga belum samapi di Kalabakan. Tapi pada firasat kawe Kalabakan tidak lagi jauh kerana kami sudah mula memasuki kawasan ladang sawit dan ini bermakna kami sudah dekat dan tidak lagi di tengah-tengah hutan. 
Kami akhirnya sampai di Kalabakan pada jam 8.30 malam dalam keadaan kepenatan. Ini bermakna Tawau cuma berbaki 80 kilometer sahaja lagi. Sekurang-kurangnya kami boleh berasa lega kerana jalan dari Kalabakan ke Tawau adalah jalan berturap cantik. Kami sampai di Tawau lebih kurang jam 10.00 malam dan kami di sambut oleh group Tawau Bikers dan kami bermalam di KINGSTON EXECUTIVE HOTEL dengan bayaran RM90.00 untuk satu malam.

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


Berita Cerita Dunia: Misteri Terowong Jepun <b>Di Kunak</b> Sabah

Posted: 13 Jul 2012 02:25 AM PDT


Bagi penduduk Sabah, mungkin anda pernah mendengar tentang misteri terowong Jepun di Kunak Sabah. Kunak yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk dan merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar.  Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar. Nama Kunak memang agak jarang disebut dan masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan walaupun semua daerah berkenaan berada di Pantai Timur Sabah.
Mungkin disebabkan kurangnya promosi dari pihak yang berwajib meskipun di Kunak terdapat banyak lokasi menarik.
Lokasi Menarik Di Kunak, Sabah :
~ Kolam Lumpur (Mud Pool) di Ladang Binuang,
~ Air Terjun Di Hutan Simpan Madai Baturong
~ Gua Madai di Madai
~ Tasik Impian Di Mostyn
~ Kelab Golf di Mostyn
~ Tinggalan Terowong Jepun di Mostyn
~ Kawasan Tanaman Kelapa Sawit yang Tertua di Pulau Borneo (ditanam pada 1957)
~Telaga Tujuh di Pangi
~ Kolam Air Panas / Hot Spring di Sungang
~ Bahan Artifak di Tingkayu
Lokasi terowong ini terletak kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak di mana terowong tanah sepanjang 8 kilometer dengan 4 cabang yang terletak di Ladang Sime Darby dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang.
Kewujudan terowong Jepun ini dikatakan dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di dalam terowong tersebut. Beberapa individu cuba memasuki kawasan tersebut dan ada yang mendakwa pernah menemui beberapa barangan peninggalan zaman perang antaranya gelas, sudu, dan ada juga yang mendakwa pernah menemui "bekas landasan lokomotif" di dalam terowong berkenaan.
Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu.
Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi. Namun, setakat ini tiada yang mampu menjelaskan di manakah penghujung terowong ini. Ada juga peneroka yang cuba memasuki terowong ini namun tidak mampu meneruskan perjalanan kerana kekurangan udara dan keadaan yang terlalu gelap.
Jika anda hendak tahu, setiap tahun dikatakan ada sahaja keluarga dari Jepun datang untuk melakukan upacara sembahyang mereka di kawasan berkenaan. Terowong itu kemungkinan terbentuk hasil daripada aliran basalt dari letusan gunung berapi yang pernah berlaku puluhan ribu tahun dahulu. Ada sesiapa pernah berkunjung di sini?
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved