106 Flares 2
Facebook
99
Google+
5
Pin It Share
0
StumbleUpon
0
LinkedIn
0
106 Flares
×
Kampung Gombizau adalah terletak dalam Pekan Matunggong di daerah Kudat Sabah, kira-kira 43 kilometer ke selatan daerah tersebut. Seperti kampung-kampung lain di Matunggong, penduduknya banyak terlibat dalam industri hasil tani dan kraftangan dan mereka diketegorikan sebagai antara penduduk termiskin di negeri Sabah. Saya akan sentiasa ingat kampung ini kerana di sinilah ekzos kereta saya mengalami kebocoran dan terpaksa memandu ke Kudat dalam keadaan bunyi kereta yang amat bising lantaran tiada kedai yang membuat 'welding' ekzos di Pekan Matunggong. Namun, yang penting bagi mereka yang mahu melawat negeri Sabah amnya dan daerah Kudat khasnya, Kampung Gombizau adalah satu tempat yang patut di masukkan dalam pelan perjalanan anda (itinerary) kerana di sini terdapatnya kawasan penternakan lebah madu bagi tujuan mendapatkan madu lebah untuk tujuan komersial. Jika anda memandu dari Kota Kinabalu, simpang ke Gombizau Honey Bee Farm atau Ladang Lebah Madu ini terletak di sebelah kiri anda.
Gombizau Honey Bee Farm ini telah wujud lebih 10 tahun yang lalu dan ia menghasilkan madu lebah bagi keperluan penduduk tempatan dan orang luar yang berminat dengan rasa madu 'asli' yang datangnya terus dari sarang lebah. Bagi penduduk tempatan, madu lebah boleh membantu mereka dari segi kesihatan dan mereka juga sukakan rasanya yang turut digunakan dalam masakan tempatan. Ini telah dipercayai sejak bergenerasi yang lalu, maka kewujudan Gombizau Honey Bee Farm ini memanglah sesuatu bukannya dirancang secara tiba-tiba sahaja.
Jalan untuk masuk ke Kampung Gombizau agak kurang baik (berlubang-lubang) terutama jika anda menggunakan kereta yang rendah. Sebaiknya gunakan 4WD atau pandu dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Memandangkan ini merupakan satu kawasan tarikan pelancong, saya berharap pihak kerajaan dapat memperbaiki jalan masuk ke ladang lebah ini. The good news ialah, jarak untuk masuk ke dalam adalah tidak jauh iaitu kira-kira 1km sahaja.
Setibanya di Gombizau Honey Bee Farm, anda boleh terus membeli madu-madu asli yang dijual di gerai di sana pada harga yang amat murah. Madu ini betul-betul 'ASLI' dan tidak di campurkan dengan apa-apa bahan sampingan yang lain. Jika tidak percaya, cuba masukkannya ke dalam peti sejuk selama sehari dan perhatikan keadaan madu yang kekal segar dan tidak berbuih seperti madu campuran di pasaran.
Untuk masuk ke kawasan ladang lebah, anda hendaklah ke kaunter tiket dan membeli tiket terlebih dahulu. Harga tiketnya adalah RM 5 bagi dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak. Lihat di bawah:
Ada pemandu pelancong di sana yang memberi penerangan tentang penternakan lebah di sana dan cara-cara menyesuaikan diri dalam ladang tersebut. Antara yang perlu diingat adalah jangan sesekali membunuh, memukul mahupun menghalau lebah-lebah yang mengeremuni anda. Keep cool dan tunggu petugas di sana mengalau lebah dengan menggunakan asap.
Landang lebah terletak di kawasan landang pokok getah yang merupakan sumber pendapatan utama penduduk Kampung Gombizau. Penternakan lebah madu hanyalah industri sampingan bagi mereka di samping ia merupakan tarikan pelancong yang datang ke daerah Kudat. Sarang-sarang lebah terletak berdekatan dengan pokok-pokok getah dan anda boleh merasa madu asli dari indung lebah (honeycomb) jika mahu. Anda juga boleh memegang indung lebah dan bergambar untuk tujuan kenang-kenangan. Jangan takut bila memegangnya dan jangan cuba menghalau lebah dari badan dan muka anda. Stay cool dan biarkan anda di asap oleh petugas-petugas di sana. Alhamdullilah, sepanjang saya dan keluarga di sana, tidak seorang pun dari kami di sengat oleh lebah.
Bagi yang minat FOTOGRAFI, ini adalah CABARAN buat anda. Mengambil gambar potrait dan landskap di kawasan ini agak mudah. Tiada masaalah rasanya. Tetapi cuba pasangkan lensa makro anda dan cuba dapatkan gambar lebah secara makro. Saya gagal dalam tugasan ini Agak sukar untuk tangan kekal 'steady' mengambil gambar sambil di kerumuni oleh lebah. Mungkin, saya patut tukar setting ISO lebih tinggi dan percepatkan 'shutter' bagi mengelakkan banyak gegaran bila mengambil gambar lebah secara makro. Namun, ia satu pengajaran berguna dan jika saya datang lagi ke Kampung Gombizau di masa akan datang, saya akan lebih bersedia menghadapi situasi ini.
Sebelum pulang, kami singgah kembali ke gerai menjual madu dan membeli beberapa botol madu asli untuk di bawa pulang. Oh ya, rasa madu asli memang lebih sedap dari yang anda beli di pasaraya atau di kedai-kedai. Tak percaya? Datanglah ke Kudat dan singgah ke Gombizau Honey Bee Farm.
- Penternakan Lebah Madu Di Gombizau Honey Bee Farm Kudat