ads

Ahad, 28 Ogos 2011

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


34 kemalangan maut <b>di</b> laluan <b>Lahad Datu</b> | BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2011 07:06 AM PDT

by JANRYWINE J.LUSIN, janrywine.ub@gmail.com. Posted on August 25, 2011, Thursday

-PERIKSA BUNGA TAYAR.. Rahim (kiri) turut meninjau disekitar Terminal Bas Utara Inanam bersama pegawai JPJ.

KOTA KINABALU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah mencatat sebanyak 34 kemalangan maut setakat ini daripada 64 jumlah keseluruhan pada tahun lalu yang berlaku di sekitar Jalan Kinabatangan-Lahad Datu dan Lahad Datu-Kunak.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri, kemalangan di kawasan berkenaan kerap berlaku ekoran perubahan dari segi infrastruktur dan penyelenggaraan terhadap beberapa laluan.

Katanya, kemalangan itu juga ekoran pemandu yang tidak biasa memandu di jalan-jalan terbabit, terutama yang baru dan tidak biasa melaluinya.

"Bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang menjelang tiba, pihak JPJ akan mempergiatkan rondaan di laluan-laluan berkenaan bagi memastikan keselamatan para penggguna yang melalui kawasan ini ketika pulang bercuti dan balik ke tempat bertugas nanti," katanya.

Rahim berkata demikian pada satu sidang media sempena Operasi Musim Perayaan Aidilfitri 2011, dekat Terminal Bas Utara Inanam, di sini, pada Rabu.

Beliau berkata, bersempena dengan musim perayaan tahun ini, seramai 30 anggota penguatkuasa JPJ telah ditempatkan di tiga buah terminal bas di negeri ini sejak 14 Ogos lalu sehingga 14 September depan.

"Terminal-terminal bas yang terlibat adalah Terminal Bas Utara Inanam dengan seramai 15 angggota, Terminal Bas Tawau (4), Terminal Bas Sandakan (4) dan selebihnya akan membuat rondaan di Terminal Bas Lahad Datu dan Keningau," katanya.

Tambahnya, para anggota berkenaan akan mengadakan rondaan dan memberi tumpuan kepada 'death stretch' atau jalan-jalan yang kerap berlaku kemalangan supaya 'visible enforcement' dapat dilihat oleh para pengguna, meliputi daerah-daerah Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Keningau, Beaufort, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi mengelakkan kesesakan lalulintas, penguatkuasaan 16 jam sehari akan dijalankan secara statik.

Rahim turut mengatakan antara usaha dan kaedah JPJ Sabah dalam meningkatkan keselamatan terhadap pengangkutan pada musim perayaan ini adalah dengan melakukan pemeriksaan ke atas bas-bas di depoh-depoh sejak 5 hingga 12 Ogos lalu di mana sebanyak 82 bas telah diperiksa daripada 112 buah keseluruhan yang beroperasi di Sabah.

"JPJ juga mengadakan pemeriksaan ke atas tayar, brek, buku log pemandu kedua, lesen memandu, permit dan sebagainya, selain pihak Polis Bahagian Narkotik akan turut mengadakan ujian air kencing terhadap para pemandu," katanya sambil menambah sesi perjumpaan bersama pemandu turut dijalankan.

Bagi tujuan itu, tambahnya, orang awam khususnya para pengguna kenderaan di jalan raya yang pulang ke kampung halaman diminta agar mengambil gambar atau merakam sebarang kesalahan trafik dan melaporkannya kepada pihak JPJ melalui talian 088-511820 atau melalui emel aduantrafik@jpj.gov.my .

"Justeru, saya nasihatkan kepada semua pemandu yang akan pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan ini agar merancang perjalanan dengan baik dan elakkan diri daripada melakukan kesalahan trafik yang boleh mengundang kemalangan," ujar Rahim.

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


<b>Sipitang</b>|GATA <b>Sipitang</b>|Esplanade Waterfront <b>Sipitang</b>|<b>Sipitang</b> <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2011 08:43 AM PDT

PRIHATIN…Sapawi menyampaikan sumbangan pembesar suara kepada iman Samrali Tamin dan pada masa yang sama juga telah meluluskan penggantian karpet baru untuk Masjid Gadong, Beaufort.
IKLAS…Sapawi dan Kamarlin menyampaikan sumbangan beras dan zakat kepada salah seorang penerima di majlis tersebut.
SUMBANGAN…Sapawi dan Kamarlin merakamkan kenangan bersama wakil surau Kampung Beringgin, Bengkalalak, Gelila Jaya dan Padas Damit penerima sumbangan pembesar suara manakala Surau Berambai menerima sumbangan kipas.
CERIA…Sapawi bersama Kamarlin menyampaikan sumbangan kerusi kepada pengerusi Surau Kampung Indumadi/Kuala Balik Mat Kassim Amin.

BEAUFORT: Orang ramai diijemput untuk menghadiri majlis rumah terbuka Umno Bahagian Sipitang pada hari kedua sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Majlis itu diadakan di dewan serbaguna Sipitang mula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang, kata Ketua Umno Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

"Kami menjemput semua lapisan rakyat untuk hadir bagi sama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di Surau Kampung Indumadi/Kuala Balikdi sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Lumadan Kamarlin Ombi, Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin, Ketua Daerah Lumadan Junli Yusof, Ketua Umno Zon Padas Damit Matjini Kimbi, Pengerusi Masjid Indumadi Mat Kassim Amin dan Iman Masjid Jukim Sidar.

Sapawi juga memberitahu Umno Bahagian Sipitang turut mengadakan majlis yang sama untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

Katanya majlis itu bagi membuka peluang kepada rakyat di kawasan tersebut bersama-sama meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Majlis itu adalah untuk memberi peluang kpada mereka khususnya di DUN Lumadan yang tidak dapat hadir pada majlis di Sipitang," katanya.

Majlis rumah terbuka di DUN Lumadan diadakan pada 10 September ini, (Sabtu) mula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang di Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong, Beaufort.


10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


LELAKI DAN WANITA SEBAGAI <b>...</b> - Catholic Diocese of <b>Keningau</b>

Posted: 13 Aug 2011 09:00 AM PDT

Renungan Hari Minggu Biasa Ke – 20 (Tahun A)

Yes 56:1.6-7; Rom 11:13-15.29-32; Mat 15:21-28

"Wanita alangkah besar kepercayaanmu."

Kelab Isteri Taat(KIT) yang pada mulanya diperkenalkan di Amman, Jordan pada 01hb Mei tahun 2011 ini, telah dilancarkan pula di negara kita Malaysia sebulan kemudiannya. Kelab ini terbuka untuk semua penganut agama dengan tujuan agar membantu isteri-isteri memuaskan keinginan suami mereka agar tidak mencari wanita lain serta menawarkan kelas seks agar tahu cara-cara seks yang disukai oleh suami mereka masing-masing. Naib Presiden kelab isteri taat, Dr. Rohana Mohamed mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayani suami seperti 'pelacur kelas pertama.'

Pelbagai respons terhadap kelab tersebut, ada yang menyetujuinya namun lebih banyak yang tidak menyetujuinya termasuk daripada isteri-isteri kaum muslimin itu sendiri. Mufti negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang baru-baru ini telah mengharamkan tarian poco-poco, menyokong penuh kelab tersebut dan berharap agar lebih banyak lagi kelab-kelab tersebut ditubuhkan di seluruh negara. Tetapi menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Masita Ibrahim, kewujudan kelab tersebut menimbulkan tanda tanya kerana ia dibimbangi menjadi kelab yang digunakan oleh golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Marina Chin Abdullah, juru cakap Joint Action Group for Gender Equality (JAG), merasa kecewa kerana selama ini wanita Malaysia berjuang untuk kesamarataan dengan kaum lelaki, tetapi KIT pula malah mahu kembali mundur ke belakang. "Saya berharap lebih banyak lagi kaum lelaki menolak ideologi kelab isteri taat ini," kata beliau lagi.

Saya percaya banyak wanita yang sudah merasa sama dengan kaum lelaki merasa terkejut dan marah apabila kaum wanita dipandang rendah daripada kaum lelaki. Tetapi sejak dahulu kita mendengar kaum wanita dipandang rendah dan ditanam ke dalam pemikiran mereka bahawa mereka adalah kaum yang lemah, bodoh atau kaum yang perlu patuh pada kehendak yang kaum lelaki. Contohnya, ada terdapat doa Yahudi artodok yang bermaksud, "Terima kasih Tuhan kerana Engkau tidak menciptaku sebagai wanita." Di dalam agama Islam pula ada terdapat dalam Hadith yang bermaksud, "Wanita adalah seperti tulang rusuk yang bengkok…janganlah meluruskannya…nanti ia patah." Di kalangan Gereja kita pula, St. Augustine percaya bahawa wanita tidak diciptakan melalui gambaran Allah. Malah agak mengejutkan pula St. Tomas Aguinas, bapa pujanga Gereja kita yang termasyur itu menganggap wanita sebagai "Lelaki-lelaki yang tidak sempurna." Martin Luther pula pernah berkata, "Allah mencipta Adam, tuan bagi segenap makhluk tetapi Hawa telah menjahanamkannya." Dan jangan lupa juga di dalam alkitab tentang kisah Samson menjadi tidak berdaya kerana seorang wanita yang bernama Delila.

Di dalam segala ungkapan negatif tentang kaum wanita sejak dahulu, di luar mahupun dari dalam tradisi agama kita sendiri, lalu kita mulai tertanya-tanya bagaimana pula respons Yesus sendiri terhadap kaum wanita yang diwakili oleh wanita dari Kanaan dalam Injil hari ini. Wanita tersebut adalah wanita yang dipinggirkan atas dua sebab. Pertama dia adalah wanita yang berada di dunia lelaki. Kedua dia bukan Yahudi maka dianggap sebagai orang yang tidak suci.

Namun kita perlu memuji wanita tersebut kerana berani mengatasi halangan sosial tersebut dan datang kepada Yesus dengan permohonan untuk menyembuhkan anak perempuannya yang kerasukan itu. Pada mulanya Yesus menolak untuk membantunya kerana Dia menganggap misi-Nya sebelum Ia wafat adalah untuk pergi kepada anak domba yang hilang di antara orang-orang Yahudi. Maka Yesus berkata, "Tidak patut mengambil roti yang disediakan bagi anak-anak dan melemparkannya kepada anjing." Namun wanita tersebut tidak berputus asa lalu membalas alasan Yesus tersebut dengan bijak, "Benar, Tuhan, namun anjing itu makan remeh-remeh yang jatuh dari meja tuannya." Wanita tersebut mengatakan kata-kata tersebut dengan penuh hormat tanpa rasa marah apa lagi benci terhadap Yesus yang mengungkapkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan itu. Yesus begitu terharu akan sikap wanita yang sederhana dan penuh kepercayaan terhadap-Nya itu dan Dia memuji wanita tersebut, "Ibu, besar imanmu, maka jadilah kepadamu seperti yang kau kehendaki."

Sebenarnya wanita tersebut bersikap lurus dan berterus terang dalam mengutarakan permohonannya. Dalam hal ini Yesus pun cukup terbuka. Dia berkeputusan untuk menerima permohonannya sambil Dia sendiri menghargai sikap wanita tersebut. Melalui perhubungan Yesus dengan wanita Kanaan tersebut, kita diberi pengajaran bagaimana seharusnya menerima dan bekerjasama dengan wanita sebagai teman seperjuangan di dalam hidup ini. Paulus sendiri telah mengajarkan kita bahawa di dalam Yesus: "Tidak ada laki-laki atau perempuan, kerana kamu semua adalah satu di dalam Kristus Yesus" (Gal 3:28).

Pada zaman yang serba canggih ini, segala kisah-kisah negatif mengenai wanita seharusnya sudah lenyap ditelan zaman. Kita dipanggil untuk saling menghargai dan menerima satu sama lain sebagai anak-anak Allah. Khususnya kaum lelaki, lebih baik bekerjasama dengan wanita daripada menganggap mereka bodoh dan sesuai menganggotai kelab isteri taat. Kerjasama memerlukan pengambilan keputusan secara bersama tanpa pandang kaum lelaki atau wanita. Kita perlukan sentuhan wanita lebih-lebih lagi segi emosi dan kepintaran mereka yang bersifat keibuan, halus, sederhana dan penuh cinta kasih itu.

Kita tidak nafikan wanita mempunyai banyak kemahiran yang kurang dimiliki oleh kaum lelaki, terutama dalam membela kehidupan daripada menghapuskannya. Mungkin kalau pemimpin-pemimpin dunia adalah wanita, maka peperangan menggunakan senjata pemusnah akan berkurangan. Maka lelaki dan wanita dipanggil untuk berjalan bersama sebagai rakan kongsi di Millenium yang serba digital ini sebab, "Tidak ada laki-laki ataupun perempuan, kerana kamu semua adalah satu di dalam Kristus Yesus" (Gal 3:28). (JL)

Cadangan soalan untuk refleksi peribadi dan perkongsian KKD:

1. Apakah pesan Yesus pada diri anda sendiri apabila Yesus berkata: "Hai ibu, besar imanmu, maka jadilah kepadamu seperti yang kau kehendaki."

2. Yesus menganggap wanita adalah setaraf dengan lelaki. Apakah yang harus kita lakukan sebagai pengikut Kristus jika ada kumpulan-kumpulan tertentu yang memandang rendah terhadap kaum wanita?

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Klinik Bot 1Malaysia Akan Diperkenalkan <b>Di Kinabatangan</b> - CariGold <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2011 03:15 AM PDT

Forum Jump

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


sabahkini.net: PENDUDUK <b>KUNAK</b> SAMBUT AIDILFITRI <b>DI</b> AFRIKA?

Posted: 26 Aug 2011 02:20 PM PDT


Saudara Pengarang,

PENDUDUK di kampung Simpang Empat di Kunak semakin 'tertekan' kerana bekalan air bersih di kawasan itu sering terputus setiap hari sejak lebih seminggu lalu. Ada ketikanya, mereka hanya memperoleh bekalan air paip selama sejam dalam sehari (yakni pada waktu malam antara jam 7 hingga 8 malam).

Situasi itu amat merumitkan lebih-lebih lagi perayaan Aidilfitri akan disambut dua atau tiga hari lagi. Lebih menyedihkan bekalan air paip terlalu rendah (Low-pressure) di kawasan perumahan dan surau di kampung tersebut menyebabkan tangki simpanan air di rumah tidak dapat dipenuhkan.

Musim kering yang berlaku ketika ini juga menyebabkan tangki simpanan air di rumah menjadi 'kosong'.

Perkara ini sudah berulang kali diajukan kepada Jabatan terlibat dan aduan juga telah disiarkan menerusi media (cetak dan online) namun tidak ada perubahan ketara yang positif dilakukan oleh pihak-pihak terlibat termasuk Jabatan Air, dan juga konsesi pembekal air (Loji rawatan Lahad Datu Water Supply).

Menjadi merumitkan lagi, penduduk atau individu yang kebetulan tidak berada di rumah ketika bekalan air disalur antara jam 7 hingga 8 malam sehingga mereka tidak dapat menakung air bersih di rumah mereka.

Sungguh menghairankan, meskipun Loji rawatan telah siap sepenuhnya dan beroperasi dengan upaya membekal air sehingga 18 juta liter sehari (MLD), masalah ketiadaan air bersih di kampung terbabit terus berlanjutan, sama seperti dua dan tiga tahun lalu.

Mungkin agak memalukan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah apabila seorang penduduk Kampung Cenderawasih Kunak bertindak kencing di dalam botol dengan memberi amaran untuk mengirim kencing kepada Perdana Menteri jika masalah air tidak selesai.

Mungkinkah kami terpaksa menyambut Aidilfitri dalam keadaan kering kontang seperti rakyat Afrika yang bertahan di tanah gersang demi untuk meneruskan kehidupan berulamkan janji demi janji kerajaan BN untuk mengatasi isu bekalan air di Kunak?

Salam Kekontangan Air Ketika Sambutan Aidilfitri.

IBRAHIM TABIR

Setiausaha Rukun Tetangga (RT)

Kg.Simpang Empat, Kunak.

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Jalan raya ke Poliklinik <b>Penampang</b> perlu dilebarkan | my Sarawak <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2011 07:28 PM PDT

Posted on 28 August 2011.

PENAMPANG: Poliklinik Penampang memerlukan lorong pejalan kaki berbumbung dari jalan utama ke klinik berkenaan, selain mencadangkan jalan raya masuk ke klinik itu dilebarkan serta sebuah pondok istirehat.

Pegawai Kesihatan Kawasan Penampang, Dr Mohd Saffree Jaffree berkata lorong pejalan kaki berbumbung itu amat diperlukan bagi memberi keselesahan kepada para pesakit terutama ibu mengandung yang hendak pergi ke klinik berkenaan.

Selain itu, katanya, jalan raya masuk ke klinik itu juga perlu dilebarkan memandangkan keadaan jalan raya itu sekarang yang agak sempit dan menyukarkan kenderaan yang lalu lalang di situ.

"Saya dapati jalan raya yang ada sekarang seakan-akan satu helah sahaja oleh kerana itu ia perlu dilebarkan," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan hamper dan bungkusan kuih raya daripada Pegerakan Wanita Umno Bahagian Penampang, di klinik itu pada Jumaat lepas.

Hamper dan bungkusan kuih raya berkenaan disampaikan oleh Ketua Wanita Umno Bahagian Penampang, Nining Ballard.

"Saya kadang-kadang takut nak lihat kenderaan yang lalu lalang di situ sama ada kenderaan perseorangan mahupun van-van yang mengangkut penumpang.

"Lebih menakutkan lagi apabila kenderaan besar turut menggunakan jalan berkenaan, termasuk kenderaan besar menuju ke tapak perkuburan berdekatan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, sudah tiba masa pihak berwajib memikirkan untuk melebarkan jalan raya berkenaan.

Saffree berkata, poliklinik itu juga memerlukan sebuah pondok istirehat bagi kegunaan keluarga pesakit menunggu keluarga atau rakan mereka yang menerima rawatan di klinik berkenaan.

Semantara itu, Nining berkata beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada pihak berwajib.

Katanya, cadangan bagi melebarkan jalan raya itu amat bertetapan kerana sudah lama tiada perubahan sementara kenderaan yang menggunakan jalan itu bertambah pada setiap tahun.

"Kita juga akan cuba membantu mengemukakan permintaan Dr Saffree mengenai lorong pejalan kaki berbumbung serta pondok istirehat," katanya.

Mengenai sumbangan itu, Nining berkata ia merupakan aktiviti  Pergerakan Wanita Umno Penampang pada bulan Ramadan.

"Kalau tahun-tahun yang lepas kita hanya sampaikan sumbangan Ramadan di IPD Penampang dan tempat-tempat lain dan tahun ini sumbangan Ramadan turut disampaikan kepada Poliklinik Penampang.

"Dan kita akan masukkan Poliklinik ini dalam kalendar Ramadan Pergerakan Wanita Umno Penampang mulai tahun depan," katanya.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved