ads

Khamis, 24 Oktober 2013

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Gambar Pesawat MASwings Terhempas <b>Di Kudat</b> 10 Oktober 2013 <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2013 02:06 AM PDT

Gambar pesawat Maswings terhempas di Kudat pada 10 Oktober 2013. Dilaporkan dua penumpang parah apabila sebuah pesawat ringan milik MAS terhempas di Lapangan Terbang Kudat berhampiran Kampung Sin San jam 3.30 petang tadi. Pesawat itu juga dijadualkan berlepas dari Kota Kinabalu menuju ke Kudat. Menurut Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, kesemua 16 mangsa berjaya dikeluarkan daripada pesawat. Seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 2.54 petang. Dilaporkan terdapat tumpahan minyak susulan nahas itu. Punca kejadian masih dalam siasatan. Laporan awal insiden itu berlaku apabila pesawat tergelincir dan terbabas di sebuah kampung di Kudat apabila membuat pendaratan cemas.

Gambar Pesawat MASwings Terhempas Di Lapangan Terbang Kudat

Update: Dua orang disahkan meningga dunia akibat insiden tersebut. Mangsa yang maut dikenali sebagai Tan Ah Chai, 96 dan juga pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 22.

mas wingmas2

mas1

mas4mas5

mas6

mas7mas8mas9

mas11

mas12mas13mas14

pesawat terhempas1

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Gambar rompakan kedai emas <b>di Lahad Datu</b> | Lulu pages

Posted: 21 Oct 2013 05:00 PM PDT

 
Gambar rompakan kedai emas di Lahad Datu | Sekumpulan perompak bersenjata pistol melarikan barangan kemas bernilai kira-kira RM40,000 dalam rompakan di sebuah kedai emas di pekan Lahad Datu semalam. Kejadian tersebut difahamkan pertama kali berlaku di daerah itu dalam tempoh 20 tahun. Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Supritendan Bong Khuet Khuin berkata, dalam kejadian pukul 10.10 pagi itu kumpulan perompak menyerbu ke dalam kedai berkenaan semasa ketiadaan pelanggan. "Seorang daripadanya kemudian mengacukan pistol ke arah kepala pemilik kedai emas itu manakala dua lagi rakannya membuka almari kaca dan mengambil barangan kemas dianggarkan bernilai RM40,000. "Selepas itu suspek telah melepaskan satu das tembakan di dalam kedai dan satu das tembakan lagi ke udara semasa berada di luar sebelum melarikan diri menaiki sebuah kereta berwarna putih," katanya.
Kata beliau, hasil siasatan awal dan berdasarkan dua kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian, polis percaya perompak berkenaan menggunakan pistol jenis Colt.45. "Berdasarkan loghat percakapan ketiga-tiga lelaki berbadan tegap itu, mereka dipercayai orang tempatan dan dipercayai pernah datang ke kedai emas tersebut sebelum melakukan rompakan," katanya. Beliau berkata, pihak polis telah melancarkan Ops Tutup di laluan keluar utama dari Lahad Datu bagi mengesan penjenayah berkenaan. Menurut Khuet Khuin, polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan dan meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan terlibat supaya menghubungi balai polis berhampiran. -Utusan

P/S - Gambar sumber dari FB

.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Ceramah <b>Di Kota Kinabalu</b> Sabah pd 19hb Okt | Makrifat Tok Kenali

Posted: 15 Oct 2013 03:41 AM PDT

Bertempat : Dewan Sri Semporna, Hotel Tabug Haji, Putatan, Kota Kinabalu Sabah
Masa : Mula jam 9 pg sehingga 5 ptg
Hubungi : 012- 864 8461 Tuan Guru Fairul
Tajuk : Bagaimanakah caranya untuk ingat kepada Allah 24 jam tanpa henti!

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


18/10/2013: Polis Sabah merampas dadah jenis Methamphetamine <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2013 04:43 AM PDT

Polis Sabah merampas dadah jenis Methamphetamine atau syabu seberat 3.8 Kilogram yang dianggarkan bernilai 912-ribu ringgit dalam satu serbuan ke atas sebuah apartmen di Beverly Hills, Penampang, KELMARIN.
Pesuruhjaya Polis Sabah Dato' Wira Haji Hamza Taib berkata polis menahan seorang lelaki berusia 40an dalam serbuan pukul 10.20 pagi itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Ujian saringan awal lelaki itu positif dadah dan suspek di bawa ke IPD Penampang untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan ia membawa kepada hukuman mandatori gantung sampai mati.

busri FA/RG/COV

~mfja~

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


6 Cedera MASWing Terhempas <b>Di Kudat</b> | My Ritz

Posted: 10 Oct 2013 02:19 AM PDT

20131010-172016.jpg

Sebuah pesawat MASwing Twin Otter yg membawa 16 orang penumpang dari Kota Kinabalu terhempas di Kudat semasa membuat pendaratan kecemasan kira-kita jam 2.45 petang tadi.

Seorang maut dan 5 orang dipercayai cedera, dan kini pasukan penyelamat yg terdiri dari 11 anggota telah berada di tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa.

Update Terbaru : 2 Maut, 4 Parah

Kesemua mangsa dapat dikeluarkan dan dihantar ker Hospital Kudat.

P/s – Moga kesemua mangsa dalam keadaan selamat hendaknya.

Laporan awal pesawat MASwing terhempas pada jam 3.00 petang.

1. Pada 101450H Okt 13, sebuah pesawat ringan MASwing telah terhempas di lapangan terbang kudat.

2. Semasa kejadian pesawat sedang cuba mendarat tetapi gagal kerana angin kencang telah menyebabkan pesawat tersebut terbabas ke sebelah kanan landasan dan melanggar sebuah rumah di kg berhampiran.

3. Pihak lapangan terbang kudat telah menelefon kem kudat utk memohon bantuan pada jam 1500H.

4. Setakat ini hanya 3 org yg telah berjaya dikeluarkan iaitu 2 org pilot dan seorang penumpang.

5. Menurut pilot pesawat itu membawa 14 org penumpang.

6. Penumpang lain belum dikeluarkan lagi disebabkan enjin pesawat yang masih berpusing dan pihak bomba menunggu sehingga enjin tersebut kehabisan minyak utk menyelamatkan mangsa yang lain.

20131010-172032.jpg

20131010-175755.jpg

20131010-193542.jpg

20131010-193558.jpg

20131011-175948.jpg

20131011-180005.jpg

20131011-180030.jpg

Penumpang cerita pengalaman sebenar ketika pesawat Maswings <b>...</b>

Posted: 11 Oct 2013 08:11 PM PDT

"Keluar...!" jerit saya sekuat hati kepada semua penumpang setelah membuka tali pinggang seorang makcik di sebelah saya dan menarik kaki seorang kanak-kanak untuk menyelamatkannya."
Demikian situasi cemas diceritakan oleh Irwansyah Einin, 23, ketika pesawat jenis Twin Otter milik MASwings tergelincir dan terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Kudat di sini semalam.

Irwansyah merupakan seorang daripada penumpang pesawat itu memberitahu, dia berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu kecemasan di belakang tempat duduk pembantu juruterbang.

Katanya, selepas berjaya keluar, dia mengambil keputusan masuk kembali ke dalam pesawat untuk menyelamatkan juruterbang tetapi gagal.

"Saya tidak dapat mengeluarkan juruterbang kerana ruang yang sangat sempit menyebabkan tangan saya tidak dapat menjangkau atau memegang apa-apa. 
"Bau minyak enjin yang menerpa hidung dan asap kelihatan dari tempat duduk juruterbang membuat saya terpaksa keluar. 
"Saya yang berasa amat sedih sempat bercakap dalam hati, 'saya minta maaf, saya minta maaf, saya tak dapat selamatkan tuan', lalu saya keluar menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di Hospital Kudat di sini hari ini.
Menceritakan detik awal kejadian, Irwansyah berkata, penumpang dimaklumkan bahawa mereka akan mendarat namun roda pesawat tidak dapat menyentuh landasan lalu kapal terbang itu membuat cubaan mendarat kali kedua.

Katanya, ketika cubaan mendarat kedua, roda pesawat telah menyentuh landasan namun angin kuat menyebabkan pesawat tersasar ke sebelah kanan landasan.

Tambahnya, dia kemudian terasa roda pesawat telah melanggar sesuatu menyebabkan pesawat itu menegak sebelum senget ke kanan membuatkan sayap kanan melanggar pokok.

"Tidak terdengar sebarang jeritan kerana insiden berlaku dengan pantas. Cuma setelah saya menjerit agar semua keluar, barulah keadaan menjadi kelam-kabut," katanya.
Irwansyah yang merupakan kerani di sebuah syarikat swasta di Kota Kinabalu, dalam perjalanan balik ke Sandakan untuk menghadiri temuduga di Jabatan Kesihatan, Sandakan. -Utusan
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved