ads

Ahad, 11 November 2012

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Baja Foliar Mekar Super Grow: PENANAM SAYURAN <b>DI PAPAR</b>

Posted: 28 Sep 2012 07:00 AM PDT

En. Natan penanam sayur di papar
SEISI BRIEFING BAJA FOLIAR MSG


10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Gelombang Tsunami Politik Semakin Terasa <b>Di Lahad Datu</b>

Posted: 14 Oct 2012 07:40 PM PDT

Yang Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim Menjanjikan Perubahan Politik Baru

LAHAD DATU, 13hb Oktober 2012: Gelombang Tsunami politik Sabah semakin terasa apabila Yang Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Pakatan Rakyat hari ini mengunjungi pekan kecil Lahad Datu dan mengajak rakyat  khususnya di daerah ini untuk membuat perubahan agar kehidupan mereka lebih terbela. Beliau membuat gesaan demikian di dalam amanat beliau kepada ribuan hadirin yang membanjiri Majlis Rapat Mesra bersama DSAI peringkat daerah.

Beliau juga memberi jaminan bahawa apabila Pakatan Rakyat diberi mandat untuk mentadbir negeri ini, pemimpin-pemimpin Pakatan akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan agar kebajikan rakyat Sabah dibela. Ini boleh berlaku kerana kepimpinan Keadilan/Pakatan Rakyat akan diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang bersih, bertanggungjawab dan prihatin dengan masalah rakyat.
Menurut beliau lagi, pemimpin haruslah memahami kesusahan rakyat dan berusaha membantu mereka sebaik mungkin. Oleh kerana itu, beliau berjanji bahawa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, harga minyak akan diturunkan, pendidikan dari peringkat tadika ke peringkat universiti akan diberikan percuma kepada anak-anak Malaysia, cukai eksais kereta akan dikurangkan dan pelbagai lagi dasar baru kerajaan Pakatan Rakyat akan dilaksana agar rakyat dapat menikmati kemakmuran dan kekayaan negara dengan lebih adil.

Di dalam kesempatan yang sama, beberapa tokoh pemimpin tempatan menyatakan sokongan padu mereka kepada kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat Malaysia. 

Acara yang diadakan di Kampung Panji, Lahad Datu tersebut turut menyaksikan kehadiran lebih 5000 warga Lahad Datu dan kawasan sekitar yang memenuhi Perkarangan Hotel King Park, Lahad Datu. Sebahagian daripada mereka sanggup berdiri di bawah panas terik matahari semata-mata ingin mendengar ucapan DSAI. "Ini kalilah!" Azam mereka untuk membuat perubahan kepimpinan kerajaan sedia ada.
Rapat Mesra bersama DSAI peringkat daerah berkenaan merupakan sebahagian daripada Program Jelajah DSAI ke Sabah yang dijangka bakal mencetuskan gelombang tsunami politik di Negeri di Bawah Bayu ini menjelang PRU-13 nanti.

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Baja Foliar Mekar Super Grow: TANAMAN SAWIT <b>DI KINABATANGAN</b>

Posted: 01 Nov 2012 07:10 AM PDT

Kesinambungan pekebun kecil kelapa sawit Di kinabatangan selepas menggunakan baja foliar MSG selama 6 Bulan dari april 2012 sehingga Oktober 2012 dan beliau sangat berpuas hati dengan perkembangan kebun kelapa sawit beliau di sini kita lihat testimoni yang beliau hantar





kata beliau lagi untuk mendapatkan hasil yang di inginkan disiplin dan kesabaran perlu ada kerna dengan kesabaran dan disiplin insallah hasil yang di inginkan akan menjadi

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


TERKINI: Lengan Kiri Wanita HAMPIR PUTUS <b>Di</b> TETAK Peragut <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 21 Oct 2012 05:00 PM PDT

KENINGAU: Seorang wanita nyaris putus tangan kiri akibat ditetak dengan kapak apabila cuba mempertahankan beg tangan dibawanya daripada diragut penjenayah di sebuah pasar raya di sini, kelmarin.
Sebelum kejadian, mangsa berusia 30-an dikatakan mengunjungi sebuah pasar raya sebelum didatangi seorang suspek dari belakang dipercayai warga asing, kira-kira jam 6 petang. Sumber berkata, suspek menarik beg tangan itu menyebabkan mangsa terkejut dan cuba menghalang. 
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
"Mangsa yang tidak menyedari suspek membawa senjata cuba melawan selain menggenggam erat beg tangannya. Lelaki terbabit yang berang mengeluarkan kapak lalu menetak lengan wanita itu menyebabkan mangsa rebah," katanya.
Abe baca artikel ni dalam Harian Metro tadi. 

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Radsmil: KAPAL BESAR USA BERLABUH <b>DI KOTA KINABALU</b>

Posted: 01 Oct 2012 10:28 PM PDT

Buka-buka facebook kat rumah, kawan-kawan dah heboh dengan kapal tentera yang berlabuh di perlabuhan Jesselton Kota Kinabalu Sabah. Melalui maklumat yang mil dapat, kapal besar itu adalah milik negara USA dan berfungsi sebagai kapal perang pengangkut kapal terbang atau dalam bahasa om putihnya The American aircraft carrier USS John C. Stennis. Dikatakan, kapal besar ini merupakan antara 10 kapal terbesar yang negara USA miliki. Cuba korang tengok besar gilerrrrr kan? Setahu mil, kalau di Asia tenggara satu-satunya negara yang memiliki teknologi sebegini adalah Thailand. Bilalah pula Malaysia nak buat benda nie? Mesti bangga sekali.
~Fakta Menarik USS John C Stennis~
  • 5200 crew on board
  • 10% kru terdiri daripada wanita
  • berat 97000 ton, panjang 1092ft
  • tinggi : setinggi bangunan 24 tingkat
  • menyediakan 38000 hidangan setiap hari!
  • dikuasakan oleh 2 reaktor nuklear, setiap satu 550MW
  • Antara jet pejuang yang dibawa ialah FA 18 Hornet.
Dalam diam mil tertanya juga, apasal kapal besar USA nie datang berlabuh di Sabah? Cari punya cari dapatlah maklumat ini;
Kota Kinabalu 2 Okt – Sempena lawatan ke Sabah negeri di bawah bayu selama empat hari mulai 30 sep sehingga 4 okt 2012, satu majlis resepsi telah diadakan di atas Kapal Tentera Laut Amerika Syarikat iaitu USS JOHN C. STENNIS (CVN 74). Tujuan majlis resepsi ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala yang sedia ada antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan USS. Turut serta memeriahkan majlis adalah Panglima Wilayah Laut 2 (PWL 2) Laksamana Muda Dato'Pahlawan Mohammad Rosland Omar serta Datin,Ketua Staf Markas Wilayah Laut 2 (KS) Kept Mohd Yusri bin Hj Mohd Yunus TLDM serta isteri, Pegawai Kanan Armada (PKA) Kdr Hasfaediadra bin Kasim TLDM,Pegawai-pegawai Memerintah serta pegawai-pegawai yang terlibat. Acara bermula sekitar jam 2000H dan berakhir 2200H. Di samping itu juga ,tetamu dari pihak kedutaan negara asing di Malaysia turut dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Sambil menikmati hidangan yang disediakan, para tetamu yang hadir telah dihiburkan dengan tarian kebudayaan negeri di bawah bayu Sabah oleh badan kebudayaan negeri Sabah. Majlis ini dimulakan dengan upacara menandatangani nota serah terima tugas.

Rujukan 021012/01
Sumber : Perhubungan Awam Markas Wilayah Laut 2
Artikel dan Jurufoto : LK I PBK AHMAD TARMIZI BIN ZAINOL

Apapun, kalau ada peluang untuk melawat kapal besar ini pastinya ia adalah sebuah pengalaman yang menarik bagi mil. Think it Use it, Jangan simpan.

promosi : kelas tahfiz hujung minggu <b>di kota kinabalu</b> mulai disember

Posted: 02 Nov 2012 06:17 AM PDT

Abu Nuha Corner mengalu-alukan para pembaca :

1) Menghantar sebarang maklumat program atau aktiviti dakwah dan bukan berasaskan komersil khususnya sekitar Kota Kinabalu @ Pantai Barat Selatan dan Sabah amnya untuk dihebahkan di blog ini. Bahan yang bersesuaian, lengkap (seperti foto, banner dll) serta tepat akan dipaparkan di blog ini dalam tempoh tertentu.

2) Menghantar undangan untuk Abu Nuha atau rakan-rakan pendakwah sama ada JHEAINS atau Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) Sabah mengisi program dakwah di kawasan berdekatan dan bersesuaian sama ada di masjid, surau, jabatan kerajaan dan swasta dan sebagainya.

3) Menghantar undangan untuk Abu Nuha Corner membuat liputan sebarang aktiviti dakwah di lokasi yang berdekatan. Berikan maklumat lebih awal dan terperinci untuk memudahkan lokasi dikunjungi. Aktiviti yang bersesuaian akan dikongsikan untuk tatapan pembaca di blog ini.

4) Menghantar berita, laporan atau catatan aktiviti dakwah sekitar Sabah untuk dipaparkan di blog ini tanpa Abu Nuha Corner berkunjung ke lokasi berkenaan. Catatan yang menarik, lengkap dengan foto dan menepati citarasa Abu Nuha Corner akan dikongsikan bersama.

Contoh program @ aktiviti dakwah adalah seperti kelas pengajian agama, ceramah, kuliah, forum, kursus-kursus, seminar, majlis qurban, aqiqah, khatam al-Quran, pertemuan, ziarah hospital, muallaf atau ulama dan seumpamanya. Sama ada ia dianjurkan oleh masjid, surau, kampung, jabatan kerajaan, swasta, NGO, parti atau individu persendirian.

Hantar maklumat program berkenaan ke mesej Facebook Abu Nuha atau emel ke ma_alhafiz@yahoo.com. Sertakan nama pemberi maklumat atau urusetia dan nombor telefon untuk rujukan dan pertanyaan lanjut. Maklumkan juga sasaran audien (sama ada terbuka, tertutup atau ada umur tertentu). Maklumat yang lengkap dan paling penting MENEPATI CITARASA Abu Nuha Corner akan disiarkan. Mari kita bersama-sama menyebarkan maklumat dan aktiviti dakwah demi perkembangan Islam. Terima kasih.

Hilang Beg Pakaian <b>di Kota Kinabalu</b> Airport @Airasia

Posted: 31 Oct 2012 04:01 AM PDT

Update: Pukul 11.00 malam tadi, Airasia Kota Kinabalu call dan cakap based on response from Airasia KL and Kuching, beg saya tu tersalah hantar ke Kuching Airport. Tak apalah, janji benda alah tu tak hilang, pasal tindakan lanjut kita fikirkan kemudian. Anyway tadi pun dah beli seluar, baju, tie dan pakaian lain untuk sementara waktu. Nanti sebelum nak balik KL esok, bolehlah pi ambil beg tu kat Kota Kinabalu Airport.

Previous Entry
Tadi baru sahaja sampai di Kota Kinabalu Airport menaiki flight Airasia from LCCT. Sungguh tak dijangka tunggu punya tunggu beg pakaian yang di check-in dalam kapal terbang tak sampai.

First time jadi macam ni. Alamak, esok ada urusan kerja kena lakukan. Semua pakaian dalam beg tu tapi nasib baik material dan thumb drive ada dalam beg yang satu lagi yang saya bawa naik dalam flight. Dah buat report kepada Airasia kat airport di Kota Kinabalu. Diaorang dah hantar e-mail ke KL untuk inform dan tindakan lanjut.

Nampaknya kejap lagi kena pi cari pakaian untuk urusan kerja esok. Anggaplah ini adalah cabaran hidup.

Ada juga baca kes macam ni, kat Sabah juga, last-last Airasia offer RM45 untuk satu kilo.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved