by Clarice Usopclater_2812@yahoo.com. Posted on March 19, 2013, Tuesday
Abdul Hadi (tengah) bersama para jurulatih PLKN di kem PLKN KK Di Bawah Bayu Tuaran.
TAMPALURI: Dua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negeri ini, iaitu di Kem PLKN San Shui, Tawau dan Kem PLKN Bagai Budi, Sandakan ditutup buat sementara waktu bagi kemasukan pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 10/2013 yang akan diadakan mulai 30 Mac ini.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato' Abdul Hadi Awang Kechil berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyampaikan ucapan dalam satu perjumpaan dan dialog bersama seramai 160 jurulatih PLKN Zon Barat di kem PLKN KK Di Bawah Bayu Tuaran.
"Keputusan ini telah dimaklumkan kepada pengusaha kem yang terlibat, dan mereka faham keputusan yang diambil oleh jabatan adalah demi kepentingan para pelatih PLKN dan keluarga mereka," katanya.
Seramai 142 orang pelatih dari Semenanjung yang telah ditempatkan di kedua-dua kem berkenaan ditukar ke lima buah kem di Selangor dan Melaka.
"Seramai 846 pelatih dari kawasan keselamatan khas yang akan ditempatkan di kedua-dua kem berkenaan pula ditangguhkan latihan mereka ke Kumpulan 3 Siri 10/2013.
"Manakala, seramai 516 pelatih yang ditempatkan di kem-kem di Semenanjung perlu meneruskan latihan mereka mengikut jadual," katanya.
Menurut Abdul Hadi, keputusan itu dilakukan atas beberapa faktor, seperti latihan untuk para pelatih perlu diadakan dalam keadaan berkesan tanpa memikirkan masalah lain.
"PLKN merupakan program yang melibatkan masyarakat setempat terutama Modul Khidmat Komuniti, yang mana para pelatih boleh mengadakan aktiviti bersama masyarakat," katanya.
Katanya, ibu bapa dapat menghantar pelatih mengikut latihan tanpa sebarang kerisauan akibat daripada insiden di Lahad Datu.
Selain itu, JLKN mempunyai pilihan sama ada menempatkan para pelatih ke kem-kem lain atau menangguhkan latihan kepada Kumpulan 3 Siri 10/2013 pada 12 Ogos tahun ini.
"Sebaik kejadian di Lahad Datu, kita telah mengambil tindakan drastik. Pada peringkat awal, tentera telah ditempatkan di kem yang terlibat.
"Para pelatih kumpulan pertama telah mendapat pengetahuan dan pengalaman yang cukup besar, mereka telah diberikan taklimat mengenai situasi di Lahad Datu," katanya.
Beliau berkata, para pelatih dipilih secara rawak melalui sistem komputer yang mana senarai nama telah diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Daripada jumlah yang dipilih, 60 peratus adalah bumiputera, 28 peratus Cina, 10 peratus India dan dua peratus lagi kaum lain.
Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata latihan yang sepatutnya bermula pada 16 April depan itu diawalkan kepada 30 Mac ini agar para pelatih diberikan pelepasan awal bagi memasuki IPTA dan matrikulasi.
Menurutnya, langkah berkenaan adalah satu inovasi yang cuba diketengahkan oleh JLKN bagi menyelesaikan penangguhan latihan oleh para pelatih yang terpilih.
To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.
Pergerakan Pemuda Umnobahagian Tenom pada jumaatmembuat laporan polis terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua kerana kenyataannya yang menuduh insiden di Lahad Datu dirancang UMNO.
Laporan tersebut dibuat di ibu pejabat Polis Daerah Tenom yang diketuai oleh Ketuanya Jamawi Jaafar dan disertai oleh sebahagian dari Ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom.
Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, laporan itu dibuat meminta polis melakukan siasatan Tian Chua kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah yang telah menimbulkan kemarahan rakyatkhususnya di negeriini.
Katanya, kenyataan yang dikeluarkan pemimpin parti pembangkang itu telah secara langsung mencetuskan kegusaran di kalangan rakyat selain dianggap menjejaskan kestabilan negara.
"Kenyataan yang dikeluarkan Tian Chua di dalam keadilandaily.com adalah merupakan fitnah dan jika Tian Chua menyalah Keadilandaily.com siastan juga perlu dibuat keatas protal tersebut" katanya
"Kitaminta dia (Tian Chua) mohon maafsecara terbuka dan tarik balik kenyataan melampau itu yang jelas menunjukkan kedangkalannya dalam menilai sesuatu isu,"tambah Jamawi
Tambah Jamawi.Tian Chua sebagai seorang pemimpin seharusnya tahu menjaga sensitiviti terutamanya keluarga mangsayang terkorban yang masih diselebungi kesedihan kerana kehilangan anggota keluarga mereka ..
Jamawiberkata, pegawai dan anggotapolis yang terkorban ketika menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara itu bukanlah sesuatu yang wajar untuk dipolitikkan dan dipermainkansewajarnyapengorbanan tersebut perlu dihargai oleh rakyat termasuk pemimpin pembangkang
" Pasukan keselamatan menggalas amanah yang cukup beratbagi memastikan keselamatain negara terjamin dan sangat tidak bertanggungjawab apabila perjuangan mereka ini dipolitikkan " katanya
Sambil mengucapkan takziah kepada anggota keluarga yang terlibat Jamawi berharap rakyat di negeri ini bertenang serta memberikan keyakinan serta sokongan bagi kerajaan dan pihak pasukan keselamatan untuk menangani isu ini dapat diselasaikan segara, malahan menurut Jamawi kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak turun padang bagi meninjau tempat kejadian merupakan kesungguhan serta komitmen beliau sebagai pemimpin yang peka dan prihatinan dengan isu isu keselamatan dan keamanan negara
TUARAN – Dua lelaki dilapor mati lemas ketika mandi di sungai berdekatan Kampung Nawai, Kiulu, kira-kira 40 kilometer dari sini, hari ini.
Mayat Safardi Taumin, 21, dan Ahmad Aimurrahim Paidi, 19, dijumpai penduduk kampung kira-kira jam 10.25 pagi tadi.
Difahamkan kedua-duanya dari Kampung Kebayau, Telipok mandi di sungai itu kira-kira jam 9 pagi.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata bomba sukarela dan polis turut dihantar ke tempat kejadian. – BERNAMA
Iklan Teks:
Artikel Berkaitan:
PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
This entry was posted on January 3, 2013 at 12:08 am and is filed under Malaysia news with tags Anwar Ibrahim. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Lahad Datu: Polis menutup pintu rundingan dengan kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo di sini, dan bersedia mengambil tindakan menggunakan kekuatan pasukannya bagi menamatkan pencerobohan itu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Hamza Taib, berkata penceroboh tidak mempunyai pilihan kecuali keluar dari lokasi persembunyian untuk dihantar pulang ke negara asal mereka.
Tegasnya, pasukan keselamatan akan mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat daripada diganggu kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu.
kah kah kah.... SANDIWARA DI TERUSKAN LAGI.... kah kah kah..
kah kah akh... BILA HERO NAK MUNCUL.... kah kah kah..
kah kah kah... SAPA NAK JADI GARY COOPER?... kah kagh kah..
kah kah kah... FLORA ONG JADI GRACE KELLY ATAU ZIABNA ZAIN JADI GRACE KELLY?.... kah kah kah
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAINPETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan agar lebih tegas dalam isu pencerobohan kumpulan yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu yang menetap di Kampung Tanduo, Lahad Datu sejak dua minggu lalu.
Pelbagai pihak di negeri ini terus prihatin dengan nasib perwira-perwira negara yang terlibat dalam mengawal pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Di Keningau, Majlis Daerah Keningau (MDK) melancarkan kutipan Tabung Pewira Lahad Datu di lobi bangunan berkenaan.
Pelancaran kutipan tabung Pewira Lahad Datu itu dilancarkan oleh Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Keningau Mohd Rafik Haji Jubar.
Bercakap kepada media selepas melancarkan tabung itu Rafik berkata, tabung itu dilancarkan diperingkat MDK atas kesedaran dikalangan pegawai dan staf MDK di sini untuk sama-sama membantu pewira-pewira yang terlibat dalam mengawal insiden percerobohan pengganas di Lahad Datu.
Rafik berkata, semangat setiakawan dan semangat kenegaraan juga dikalangan pegawai dan staf MDK di sini mendorong kepada pelancaran tabung Pewira Lahad Datu.
Tambahnya, sekurang-kurangnya sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban keluarga pewira-pewira yang terkorban dan cedera.
Beliau berkata, sumbangan yang terkumpul dari pegawai dan staf serta rakan-rakan yang ada kaitan dengan MDK akan diserahkan pada 30 Mac ini dalam satu majlis pelancaran tabung Pewira Lahad Datu yang dijangka akan dilancarkan oleh salah seorang pemimpin tempatan di daerah itu.
Kemasukan 400 ahli Umno Cawangan Batu Putih dalam parlimen Kinabatangan yang diketuai Ariffin Ganing ini merupakan jalan perintis dan laluan kepada parti Pakatan Rakyat mara ke hadapan khususnya bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baru selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.
Ada beberapa sebab kenapa mereka meninggalkan Umno, kemudian menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kerana mereka sudah jelak dan bosan dengan pembohongan para pemimpin Umno yang cakap tidak serupa bikin.
Banyak janji-janji yang tidak ditepati, kalaupun ada, pembangunan dan kemudahan-kemudahan asas disalurkan hanya untuk kaum kerabat dan kroni ADUN berkenaan sahaja yang mendapat keistimewaan.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata demikian semasa diwawancara oleh Sabahkini.Net sejurus selepas merasmikan program Reformasi Kebangkitan Rakyat Kinabatangan anjuran KEADILAN Zon Sukau, kelmarin.
Katanya, rakyat Kinabatangan mulai sedar bahawa ADUN Sukau gagal membela nasib rakyat yang terus tertindas di mana tanah-tanah mereka dirampas dan direstui Kerajaan Negeri Sabah.
Sebagai bukti kata Azmin, kes tanah Sungei Koyak A Fasa I, II dan III di kawasan Kinabatangan telah menghadapi masalah yang membabitkan 400 pemilik telah menjadi mangsa penipuan oleh orang yang rakus merampas tanah-tanah mereka kemudian dijual kepada syarikat-syarikat yang ada kepentingan dengan para pemimpin Umno.
Katanya lagi, kegagalan ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Kinabatangan iaitu Bung Moktar Radin membantu menyelesaikan tanah seluas lebih 3,000 ekar yang kini menjadi milik Kwantas Plantation telah mencetuskan kemarahan dan kebencian di kalangan pemilik-pemilik tanah tersebut terhadap kerajaan Umno dan BN sedangkan mereka adalah pengundi tegar dan penyokong kuat rejim itu.
"Kita bersyukur kerana kini mereka telah mengalihkan sokongan mereka dan kini mendapat 400 undi bonus pada pilihanraya umum akan datang," ujar Azman sambil senyuman puas.
Kaa Azmin lagi, mereka kini bosan dan kecewa kerana Kerajaan BN lebih mengutamakan warga asing yang mendapat kerakyatan songsang daripada anak jati Sabah.
"Ada 4 isu yang saya akan jelaskan di sini yang sedang menghantui Najib Altantuya. Pertama Najib Altantuya takut dengan RM (Rosmah Mansor); kedua takut dengan hantu Altantunya; ketiga takut dengan RCI (Suruhanjaya Diraja Siasat Pendatang Asing Tanpa Izin) dan yang keempat takut dengan pilihanraya," ujar Azmin sambil berseloroh.
Kata Azmin lagi, 70 peratus wakil rakyat Umno walaupun tidak berjawatan menteri dan hanya bergelar ADUN tetapi memiliki harta 'karun' berjuta-juta ringgit, 3-4 buah kereta mewah; rumah bunglow, beristeri lebih daripada dua; tidak termasuk gundik dan perempuan simpanan yang hidup dalam penuh kemewahan.
"Bagi menutup segala kepincangan mereka, kerana hendak menambat kembali hati rakyat yang terluka, Kerajaan Umno dan BN terpaksa berhutang berbilion ringgit untuk membiayai banyak projek kacang putih, tetapi rakyat kini tidak lagi secuai dulu," ujarnya yang meyakini bahawa rakyat hanya mengambil segala bantuan diberikan tetapi tetap memilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan selepas PRU-13.