ads

Sabtu, 30 Julai 2011

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


MONAT©: # BIG APPLE kini <b>di TAWAU</b> ! :)

Posted: 25 Jul 2011 08:28 AM PDT

Disini ada berita baik untuk penggemar BIG APPLE yang berada di Tawau. Apa berita baik nya ? Alah , pura-pura tak tahu lagi , BIG APPLE DONUT & COFFEE (BADC) akan membuka cawangan mereka yang pertama di Tawau tidak lama lagi. YEAYYYY!!!! Bila tu? Bila tu? Sebelum nak bagitahu bila , kalau ikutkan sumber dari laman Facebook rasmi BADC , ini merupakan store BADC yang pertama yang dibina bukan di dalam shopping mall / gedung beli belah , tetapi sebuat LOT KEDAI. Wah , canggih!.  Bagi korang yang meminati BIG APPLE , tak perlu lagi tunggu sedara-mara , rakan taulan , ahli keluarga balik dari bercuti / jalan jauh untuk pesan BIG APPLE , sebab sekarang Tawau pun akan ada BIG APPLE yaww!! , Lokasi dan bila mula operasi ? Baca sampai habis.




 Mengikut laman rasmi BADC di Facebook , (klik sini) , ushar gambar dekat atas tu , pihak BADC menyatakan :

"Good news for Tawau fans! BADC Tawau is opening earlier than expected - on 29th July 2011 @ Lot 6, Ground Floor, Jalan Haji Karim (Next to King Park Hotel). This will be our first outlet to open outside a shopping mall - in a shop lot! Here we come Tawau!!!"

Makin maju nampaknya daerah Tawauku yang maju jaya ini , selepas pembukaan Old Town , datang pula Secret Resepi  dan kali ini BIG APPLE , peduli apa orang nak kata , orang Tawau ni kebarusan ka apa , suka hati , kami warga Tawau gembira , nak tunggu McDonald pulak buka dekat Tawau ni , jadi pada orang-orang kaya dekat Tawau ni , join venture la bukak restoran McDonald dekat sini. hehehehe...

WELCOME BIG APPLE !

ushar laman web Big Apple dekat sini : http://www.bigappledonuts.com

#UPDATED - Disebabkan aku terlalu eksited nak tengok sangat tempat BADC dekat Tawau ni , memandang petang semalam aku berjalan-jalan dekat Bandar Tawau tu dengan kawan-kawan , pusing lah area-area dimana BADC ni dikatakan dibuka , aku sempat snap gambar pulak yah! :) hahahaa.. tengok lah dekat bawah tu.


29hb ni dah mula operasi kan ? Ahah , waktu gambar ni , diorang masih susun barang dekat dalam tu lagi , jadi aku secara tak langsung eksited nak jadi orang pertama yang order dekat situ! hahaah! NAK PASANG KHEMAH LA DEPAN BADC NI HOI! haahaha. Ada satu lagi berita baik untuk korang , ni ha ,BADC dah umumkan akan berikan pemberian istimewa buat 100 pembeli pertama , apa dia tu ? sila alert dengan surat khabar Morning Post pada 29hb dan 30hb , cari keratan kupon di bawah ni , free donut tau!!! :

Hmmm : ok , jadi sila simpan duit anda untuk belanja Monat ya , belanja terus 6 pieces! Big Apple DURIAN! heheheh!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


SIAPA LINDUNGI &#39;KING PIN&#39; KUARI HARAM <b>DI LAHAD DATU</b>?

Posted: 24 Apr 2010 12:12 AM PDT

Share

HARAM.... Kuari haram di kaki Gunung Silam ini boleh dilihat daripada lebuh raya Kunak-Lahad Datu namun pihak berkuasa membutakan mata mereka.

Oleh: ZAZARIZA ZAZIZUL

SUDAH lebih 30 tahun kuari ini beroperasi secara haram, namun tidak ada pihak mempedulikan nasib dan nyawa penduduk kampung Silam yang terdedah kepada debu beracun ledakan kuari berkenaan; hatta Mantan Ketua Polis Daerah Lahad Datu tinggal tidak jauh daripada kuari haram berkenaan.

Sehubungan itu, Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) mengutuk tindakan Kerajaan Barisan Nasional Sabah kerana menghina wawasan kesemua Perdana Menteri Malaysia termasuk kerajaan '1Malaysia' Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mahukan 'rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan'.

Ketua Penerangan AMK Sabah, Zainuddin Hassan ketika melakukan pemeriksaan mengejut ke kuari haram berkenaan yang terletak di atas tanah CL 115384015, CL 115414661, CL 115379247 dan CL 115379238 di kaki Gunung Silam, Lahad Datu setelah menerima aduan rasmi daripada penduduk kampung Silam Lamak, Kampung Bumiputera Silam dan sebagainya berikutan kejayaan AMK Sabah membongkar kes kuari haram di Keningau, Sabah baru-baru ini.

"Kita tidak tahu di mana silapnya kerana Jabatan Perlindungan Alam Sekitar tidak pernah meluluskan semua permohonan EIA yang dikemukakan oleh Fordeco Construction Sdn.Bhd; namun mereka boleh beroperasi secara haram sejak lebih 30 tahun lalu," tegas Zainuddin yang takjub dengan sikap taksub pemimpin Barisan Nasional Silam untuk membuka mulut menegur perbuatan jenayah oleh 'Penjenayah' Alam Sekitar seperti pemilik kuari haram ini.

 

 

KAWAL..... Jalan masuk ke kuari haram ini dikawal ketat dan berpalang sedangkan ianya jalan awam yang dibina di kawasan simpanan jalan Tanah Bumiputera Silam.

 

Kata Zainuddin, jika di Semenanjung, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memburu pemimpin Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah seperti memburu babi hutan dan menjatuhi 'hukuman' sebelum dihadapkan ke mahkamah; namun SPRM di Sabah seperti 'makan sepiring dan minum secawan' dengan penjenayah alam sekitar yang dilindungi Adun dan Ahli Parlimen.

Zainuddin menyifatkan SPRM di Tawau dan Pengarah SPRM Sabah sebagai 'bacul' kerana hanya berani bertindak terhadap 'ikan kecil' namun gentar kepada 'jerung' yang menjadi penjenayah alam sekitar dan didalangi konglomerat perladangan yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

"Bukankah sudah jelas, ada laporan polis dibuat; laporan rasmi telah difailkan terhadap SPRM, berita telah disiarkan media dan rungutan rakyat telah disampaikan secara rasmi; namun kenapa sehingga ke hari ini mereka bebas melakukan jenayah dengan meletupkan batu granit pada waktu malam dan memunggah batu secara haram melalui hutan simpan dan tanah adat bumiputera?," tanya Zainuddin dalam nada kesal kerana Mantan Ketua Polis Daerah, Superintendan (B) Haji Idris Jikon dan Ketua Polis Daerah kini tidak mengambil tindakan sekalipun kuari haram berkenaan menggunakan bahan letupan tanpa lesen.

Sehubungan itu, Zainuddin menggesa agar sebuah Task Force ditubuhkan untuk memantau semua kuari haram bukan sahaja di Lahad Datu, malah di seluruh Sabah akibat berleluasanya rasuah di kalangan penguatkuasa termasuk Penolong Pemungut Hasil Tanah, Polis, Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dan sebagainya kerana setiap daerah mempunyai kes kuari haram.

Tegas Zainuddin, sebelum satu kuari boleh beroperasi, satu penilaian impak alam sekitar harus dijalankan demi mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, (Akta 127) dan Perundangan di bawahnya (Perubahan 2000) Seksyen 34A dan di bawah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Impak Alam Sekitar) Orde 1987, Jadual 14, namun kuari haram ini gagal mendapat kelulusan daripada JPAS.

"Apakah wajar jika saya mencadangkan agar pejabat SPRM di Tawau ditutup kerana mereka membutakan mata terhadap kegiatan kuari haram yang semakin berleluasa di Lahad Datu sehingga menjadi salah satu punca pencemaran udara dan alam sekeliling," ujar Zainuddin yang turut mendesak Unit Khas SPRM Putrajaya dihantar untuk memberhentikan kegiatan kuari haram ini.

Sehubungan itu, Zainuddin turut mendesak agar SPRM menyiasat Ahli Parlimen Silam, Adun Lahad Datu, Pegawai Daerah Lahad Datu, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Audit Negara, Polis Di Raja Malaysia dan Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu yang gagal mengambil tindakan terhadap pengusaha kuari haram ini.

Mengikut siasatan Sabahkini.net, Silam Quarry yang dimiliki sepenuhnya oleh Fordeco Construction Sdn.Bhd dan merupakan anak syarikat Kwantas Corporation Berhad iaitu konglomerat perladangan yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur yang dimiliki 'Bumiputera' melalui perolehan Sijil Anak Negeri Palsu daripada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu (Bandaraya).

Siasatan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati Fordeco Construction Sdn.Bhd dimiliki oleh Kwan Bersaudara iaitu, Kwan Min Nyet (12,500 unit saham), Kwan Ngen Wah (1,512,500 unit saham), Kwan Jin Nget (12,500 unit saham) dan Kwan Ngen Chung (1,512,500 unit saham) yang mempunyai modal berbayar RM3.050 juta daripada modal dibenarkan sebanyak RM5 juta yang mencatatkan keuntungan bersih RM30 juta setiap tahun daripada operasi kuari.

Kedua-dua pemegang saham, Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung turut menjadi pengarah Fordeco Construction Sdn.Bhd dan lebih 40 syarikat gabungan Kwantas Corporation Berhad.

Mengikut rekod Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS), permohonan Silam Quarry di Bukit Silam oleh Fordeco Construction Sdn.Bhd dihantar pada 10 Oktober 2005 namun pada 26 September 2006 JPAS Tidak Meluluskan permohonan yang dikemukakan melalui Sinoh Environmental Sdn.Bhd

 

 

 

 

CABUTAN.... Cabutan berikut diambil daripada Laman Web JPAS yang menunjukkan permohonan kuari berkenaan tidak dililuskan JPAS.

 

Pada 4 April 2008 sekali lagi Sinoh Environmental Sdn.Bhd mengemukakan permohonan bertajuk The Existing Quarrying at CL 115384015, CL 115414661, CL 115379247 dan CL 115379238 Gunung Silam Lahad Datu, namun sekali lagi permohonan Fordeco Construction Sdn.Bhd ditolak pada 16 Jun 2008.

Fordeco Construction Sdn.Bhd mengemukakan sekali lagi permohonan iaitu pada 30 Oktober 2009 melalui GM Consult setelah semua permohonan yang dibuat melalui Sinoh Environmental Sdn.Bhd ditolak; namun mengekalkan tajuk permohonan yang sama iaitu The Existing Quarrying Operation at CL 115384015, CL 115414661, CL 115379247 dan CL 115379238 Gunung Silam Lahad Datu, tetapi sehingga berita ini ditulis belum mendapat sebarang jawapan daripada Jabatan Perlindungan Alam Sekitar.

Dalam pada itu sumber SPRM mendakwa bahawa mereka telah berjaya memberkas seramai 38 orang di seluruh negara berhubung sindiket kuari haram; namun tidak seorangpun melibatkan negeri Sabah; sekalipun terdapat sembilan laporan rasmi dibuat kepada SPRM.

Walaupun SPRM mengatakan mereka amat komited dalam membanteras sindiket ini daripada terus berleluasa kerana ia memberi kesan kepada aspek ekonomi dan alam sekitar, namun tindakan punitif tidak melibatkan Sabah.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Perumahan Terbengkalai: Projek SPNB Taman Saujana Kinabalu <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2011 04:47 PM PDT

Aduan Rakyat Online
July 11th, 2011

Saya ingin membuat aduan tentang projek perumahan di Taman Saujana Kinabalu Ranau yang telah lama terbengkalai. Setahu saya, projek ini dimajukan oleh SPNB iaitu Syarikat perumahan negara malaysia.

Projek perumahan ini telah lama dimulakan iaitu sejak 2007 lagi dan dijangka siap pada 2009 (kalau tidak silap saya, sebab ada sesetengah orang berpendapat yang ianya dijangka siap pada 2008) Apa-apa pun, jangkaan tahun yang sepatutnya projek ini disiapkan telah berlalu 2-3 tahun lepas.

Sekarang ini, projek perumahan ini masih lagi belum siap, malah terbengkalai begitu sahaja. Ini belum lagi termasuk tempat-tempat lain yang telah lama terbengakalai di sabah. Projek perumahan di Taman Saujana Kinabalu ranau belum siap tapi SPNB sudah sibuk membuat projek perumahan baru.

Sepatutnya SPNB utamakan dulu projek perumahan yang belum siap, kemudian barulah beralih ke projek perumahan baru yang seterusnya. Kalau beginilah SPNB menunjukkan ketidaktanggungjawab dalam hal ini, lama kelamaan akan timbul ketidakpercayaan terhadap SPNB.

Tolong ADUAN RAKYAT dedahkan tentang projek perumahan di Taman Saujana Kinabalu Ranau yang telah lama terbengkalai.

By: Eij
http://www.aduanrakyat.com.my/projek-spnb-taman-saujana-kinabalu-terbengkalai-di-ranau-sabah

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Bercuti <b>Di Kota Kinabalu</b> [Gambar] | KaiZeN SHiNoBi

Posted: 26 Jul 2011 01:40 AM PDT

Assallamualaikum dan salam sejahtera semua~Link
Ahaaaakksss...~~~~ suka-suka~ uhoh! Well~ seperti yang korang sedia maklum~ aku mengambil keputusan untuk teman member aku Mus, dari terengganu yang berusaha dan gamble untuk pergi menawan puncak gunung kedua tertinggi di dunia dan yang tertinggi di Asia Tenggara as same as tertinggi di Malaysia.

Banyak dugaan yang aku terima korang bolehlah baca di entry INI dan entry ITU. Well, semua telah kutinggalkan di sana~ sekarang hanya menunggu masa yang menentukan kesembuhan hati ini yang senantiasa luka dan lara dek kecewa kerana cinta fitrah sesama manusia~ Aku ingin mencari ketenangan dari cinta hakiki ku~ amin~

So~ here it goes~ gambar2 yang sempoi semasa bercuti! uhoh!





















So? amacam? best? hahaha

Best kan? lalalalala~

p/s: bercuti2 macam nih~ boleh membuatkan aku tenang sentiasa~ alhamdulillah~

Dojo Klasik
Kaizen Shinobi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


sabahkini.net: POS <b>KUNAK</b> CUTI DUA MINGGU?

Posted: 26 Jul 2011 08:07 PM PDT


TUTUP.... Harap maklum: Urusniaga Tidak dapat dijalankan kerana bekalan elektrik terputus. Harap Maaf.

Oleh : MUTALIB M.D

KEROSAKAN elektrik di tingkat bawah Pejabat Pos Kunak menyebabkan penduduk Kunak terpaksa ke Semporna, Lahad Datu atau Tawau untuk berurusan kerana dimaklumkan Pejabat Pos Kunak tidak dapat beroperasi seperti biasa sekalipun tingkat atas bangunan masih mempunyai bekalan elektrik.

Krew Sabahkini.net yang dalam rangka lawatan ke Sabah telah singgah di Pekan Kunak setelah menerima aduan daripada penduduk tempatan yang kesal kerana tidak dapat menggunakan perkhidmatan pos di atas talian kerana masalah bekalan elektrik.

Pengadu yang juga Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi, berkata beliau dimaklumkan oleh para pengguna bahawa Pejabat Pos Kunak tidak dapat beroperasi selama dua minggu ekoran masalah bekalan elektrik turut membuat lawatan ke Pejabat Pos berkenaan.

"Kita kesal kerana Adun Kunak dan Ahli Parlimen Silam tidak mempedulikan aduan rakyat berhubung isu ini sedangkan perkara ini begitu mudah diselesaikan jika semua pihak memberikan kerjasama," ujar Citra yang meminta SESB atau kontraktor yang dilantik Pos Malaysia menyegerakan pembaikan atau memindahkan Pejabat Pos ke Pejabat Daerah buat sementara waktu.

Adalah tidak mungkin, kata Citra, bagi pelanggan Pejabat Pos ke Lahad Datu, Semporna atau Tawau semata-mata untuk membeli wang pos atau membuat kiriman pos laju kerana semua operasi pos di Kunak tergendala.

Kata Citra, beliau kesal kerana Pengurus Pos Kunak tidak mengambil iniasiatif untuk mendapatkan bekalan elektrik daripada tingkat atas atau menggunakan janakuasa bagi memastikan urusan pos tidak terganggu.

INIASIATIF.....Pos Malaysia tidak mengambil inisiatif mendapatkan bekalan elektrik daripada tingkat atas bangunan.

KECEWA....Pelanggan ini kecewa kerana tidak dapat berurusan di Pejabat Pos Kunak.

Dalam pada itu, Ibu Pejabat Pos Sabah, ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya baru mendapat maklumat berhubung isu berkenaan dan sedang menguruskan perlantikan kontraktor untuk mengesan punca dan membuat pendawaian semula jika perlu.

Jurucakap Pos Malaysia menyatakan rasa kesal di atas kejadian yang berlaku dan meminta maaf daripada pengguna dan berjanji akan menyegerakan pembaikan agar urusan pos tidak tergendala begitu lama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


IJTIMA&#39; HARAKI PERTAMA WADAH DAN ABIM <b>NEGERI SABAH</b> « Wadah <b>...</b>

Posted: 06 Jul 2011 05:37 PM PDT

Datuk Sri Nasir Tun Sakaran merasmikan Seminar tersebut dengan memukul gong dan diperhatikan oleh Tn Hj Sainuri bin Hj Yahmin Pengerusi WADAH Negeri Sabah dan Dr.Abdullah Bede YDP ABIM Negeri Sabah.

SEMINAR DAKWAH : ISLAM SEBAGAI AGAMA RISALAH | FORUM: ISLAM AGAMA RISALAH DALAM KONTEKS BORNEO SEMPENA IJTIMA' HARAKI PERTAMA WADAH DAN ABIM NEGERI SABAH

Oleh: Sainuri Bin Yahmin

Islam telah disebarkan oleh pedagang daripada Negara Arab, India dan China sejak abad ke 10 masehi. Islam telah wujud si pesisir pantai Laut China Selatan 977M mengikut rekod sejarah Dinasti Sung (960-1279M), ini disebabkan Negara bernama Pu-Ni pernah menghantar rombongan ke negeri China semasa pemerintahan dinasti Sung yang di ketuai oleh seorang yang bernama Pu Ali (Abu Ali). (Wacana Sejarah: Kedatangan Islam di Borneo-Arkib Negeri Sabah :2010).

Kewujudan Islam di Borneo ditandai melalui pemerintahan Sultan Muhammad Shah pada tahun 1368M di Brunei. Asalnya beliau adalah seorang Raja Borneo yang bernama Awang Alak Betatar. (Wacana Sejarah: Kedatangan Islam di Borneo-Arkib Negeri Sabah :2010).

Mengikut Cesar Adib Majul, Negara Filipina menerima Islam daripada pedagang Islam yang melalui kepulauan Filipina dalam perjalanan berniaga ke Negara China. Pendakwah daripada Borneo jugak memainkan peranan menyampaikan Islam ke Filipina. Mereka digelar Makhdumin. (Cesar Adib Majul : 1973)

Penyampaian ajaran Islam ke Sabah berlegar di sekitar persisiran pantai dan kuala-kuala sungai sahaja. Ini adalah disebabkan struktur muka bumi yang bergunung ganang susah untuk dikunjungi. (Wacana Sejarah: Kedatangan Islam di Borneo-Arkib Negeri Sabah :2010).

Islam dipercayai sampai ke Sabah pada abad ke 15. Ini diperkuatkan dengan penemuan manuskrip tulisan jawi dalam bahasa Idahan di Teluk Darvel Lahad Datu yang bertarikh 1408M (Muhiddin Yusin : 1990). Suku kaum yang pertama memeluk Islam ialah suku kaum Idahan dan di ikuti oleh suku kaum Bajau dan Suluk. (Wacana Sejarah: Kedatangan Islam di Borneo-Arkib Negeri Sabah :2010).

Bukti lain yang menunjukkan Islam telah dating lebih awal ke Sabah ialah melalui sejarah penentangan terhadap penjajah yang dipelopori oleh Datu Tating, Datu Baginda Putih, Pengiran Syahbandar Hassan, Haji Saman, Syarif Osman, Mat Salleh, Pak Musa, Embo Ali dan lain-lain di sekitar tahun 1775 hingga tahun 1915.

Kegiatan menyampai risalah Islam di teruskan melalui Parti Barisan Pemuda (BARIP) pada tahun 1946. Di ikuti oleh Persatuan Islam Putatan (PIP), Persatuan Islam Tawau (PIT), Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Jamaah Tabligh, Darul Arqam, Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) dan lain-lain.

Pada tahun 1880-an penduduk Islam Sabah hanya berjumlah 35% daripada keseluruhan penduduk. Pada tahun 1960-an penduduk Islam bertambah kepada 38%. (Saharudin dan Muddin : 2007)

Jumlah Penganut Islam bertambah melalui usaha dakwah parti politik dan NGO-NGO tempatan dan NGO-NGO yang berpusat di Semenanjung Malaysia.

Para VIP dan peserta yang menghadiri Seminar Dakwah: Islam sebagai agama risalah sempena ijtima' Haraki Pertama Wadah dan ABIM Sabah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved