ads

Khamis, 21 Jun 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Nusa Mahsuri BC: Nusa Mahsuri &#39;berkampung&#39; <b>di Sandakan</b> mulai <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2012 03:06 AM PDT

Team Kelab Nusa Mahsuri diketuai Datuk Misbun Sidek akan berada di Sandakan bagi mengendalikan Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Negeri Sabah mulai 22-24 Jun 2012.

Kem anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara selama tiga hari itu akan berlangsung di Kompleks Sukan Sandakan.

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Sabturani pelukis 1Malaysia <b>di Tawau</b> | Puadede.Com

Posted: 21 Jun 2012 06:57 AM PDT

Aku perasan lukisan 1Malaysia ini bila mula berkunjung ke Batu Payung atau juga dikenali sebagai Tinagat, di tepi jalan akan kelihatan lukisan 1Malaysia. Tidak kiralah di dahan pokok, di tembok-tembok ataupun di batu, semuanya dilukis dengan lambang 1Malaysia itu.

Mulanya tertanya-tanya juga, siapa gerangan pelukisnya, yang tertera hanyalah OM … nak dikata remaja tidak relevan sebab disebalik lukisan itu ada sahaja kata-kata nasihat diselitkannya. Aku pernah merakamkan gambar karya Sabturani ini dalam entyku mengenai misi memperkenalkan keindahan Tawau pada 16 Februari 2011. Sila baca di SINI

Berita mengenai siapa dia pelukis 1Malaysia di pokok-pokok sekitar Tawau.

Teruja Gagasan 1Malaysia, Pesara Swasta Lukis Lambangnya Di Merata Tempat

Oleh Nashir Mansor

TAWAU, 21 Jun (Bernama) — Teruja dengan gagasan 1Malaysia diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najb Tun Razak, menyebabkan seorang pesara swasta melukis lambangnya dipamerkan di merata tempat.

Jika berada di bandar ini akan dapat melihat lambang 1Malaysia itu yang dilukis oleh Sabturani Angsa, 64, terpampang di setiap jalan raya utama di sini, pada batu-batu besar, di tebing yang tinggi dan pada pokok kayu.

Jika memandu dari Lapangan Terbang Tawau ke bandar, anda akan dapat melihat lambang 1Malaysia ini dilukis menggunakan cat lengkap dengan slogan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan", di tepi jalan raya sepanjang perjalanan menghala ke bandar.

Sabturani, seorang bekas Pembantu Kanan Trafik, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) menyelitkan kata-kata nasihat seperti "Hati-Hati Di Jalan Raya, Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian Tidak Berguna" pada lambang lukisannya itu.

"Gagasan 1Malaysia Perdana Menteri kita Datuk Seri Najb Tun Razak ini amat sesuai dengan jiwa saya. Pada tahun 1980an, saya wujudkan satu laman di tepi rumah yang saya namakan Pentas USBA iaitu 'Untuk Semua Bangsa Agama'.

"Jadi, bila Perdana Menteri perkenalkan gagasan 1Malaysia ini, saya terus mendakapnya kerana ia amat selari dengan jiwa saya selama ini," katanya yang berasal dari Kampung Batu Payung, dekat sini kepada Bernama.

Ramai yang setiap hari melihat lukisan cat ini tertanya-tanya siapa sebenar pelukisnya yang terdorong melakukan kerja ini sehingga turut menjadi bualan dalam facebook.

Sabturani yang bersara daripada MAS pada 2003 berkata beliau sukarela melukis lambang 1Malaysia itu sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan kerana disebabkan kerajaan hari inilah beliau dan anak-anaknya dapat mengecapi kehidupan yang baik dan aman.

Katanya, sebaik sahaja menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), wang itulah digunakannya sebagai modal untuk mengusahakan lukisan lambang 1Malaysia bermula dengan pokok-pokok kelapa di hadapan rumahnya yang berhadapan pantai.

Sabturani, yang tidak ada latihan khusus dalam bidang lukisan, mengakui agak sukar menyiapkan lukisan pada pokok namun kerana jiwa 1Malaysianya yang kuat, melukis tanpa menggunakan sebarang rangka.

Bermula dari situ jugalah ramai saudara maranya pula meminta beliau melukis lambang 1Malaysia itu di laman rumah, di atas bantu besar di tebing Sekolah Kebangsaan Kinabutan di Batu 6 di sini dan di Membalua.

Katanya, ketika sedang melukis di tebing bukit Hutan Simpan Membalua itulah, seorang rakan yang juga muallaf menghampirinya dan meminta beliau melukis pada tayar di hadapan premisnya.

Tanpa diduga ramai pihak termasuk pemimpin politik dan masyarakat, penjawat awam seperti pensyarah universiti tempatan tampil menghulurkan dana untuk mendorongnya terus melukis lambang 1Malaysia.

Sabturani melukis di sepanjang Jalan Apas hingga ke Batu 15, kira-kira 30 kilometer dari bandar, di jalan raya utama kawasan Air Panas, Jalan Utara dan jalan ke kawasan Tanjung Batu yang kini sudah berjumlah 1,000 lukisan..

"Saya akan terus melukis selagi ada kemampuan," katanya.

– BERNAMA

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


J.E.P.Z: 2 Maut, 2 cedera dalam kemalangan jalan raya <b>di Tuaran</b> <b>...</b>

Posted: 15 Jun 2012 01:05 AM PDT

TUARAN: Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah apabila kereta kancil yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 7, Jalan Sulaman di sini, hari ini. 

Menurut Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Faidizal Abdullah, mangsa yang maut ialah Shalizan Azman, 33, penumpang di sebelah pemandu dan Khairul Atdeen Shah, 20-an, penumpang di tempat duduk belakang.

Katanya, pemandu kereta berkenaan, Abdul Jumat Abdul Hussin, 23, dan Hairul Matiasin, 34, seorang lagi penumpang, cedera dan dibawa ke Hospital Daerah Tuaran.
Pemandu lori terbabit pula tidak mengalami kecederaan, katanya. 

"Kereta kancil itu dikatakan dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menuju ke Tuaran, manakala lori 10 tan itu dalam perjalanan dari Tuaran dan terbabit dalam kemalangan kira-kira jam 7.40 pagi. 

Pasukan bomba dengan sembilan anggota yang sampai di tempat kejadian mendapati kereta kancil berkenaan terbabas di tepi jalan. 

Pasukan bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.


Maklumat di peroleh daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2maut_2cederadalamkemalanganjalanrayadiTuaran/Article

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


CELAH GELEGAR: Tembak menembak <b>di</b> Pasar Besar <b>Lahad Datu</b>

Posted: 24 May 2012 11:32 PM PDT

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved