ads

Ahad, 1 September 2013

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Nelayan dakwa ditahan sekumpulan lelaki <b>di</b> perairan Silapak <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2013 07:25 AM PDT

SEMPORNA – Seorang nelayan mendakwa beliau dan lapan lagi nelayan lain ditahan sekumpulan lelaki bersenjata di kawasan perairan Silapak, Semporna.

Menceritakan kejadian itu, Muhammad Asri berkata dia dipaksa menaiki sebuah bot yang membawa sekumpulan lelaki bersenjata yang memintanya menunjukkan jalan ke Pulau Mabul kononnya ada keluarga mereka yang berkahwin di sana.

"Ketika itu, saya bersama dua abang ipar menangkap ikan di perairan Silapak, berhampiran Pulau Bum-Bum sebelum kami dihampiri bot kumpulan lelaki itu pada kira-kira 7 petang," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Beliau berkata, bagaimanapun ketika dalam perjalanan ke Pulau Mabul, kumpulan itu meminta bot yang mereka naiki pergi ke Pulau Kapalai apabila melihat lampu yang cerah di pulau itu dan diberitahu bahawa ia merupakan tempat pelancong asing.

Apabila hampir tiba di Pulau Kapalai, anggota kumpulan itu memakai topeng dan mengeluarkan senjata, tetapi ketua kumpulan itu meminta pengemudi bot segera berundur bot apabila melihat terdapat sekumpulan anggota keselamatan di jeti pulau itu, katanya.

Muhammad Asri mendakwa bot mereka kemudian menghala ke Pulau Omadal dan dalam perjalanan itu, kumpulan lelaki bersenjata berkenaan berhenti berhampiran sebuah bot nelayan dan memaksa kesemua lapan nelayan di dalam bot itu menaiki bot mereka.

Kesemua mereka kemudian diarah terjun ke laut dan berenang menyelamatkan diri ke arah sebuah bot nelayan lain, katanya.

Lapan nelayan itu dihantar ke bot mereka semula manakala Muhammad Asri dihantar ke jeti di Semporna dan tiba di sana kira-kira jam 4 pagi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna.

Pulau Mabul merupakan salah satu lokasi pelancongan yang terkenal di seluruh dunia.

Pulau Mabul merupakan salah satu lokasi pelancongan yang terkenal di seluruh dunia.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohamad Mantek berkata kejadian itu bukan kes penculikan sebaliknya nelayan berkenaan hanya ditahan dan dilepaskan dalam tempoh 24 jam.  

Mohamad berkata laporan polis daripada mangsa mengenai kejadian itu telah dibuat dan motif kumpulan itu bertindak demikian serta jumlah keanggotaan kini dalam siasatan.

Polis sedang mengesan kumpulan itu dan rondaan pasukan keselamatan telah dipertingkat, katanya. – Bernama

26/8/2013: Bank Rakyat Akan Membuka Cawangan <b>Di Semporna</b> <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2013 01:33 AM PDT

Bank Rakyat 01

Bank Rakyat akan membuka cawangannya yang ke-13 di negeri ini di Pekan Semporna.

Ketua Wilayah Sabah Bank Rakyat, Zainal Amini Haji Sulaiman memberitahu, cawangan berkenaan dijangka mula beroperasi penghujung tahun ini.

Beliau menyatakan demikian kepada media ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Bank Rakyat di Harbour City, Kota Kinabalu.

Tujuan utama pembukaan cawangan bank tersebut adalah untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan di daerah berkenaan. Sebelum ini, mereka terpaksa ke cawangan Tawau dan Sandakan sekiranya mempunyai sebarang urusan dengan bank berkenaan.

~Rtka/Rtka (oli/asmat/cov)

~mdre

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


lawatan kerja timbalan menteri petanian malaysia <b>di kota belud</b>

Posted: 28 Aug 2013 05:45 PM PDT

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani(MOA)Malaysia Datuk Haji Tajuddin Abdul Rahman di Kota Belud,
bertujuan meninjau perkembangan terkini projek kerajaan persekutan dalam bidang pertanian terutama sekali Jelapang Padi dan adalah menjadi harapannya kesan lawatannya, merangsang usaha petani ke arah meningkatkan lagi pendapatan mereka pada masa akan datang.

Tajuddin berkata, Kota Belud merupakan pengelur padi yang utama di Sabah dan bagi memperkasakannya lagi usaha dalam industri padi, daerah ini dipilih untuk melasanakan projek EPP 11 dalam program ETP di bawah NKEA pertanian
bermula pada tahun ini.

i


Katanya, 5,000 hektar daripada 10,000 hektar tanah sawah disasarkan untuk penanaman padi secara komesial buat masa ini.

"Hasil Purata pengeluaran dijangka akan meningkat dari 2.5-3.5 tanmetrik bagi perhektar semusim kepada 8,5 tan metrik/hektar semusim menjelang tahun 2020 sebaik sahaja segala prasarana yang melibatkan pelbagai kemudahan yang diperlukan untuk memajukan Jelapang Padi Sabah, Kota Belud," katanya kepada media selepas Majlis Rama Mesra Pemimpim bersama peserta projek padi NKEA EPP11 Kota Belud di Dawan Datuk Musbah Kampung Taun Gusi, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan SabahDatuk Musbah Jamli, Penolong Pegawai Daerah Kota Belud(pentadbiran)Peter Jiton, kaki tangan kerajaan negeri dan persekutuan dan 224 orang penerima intensif NKEA EPP11.

Tajuddin buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja di Kota Belud sempat melihat perkembangan projek NKEA EPP-11 bersama Wakil Rakyat Tempasuk Datuk Musbah Jamli dan rombongan

Terdahulu dari itu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani(MOA) Malaysia itu berkenaan menyampaikan sebanyak RM537,410.60 kepada 224 orang penerima Insentif NKEA EPP11.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Peniaga bunuh diri <b>di Keningau</b> | Satu Sabah

Posted: 26 Aug 2013 01:45 AM PDT

POLIS menurunkan mayat mangsa menggan- tungkan diri.

POLIS menurunkan mayat mangsa menggan- tungkan diri.

KENINGAU: Seorang peniaga warga Tiong Hua di pekan ini dipercayai bunuh diri menggantung lehernya dengan tali kelmarin.

Mangsa seorang peniaga pakaian di salah sebuah premis perniagaan di pekan ini yang berumur dalam lingkungan 50 tahun itu dijumpai tergantung pada besi penghadang konkrit longkang berhampiran salah sebuah kedai kopi di sini.

Menurut beberapa orang awam yang menyaksikan mangsa tergantung, mangsa sudah dipercayai menggantungkan pada waktu subuh semasa suasana pekan sunyi.

Walau bagamanapun masih terdapat rokok yang tersepit pada bibir mangsa yang sudah mati tergantung itu.

Orang ramai yang menyaksikan mangsa yang tergantung itu kira-kira jam 8 pagi kemudian membuat panggalian polis.

Sepasukan polis yang bergegas di tempat kejadian dan menurunkan mayat mangsa yang tergantung.

http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/71210

iklan-teks

Comments

comments

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Yanayonet: 4 hari 3 malam <b>di Sabah</b>.

Posted: 16 Aug 2013 01:29 AM PDT

Hujung bulan Jun itu hari aku ada pergi bercuti 4 hari 3 malam ke Sabah syurga makanan ni.
8 orang semuanya dan sumpah best gila Sabah. Rasa macam nak pergi lagi. Banyak kali.
Tiket satu kepala RM136 pergi balik naik MAS. Aku tahu murah so jange deki.

Khamis, 27 Jun 2013

Awal pagi sampai dekat Kota Kinabalu International Airport. Pertama kali jejak kan kaki dekat Sabah jadinya macam teruja sikit sebab dah lama simpan niat nak ke situ tapi tak kesampaian. Dekat sana dah ada travel agent tunggu. Jadi dia bawaklah naik bas persiaran mencari makanan sebab masing-masing dah kebulur teruk. Dengar cerita soto sabah sedap. Makanya aku cubalah. Rasa dia hmmmmmmm ok ok je sebab aku rasa kedai tu yang problem kot. Sambal dia rasa macam dah lama sangat. Air kelapa dia pulak tawar sebab terlalu banyak ais dia letak. Bila dapat makanan kurang menyelerakan macam ni kan, rasa macam nak senyum pun tak ikhlas tau.




Sebelum check in, jalan-jalan pusing bandar Kota Kinabalu sambil main cak cak dengan topeng patung kayu atas ni dulu.

Jadinya selama 4 hari 3 malam aku menetap dekat sini, Marina Court Condo. Buka mata je terus nampak laut, ngaaaaaa best gilaaaaaaaa!

Bila dah puas tidur masing-masing kena kuatkan diri untuk bangun dan bersiap sebab perut dan mula minta untuk diisi, so kita pun cari makanan dekat Gayang Seafood Restaurant. Serius cakap pekerja dekat sini rude gila. Sudah lah tak senyum, angkat dulang sampai nak kena kepala orang dan tak ada cakap maaf ke apa ke, lepas tu letak pinggan cawan nak hempas hempas pulak, lagi, kita panggil dia buat derk, tak tahu lah kenapa dan apa masalah diorang semua tu tapi yang penting aku tahu yang aku lapar. Disebalik perangai yang pelik tu ada makanan yang sedap tahan dewa. Dekat sini aku belajar makan daging belut. Aku memang jenis penggeli belut tapi bila dia dah hidang depan mata macam rugi gila tak dapat rasa daging belut tu macam mana. Rasa belut sedap macam ikan keli cuma dia lagi lembut. Serius sedap. Total semua makan dekat sini RM362. Puas hati sangat. Tapi bab makan je lah bab customer service memang fail.

So kepada siapa yang lupa rupa bentuk belut macam mana sila lah tengok gambar dekat bawah sini. Bendalah ni lah aku makan. Geli pulak bila tengok gambar ni. HAHAHA

Dalam perjalanan ke Gayang ni kitorang ada singgah dekat tepi jalan untuk rasa lokan dengan puding kelapa. Lokan ni pun pertama kali dalam hidup aku rasa. Sebenarnya nama dia pun aku tak pernah dengar. Tapi serius cakap dalam banyak-banyak makanan dekat Sabah, yang paling win adalah mendalah ni lah. Sos dia sedap sangat sampai tak tahu nak gambarkan macam mana. Sekarang dah terliur balik. Blergh i hate you lokan!

Lepas habis makan dekat Gayang, kami berlapan pergi ke Pasar Malam Sinsuran. Yang lain beli macam-macam tapi nafsu membeli aku belum sampai lagi. So aku cuci mata je lah. Penat berjalan dan tak tahu nak kemana kitorang pun cadangnya nak pergi berkaraoke. Tapi malang tak ada bilik kosong. Dengan kecewanya kami semua balik lah ke kediamanan sementara kami semua, Marina Court Condo.

Jumaat, 28 Jun 2013
Rumah Terbalik, Upside Down House, Sabah.






Dan hasil daripada aksi pelik kami adalah tadaaaaaaa (sila tengok gambar dibawah). Cubaan untuk menjadi cicaks.

Sebenarnya aku tak adalah rasa macam nak tengok isi dalam rumah terbalik ni sangat pun. Dan dalam jadual kami pun tak ada tersenarai pun untuk ke sini. Tapi tiba-tiba ada orang yang baik hati nak belanja tiket so yang lain pun apalagi, masuk je lah. Harga tiket RM10 sahaja. Tapi rasanya tak payah masuk pun tak apa lah kot. Sebab dalam dia tak ada apa sangat. Nak tangkap gambar dekat dalam memang tak boleh. Dekat luar pulak masa dia terhad sangat. Dia sediakan jamban je untuk kita bergambar. Jamban ni dia letak dekat luar rumah. Jamban pun jambanlah. Yang penting boleh feeling feeling cicaks.

Jumaat, 28 Jun 2013
Poring Hot Spring, Sabah
Paling benci tempat ni sebab seram rasa macam nak nangis.



Aku rasa macam tertipu jugak lah dekat sini sebab aku ingatkan Canopy Walk ni ada satu je rupanya ada lima. Dah lah makin lama makin tinggi dan makin panjang. Gila kejam siapa yang cipta benda ni. Hahaha. Aku nak nangis lalu dekat sini. Azab teruk. Tapi tak lah seteruk officemate aku sampai nak gerak sikit pun tak boleh. Sabar ye Mun. Tapi bila dah lepas lima-lima aku rasa macam aku ni hebat gila. Dia punya bangga sampai sekarang. Kalau naik space shot yang tinggi gila tu tak adalah aku takut sangat sebab kita yang kena naik dia. Kena tunggu je benda tu bergerak sendiri. Tapi dekat sini kita yang kena gerakkan diri kita sendiri. Kalau tak gerak sampai esok lusa pun masih dekat situ. Sumpah tak nak naik lagi. Huarghffffttttttt!

Lepastu cadang nak ke kaki Gunung Kinabalu dan Ladang Lembu Kundasang tapi tak jadi sebab hujan. Sedih dan pedih. Baru nak feeling feeling pergi obesi. Ciskek betul.

Malam.
Pasar Malam Philipino.
Best gila makan dekat sini. Serius cakap tapi sini lagi mahal dari Gayang.

Sabtu, 29 Jun 2013
Manukan Island, Sabah





Air dia memang best memang cantik. Tapi tak puas kalau sehari je dapat turun laut. Sedangkan itu hari aku tiga hari dekat Redang pun tak puas. Inikan pulak beberapa jam macam ni. 

Malam makan dekat Pasar Malam Philipino lagi. Yummmyyy!
Pulang ke pangkal jalan. Eh pulang ke Kuala Lumpur.

Sabah memang best. Ada satu benda berubah bila aku pergi sana. Sebenarnya aku ni bukan jenis pemakan makanan laut. Kira macam sebelum ni makanan yang selalu aku elak adalah seafood. Sebab lidah aku kata tak sedap. Nak kata alah tak lah jugak. Tapi bila aku sampai je Sabah lidah ni terus kata seafood ni sedap. Makanya mulai harini aku dah pandai dan suka makan Seafood. Kahkah. Suka. Okaylah sampai sini jelah. Panjang sangat dah ni aku menaip. Letih nak fikir apa menda aku buat dekat mana aku pergi sampai aku terpaksa buka balik twitter aku sebab aku lupa tempat mana aku pergi dulu tempat mana aku pergi kendian sebab cerita ni dah berbulan. Sekarang baru ada mood untuk menaip. Hiks. Selamat hari raya. Entry raya nanti aku buat. Nak tunggu mood tu sampai dulu. Tak tahu bila. Kbai

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Pemilihan UMNO : Semakin rancak, konflik antara Musa dan Shafie <b>...</b>

Posted: 16 Aug 2013 09:48 PM PDT

Mohd Ridhuan AB

KUALA LUMPUR, Ogos 17 : Menjelang pemilihan UMNO pada Oktober ini  , percaturan dan cabaran untuk jawatan Naib Presiden semakin rancak dimana ramai calon baru dijangka akan menawarkan diri. Tiga penyandang Naib Presiden iaitu Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal dijangka akan  menghadapi cabaran yang getir di pemilihan kali ini.

The Malaysian Times (TMT) difahamkan, lebih daripada sembilan calon akan menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti kali ini termasuk bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Ali Rustam dan Isa Samad belum mengumumkan hasrat mereka secara rasmi tetapi telah memberikan "isyarat' positif kepada pihak media baru – baru ini.

Berdasarkan maklumat yang diterima dari sumber dalaman UMNO, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir juga dikatakan mengintai peluang untuk bertanding jawatan Naib Presiden bagi mewakili generasi baru.  Mukhriz dikatakan sedang menilai cadangan tersebut dan dijangka akan mengambil keputusan dalam masa terdekat ini. Ramai yang meramalkan faktor Tun Dr Mahathir juga akan menjadi salah satu dorongan kuat untuk Mukhriz untuk bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti kali ini yang diramalkan lebih terbuka .

Disamping itu beberapa pemimpin lain juga dijangka akan mengumumkan hasrat mereka dalam masa terdekat ini selepas bulan September.

Bahang pemilihan UMNO khususnya untuk jawatan Naib Presiden semakin rancak  di negeri Sabah setelah UMNO negeri itu mahu mencalonkan 'bos' mereka Musa Aman kali. Keputusan tersebut dijangka akan memberikan tamparan kuat kepada kepada Shafie Apdal yang telah mengumumkan hasratnya awal – awal lagi akan mempertahankan jawatan Naib Presidenya yang dimenanginya di pemilihan parti pada 2009.

Pemerhati politik berpandangan UMNO Sabah itu dijangka akan mencetuskan satu konflik yang terbuka di negderi itu antara penyokong Musa Aman dan Shafie Apdal sekiranya dua calon dari negeri itu menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden.

Semalam dalam satu kenyataan Umno Sabah berkata  akan "berkomunikasi" dengan rakan Umno di Semenanjung berhubung kewajaran mencalonkan Ketua Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman bertanding satu daripada tiga jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

"Sebagai pemimpin dari Sabah, kami mempunyai alasan kukuh dan kami berpendapat mereka dapat diyakinkan dan bersetuju dengan kami bahawa Musapilihan terbaik untuk mengisi satu daripada tiga jawatan naib presiden," kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubugan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri dan Setiausaha BadanPerhubungan Umno negeri Datuk Seri Yahya Hussin baru-baru ini bahawa Umno Sbah sudah bersedia menggerakkan jenteranya sekiranya Musa memutuskan bertanding jawatan itu.

Yahya juga dipetik sebagai berkata setakat ini lebih 20 Bahagian Umno telah mengikrarkan sokongan padu kepada Musa, dan menambah Ketua Menteri ialah antara tiga calon teratas bagi jawatan Majlis Tertinggi Umno dalam pemilihan parti bagi dua penggal berturut-turut.

"Sokongan padu daripada lebih 20 Bahagian itu atas keyakinan mereka terhadap keupayaan dan kapasiti Datuk Seri Musa sebagai pemimpin parti," kata Timbalan Ketua Menteri.

Salleh berkata kejayaan Musa menerajui Barisan Nasional (BN) Sabah mengekalkan kuasa di negeri ini dengan majoriti dua pertiga dengan memenangi 48

daripada 60 kawasan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, telah membuktikan komitmen, kerja keras dan kesetiaan beliau kepada parti.

BN negeri juga memenangi 22 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah untuk menyumbang kepada pembentukan kerajaan BN di peringkat persekutuan.

Salleh juga melahirkan keyakinan Musa akan mampu, bersama-sama dengan pemimpin yang lain, memperkukuhkan Umno untuk menang selesa dalam pilihan raya umum akan datang.

"Beliau (Musa) akan memberikan pendapatnya secara jujur dan ikhlas mewakili bukan sahaja Sabah tetapi juga anggota parti.

"Naib Presiden ialah jawatan penting dalam parti dan anggota mesti diberikan pilihan. Kami pasti akan memberikan pandangan kami kepada rakan-rakan di Kuala Lumpur mengenai Ketua Menteri kami.

"Apa pun, Musa yang akan memberikan kata putus (sama ada akan bertanding atau tidak) selepas menimbangkan semua faktor demi kebaikan Sabah dan parti," kata Salleh. – TMT 

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved