ads

Selasa, 24 Disember 2013

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


KOTA KINABALU:Polis tahan dua lelaki <b>di Semporna</b> - malaysia <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2013 06:12 AM PST

Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes penculikan wanita Taiwan dalam kejadian bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Semporna, bulan lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan di Kampung Bangau-Bangau, Semporna pada 3 pagi semalam.

Kita percaya kedua-dua lelaki yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu terlibat bukan untuk kes itu sahaja tetapi mungkin melibatkan kes-kes lain," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.
Beliau berkata kedua-dua lelaki itu bekerja di kawasan pulau-pulau di Semporna. Dalam kejadian pukul 1 pagi 15 Nov lepas, pelancong lelaki warga Taiwan berusia 57 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan manakala rakan wanitanya berusia 58 tahun diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

Dalam pada itu, Hamza berkata polis akan menjalankan Ops Cantas Khas yang menumpukan kawasan-kawasan selektif seperti pusat peranginan dan resort di pulau-pulau berdekatan yang dikenal pasti dapat membantu siasatan termasuk mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya pagi semalam mengucapkan syabas kepada pasukan Ops Cantas Khas Sabah yang berjaya menahan suspek. 

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Gempar!! (Video & Gambar2) Beribu Ikan &#39;Naik Ke Darat&#39; <b>Di Lahad</b> <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2013 08:14 AM PST

Kanak-kanak keriangan mengutip dan menangkap ribuan ikan yang timbul di persisiran pantai Lahad Datu, Sabah.Beribu-ribu ikan timbul di pesisiran pantai Kampung Tabisan di bahagian Timur Sabah, Lahad Datu sekaligus menimbulkan persoalan mengenai petanda bencana yang bakal berlaku hujung tahun ini.
Penduduk kampung rata-rata memungut ikan-ikan tersebut yang dikenali dengan nama ikan tamban.
Bagaimanapun penduduk tempatan, Suzila Abdullah berkata, fenomena seperti ini sudah berlaku sejak tiga tahun dulu.

"Tetapi tahun ini ia kelihatan berbeza kerana jumlah ikan yang timbul amat banyak," katanya dipetik daripada Mstar Online.
Suzila berkata, dia percaya musim sekarang yang berombak kuat membuatkan ikan-ikan ini naik ke darat tetapi hanya dua atau tiga hari sahaja.
Ikan-ikan tersebut dipungut dan dimasak, manakala ada juga penduduk kampung yang menjual ikan tersebut di Lahad Datu atau daerah lain. Ikan tamban terkenal di kalangan penduduk kampung tersebut.

Fenomena aneh,ribuan ikan melompat ke darat <b>di Lahad Datu</b> <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2013 04:00 AM PST

Penduduk mengambil kesempatan mengutip ikan yang terdampar di persisir pantai Pulau Tambisan.

SHAH ALAM - Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.

Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu berkata, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.

Penduduk mengambil kesempatan mengutip ikan yang terdampar di persisir pantai Pulau Tambisan.

"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.

"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.

"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.

Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.

Sumber sinarharian

video ekslusif! ribuan ikan melompat naik ke darat <b>di lahad datu</b>

Posted: 24 Dec 2013 05:59 AM PST

Post image for VIDEO EKSLUSIF! RIBUAN IKAN MELOMPAT NAIK KE DARAT DI LAHAD DATU

VIDEO EKSLUSIF! RIBUAN IKAN MELOMPAT NAIK KE DARAT DI LAHAD DATU | Penduduk di Kampung Tambisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.

Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.

Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.

Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.

Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.1503858_10151964051588369_196499767_n

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VIDEO EKSLUSIF! RIBUAN IKAN MELOMPAT NAIK KE DARAT DI LAHAD DATU, 10.0 out of 10 based on 1 rating Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved