ads

Selasa, 25 Disember 2012

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


PENANAMAN RUMPAI LAUT <b>DI SEMPORNA</b> SABAH

Posted: 28 Nov 2012 11:36 PM PST


PENANAMAN RUMPAI LAUT UNTUK KOLAGEN HANYA DI SEMPORNA SABAH JE BUKAN DI MANA2 NEGERI YEK.
SEMPORNA, 3 Nov (Bernama) -- Projek Kluster Rumpai Laut Sabah yang dilancarkan di Semporna hari ini bakal melonjakkan industri rumpai laut negara sebagai industri berimpak dan bernilai tinggi kepada negara menjelang tahun 2020, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata berdasarkan pelan dan tindakan yang digariskan di bawah projek Bidang Ekonomi Uta

ma Negara itu, industri rumpai laut di Sabah, khususnya di Semporna yang kini diiktiraf sebagai ''Daerah Pengeluar Rumpai Laut Negara'' akan ditransformasi menjadi industri penting negara.

"Kita ingin menjadikan rumpai laut ini sebagai program berimpak tinggi yang dahulunya diusahakan secara tradisional atau setakat ''cukup makan''. Hari ini kita merancang rantaian nilai bukan sahaja untuk kita mencari kaedah dan teknologi untuk mengeluarkan rumpai laut tetapi juga aktiviti huluan.

"Rumpai laut diproses untuk membuat bahan kecantikan atau kosmetik dan sebagainya. Rancangan kita bukan sahaja untuk membantu nelayan tetapi kita juga mesti ada kilang dan institut penyelidikan rumpai laut negara," katanya kepada
pemberita selepas melancarkan program Mini MAHA dan Projek Kluster Rumpai Laut
Sabah di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Anggota Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Musbah Jamli, mewakil Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin.

Noh berkata berdasarkan perancangan di bawah Projek Kluster Rumpai Laut Sabah, pengeluaran rumpai laut dijangka meningkat kepada 900,000 tan metrik setahun dan nilai eksport rumpai laut kering dan dalam bentuk ''karageenan'' dijangka melonjak kepada RM1.4 bilion.

Katanya berdasarkan perancangan itu, kerajaan memperuntukkan RM46 juta kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk melaksanakan projek Mini Estet Rumpai Laut manakala peruntukan RM8.3 juta lagi disalurkan kepada kira-kira 300 peserta program kluster di bawah Jabatan Pertanian.

Pada masa ini, katanya 11 kumpulan dibentuk di bawah Projek Mini Estate UMS merangkumi kawasan perairan Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Tawau manakala di bawah projek kluster Jabatan Pertanian, terdapat empat kumpulan dengan kira-kira 300 peserta.

Noh berkata kerajaan juga melantik beberapa pusat pengajian tinggi seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan UMS untuk melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan
peruntukan berjumlah RM17 juta.

Katanya institusi pengajian tinggi berkenaan bukan sahaja bertanggungjawab menjalankan penyelidikan berkaitan kaedah paling efektif mengeluarkan rumpai laut tetapi juga mempelbagaikan jenis kegunaan atau produk daripada rumpai laut berkenaan.

Mengenai program dwi-tahunan Malaysian Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA), Noh berkata ia akan bermula pada 23 Nov ini di Serdang, Selangor dan berakhir pada 2 Dis.

Katanya agensi di bawah kementeriannya sudah menjelajah ke beberapa negeri melalui penganjuran Mini MAHA bagi mempromosikan MAHA serta memberi pendedahan dan pengetahuan kepada rakyat berkenaan program dwi-tahunan itu.

BERNAMA

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Kembar Seiras: PATI DAN SUASANA KRISMAS <b>DI LAHAD DATU</b>

Posted: 25 Dec 2012 04:57 AM PST

Sumber : Sabahkini
BEBAS.....Penjaja haram bebas berniaga pada Hari Krismas dan hari-hari biasa; manakala pembeli tidak segan silu walaupun diperhati dan dengan megah memakai baju berlogo UMNO membeli daripada PATI di khalayak ramai.
PERAYAAN Hari Krismas seolah-olah tidak memberikan sebarang makna kepada warga Lahad Datu kerana masing-masing sibuk dengan urusan; terutama Warga Penyu yang berniaga di sekitar Pasar Ikan Lahad Datu; melainkan beberapa penganut agama Kristian tempatan, tetapi sebahagian besarnya warga Indonesia dan Filipina yang sibuk berbelanja di awal pagi.
Kemeriahan Krismas tidak langsung dirasa di Lahad Datu kerana dipenuhi Warga Penyu yang begitu sibuk menjual segala barangan terlarang, daripada rokok sehinggalah kepada syabu tanpa sebarang larangan.
Paling menarik, walaupun RCI Sabah sudah ditubuhkan, namun seolah-olah tidak memberikan sebarang makna atau kesan kepada Warga Penyu; ada di antaranya masih memegang IMM13, MyPR (IC Merah), MyKad Projek, MyKAS, MyKad Palsu dan majoritinya tidak memegang sebarang dokumen.
Namun mereka hidup dengan bebas di Sabah dan boleh berniaga kerana mendapat galakan dan suaka politik daripada Yang Berhormat dan koloni mereka dalam Majlis Daerah Lahad Datu serta Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK; tanpa segan silu kepada pihak berkuasa. 
RELA......Anggota Rela ini secara selamba berjalan di hadapan penjaja haram di Pasar Ikan Lahad Datu.
CANGKUNG.....Tanpa segan silu, Anggota Rela ini duduk mencangkung di hadapan PATI dan memilih pakaian di kaki lima Pasar Lahad Datu. Di sebelahnya penjual rokok.
 HEBAT.....Mereka berlagak samseng di atas Hilux selepas keluar daripada gereja di Batu 1, Lahad Datu dengan berdiri tanpa mempedulikan keselamatan orang lain.
Suatu kejadian yang agak menakjubkan, ketika menunggu ibu mertua saya membeli ikan dan sayur di Pasar Ikan dan Pasar Besar Lahad Datu; mata saya terpaku melihat seorang ahli RELA yang sambil lewa sahaja melintasi penjaja haram yang 'berkrismas' di kaki lima, lalu duduk dan membelek pakaian kanak-kanak dan terus membelinya.
Ahli Rela berkenaan kemudiannya bersama tiga anggota polis, seorang anggota Pertahanan Awam beredar daripada bilik gunasama di hadapan Pasar Ikan Lahad Datu untuk menjalankan rondaan biasa di Bandar Lahad Datu.
Penjaja Haram berpesta sakan di Lahad Datu kerana Penguatkuasa Majlis Daerah Lahad Datu bercuti Krismas; sehingga mereka tidak segan silu menjual barang dagangan mereka termasuk buah-buahan, pakaian dan sayur-sayuran dari tangga pasar sehinggalah ke dalam pasar.
Dengan bangganya seorang lelaki memakai baju-T merah berlambang UMNO membeli langsat daripada penjaja haram yang berniaga di hadapan Pasar Lahad Datu seolah-olah tidak mempedulikan bahawa Era RCI sedang berada di kemuncaknya dan tidak merasa bersalah membeli buah daripada PATI dan terus memakmurkan PATI.
Dalam perjalanan pulang, saya melihat sekumpulan Warga Indonesia berbangsa Timor merayakan Krismas dalam keadaan paling berbahaya dengan berdiri di atas pick-up yang sedang laju dan hampir terpelanting ke atas jalan raya ketika pemendu membrek kenderaan jika tidak berpaut antara satu sama lain.
Jika pada hari ini 25 Disember 2012, Warga asing masih mendominasi Lahad Datu, maka pada masa 10 tahun daripada sekarang Lahad Datu akan menjadi FIJI dan ketika itu anak negeri sudah kehilangan tanah untuk berdiri; apatah lagi jika RCI membolehkan mereka melakukan 'Reverse Take-Over'.

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Z-o-o-m!: Buaya gergasi ditangkap <b>di Kinabatangan</b>

Posted: 11 Oct 2012 10:48 PM PDT

SEEKOR buaya sepanjang 5.2 meter telah ditangkap di Kinabatangan baru-baru ini.
Bagaimanapun, buaya gergasi itu ditangkap bukan kerana ia telah membaham manusia sebaliknya ia ditangkap untuk dipasangkan 'tag" satelit bagi tujuan penyelidikan.
Membabitkan Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Danau Girang field Centre (DGFC), buaya air masin itu mereka beri nama Siganas.
Pembiayaan bagi projek itu disediakan oleh Chester Zoo dan DGFC.
"Ini adalah pemasangan tag satelit ketiga yang berjaya ke atas buaya jantan di Kinabatangan.
"Kerja-kerja itu membabitkan kakitangan DGFC dan Unit Penyelamatan Hidupan Liar," jelas Dr Laurentius Ambu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah.
"Kami sedikit kurang bernasib baik kerana dua buaya jantan tag satelit yang dipasang pada Jun 2011 dan Januari 2012 hanya bertahan selama dua bulan.
"Kami berharap unit ini (yang dipasang pada leher Siganas) akan dapat bertahan lebih lama dan akan memberikan data penting mengenai pergerakan mereka," tambah Ambu.
"Kami memerlukan lebih 10 lelaki untuk menarik buaya itu keluar dari perangkap dan membawanya ke pantai untuk membolehkan kami mengukurnya dan memasang satelit pada lehernya," jelas Mark Rampangajouw, Pengurus Lapangan DGFC, yang mengetuai operasi itu.
"Kami bercadang untuk memasang tag pada leher beberapa ekor lagi (jantan dan betina) di Kinabatangan, sebelum berpindah ke sungai-sungai lain di Sabah," jelas Dr Benoit Goossens, Pengarah DGFC dan ketua Program Buaya Kinabatangan.
"Dalam masa tiga hari, Siganas sudah bergerak 5 km menjauhi DGFC. Nampaknya, ia haiwan yang sering berpindah.
"Kami pernah menemui beberapa buaya besar di sekitar DGFC dan persaingan sesama mereka sangat tinggi," kata Goossens.






di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


TERUK : Lagi Orang Memburukkan <b>Negeri Sabah</b> Dan Sarawak <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 03 Nov 2012 07:59 AM PDT

Lagi Orang Memburukkan Negeri Sabah Dan Sarawak Di FB.

Nama de dari UKM tetapi pemikiran masih lagi kolot...
Mana boleh mengukur satu kawasan dengan restoran Mcdonald's?
Dia tahu tak McD ada di Kuching, Sibu, Miri dan bakal dibuka di Bintulu.


Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^

Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


36 motosikal disita dalam operasi bersepadu <b>di Penampang</b> | my <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2012 04:14 AM PST

| 17/12/2012 | 0 Comments
Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

KETUA Bahagian Kententeraman Awam dan Trafik Daerah Penampang, Inspektor Andi Baso Andi Mappangerang (dua kanan) menunjukkan motosikal yang disita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang kelmarin.

Category: Berita Sabah, Sarawak

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved