ads

Rabu, 23 April 2014

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Bom ikan: Lima lelaki dicekup <b>di Kudat</b> - The Borneo Insider

Posted: 11 Mar 2014 12:38 AM PDT

KOTA KINABALU: Keseronokan lima lelaki yang sedang asyik menjalankan aktiviti bom ikan berakhir, apabila diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan Pulau Guhuan, Kudat.ikanbom

Serbuan dilakukan sepasukan anggota PPM Kudat yang menjalankan Operasi Cantas Khas (Ops Cantas) di perairan berkenaan, kira-kira jam 9.30 pagi, Jumaat lalu.

Dalam serbuan itu, pihak polis merampas kira-kira 30 kilogram ikan yang disyaki ditangkap menggunakan bahan letupan, selain beberapa peralatan menyelam di dalam bot terbabit.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, semua tangkapan dan rampasan akan diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 26 (1) (c) Akta Perikanan 1985.

"PPM akan terus menjalankan operasi seperti ini dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan bom ikan di seluruh perairan negeri," katanya.

Dalam kes lain, PPM merampas sejumlah barang kawalan bernilai kira-kira RM15,000 yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran melalui perairan Kudat, Ahad lalu.

Mohamad berkata, serbuan dibuat kira-kira jam 12.15 pagi ke atas sebuah bot di kawasan perairan Tanjung Muniangit, Kudat.

"Ketika serbuan, ada dua lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri didapati berada dalam bot itu.

"Pihak kami turut merampas 20 tong berisi petrol, satu tong berisi diesel, 24 bungkus gula pasir dan 50 bungkus tepung yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran," katanya.bomikan

Tambah beliau, dua lelaki terbabit bersama barang rampasan kemudian dibawa ke Pangkalan PPM Kudat untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.-WB

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


01/04/2014:10 rumah musnah dalam kebakaran <b>di Tawau</b> | BERITA <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2014 01:11 AM PDT

Sepuluh rumah di Kampung Hidayat 3 berdekatan Taman Dingin, Jalan Apas, Batu Satu Setengah, Tawau MUSNAH dalam kebakaran, AWAL PAGI TADI.
Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzeck, pihaknya menerima panggilan kira-kira 3.42-pagi sebelum menggegaskan 23-anggota bersama tiga jentera dan dua utiliti ke loasi kejadian. Operasi turut dibantu lapan anggota Jabatan Pertahanan Awam beserta sebuah jentera dan lori.

Ketika bercakap kepada media di Tawau, beliau berkata pihaknya mengalami beberapa kesukaran untuk memasuki kawasan kebakaran berikutan jalan sempit, bekalan elektrik belum diputuskan dan punca tekanan air rendah.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

Setakat 10.30-pagi tadi, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am telah mendaftarkan seramai 31-ketua isi rumah yang terbabit kebakaran itu, dua daripadanya bukan rakyat tempatan.

alizaali/mas/hasbi/Cov

she

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


bayi 9 bulan antara 3 yang maut dalam kemalangan <b>di lahad datu</b>

Posted: 22 Apr 2014 09:19 PM PDT

2 GAMBAR MENYAYAT HATI BAYI 9 BULAN ANTARA 3 YANG MAUT DALAM KEMALANGAN DI LAHAD DATU | Lahad Datu - Seorang bayi berusia 9 bulan dan ibu bapanya maut dalam sebuah kemalangan jalan raya di Jalan Tungku, Lahad Datu, Sabah.
Masih belum ada laporan penuh mengenai kejadian malang yang menimpa keluarga ini, namun beberapa saksi berkata:
"Kemalangan ini betul-betul terjadi depan mata suami aku, syukurlah suami aku cepat-cepat brek. Al-fatihah dan takziah..." - Nordianah Haniff Suhaili.
Menurut seorang lelaki yang arif dengan jalan tersebut berkata:
"Salam, pengalaman memandu di jalan Sandakan/Lahad Datu/Tawau sentiasa cemas dengan cara pemandu-pemandu di sana memotong.. Al-fatihah buat mangsa sekeluarga."
Dalam ketika kita memandu, kesabaran itu adalah penting lebih-lebih lagi jika kita membawa anak-anak kecil. Jangan kita mengadaikan nyawa-nyawa orang yang tersayang dengan sikap memandu yang tidak sabar nak sampai cepat ke destinasi. - My Media Hub
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Lawatan ke Batu Sumpah <b>di Keningau</b>, Sabah - Sassy MP

Posted: 16 Apr 2014 07:31 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Pada hujung minggu ketiga Januari 2014, saya pergi ke Tenom, Sabah untuk berjumpa dengan ahli-ahli KDM saya. Saya minta rakan-rakan saya bawa saya untuk melihat Batu Sumpah di Keningau, Sabah. Saya amat ...

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Remaja Meninggal Dunia Disimbah Asid Oleh Seorang Lelaki <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2014 07:00 PM PDT



Remaja Meninggal Dunia Disimbah Asid Oleh Seorang Lelaki Misteri di Penampang | Seorang remaja perempuan meninggal dunia selepas disimbah asid oleh seorang lelaki misteri di sebuah premis makanan berhampiran Towering, Jalan Penampang dekat sini, Sabtu. Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh berkata mangsa yang dikenali sebagai Memey Kandusan, 19, meninggal dunia kira-kira 11.20 pagi ini selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Queen Elizabeth.

"Difahamkan mangsa sedang bersarapan di kedai berkenaan bersama dua rakannya sebelum didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali, pada kira-kira pukul 5.30 pagi. "Suspek yang memakai topi itu dikatakan bertindak melempar sejenis cecair dipercayai asid ke bahagian muka mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu. Beliau berkata tiada tangkapan dilakukan dan motif kejadian masih dalam siasatan. -MStar

.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


PAS <b>SABAH</b> KECAM PENGIBARAN BENDERA ISRAEL <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 06 Apr 2014 11:00 PM PDT

ISRAEL 3 ISRAEL 4

KOTA KINABALU: PAS Sabah mengecam pengibaran bendera Israel di Raintree Beach Resort, Tuaran Sabah di premisnya.

Perkara ini sangat mengguris perasaan umat Islam Sabah khususnya dan rakyat Sabah secara umum. Negara haram Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia, bagaimana mungkin kita boleh benarkan bendera negara mereka berkibar megah di sini, Kata Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.

Israel merupakan penjenayah antarabangsa yang telah membunuh dan memerangi negara umat Islam di seluruh dunia. Pihak kerajaan sewajarnya mengambil tindakan dan pendirian tegas mengenai perkara ini. Menteri Luar yang berasal dari Sabah, Datuk Seri Anifah Aman harus bertindak dengan segera. Malaysia sebagai sebuah Negara Islam tidak seharusnya membiarkan negara musuh Islam senang-senang masuk dan membiarkan mereka mengadakan atau mengikuti sebarang acara di negeri ini.

PAS Sabah sekali lagi mengecam tindakan mengibar bendera Israel dan memberi tempoh 24 jam untuk menurunkan bendera tersebut.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved