ads

Selasa, 22 April 2014

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Empat lagi bangkai penyu ditemui <b>di Semporna</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2014 02:54 PM PDT

BANGKAI penyu yang ditemui di perairan antara Pulau Bum-Bum dan Pulau Kulapuan, Semporna.

KOTA KINABALU: Selepas penemuan bangkai 60 ekor penyu di Pulau Tiga Kudat awal tahun ini, empat ekor lagi bangkai spesis terancam itu ditemui terapung di perairan antara Pulau Bum-Bum dan Kulapuan Semporna pagi Selasa lepas.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun ketika memaklumkan laporan berkenaan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan mengenai penemuan terbaru itu.

Katanya, dalam usaha menangani isu kegiatan pemburuan penyu di perairan negeri ini, kementeriannya mengambil beberapa tindakan wajar bagi memastikan isu terbabit segera diselesaikan.

Beliau berkata, satu pasukan bertindak yang dipengerusikan oleh setiausaha tetap kementeriannya sudah ditubuhkan bagi menangani kegiatan pemburuan penyu khususnya di perairan Kudat dalam jangka panjang.

Menurutnya, pasukan itu dianggotai oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Jabatan Hidupan Liar, Taman-Taman Sabah (TTS), Jabatan Perikanan Sabah, WWF-Malaysia, Pejabat Daerah Kudat, dan Kudat Turtles Conservation Society (KTCS).

"Penubuhan pasukan berkenaan bertujuan meningkatkan usaha membanteras pemburuan dan penyeludupan hidupan liar di dalam semua aktiviti penguatkuasaan pihak yang terlibat.

"Mesyuarat pertama pasukan ini dijalankan pada 26 Mac lepas dan ia akan diperluaskan di beberapa daerah terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi berlakunya kegiatan penyeludupan dan pemburuan hidupan liar.

"Selain itu, satu jawatankuasa tetap mengenai pemburuan haram di seluruh Sabah sama ada di perairan atau daratan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar," katanya.

Masidi berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing (PKR-Tamparuli) mengenai tindakan yang diambil oleh kerajaan berikutan kejadian penemuan bangkai 60 ekor penyu di perairan Pulau Tiga, Kudat.

Katanya, bulan ini kementerian turut mewujudkan talian aduan (hotline) yang membolehkan sesiapa sahaja membuat aduan mengenai kegiatan pemburuan hidupan liar di negeri ini.

Dengan adanya talian berkenaan jelasnya, tindakan segera dapat dilaksanakan atas setiap laporan yang diterima.

"Kita juga akan memastikan pejabat Jabatan Hidupan Liar akan mula berfungsi di Kudat tahun ini.

"Yang penting adalah usaha untuk mendidik masyarakat supaya menghargai kewujudan penyu kerana ia adalah aset besar terutamanya dalam sektor pelancongan.

"Hidupan istimewa ini tidak banyak terdapat di dunia kecuali di Sabah dan ia antara faktor kedatangan pelancong ke sini," katanya.

Justeru, beliau berkata, jika tidak ada tindakan diambil untuk membanteras kegiatan pemburuan spesis itu, Sabah akan kehilangan aset yang cukup berguna.

Pada masa sama, Masidi turut menyarankan supaya semua wakil rakyat di Sabah secara tidak langsung menjadi warden kehormat terhadap usaha membanteras masalah terbabit.

"Berdasarkan tindakan yang dibuat berhubung masalah ini, kementerian saya percaya kerajaan melalui agensi penguatkuasaan terlibat menjalan tindakan yang sewajarnya untuk menangani kegiatan kumpulan orang asing yang memburu penyu di perairan Sabah," katanya.

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


DUNIA ITU: 31 rumah setinggan musnah dalam kebakaran <b>di Tawau</b>

Posted: 31 Mar 2014 10:00 PM PDT

TAWAU: Sebanyak 31 buah rumah di kawasan setinggan di Taman Dingin, Km 2 1/2, Jalan Apas di sini musnah dalam kebakaran awal hari ini.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzex berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 3.42 pagi dan tiga jentera serta dua kenderaan utiliti bersama 23 anggota tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian.

Api berjaya dikawal pada jam 5 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya empat jam kemudian, katanya dalam kenyataan di sini.

Operasi turut disertai lapan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilapor manakala punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Tawau Asnah Kassim berkata pihaknya mendaftarkan 31 ketua keluarga yang dipercayai terbabit dalam kebakaran terbabit.

Mereka membabitkan 29 rakyat tempatan dan dua warga asing, katanya. - BERNAMA

1 Apr 2014

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Ngeri! Gambar Kemalangan Maut <b>Di</b> Jalan Tungku <b>Lahad Datu</b> Sabah

Posted: 08 Apr 2014 05:59 PM PDT

Gambar kemalangan maut di Jalan Tungku Lahad Datu Sabah pada 6 April 2014. Kemalangan ngeri yang berlaku di jalan KM 15 Jalan Tungku – Lahad Datu telah menyebabkan 3 mangsa maut termasuk bayi berumur 9 bulan. Turut maut adalah pemandu yang dikenali sebagai Razahman bin Sulaiman berasal dari Kampung Rancangan Silabukan. Menurut saksi, kemalangan itu berpunca daripada kereta yang dipandu laju sebelum terbabas.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


(Gambar) Budak Perempuan Mati Terkena Bola Golf <b>Di Keningau</b> <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2014 11:49 PM PST


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun bertarung nyawa hampir 16 jam sebelum disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terkena bola golf di Kelab Golf Keningau kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.40 petang, Sabtu lalu, mangsa dikenali sebagai Alminda Jalimin bekerja sambilan sebagai kedi dikejarkan ke Hospital Keningau, namun dirawat sebagai sebagai pesakit luar sebelum disahkan meninggal dunia di rumahnya di Taman MDK Keningau pada keesokan hari.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Robert Salisip David berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa sedang menarik beg peralatan golf milik seorang pemain di lubang ke-12 di padang berkenaan.

"Tiba-tiba bola golf dilibas seorang pemain dalam jarak sekitar lima hingga enam meter melencong lalu terkena tengkuk kanan mangsa menyebabkannya rebah.

"Akibat kejadian itu, mangsa yang pengsan dikejarkan ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut," katanya.

Menurutnya, sebaik tiba di hospital, mangsa hanya menerima rawatan pesakit luar sebelum dibawa pulang ibu bapanya yang menetap di rumah kongsi.

"Namun, pada jam 11.30 malam, mangsa mengadu sakit kepala selain mengalami muntah-muntah.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


REVIEW HOTEL <b>DI KOTA KINABALU</b>, SABAH - GaDiS KaMPuNg <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2014 02:55 AM PDT


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebelum aku pergi ke Sabah opkos la antara salah satu ciri yang penting adalah mencari hotel. Setelah baca review di blog-blog macam ampa baca sekarang akhirnya aku memilih One Borneo Tune Hotel dan J-Residence. 
Malam pertama dan kedua adalah di Tune Hotel One Borneo. Masa aku survey tanya kawan-kawan yang duduk Sabah dan pernah ke Sabah, diorang kata hotel ni jauh. Tapi bagi aku ok jer.. Tak la jauh mana sebab pemandangan di tepi jalan buat kita leka. OTW ke sana akan lalu persisiran pantai lebih kurang macam dekat area Queensbay dan Seagate. So kalau nak berhenti amik angin pantai pon OK.
Kalau duduk area bandar KK aku rasa lagi serabut sebab banyak kenderaan. Kelemahan nak ke Tune Hotel ni satu jer kalau masa tak kena kita akan terperangkap dalam jammed tapi still bergerak la. Maybe sebab time aku pergi tu memang cuti sekolah dan juga hari kerja. 
Memang puas hati la dengan Tune hotel ni. Tak ada la kecik sangat. Cuma time housekeeping jer macam tak kena. Waktu petang time aku dengan suami dok berehat dia datang ketuk pintu tanya nak ke tak. Aku suruh dia amik sampah dan sapu jer la rambut yang berguguran hahaha...
Gambar bilik tak sempat snap sebab sampai jer keluar kan barang-barang jadi kalau amik gambar nampak barang kami jer so tak payah snap huhuhu...
Harga bilik pulak RM 110 aku hanya amik aircond 12 jam dan toileteries. RM 110 untuk 2 malam. murah sangat dah tu. Sesuai untuk bajet kecik. 
Dan yang bestnya dia berkembar dengan One Borneo Mall. So malam tu pergi Giant jumpa sahabat baik aku yang tinggal dekat Tower B One Borneo. Kat semenanjung tak jumpa kat Sabah plak jumpa. Tu pon kebetulan dapat tau dia dok Sabah, skali aku bagitau duduk Tune Hotel memang dekat la dengan dia. =)
Bilik ni panas kalau buka kipas sahaja. Nasib baik amik aircond. Kalau kedekut sangat memang berpanas la gamaknya. So jangan kedekut dan pandai-pandai la jimat penggunaan aircond. =P
Hotel kedua yang dipilih adalah J-Residence di Kundasang. Dalam 300 meter ke Kinabalu Park. Memang dekat sangat. Suasana kat sini sejuk gilerrr... Malam-malam tidur siap lapik 2 selimut lagi dan berlengan kan laki #ehhh =P. Laki aku lagi la menggigil dah la spesis cekeding hahaha.....

Aku amik house 1 sebab rasa privasi sikit. Nama pon honeymoon kan hahaha... Kalau house 2 berkembar lebih sesuai dengan yang datang 2 atau 3 buah family sebab dia satu balcony. Kalau nak tau lebih lanjut boleh ke web: J.Residence

Rate plak aku dapat RM 88 semalam sebab datang time weekdays.

Ni antara suasana di House 1. 


Layan DVD jer sebelum tidur

Siap ada balcony kecik. Udara sini memang nyaman. Yela kaki Gunung Kinabalu kan ;)



Kemudahan yang disediakan adalah:
  • Hot Shower
  • Summer House (Multi-pupose Area)
  • LCD TV with DVD Player
  • House keeping service
Bau dari bilik ni agak kuat, ye la diperbuat daripada kayu so memang ada bau sikit la. Tapi tak la ketara sangat. Diorang pun ada letak air-freshner Dan bila malam macam-macam bunyi ada maybe sebab kayu yang mengembang bila malam. Cuma agak seram juga la hahaha... Laki bini macam tercengang juga bila dengar bunyi gitu huhuhu. Selain itu jalan time nak turun memang agak tinggi so memang berdoa la kereta viva tak buat hal hihihi... Yang lain semua terbaik. 
Jadi aku suggest la 2 hotel ni untuk ampa try terutamanya yang bajet kecik macam aku hehehe... Hotel dah review nanti aku review kereta sewa plak. 

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Mar 2014 09:27 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di nabawan</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jan 2014 09:33 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Projek PMR SLDB bawa harapan kepada pekebun kecil <b>di Nabawan</b>

Posted: 01 Sep 2013 04:21 PM PDT

September, 2, 2013 - 7:21 am

Juvarri02KOTA KINABALU: Dua projek Mesra Rakyat (PMR) oleh Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) di Nabawan, pedalaman Sabah, iaitu Skim Nabawan dan Estet Pandewan, telah memberi harapan baharu kepada semua 578 peserta tempatan yang terlibat, kebanyakannya daripada komuniti Murut.

Bagi Skim Nabawan, SLDB setakat ini telah membangunkan seluas 474.13 hektar (ha) daripada kawasan seluas 2,275.58 ha dengan kelapa sawit semenjak 2011.

Daud Anggau, 42, ketua kampung di Nabawan berkata pelbagai usaha telah dibuat sebelum ini untuk memberikan nilai ekonomi kepada tanah itu, seperti menanam ubi kayu dan buah markisa serta mengusahakan ternakan air payau, tetapi semua ini gagal memberikan impak kepada kehidupan masyarakat setempat.

Beliau berkata mesyuarat antara SLDB dan masyarakat kampung telah melihat 292 peserta dipilih untuk projek PMR keduanya.

"Kami berterimakasih kepada SLDB kerana projek-projek PMR bukan sahaja menjanjikan masa depan yang cerah kepada peserta, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Alfonsos Thomas, salah seorang daripada 289 peserta yang terlibat dalam projek perladangan kelapa sawit di Estet Pandewan berkata projek PMR itu telah menarik perhatian penduduk kampung dari Pensiangan dan Sapulut.

"Mereka benar-benar berminat dengan apa yang mereka lihat di sini, dan mereka berharap SLDB boleh melaksanakan projek yang serupa di kawasan mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain, ketua pegawai eksekutif SLDB, Jhuvarri Majid (gambar) berkata agensi itu merekodkan pertumbuhan purata 20 peratus setiap tahun semenjak 2006 sementara nilai bersihnya naik kepada RM536 juta pada 2012 berbanding RM228 juta pada 2006.

Beliau berkata nilai tanah yang diusahakan oleh SLDB bagi tempoh yang sama meningkat kepada RM1.2 bilion daripada RM411 juta enam tahun lepas.

"Setakat ini, terdapat 5,342 peserta dalam projek-projek pembangunan pertanian di seluruh Sabah, kebanyakannya di kawasan pedalaman Sabah, dan jumlah dividen yang dibayar kepada mereka adalah RM120 juta," katanya.

SLDB juga membangunkan tanah di kawasan luar bandar untuk pemilik yang telah diberikan geran tanah komunal, satu cara paling cepat untuk memberikan hak tanah kelompok kepada penduduk tempatan.

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kunak</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Mar 2014 03:34 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kerajaan wujud balai polis <b>di</b> Kampung Pangi, <b>Kunak</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2014 08:09 AM PST

KUNAK: Kerajaan akan mewujudkan sebuah balai polis baharu di Kampung Pangi, di sini, bagi memantapkan lagi kawalan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah, kata Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek.

Beliau berkata, balai polis itu adalah salah satu daripada tujuh balai polis yang akan dibina di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

"Buat masa ini, kita sudahpun memberi kemudahan dua buah kabin untuk penempatan sementara anggota polis yang bertugas di situ dan kita berharap dengan adanya polis di kawasan itu, kita dapat mengurangkan masalah seperti
kemasukan pendatang tanpa asing (PTI) di situ.

"Dalam perbincangan bersama para pemimpin masyarkat, kita diberitahu bahawa tempat itu menjadi 'laluan tikus' pendatang asing dan saya berharap ia akan dapat dibanteras selepas kewujudan balai polis itu," katanya selepas
mengadakan perjumpaan dan sesi dialog bersama pemimpin masyarakat daerah Kunak, di sini kelmarin.

Mohammad berkata, dengan wujudnya balai polis di Kampung Pangi itu, ia akan dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan masyarakat terhadap keselamatan di kawasan itu selain dapat mencegah kemasukan pendatang asing.

Mengulas mengenai program bersama masyarakat itu, beliau berkata ia adalah program turun padang pihaknya bagi mendekati hati rakyat khususnya kepada pemimpin masyarakat di Esszone dan program itu adalah kali ketiga dilaksanakan selepas di Tanjung Labian dan Tungku, Lahad datu.

"Semasa program itu, saya dapat memberi nasihat dan pandangan kepada pemimpin masyarakat tentang peranan mereka dalam memastikan keselamatan di kawasan mereka sentiasa terjamin.

"Oleh itu, saya berharap agar pemimpin di daerah ini sentiasa memainkan peranan penting dengan bekerjasama menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa," katanya.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


program pakatan rakyat: jelajah reformasi 2.0 – kembalikan <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2014 05:54 PM PDT

10011479_10152005540872844_1748411777_n

Semua ahli PAS Negeri Sabah dijemput hadir bersama memberikan sokongan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 26 Mac 2014

Masa: 7.00pm – 11.00pm

Tempat: Perkarangan Bangunan KDCA Penampang

Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan hadir: Dato' Seri Anwar Ibrahim, DSP Lajim Haji Ukin, Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Mohd Aminuddin Aling dan pimpinan DAP Sabah.

PAS Negeri Sabah

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :- di penampang - Google Blog Search

10 di penampang - Google Blog Search


Gadis Mati Menggelupur Disimbah Asid <b>Di</b> Sabah - MYNEWSHUB <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2014 01:39 AM PDT


Penampang – Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun maut selepas dipercayai disimbah asid oleh seorang lelaki bertopeng di sebuah restoran di Towering, Jalan Penampang, di sini, kira-kira 4.30 pagi tadi.

Difahamkan, mangsa bersama dua rakannya sedang memesan makanan di sebuah restoran apabila tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topeng terus menyimbah cecair dipercayai asid ke muka mangsa.

Mangsa yang menggelupur kesakitan dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) oleh dua rakannya dan disahkan meninggal dunia ketika dalam rawatan pada 11.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh. - myMetro Online

Anda mungkin juga meminati:

Gadis Mati Menggelupur Disimbah Asid Di Sabahhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Asid.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Asid-150x150.jpgMyNewsHub myHangatUtama,

Penampang - Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun maut selepas dipercayai disimbah asid oleh seorang lelaki bertopeng di sebuah restoran di Towering, Jalan Penampang, di sini, kira-kira 4.30 pagi tadi. Difahamkan, mangsa bersama dua rakannya sedang memesan makanan di sebuah restoran apabila tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topeng terus menyimbah...

<p style="text-align: justify;">Penampang - Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun maut selepas dipercayai disimbah asid oleh seorang lelaki bertopeng di sebuah restoran di Towering, Jalan Penampang, di sini, kira-kira 4.30 pagi tadi.</p> <p style="text-align: justify;">Difahamkan, mangsa bersama dua rakannya sedang memesan makanan di sebuah restoran apabila tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topeng terus menyimbah cecair dipercayai asid ke muka mangsa.</p> <p style="text-align: justify;">Mangsa yang menggelupur kesakitan dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) oleh dua rakannya dan disahkan meninggal dunia ketika dalam rawatan pada 11.20 pagi tadi.</p> <p style="text-align: justify;">Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.</p> <p style="text-align: justify;">Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh. -<strong> myMetro Online</strong></p>

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved