ads

Selasa, 11 Mac 2014

10 di kunak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


Kerajaan wujud balai polis <b>di</b> Kampung Pangi, <b>Kunak</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2014 08:09 AM PST

KUNAK: Kerajaan akan mewujudkan sebuah balai polis baharu di Kampung Pangi, di sini, bagi memantapkan lagi kawalan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah, kata Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek.

Beliau berkata, balai polis itu adalah salah satu daripada tujuh balai polis yang akan dibina di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

"Buat masa ini, kita sudahpun memberi kemudahan dua buah kabin untuk penempatan sementara anggota polis yang bertugas di situ dan kita berharap dengan adanya polis di kawasan itu, kita dapat mengurangkan masalah seperti
kemasukan pendatang tanpa asing (PTI) di situ.

"Dalam perbincangan bersama para pemimpin masyarkat, kita diberitahu bahawa tempat itu menjadi 'laluan tikus' pendatang asing dan saya berharap ia akan dapat dibanteras selepas kewujudan balai polis itu," katanya selepas
mengadakan perjumpaan dan sesi dialog bersama pemimpin masyarakat daerah Kunak, di sini kelmarin.

Mohammad berkata, dengan wujudnya balai polis di Kampung Pangi itu, ia akan dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan masyarakat terhadap keselamatan di kawasan itu selain dapat mencegah kemasukan pendatang asing.

Mengulas mengenai program bersama masyarakat itu, beliau berkata ia adalah program turun padang pihaknya bagi mendekati hati rakyat khususnya kepada pemimpin masyarakat di Esszone dan program itu adalah kali ketiga dilaksanakan selepas di Tanjung Labian dan Tungku, Lahad datu.

"Semasa program itu, saya dapat memberi nasihat dan pandangan kepada pemimpin masyarakat tentang peranan mereka dalam memastikan keselamatan di kawasan mereka sentiasa terjamin.

"Oleh itu, saya berharap agar pemimpin di daerah ini sentiasa memainkan peranan penting dengan bekerjasama menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved