ads

Selasa, 11 Mac 2014

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Cerita dr Sabah: Day 1,Aku <b>di Tawau</b>! | akuayut

Posted: 08 Mar 2014 05:41 PM PST

Assalamualaikum. ..
Tenggelam aku di bulan 3 ni kat blog.Kesibukan sendiri.Alhamdulillah aku dah selamat sampai kat Sabah.Meneroka negeri orang :)
Aku sampai semalam dalam pukul 1.30pm.Mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Tawau.Alhamdulillah.Lega sampai dengan selamat.Mission accomplished untuk berjumpa dengan suami!yeay!
Bermalam sehari di Tawau.Jalan-jalan kejap area Tawau.Kebetulan semalam betul-betul dekat dengan hotel berlaku kebakaran.Kedai baja di Tawau terbakar.Area jalan Stephen Tan tu sesak.Asap tebal.Keadaan agak kelam-kabut.Kitorang disebabkan lapar dengan selambanya makan je sambil perhati kekecohan yang berlaku.Tengok bomba sibuk dengan kerja mereka.huhuhu.
Malamnya kitorang pon apa lagi layan pulak movie di Eastern Plaza.Tak banyak mall yang ada di Tawau.Pergi jela janji dapat luang masa bersama.Lama kot tak dating berdua tengok wayang.huhu.Last tengok movie cerita Hobbit yang 1st.Lama la tu kan?Cerita apa? Malam nanti aku ceritakan. :) Keluar daripada movie pukul9.30. Bandar Tawau pon mula dah senyap.Memang diorang cepat kot tutup kedai.
Itu jela 1st day aku di Tawau,Sabah.Cerita dari Sabah untuk korang.Ceeewaaah.hahaha.Masa nila nak cerita macam-macam dengan suami.huhuhu.Okla.Salam hujung minggu semua.Sebelum tu semoga segala urusan berkaitan kehilangan pesawat MAS MH370 dipermudahkan.amin...Moga ada keajaiban yang berlaku.Insya Allah.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved