ads

Selasa, 11 Mac 2014

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


ongkili bidas &#39;projek impian sabah&#39; dap <b>di kota marudu</b> - i love marudu

Posted: 25 Jan 2014 11:29 PM PST

KOTA KINABALU, 22 Dis (Bernama) -- Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Datuk Seri Dr Maximus Ongkili membidas projek sistem air graviti berharga
RM20,000 oleh DAP di Kampung Samparita Laut, Kota Marudu sebagai bukanlah
sesuatu yang sensasi, tambahan pula datangnya daripada sebuah parti yang besar
dan kaya.

Ongkili berkata sungguhpun usaha itu lebih baik daripada tiada langsung,
tetapi DAP melakukannya atas kepentingan politik dan menyebarkan agenda politik
mereka untuk mengelirukan rakyat dan mengecam segala usaha yang dibuat kerajaan.
Bagaimanapun katanya tiada projek sistem air graviti yang memberi manfaat
kepada 200 penduduk di Kampung Samparita Laut, melainkan bagi kira-kira 20 rumah
dengan penempatan baharu.

"Jika pembangkang mahu membantu, mereka dialu-alukan berbuat demikian
memandangkan ada banyak tugas bagi setiap orang untuk membantu kumpulan
berpendapatan rendah di kawasan bandar dan luar bandar.

"Saya pernah melakukan perkara yang sama di banyak kampung ketika kami dalam
pembangkang. Tetapi akhirnya, hanya Barisan Nasional (BN) yang benar-benar boleh
melaksanakannya, pembangunan berterusan, terutama untuk penduduk luar bandar di
Sabah," kata Ongkili dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebaliknya, Ongkili yang juga anggota Parlimen Kota Marudu mendesak DAP
melaksanakan lebih banyak projek seumpama itu di kawasan dikuasai pembangkang
seperti di Moyog, Bingkor, Kapayan, Kadamaian, Penampang dan bahkan di Kota
Kinabalu.

Beliau berkata Kota Kinabalu juga mempunyai kemiskinan bandar di bahagian
tengah dan di pinggir bandar raya itu, termasuk kawasan setinggan yang
sebahagian besarnya menyokong pembangkang.

Ongkili berkata masih banyak tugas yang perlu dilakukan untuk membangunkan
kawasan luar bandar Sabah dan kerajaan negeri bersama-sama badan bukan kerajaan
sedang berusaha memenuhi keperluan itu.

Khamis lepas Penasihat DAP Lim Kit Siang melancarkan projek pertama Impian
Sabah membina sistem air graviti di Kampung Samparita Laut.

-- BERNAMA
SZA GR KLS ROS
12/22/2013 17-05ST

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved