ads

Selasa, 22 April 2014

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


REVIEW HOTEL <b>DI KOTA KINABALU</b>, SABAH - GaDiS KaMPuNg <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2014 02:55 AM PDT


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebelum aku pergi ke Sabah opkos la antara salah satu ciri yang penting adalah mencari hotel. Setelah baca review di blog-blog macam ampa baca sekarang akhirnya aku memilih One Borneo Tune Hotel dan J-Residence. 
Malam pertama dan kedua adalah di Tune Hotel One Borneo. Masa aku survey tanya kawan-kawan yang duduk Sabah dan pernah ke Sabah, diorang kata hotel ni jauh. Tapi bagi aku ok jer.. Tak la jauh mana sebab pemandangan di tepi jalan buat kita leka. OTW ke sana akan lalu persisiran pantai lebih kurang macam dekat area Queensbay dan Seagate. So kalau nak berhenti amik angin pantai pon OK.
Kalau duduk area bandar KK aku rasa lagi serabut sebab banyak kenderaan. Kelemahan nak ke Tune Hotel ni satu jer kalau masa tak kena kita akan terperangkap dalam jammed tapi still bergerak la. Maybe sebab time aku pergi tu memang cuti sekolah dan juga hari kerja. 
Memang puas hati la dengan Tune hotel ni. Tak ada la kecik sangat. Cuma time housekeeping jer macam tak kena. Waktu petang time aku dengan suami dok berehat dia datang ketuk pintu tanya nak ke tak. Aku suruh dia amik sampah dan sapu jer la rambut yang berguguran hahaha...
Gambar bilik tak sempat snap sebab sampai jer keluar kan barang-barang jadi kalau amik gambar nampak barang kami jer so tak payah snap huhuhu...
Harga bilik pulak RM 110 aku hanya amik aircond 12 jam dan toileteries. RM 110 untuk 2 malam. murah sangat dah tu. Sesuai untuk bajet kecik. 
Dan yang bestnya dia berkembar dengan One Borneo Mall. So malam tu pergi Giant jumpa sahabat baik aku yang tinggal dekat Tower B One Borneo. Kat semenanjung tak jumpa kat Sabah plak jumpa. Tu pon kebetulan dapat tau dia dok Sabah, skali aku bagitau duduk Tune Hotel memang dekat la dengan dia. =)
Bilik ni panas kalau buka kipas sahaja. Nasib baik amik aircond. Kalau kedekut sangat memang berpanas la gamaknya. So jangan kedekut dan pandai-pandai la jimat penggunaan aircond. =P
Hotel kedua yang dipilih adalah J-Residence di Kundasang. Dalam 300 meter ke Kinabalu Park. Memang dekat sangat. Suasana kat sini sejuk gilerrr... Malam-malam tidur siap lapik 2 selimut lagi dan berlengan kan laki #ehhh =P. Laki aku lagi la menggigil dah la spesis cekeding hahaha.....

Aku amik house 1 sebab rasa privasi sikit. Nama pon honeymoon kan hahaha... Kalau house 2 berkembar lebih sesuai dengan yang datang 2 atau 3 buah family sebab dia satu balcony. Kalau nak tau lebih lanjut boleh ke web: J.Residence

Rate plak aku dapat RM 88 semalam sebab datang time weekdays.

Ni antara suasana di House 1. 


Layan DVD jer sebelum tidur

Siap ada balcony kecik. Udara sini memang nyaman. Yela kaki Gunung Kinabalu kan ;)



Kemudahan yang disediakan adalah:
  • Hot Shower
  • Summer House (Multi-pupose Area)
  • LCD TV with DVD Player
  • House keeping service
Bau dari bilik ni agak kuat, ye la diperbuat daripada kayu so memang ada bau sikit la. Tapi tak la ketara sangat. Diorang pun ada letak air-freshner Dan bila malam macam-macam bunyi ada maybe sebab kayu yang mengembang bila malam. Cuma agak seram juga la hahaha... Laki bini macam tercengang juga bila dengar bunyi gitu huhuhu. Selain itu jalan time nak turun memang agak tinggi so memang berdoa la kereta viva tak buat hal hihihi... Yang lain semua terbaik. 
Jadi aku suggest la 2 hotel ni untuk ampa try terutamanya yang bajet kecik macam aku hehehe... Hotel dah review nanti aku review kereta sewa plak. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved