ads

Selasa, 15 Januari 2013

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


my tok ki: <b>di KUDAT</b> Mariner

Posted: 04 Jan 2013 04:44 AM PST

Mama bergaya di Mariner tempat parking  leisure boat di Kudat Mariner Resort and Golf resort KUDAT..........Jalan jalan SABAH cuti sekolah Dis 2012....nak pergi tip of Boreneo lepas niiiiii..JOMMMMM
--

Regards.  Have a nice day.

LT COL AMRAN MOHAMAD RMAF

2 AIR DIV HQ

FT LABUAN

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


sabahkini.net: MAMPUKAH PKR TEWASKAN SHAFIE <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 04 Dec 2012 05:56 PM PST



REBUT…Nazmahwati (kanan) Vs Dr Zamri (kiri) bakal 'berebut' Calon Parlimen Semporna untuk menentang Shafie Apdal
KEMUNCULAN muka-muka baru dalam dunia politik Pakatan Rakyat, terutama Parti KeAdilan Rakyat (PKR) di Semporna agak mengelirukan kepada para penyokong setempat.
Mengimbau sejenak senario politik di Semporna yang pernah menggemparkan ahli-ahli  UMNO dan penyokong parti-parti komponen BN apabila muncul wanita muda berusia 30-an yang bercita-cita besar untuk menentang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Parlimen Semporna pada PRU-13.
Cita-cita yang begitu tinggi telah menjadi tandatanya di kalangan rakyat Semporna kerana mereka curiga bagaimana wanita muda ini mampu menumbangkan Naib Presiden UMNO yang menjadi 'Qarun; di zaman pemerintahan UMNO setelah menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang menjadi lubuk emas dan telah menjadi Ahli Parlimen Semporna selama tujuh  penggal itu.
Wanita muda yang dimaksudkan itu ialah Nazmahwati Walli iaitu Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna yang menawarkan diri untuk bertanding pada PRU 13 atas tiket PKR bagi menentang 'suami' artis terkenal, Shafie Apdal.
Kemunculan Nazmah dalam arena politik, khususnya PKR Cabang Semporna memang mendapat sokongan 70 peratus daripada penduduk-penduduk yang tinggal di pesisiran pantai dan kepulauan yang telah diabaikan oleh ADUN-ADUN BN/UMNO dalam segala segi termasuk prasarana dan hak asasi.
Penulis yang terus mengikuti perkembangan dan perjalanan politik PKR di Semporna menyaksikan sendiri kenapa semangat Nazmah membuak-buak setelah melihat kecurangan yang dilakukan oleh semua Wakil Rakyat UMNO di Semporna.
Namun semangat Nazmah mungkin terhalang kerana muncul beberapa pesaing yang menawarkan diri untuk mewakili Pakatan Rakyat kerana masing-masing mempunyai niat yang berlainan kerana walaupun tidur sebantal, tetapi mimpi lain-lain.
Antara calon yang digelar pengacau daun termasuklah Dr Zamri Habi yang cuba menangguk di air keruh dan menahan lukah di pergentingan sehingga berusaha untuk meminggirkan mereka yang telah berjuang mengorbankan wang ringgit, masa dan kesetiaan selama ini seperti Nazmah.
Dalam hal ini, sebaiknya Zamri mengelakkan perpecahan berlaku dalam PKR Semporna  dengan menawarkan diri bertanding menentang Datuk Nasir Tun Sakaran, Datuk Ramlie Marhaban atau Datuk Herman; dan membiarkan Nazmah bertanding menentang Shafie Apdal.
Mungkin rakyat Sabah curiga dan bertanya mampukah Zamri atau Nazmah menumbangkan Shafie yang sudah terlalu banyak menabur bakti dan 'wang' kepada seluruh rakyat Semporna selama 7 penggal; terutama agehan projek pembangunan yang menjadi buruan Ketua Cawangan, kontraktor dan majoriti pengundi?
Majoriti pengundi tidak yakin Zamri akan menolak tawaran jutaan ringgit yang mungkin ditawar Shafie agar menarik diri (sudah menjadi lumrah kepada calon pembangkang di Semporna); tetapi mereka cukup yakin Nazmah tidak mampu dibeli dengan wang ringgit atau projek oleh Shafie.
Apapun terpulanglah kepada kebijaksanaan pengundi Semporna sama ada mahu mengekalkan BN/UMNO terus bertapak di Semporna sehingga beberapa generasi 'Sikubung' akan datang atau menukar baju baru?

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


SUMPAHAN POLITIK MENYEBABKAN BANJIR <b>DI KOTA BELUD</b>

Posted: 12 Jan 2013 12:00 AM PST

Banjir sekali lagi melanda daerah Kota belud. Tentu yang paling sibuk, bukan rakyat yang terpaksa berpindah atau dipindahkan tetapi pemimpin politik yang mula menunjukkan keperhatinan kononnya hidup dan mati mereka adalah membantu rakyat. Sedangkan banjir yang berlaku hampir saban tahun setelah penutupan sungai Tempasuk dan pembinaan jalanraya Bypass KB-Kudat yang sehingga kini belum selesai pembayaran pampasannya adalah angkara pemimpin bermata satu ini.
Lahirlah hujah-hujah mereka, kononnya banjir adalah ketentuan tuhan, sedang mereka menafikan bencana yang berlaku itu baik dilaut atau didarat adalah kerja tangan-tangan manusia. Kerja tangan dan akal yang tidak berpaksi kepada nilai luhur membela nasib penduduk.
Dalam kedekatan RU 13 ini, tanyalah penduduk kampung yang terlibat dengan banjir ini, apa puncanya? budak darjah 3 pun pandai menjawab, kerana sungai kg Wakap dan Labuan yang 'dimatikan' ekoran penutupan sg Tempasuk yang dipesongkan dari laluan asalnya. Banyak Kampung 'tenggelam' ekoran bencana akal manusia ini.
Pembinaan Jalan Raya Byass KB- Kudat, sinonim dengan aliran sungai Tempasuk ini. Perkampungan dihilir 'menderita' dengan bencana hakisan. Dimana kawasan paling parah ketika banjir di KB..Jawabnya di sepanjang jalan Byass ini. Siapa yang terlibat? mereka yang tidak diberikan pampasan setimpal dengan harga tanah pusaka mereka. Pejuang seorang wartawan ditakut-takutkan sehingga ditukar nun jauh di kota Matropolitan. Semuanya ini orang KB tahu. Sebab itu setiap kali banjir, kata mereka KB terkena sumpahan politik.
Rakyat tidak ada harta yang bertimbun, jauh kalau ada kereta gelap ninja dan super ninja king yang melawat mereka setiap kali bencana melanda seumpama ini. Hanya satu undi bakal memilih ada PRU 13 ini. Jangan kerana satu undi KB akan tenggelam terus, angkara sumpahan politik.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


m6 miracle: LAWATAN M6 <b>DI KENINGAU</b> SABAH

Posted: 27 Sep 2012 05:21 AM PDT

                 LAWATAN M6 DI KENINGAU SABAH 

           BOOM...BOOM...BOOM SABAH

                                         TERIMA KASIH WARGA KENINGAU SABAH
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved