ads

Sabtu, 25 Jun 2011

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


SEMPURNAKANLAH…..<b>SEMPORNA</b>! | RontogDaily.Com

Posted: 15 Jun 2011 12:11 AM PDT

Hello… Semporna!. Dalam keghairahan pembangunan, pembinaan pelbagai kemudahan yang memanifestasikan keamanan yang dikecapi masyarakat kita seringkali mengundang kealpaan. Pembinaan bangunan dan gedung-gedung perniagaan tentu sahaja mempamerkan kemakmuran ekonomi yang dijelmakan oleh keyakinan para pemodal terhadap prospek ekonomi yang terhidang. Bangunan yang serba indah didirikan. Peluang-peluang perniagaan dijana dan retorik wujudnya peluang pekerjaan yang melimpah ruah dijaja ke hulu ke hilir oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Ironinya, keadaan ini hanya menyedapkan halwa mata memandang. Realiti yang berlaku dalam putaran ganas kehidupan tidak pernah mengambilkira retorik dan omongan kosong. Situasi inilah yang berlaku dalam masyarakat kita, khususnya di Semporna. Bangunan-bangunan baru tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Tidak mengira kawasan daratan atau tepi lautan, bangunan yang tentunya menempatkan gedung-gedung perniagaan milik pemodal-pemodal berkapasiti besar. Lantas, apakah nasib yang menimpa kelompok yang berinisiatif untuk membawa keluarga keluar dari kepompong kemiskinan. Para peniaga kecil-kecilan yang tentunya menjadikan  perniagaan kecil-kecilan yang mereka jalankan sebagai sumber utama pendapatan untuk menyara keluarga, persekolahan anak-anak dan sebagainya.

Langkah mewujudkan gerai-gerai perniagaan secara tetap dan tersusun tentunya suatu langkah yang bijak dan harus diberi pujian. Sungguhpun langkah ini sepatutnya telah lama diwujudkan oleh pihak-pihak yang berkenaan, namun inisiatif baru ini tentunya melegakan para peniaga kecil-kecilan khususnya, yang selama ini berniaga di tempat dan premis yang tidak terurus, usang dan tentu sahaja tiada kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air. Kita tentunya berharap, sebagaimana harapan para peniaga ini agar pihak-pihak berwajib turut mewujudkan hub-hub perniagaan kecil-kecilan seperti gerai-gerai tersusun ini di lokasi-lokasi lain yang strategik.

Lokasi gerai tersusun dan teratur di Taman Sem Paul ini bukan sahaja menyediakan tempat yang baik dan selesa untuk para peniaga, lebih dari itu, kewujudan gerai-gerai ini tentunya akan mengubah landskap pemandangan para pengunjung dan pelancong sama ada tempatan atau pelancong asing. Berbanding binaan gerai sebelum ini yang dibuat daripada kayu, memperlihatkan pemandangan yang usang, tidak tersusun dan kotor, gerai-gerai tersusun yang baru ini tentunya memberikan manfaat kepada banyak pihak. Selain para peniaga yang tersenyum lebar kerana bakal berniaga di tempat yang lebih selesa, pihak berkuasa tempatan juga bakal mendapat manfaat langsung sama ada dalam bentuk cukai atau usaha mengubah lanskap daerah Semporna ini secara khususnya.

Namun dalam keghairahan menyediakan kemudahan-kemudahan seperti ini, pihak-pihak yang berkenaan juga tidak seharusnya 'terlupa' menguruskan beberapa perkara penting. Pertamanya, pengeluaran dan pemberian lesen-lesen perniagaan khususnya yang menggunakan gerai-gerai serba baru ini harus diuruskan secara telus dan profesional. Seringkali kewujudan kemudahan seperti ini dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Apabila pengeluaran lesen dan kebenaran menggunakan kemudahan ini diperolehi oleh individu yang tidak menjalankan perniagaan sebenarnya. Pihak yang berkenaan pula 'mengalibabakan' gerai perniagaan ini kepada pengusaha sebenar. Akhirnya, peniaga sebenar terpaksa menanggung cukai yang tidak perlu.

Bukankah lebih elok jika peniaga sebenar yang telah lama menjalankan perniagaan kecil-kecilannya dilokasi ini diberikan keutamaan memiliki lesen berkenaan. Jika selama ini mereka sanggup bertahan menjalankan perniagaan sungguhpun dengan keadaan yang sangat daif, maka adalah sangat tidak bermoral untuk memberikan lesen berkenaan kepada individu yang hanya tahu mengaut keuntungan daripada jerit perih peniaga yang bersungguh-sungguh menjayakan kehidupan keluarganya.

Kedua, harus juga diwujudkan sistem untuk membolehkan pemantauan dijalankan oleh pihak-pihak berwajib agar penyewa-penyewa premis ini benar-benar menjalankan perniagaan mereka. Sistem itu kelak bukan sahaja memantau para peniaga semata-mata, malah juga memastikan segala kemudahan yang ada tidak diubahsuai sewenang-wenangnya oleh pihak-pihak berkenaan. Kemudahan yang ada juga boleh diselenggarakan dengan baik andai wujud sistem yang baik dan telus. Lebih dari itu, mekanisme pemungutan hasil cukai ke atas peniaga-peniaga ini juga diwujudkan agar tidak berlaku ketirisan yang akan merugikan pihak yang berkenaan.

Ketiga, projek ini juga harus dikendalikan secara profesional dan dijadikan 'bahan kajian' untuk mengumpul data-data tertentu yang akan memanfaatkan pengurusan pihak berkuasa tempatan. Melalui pengurusan yang profesional itu, bukan sahaja menaikkan imej pihak berkuasa tempatan sebagai agensi yang berautoriti, tetapi juga memungkinkan inisiatif baru boleh diperkenalkan dan sekaligus membudayakan tabiat inovasi dan kreativiti dalam kalangan pihak-pihak yang berkenaan. Paling penting lagi, 'pengalaman' yang dikutip daripada pengendalian gerai baru ini kelak, akan menyediakan maklumat berharga seandainya pihak berkenaan merencana hub-hub seumpamanya dilokasi yang lain pula.

Semoga inisiatif ini boleh dimanfaatkan. Kombinasi pihak berkuasa tempatan, para peniaga serta juga orang ramai yang berurusan dengan kawasan ini nati akan mendapat manfaat secara langsung daripada kejayaan projek ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


Vlog 4 – Teluk Ambong <b>Di Kota Belud</b> (Video HD) | my.Mustaffa

Posted: 21 Jun 2011 09:00 AM PDT

punya potensi utk dimajukan tu.. sayang kemudahan tak ada..

tapi harap2 tak derlah dibikin highway di situ, sudah alam gitew.. huhuhu..

itu jalan mau ke mana itu bah? ada kampung apa di depan tu bah?
Entri Terbaru maza ..Wordless Wednesday – Lepak King

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Lleah Ayeisa Co.: Collextion of awsome korean tops, lower price <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2011 06:55 PM PDT













































For more info about thesize & price , click Lleah Ayeisaco. Thanks so much. =)

These are ready stock item.

Postage are now only on tuesday & thursday.

Price are exclude postage.

Thanks, :)
Lleah Ayeisaco.

==================================================

Ini adalah barangan stok sedia ada.

Pengeposan kini hanya pada hari selasa & khamis.

Semua harga tidak termasuk kos pos.

Terima kasih, :)
Lleah Ayeisaco.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


QUE bukan HAIDAR: praktikal <b>di</b> Hospital <b>Beluran</b>, Sabah.

Posted: 06 Jun 2011 07:03 AM PDT

hye sayang! selamat hari isnin~ heheh. sepatutnya benda ni kena ucap waktu pagi kan? biarla! malam pon boleh.:)
hari ni panas giler ok! beryogurt ketiak! muahahha. kat dalam kelas cepat cepat cari seat yg sejuk~ baru la ada selera mau belajar~ heheh.(padahal online di blkg) :p

ehem..

baru je tadi berwebcame dengan laki masa depan aku~ untuk pengetahuan korang bulan depan aku praktikal di Beluran. pada yg tahu, beluran tu pendalaman... so, tak da line 3g kot~ so kena la biasakan diri dengan webcame..

huh~ perasan aku lepas dapat tahu dapat praktikal sana? tak yah cakap la ~ mmg sedih gila~ meraung raung dalam toilet dan nangis nangis kol emakk... emak aku pun terkejut aku kena pendalaman.. lama tu beb.. 7bulan disana.. ntah mampu ka aku nnt..:(

tapi buat masa ni aku tak mau la pikir sangat pasal tu. sebab takut mggu study aku.... tapi kadang kadang teringat juga... terus rasa sebak.

itu la akibatnya kalau diri terlalu terbiasa dengan moden... tengok wayang, main bowling, makan shushi, burger king, Wifi~ oh mennn!!! kat sana tak da tu semua~~~ tak pa takpa! dapat juga jimat duit kalau tinggal disana .. kan kan? =__="

tapi beluran tak la buruk sangat ba~ ada juga letrikk.. ada juga air.... nda juga pendalaman sangat~~:')

dannn yang penting aku akan berjauhan dengan en tunang aku.... tu yg paling tak tahan tu... selama ni paling lama 1 minggu kami tak jumpa.. tak perna g berjauhan lama lama gni... yaAllah... hebat betul ujian Allah ni,,.:(

dannnnn~~~ kucing kucing aku juga aku akan rindu !!! tapi aku plan nak bawa seekor nnt pi sana... harap harap dibenarkan.. tgkla macam mana nnt~:)

ok, mau smbung mau buat assgment dulu... bye bye! nnt mau cerita pasal kucing aku, Fufu.. ada berita baik nak gtaw! hehehhe.:)

bye~
my heart say:: alhamdulillah~ lens aku laku..:)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


sabahkini.net: DEMONSTRASI HARAM USBO <b>KUNAK</b>?

Posted: 24 Jun 2011 11:44 AM PDT


Oleh : IBRAHIM TABIR

ANGKATAN Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK-PKR) mempersoalkan tindakan Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu (USBO) di Kunak yang membuat demonstrasi aman di dalam kawasan balai Polis Kunak baru-baru ini.

Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi berkata, beliau difahamkan bahawa USBO yang juga salah satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kunak pada 15 Jun lepas telah membuat Laporan Polis untuk membantah Perhimpunan Bersih 2.0 di Semenanjung yang dijadual mahu diadakan 9 Julai ini.

"Saya juga mahu tahu sama ada Pengerusi Usbo Kunak ada mendapat permit Polis untuk berkumpul dan membawa kad manila yang mengandungi beberapa perkataan difahamkan mereka (Usbo) itu membantah perhimpunan Bersih 2.0 di Semenanjung", tanya Citra yang mahu supaya Pengerusi USBO memberi penjelasan terperinci apa sebenarnya maksud mereka berkumpul sehingga kira-kira lima puluh orang dan kemudian berada di Balai Polis Kunak pada 15 Jun lalu dan membuat laporan Polis berkenaan 'Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau BERSIH'.

Beliau memberitahu wartawan di sini sebagai mengulas tindakan USBO Kunak yang diketuai oleh Pengerusi cawangannya, Abdul Rahim Wahab bersama kira-kira lima puluh anggota pertubuhan itu mengadakan demonstrasi aman di IPD Kunak untuk membantah penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0

"Jika USBO benar-benar menentang tindakan BERSIH untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini, mengapa mereka (USBO) dalam masa sama tidak menentang cadangan Pemuda Umno yang juga difahamkan mahu mengadakan perhimpunan pada hari yang sama (9 Julai) nanti?," kata Citra yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Kunak.

Kata Citra, adakah USBO sebagai pertubuhan bukan kerajaan telah mendapat permit Polis untuk adakan demonstrasi aman di kawasan balai pada 15 Jun lalu itu?

Dalam masa sama, kata Citra, jika BERSIH tidak mendapat sebarang permit polis untuk mengadakan perhimpunan, mengapa pertubuhan NGO seperti USBO di Kunak boleh berkumpul atau berhimpun seolah-olah mereka adalah 'pertubuhan berkecuali' yang tidak perlu memperoleh permit polis untuk berhimpun beramai-ramai?

Pada 15 Jun lepas, USBO Kunak yang diketuai oleh Pengerusinya, Abdul Rahim Wahab bersama anggota membawa lima Kad manila yang bertulis perkataan;

"Kami ahli-ahli USBO Kunak sentiasa menyokong kepimpinan negara",

"Demonstrasi BERSIH merosakkan kedamaian masyarakat dan negara..",

"Jangan huru-harakan negara Malaysia",

"Kami berdiri teguh dengan kerajaan", dan

"Kami menentang demonstrasi BERSIH"..

Hari yang sama itu, Pengerusi USBO Kunak membuat laporan Polis di IPD Kunak dengan tujuan untuk membantah tindakan BERSIH yang mahu mengadakan perhimpunan 2.0 di Semenanjung pada 9 Julai depan.

"Apa yang memeranjatkan ialah, tindakan USBO Kunak mengadakan perhimpunan aman di Balai Polis pada 15 Jun lalu juga boleh dianggap sebagai perhimpunan haram jika tiada permit Polis", tegas Citra.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved