Terus melangkah ke tempat menarik seterusnya di Sabah!
Poring Hot Spring yang terletak di Ranau. Setakat hari ini poring Hot Spring di Ranau ni adalah poring yang lain dari lain yang pernah aku pergi tapi aku baru pergi 3 4 tempat je pun.
Apa yang menarik kat poring di Ranau nie ialah dia bukan sahaja tempat air panas semulajadi malah kat situ ada jugak ada TropicalGarden, Orchid Center, Taman Rama-Rama, Canopy Walkway dan WaterFall. Aku takde la pergi semua tempat-tempat di atas Kita orang satu family cuma try Canopy Walkway ja walaupun mak aku seorang yang gayat.
Nak Mendaki menuju ke Canopy Walkway tu aku tak pasti jumlah jaraknya tp yang aku tahu berpeluh ketiak aku weih. Mula-mula aku confident je masa mendaki tapi letak ja kaki kat canopy walkway tu zurpppppppp darah terus naik sampai kat kepala tetibe serta merta aku rasa nk terkucil tahap kat ujung2 tanduk puas aku kepitttttt jangan bg terkeluar, kaki pulak dah mula ketaq tapi berlakon cool malu kat jantan-jantan Sabah kat belakang kita orang tu. 1st laluan tak panjang sangat 2nd laluan panjang sikit 3rd laluan mak aiiiii panjangnya serius mulut aku tak berhenti selawat n mengucap takut tetiba tali tu putus alhamdulillah selamat sampai :)
Masa nie tgh pujuk mak untuk naik
Macam-macam stail pujuk ada
Setelah 15minit pujuk akhirnya mak kata ok :)
Tiket masuk ke Canopy Walkway
Rm3.00 utk pemegang Mykad
Dibuka dari jam 8am sampai 4pm
Bayaran masuk untuk yang lain aku xpasti
Permulaan mendaki bermula
Permulaan Canopy Walkway bermula
Tak silap aku nie laluan kedua
bayangkan sendiri laluan ke3 panjang mana
Budak gemok nie la yang paling semangat sekali
Abah nie nampak je macam tak gayat dalam hati sapa tahu
Mak mengambil masa setengah jam untuk memulakan langkah pertama
sambil menagis dan aku kira sure dah terkencing2
Kolam air panas yang paling panas
menggelegak macam air baru masak
Tab-tab air panas untuk org berendam
konsep sapa cepat dia dapat
kalau takde kosong kene tunggu org abis berendam
-Bye-
_________________________________________________________________________
AKU:
Adik aku ajak try Canopy Walkway kat Taman Negara
Sumpah!! sumpah aku tak mau
dekat situ lagi scary dia punya Canopy semua tali dgn tangga-tangga pun tali pegang ja dah goyang kemain
-muCux-