ads

Isnin, 2 April 2012

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


Pameran DCA Wilayah II 2/2012 <b>di</b> Dewan Sri Antanom, <b>Tenom</b> <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2012 04:15 AM PDT

On 28.03.12 by dahri | Activities |

Atas jemputan Pejabat Pelajaran Daerah Tenom dan dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Daerah Tenom, pada 26hb Mac 2012 Unit Pameran DCA Wilayah II SABAH telah bertolak ke daerah tersebut untuk mengadakan pameran dan ceramah kerjaya sempena seminar pendidikan dan kerjaya 2012 untuk pelajar lepasan SPM 2011. Pameran tersebut diadakan pada 27hb Mac 2012 di Dewan Sri Antanom, Tenom.

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


mazlienorinah™: KETIDAKSAMARATAAN YANG SEMAKIN KETARA

Posted: 26 Mar 2012 11:07 AM PDT

Permulaan untuk kali ini, saya memohon maaf sekiranya ada pendapat dan pandangan saya yang sedikit mengusarkan banyak pihak dalam parti. Percayalah, jiwa saya masih dengan UMNO, dan saya percaya ada ramai lagi yang sebaya dengan saya di luar sana yang sama fikiran dengan pandangan dan pendapat yang akan saya nukilkan sebentar nanti. Jiwa membangkang dalam parti itu seharusnya lebih dilihat secara positif oleh kepimpinan daripada melayan terus karenah pembangkang yang kadang-kadang seakan memperlekeh kemampuan kerajaan dengan membangkang itu dan ini.
Tidak tahu mana puncanya. Seolah-olah Mengkabong dan Berungis yang masih antara mukim terbesar di Tuaran, seakan-akan hilang dalam kerancakan aktiviti pembangunan di Tuaran. Ketika mukim-mukim lain begitu rancak dengan pelbagai aktiviti dan program memajukan fizikal dan rohaniah penduduk, Mengkabong & Berungis dilihat hanya sebagai pelengkap senarai mukim-mukim di daerah Tuaran. Jangan cerita penyusunan semula mengkabong, jangan cerita bangunan kedai tiga (3) tingkat di Simpang Berungis, itu bagi saya sekadar mengaburi mata. Hakikatnya, ada yang lebih penting dari itu, yang tiada di Mukim Berungis dan Mukim Mengkabong. 
Bermula dengan deretan Program Juara Rakyat yang tidak pernah singgah di Berungis dan Mengkabong, malah tidak pernah pun sampai ke Giling atau Nongkolud, membuktikan ada sesuatu yang tidak kena dengan penganjuran Program Juara Rakyat di Tuaran.Pemilihan tempat yang tidak pelbagai dan berulang-ulang kali serta perjalanan program yang kurang kreatif menjadikan Program Juara Rakyat tidak dirasai sepenuhnya oleh seluruh lapisan masyarakat Tuaran amnya, sehingga ada suara-suara yang memperlekeh program UMNO Tuaran yang kita sanjung dan pertahankan setiap hari, seakan-akan program UMNO ini sekadar melengkapkan jadual bulanan tanpa memfokuskan penglibatan masyarakat Tuaran yang sebenar. Prestasi 2011 yang mana Juara Rakyat tidak sampai kepada setiap masyarakat Tuaran menyebabkan ada yang melabelkan program itu sebagai program syok sendiri UMNO Tuaran yang menyakitkan telinga kita sebagai penyokong tegar UMNO di Tuaran, atau lebih tepat ORANG UMNO di Tuaran. Ini keadaan yang kita perlu sama-sama fikir bagaimana untuk menjadikan program ini supaya tidak dirasakan sebagai program syok sendiri oleh masyarakat Tuaran, dan terus dilabel sebagai kumpulan yang menghabiskan duit rakyat oleh barisan buta tulih pembangkang. 
Cadangan awal tahun yang meletakkan daerah-daerah mengundi sebagai fokus utama untuk Program Juara Rakyat pada tahun 2012 seakan-akan tidak menjadi kenyataan apabila pemilihan tempat yang sama juga menjadi pilihan penganjur seperti tahun sebelumnya, sedangkan ada tempat lain yang belum pun dijejak oleh Program Juara Rakyat di daerah Tuaran dan seperti biasa, masyarakat dari daerah mengundi yang lain dijemput beramai-ramai datang semata-mata untuk meramaikan program. Ini bukan memburukkan UMNO Tuaran, tetapi seperti ada yang tidak kena dalam program-program berguna yang diatur oleh UMNO Pusat untuk dianjurkan oleh setiap bahagian. Perkara ini samalah ertinya dengan program-program kerajaan pusat yang gagal direalisasikan oleh jabatan-jabatan seperti yang sepatutnya, sekaligus gagal sampai kepada rakyat. Kesannya bukan pada jabatan atau kepimpinan bahagian tetapi kepada kerajaan keseluruhannya yang mana UMNO menjadi tunjang utama. 
Saya berpeluang untuk menghadiri satu program RISDA di Dewan Persidangan Majlis Daerah Tuaran pada 21 MAC 2012 yang lalu, yang mana saya sendiri tidak tahu menahu apa sebenarnya program tersebut sehinggalah saya sampai ke tempat pendaftaran dan mengetahui bahawa ianya adalah Seminar Pembangunan Usahawan RISDA dan Penyampaian Sumbangan Pengerusi RISDA Kepada NGO di Sabah. Antara NGO di Tuaran yang menerima sumbangan ialah : 
2. JKKK Kg. Pulau Simpangan, 
5. JKKK Kg. Kegayungan, 
8. Persatuan Rekreasi Pejabat Daerah Tuaran dan 
9. Lembaga Pengelola SAR Kg. Serusup Tuaran.

*renung2kan di mana kedudukan kampung-kampung di atas dalam daerah Tuaran.

Saya tidak tahu jumlah sebenar sumbangan tapi saya percaya ianya sekitar RM3,000 - RM 5,000. Persoalannya, kriteria apa yang dinilai oleh pengurusan yang mengatur penerima sumbangan sehinggakan lebih sepuluh (10) JKKK di Mengkabong dan lima (5) di Berungis tidak termasuk NGO yang lain tidak langsung satu (1) pun tersenarai dalam senarai penerima. Mungkin sebab tiada tanah getah di Mengkabong dan Berungis yang digunapakai sebagai alasan, tetapi kenapa perlu Persatuan Rekreasi Pejabat Daerah Tuaran dan Lembaga Pengelola SAR Kg. Serusup pula yang tersenarai? Lembaga Pengelola SAR , boleh lagi diterima, tetapi Persatuan Rekreasi Pejabat Daerah Tuaran ni apa perlunya? selama ini pun saya tidak pernah dengar persatuan ini masuk mana-mana kampung di daerah Tuaran. betul kan saya kalau saya silap. Jadi rasional kah pengagihan sebegitu yang kita tahu diurus oleh UMNO Bahagian Tuaran? Nyata Mukim Mengkabong dan Mukim Berungis [mencecah 6,000 jumlah pemilih] hanya sekadar pelengkap dan digunakan untuk meramaikan mana-mana program dan aktiviti di daerah mengundi yang lain dan jauh sekali untuk diberi peluang untuk mendapat hak dan peluang untuk menganjurkan Juara Rakyat mengikut acuan sendiri. Sama-sama kita doakan yang baik-baik untuk parti kesayangan kita, UMNO, sayang seribu kali sayang jika setiap program yang diatur oleh pusat gagal mencapai matlamat yang sepatutnya, disebabkan semangat "KITEI-KITEI JO" yang lebih tebal, dari semangat SATU MALAYSIA.........sekian, terima kasih....

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Panggilan Temuduga <b>di Kota Kinabalu</b> - AkuAnakLabuan™

Posted: 27 Mar 2012 04:11 AM PDT

So, last thursday I went to Kota Kinabalu for a job interview on Friday morning. Then, I attended my cousin's wedding on Saturday and got back home to Labuan at the end of last week. Hence, the long hiatus.
Tak banyak peristiwa menarik yang berlaku. Jadi, aku cerita pasal pengalaman sepanjang perjalanan je la. Perjalanan menaiki bot laju dari Labuan ke Pelabuhan Menumbok mengambil masa selama 20 minit. Kalau menaiki feri penumpang lebih kurang 1 jam 30 minit tempoh perjalanan. Manakala, tempoh perjalanan menaiki bas ekspress ke Kota Kinabalu dari Menumbok mengambil masa lebih kurang tiga jam. Tambang bas ekspress KK-Menumbok-KK ni adalah RM14.
Sampai di Kota Kinabalu, aku terus cari bangunan syarikat yang yang bakal interview aku pada esok harinya iaitu hari Jumaat. Kalau anda orang Sabah, bangunan tu bersebelahan bangunan Sabah Tourism, berdekatan bekas bangunan dengan lukisan graffiti, dan tidak jauh dari Suria Sabah Shopping Mall.

Boleh kata proses interview tu berjalan dengan lancar. Sekiranya ada rezeki aku dengan syarikat ini, kemungkinan besar bakal ditempatkan di tapak projek di sebuah bandar bahagian Pantai Timur Sabah untuk menggantikan seorang Jurutera Tapak yang bakal berpindah kerja. Mungkin. Kalau ada berita gembira, aku akan selitkan dalam blog nanti. Kalau tiada, aku buat entri lain. hahahaha.
Jumaat malam tu selepas interview jam 9 pagi, aku ikut abang sepupu aku balik kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku di Beaufort. Majlis tu diadakan pada pagi Sabtu esok harinya. Jadi, Jumaat malam tu jugak aku bersengkang mata tolong apa-apa yang patut sampai jam 4 pagi untuk majlis perkahwinan sepupu aku. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar pagi tu.
Kemudian, pagi Ahad esoknya baru aku balik Labuan menaiki bot laju. Tambang bot laju untuk orang dewasa adalah RM15. Manakala, feri penumpang RM5. Aku nak sampai Labuan cepat, jadi naik bot laju. Balik rumah cepat-cepat, boleh ganti tidur yang tak cukup.
All in all, it has been quite hectic last week. Jadi, minta maaf kalau ada rakan blogger yang masuk blog ni, blogwalking atau sebagainya, tak sempat lagi nak balas jejak korang. Insya Allah, akan dibalas secepat mungkin. Malam ni nak main badminton dulu. hehehehe.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


BUGIS <b>SABAH</b> MESTI ADA WAKIL <b>DI</b> DALAM RCI DAN <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2012 06:40 PM PDT

Beberapa artikel penulis sebelum ini mendapat respon dari pembaca di Sabah. Namun pagi ini, penulis tersentak membaca artikel di bawah. Bagaimanakah YB Jimmy Wong, DAP, Sri Tanjung boleh diberi harapan permohonannya menjadi Anak Negeri Sabah. Bagaimanakah masyarakat Bugis Sabah yang sudah beratus tahun atau berpuluh tahun yang lahir di Sabah, ibu bapa mereka lahir di Sabah, ibu bapa mereka berada di Sabah sebelum tahun 1957, atau sebelum tahun 1963, atau ibu bapa mereka yang bekerja dengan Kerajaan British di Sabah, bersekolah dari Tadika hingga bekerja dan banyak lagi kategori...apakah beza mereka ini dengan YB Jimmy Wong ini.

Baca Laporan berita di bawah,

Akuan batal Sijil Anak Negeri ADUN Sri Tanjong dikemukakan


KOTA KINABALU 28 Mac — Lembaga Pegawai Sabah yang dilantik Yang Dipertua Negeri telah mengemukakan perakuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sri Tanjong daripada, Jimmy Wong.
Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, lembaga berkenaan telah melakukan siasatan, penelitian dan perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri ahli DAP tersebut atas beberapa faktor.
Beliau berkata, ini termasuk maklumat keturunan yang dituntut Wong sebagai Sino-Kadazan adalah bercanggah dengan salasilah keturunannya yang sebenar.
"Tidak ada setitikpun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh Jimmy Wong kerana ibu bapanya adalah daripada keturunan Cina, sebagaimana yang tercatat dalam sijil lahirnya.
"Sebab itu, Lembaga Pegawai mendapati Jimmy Wong telah tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64)," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah semalam.
Bagaimanapun, Hajiji berkata, keputusan lembaga itu hanya dapat dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan Disember lepas. — BERNAMA
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penulis ingin mencadangkan supaya wakil-wakil Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS), Bugis Sabah, Persatuan Rumpun Melayu Bugis Malaysia, Kecapi dan lain-lain NGO Bugis supaya mengambil bahagian di dalam RCI (Suruhanjaya Siasatan DiRaja) dan Mahkamah Anak Negeri Sabah. Kedua-dua saluran ini akan memberi banyak keuntungan kepada masyarakat Bugis di Sabah.
Hanya pandangan penulis, kita mestilah akur kepada peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan. Jika Rexy Mainaky dari Indonesia, Yuan Yu Fuang dari China dan banyak lagi yang diberi taraf kerakyatan Malaysia kerana sumbangan mereka kepada negara Malaysia, maka anda yang sememangnya layak sudah tentu tidak mempunyai masalah. Hanya nasehat penulis, ikuti segala peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved