10 di semporna - Google Blog Search |
Sabahdaily: Mampukah PKR Menang <b>Di Semporna</b>? Posted: 05 Dec 2012 02:35 PM PST KEMUNCULAN muka-muka baru dalam dunia politik Pakatan Rakyat, terutama Parti KeAdilan Rakyat (PKR) di Semporna agak mengelirukan kepada para penyokong setempat. Mengimbau sejenak senario politik di Semporna yang pernah menggemparkan ahli-ahli UMNO dan penyokong parti-parti komponen BN apabila muncul wanita muda berusia 30-an yang bercita-cita besar untuk menentang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Parlimen Semporna pada PRU-13. Cita-cita yang begitu tinggi telah menjadi tandatanya di kalangan rakyat Semporna kerana mereka curiga bagaimana wanita muda ini mampu menumbangkan Naib Presiden UMNO yang menjadi 'Qarun; di zaman pemerintahan UMNO setelah menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang menjadi lubuk emas dan telah menjadi Ahli Parlimen Semporna selama tujuh penggal itu. Wanita muda yang dimaksudkan itu ialah Nazmahwati Walli iaitu Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna yang menawarkan diri untuk bertanding pada PRU 13 atas tiket PKR bagi menentang 'suami' artis terkenal, Shafie Apdal. Kemunculan Nazmah dalam arena politik, khususnya PKR Cabang Semporna memang mendapat sokongan 70 peratus daripada penduduk-penduduk yang tinggal di pesisiran pantai dan kepulauan yang telah diabaikan oleh ADUN-ADUN BN/UMNO dalam segala segi termasuk prasarana dan hak asasi. Penulis yang terus mengikuti perkembangan dan perjalanan politik PKR di Semporna menyaksikan sendiri kenapa semangat Nazmah membuak-buak setelah melihat kecurangan yang dilakukan oleh semua Wakil Rakyat UMNO di Semporna. Namun semangat Nazmah mungkin terhalang kerana muncul beberapa pesaing yang menawarkan diri untuk mewakili Pakatan Rakyat kerana masing-masing mempunyai niat yang berlainan kerana walaupun tidur sebantal, tetapi mimpi lain-lain. Antara calon yang digelar pengacau daun termasuklah Dr Zamri Habi yang cuba menangguk di air keruh dan menahan lukah di pergentingan sehingga berusaha untuk meminggirkan mereka yang telah berjuang mengorbankan wang ringgit, masa dan kesetiaan selama ini seperti Nazmah. Dalam hal ini, sebaiknya Zamri mengelakkan perpecahan berlaku dalam PKR Semporna dengan menawarkan diri bertanding menentang Datuk Nasir Tun Sakaran, Datuk Ramlie Marhaban atau Datuk Herman; dan membiarkan Nazmah bertanding menentang Shafie Apdal. Mungkin rakyat Sabah curiga dan bertanya mampukah Zamri atau Nazmah menumbangkan Shafie yang sudah terlalu banyak menabur bakti dan 'wang' kepada seluruh rakyat Semporna selama 7 penggal; terutama agehan projek pembangunan yang menjadi buruan Ketua Cawangan, kontraktor dan majoriti pengundi? Majoriti pengundi tidak yakin Zamri akan menolak tawaran jutaan ringgit yang mungkin ditawar Shafie agar menarik diri (sudah menjadi lumrah kepada calon pembangkang di Semporna); tetapi mereka cukup yakin Nazmah tidak mampu dibeli dengan wang ringgit atau projek oleh Shafie. Apapun terpulanglah kepada kebijaksanaan pengundi Semporna sama ada mahu mengekalkan BN/UMNO terus bertapak di Semporna sehingga beberapa generasi 'Sikubung' akan datang atau menukar baju baru? Oleh: SHAIMON S JUMADI (sabahkini) |
sabahkini.net: AHLI POLITIK ASLI Vs JADI-JADIAN <b>DI SEMPORNA</b> Posted: 06 Dec 2012 07:53 PM PST TERDAPAT beberapa orang yang bersedia menawarkan diri menjadi pemimpin dan bakal bergelar Yang Berhormat (YB) jika menang dalam PRU-13, tetapi ada di antara mereka tidak mempunyai hati yang tabah serta kesabaran yang jitu dalam mengharungi liku-liku perjuangan di persada politik tanah air. Malangnya ada di antara mereka tidak mahu menerima teguran, malah terus melenting apabila saya menyorot senario politik Semporna melalui artikel 'mampukah PKR Tewaskan Shafie Di Semporna?' pada 5 Disember 2012 lalu yang disiarkan di Sabahkini.Net. Natijahnya, kelmarin saya menerima beberapa panggilan telefon dari Semporna yang tidak mahu memperkenalkan diri mereka, sebaliknya menggertak dan mendakwa saya membuat berita itu berbaur hasutan dan melaga-lagakan antara Nazmahati Walli dengan Dr Zamri Abdul Habi; dua tokoh yang bersaing untuk menjadi calon PKR menentang Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada PRU-13 di Parlimen Semporna. Dalam berita yang saya tulis, menyatakan perjuangan Nazmahwati yang sudah lama dalam PKR; bukan sahaja mengorbankan seluruh tenaga, bahkan banyak wang ringgit dibelanjakan untuk menawan hati rakyat di Semporna; harus diambil kira dari semua sudut perjuangannya oleh pucuk pimpinan PKR Pusat dan Negeri. Kalau Nazmah yang menjadi ahli politik sepenuh masa mempunyai cita-cita untuk menawarkan diri bertanding pada PRU 13 melawan Shafie, maka sewajarnya diberikan peluang bagi mencoba keupayaannya bertarung dengan 'Gergasi Semporna' kerana kalah menang adat perjuangan. Sementara Ahli Politik bermusim atau 'Jadi-Jadian' seperti Dr Zamri boleh bertanding di kerusi DUN Sulabayan atau Senallang atau Bugaya bagi mengelak perebutan kerusi dan sabotaj di antara satu sama lain kerana masing-masing mempunyai hala tuju untuk menumbangkan calon-calon BN/UMNO pada PRU 13 nanti. Secara jujur saya katakan, PKR di Cabang Semporna memang telah lama berkonflik dan berlaku tikam menikam antara satu sama lain; antara Ahli Politik 'Asli' dengan Ahli Politik Jadi-Jadian sehingga berpuak-puak dan terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Tahir Ariffen, Kumpulan Nazmahwati dan Kumpulan Dr Zamri. Selama tiga bulan pemerhatian saya di Semporna, tiga puak ini tidak pernah bersatu; malah saling bersaing mengadakan ceramah politik pada hari yang sama, tetapi di tempat yang berlainan demi untuk menunjukkan pengaruh masing-masing; sehingga membingungkan saya mahu memilih lokasi untuk membuat liputan. Tidak keterlaluan saya katakan, Dr Zamri dan Tahir agak sombong berbanding dengan Nazmahwati yang sering menghubungi saya setiap kali ada aktiviti sehingga saya berkempatan melawat ke kawasan perkampungan di persisiran pantai dan kepulauan yang terpinggir dari arus perdana pembangunan negara sekalipun mempunyai dua menteri penuh. Pada hemat saya, jika mereka berhasrat untuk menumbangkan BN/UMNO di Semporna, mereka hendaklah menerima hakikat untuk bersatu dan sehaluan dengan menyingkirkan sikap berpuak-puak serta meningkatkan azam dengan nawaitu yang sama; iaitu untuk menumbangkan Shafie Apdal, Nasir Sakaran, Ramlie Marhaban dan Hj Herman, malah sesiapa sahaja yang diturunkan BN pada PRU-13. Saya tidak bermasksud untuk mengajar ketam berjalan lurus, malah sekadar melontarkan pandangan ikhlas saya sebagai wartawan yang sudah hampir 36 tahun menghidu betapa haring dan hancingnya dunia politik Sabah, iaitu sejak di zaman kerajaan BERJAYA lagi. |
You are subscribed to email updates from di semporna - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |