ads

Khamis, 1 Mac 2012

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Mangsa Bot Karam <b>Di Kudat</b> Ditemui | Al-Ziyad News

Posted: 06 Feb 2012 11:33 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KOTA KINABALU – Setelah tiga hari menjalankan operasi mencari dan menyelamat, mangsa bot karam di antara perairan Kampung Tampakan dan Kampung Limau-Limauan, Kudat, Sabtu lalu akhirnya ditemui penduduk ...

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Isuzu Dura-Mission <b>di Sandakan</b> « the Touch of Cikwiduri

Posted: 24 Feb 2012 02:32 AM PST


Salam…

Hari nie tiba2 pula bagi salam. Tapi tak salah kan.. heheheh..

Kali ini aku nak kongsi pengalaman sewaktu mengikuti kembara atau event daripada Isuzu.

Pernah dengar Isuzu Dura-Mission ? Ha… itu lah event motoring yang paling sempoi aku pernah follow.

Pada tahun  ini, Isuzu pilih jalan yang santai, lepak2 saja untuk media test trak pikap D-Max. Laluannya dari Sandakan ke Tawau sejauh 618 kilometer.

Sebelum ini, Isuzu pilih Sarawak.. dari Ba'Kelalan ke Maliau Basin pada 2009. Masa tu lagi hardcore jalannya. Lagi best!

Tapi bagi aku yang 1st time pegang stereng trak pikap nie… memang best la. Memang pick up lah! Hehehe…

Tapi agak sedih sebab semasa di Semporna.. aku test untuk discover scuba diving (dsd).. kecewa! aku fail! reason? aku panik dalam air! Hahahah.. sian sungguh aku. Snorkeling pun aku fail. reason? aku tak pandai berenang! Hehehehe..

Namun syukur pada Allah.. aku dah ke Sandakan, Mabul, Sepilok, Tabin, Tawau..

Thanks to Isuzu for shared the moment with us (media).

Story tentang test drive Isuzu D-Max akan keluar pada 28 Feb 2012 manakala story tentang Sandakan akan menyusul selepas itu. So dapatkan Harian Metro di sisipan Variasi untuk tengok tempat menarik di Sandakan.

Promote lak dah! Hehehehe…

Di Pulau Mabul, Sabah

3.139003 101.686855

Advertisement

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


HFMD Terkawal <b>Di</b> Sabah - Rosnah

Posted: 28 Feb 2012 01:06 AM PST

PAPAR – Jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sabah masih terkawal, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Rashid Shirlin pada Selasa.

"Kita telah bersedia di semua peringkat negeri termasuk Jabatan Kesihatan negeri untuk membendung penyakit ini supaya tak merebak secara berterusan," katanya kepada pemberita di sini.

Pada masa yang sama, Rosnah meminta ibu bapa agar menjaga kebersihan anak-anak mereka bagi membendung wabak itu daripada berleluasa.

Media baru-baru ini melaporkan jangkitan HFMD di Sarawak meningkat secara mendadak sehingga empat kali ganda dalam tempoh tujuh minggu pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lepas.

Sementara itu, Rosnah yang juga Anggota Parlimen Papar berkata setakat ini, seramai 14,000 penduduk di Papar telah menerima bantuan di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Parlimen Papar telah membuat pembahagian BR1M sebanyak tiga kali dan ini merupakan fasa yang ketiga untuk kawasan Parlimen ini," katanya yang ditemui selepas menyampaikan bantuan itu kepada 35 warga emas di Rumah Warga Tua Sri Pritchard di Kinarut, di sini. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Blog | Rompakan Bersenjata <b>Di Ranau</b> - elwenes.com

Posted: 13 Apr 2011 08:58 AM PDT

Seorang pemilik kebun Rafflesia di Kampung Poring, Daerah Ranau telah dirompak oleh dua orang perompak bersenjatakan parang pada 11.4.11 kira-kira jam 9.30 pagi . Perompak menggunakan Wira warna biru dengan nombor pendaftaran palsu WFT9871. Mangsa sedang keseorangan di pondok masuk kebun Rafflesia ketika dirompak. Beg tangan berisi wang dan sebuah kamera telah dirompak. Mengikut maklumat, kumpulan perompak ini ada kaitan dengan Geng Benje.
Lokasi mangsa dirompak
Hari ini sebuah Viva warna silver dengan nombor pendaftaran SD 680 F yang kemungkinan palsu juga disyaki ada kaitan dengan kegiatan merompak. Sesiapa yang melihat kenderaan ini diminta berhubung dengan pihak polis yang berdekatan dengan segera. Untuk anda yang berada di Daerah Ranau boleh menghubungi Balai Polis Daerah Ranau - Tel: 088-875222.

P/s Marilah kita sama-sama berganding bahu untuk membenteras perompak yang tidak berkeperimanusiaan ini.

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Penduduk Tambanuo <b>di</b> Kampung Minusuh, <b>Kinabatangan</b> kecewa

Posted: 01 Mar 2012 05:59 AM PST

Wilster Lawrance, said that his kampung and seven others here are left far behind without good roads, electricity and still do not have clean water supply even though pipes were finally installed about six months ago.
According to State Reform Party (STAR) leader, James Ait, who visited the kampungs last week, even Lawrance the pengerusi JKKK seemed to have given up hope on the government, and that he was under extreme pressure to defend the ruling government.
"In my two-hour discussion with Lawrance on the well being of the Tambanuo people in the areas, he told me his own frustration for not being able to compel the government to resolve various development issues and also land-related matters.
"The chairman confided in me that he was very disappointed at the poor situation in his areas, furthermore he being the Parti Bersatu Sabah (PBS) senior leader was asked to look after, besides Minusuh, seven other kampungs namely Minusuh, Namukon, Maliau, Tampasak, Liupampang, Mananam and Napagang," Ait said in a statement today.
According to Ait, while it is a pleasant news for him that many in the areas are now turning to STAR for guidance and leadership, he was sympathetic to Lawrance who was being deserted by the ordinary orang kampung.
Kuamut is one of the areas in Sabah where land-grabs had been reported and that many natives are already being displaced by big palm oil plantations. Kinabatangan itself is notorious for the fact that illegal immigrants now outnumber the locals.
Ait said some of the land applications of the Tambanuo's had been lodged for 20 years but they never got answer. However outsiders and companies are allotted huge lands for palm oil plantation everywhere in Kinabatangan which is as big as the whole state of Pahang in Peninsular.
"The Tambanuo youths are restless now, there are no jobs, no opportunities for them... They do not enjoy the fruit of their grandparents' labour. This is pathetic." said Ait.
Ait quoted Lawrance who said: "I do not blame the people if they support the opposition this time. What i want from the state government is come over here and listen to us and do something for our kampungs and the natives before it is too late".






10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Kaunter khas BR1M <b>di Keningau</b>

Posted: 19 Feb 2012 03:03 PM PST

KENINGAU 19 Feb. – Seramai 11,236 orang ketua isi rumah bagi kawasan Bingkor dan Liawan dekat sini sudah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500 bagi setiap penerima sehingga proses agihan fasa keempat bantuan tersebut hari ini.

Pegawai Daerah Keningau, Amat Mohd. Yusof berkata, proses pembayaran BR1M secara tunai itu dilakukan di pusat agihan pada hujung minggu dan di lokasi yang jauh dari bank.

Katanya, langkah itu bagi memudahkan penerima menunaikan baucar tanpa menunggu masa yang lama untuk ke bank yang dilantik, apabila urus setia menyediakan kaunter khas pembayaran oleh bank yang dilantik oleh kerajaan.

"Memang ada penerima yang senarai namanya tidak termasuk di kawasan tempat mereka tinggal, tetapi tersenarai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) lain dalam daerah ini.

"Sehubungan itu, saya menasihatkan mereka yang belum menerima surat tawaran BR1M untuk membuat semakan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pejabat Daerah Keningau bagi memudahkan mereka menyemak senarai nama dan mengetahui kawasan pusat pengagihan yang telah ditetapkan," katanya di sini hari ini.

Amat berkata demikian selepas meninjau pengagihan BR1M fasa keempat di Dewan Masyarakat Keningau itu.

Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Sairin Karno dan Pemaju Mukim Lingkudau, Amir Jani.

Proses agihan fasa keempat berjalan lancar dengan lebih 600 ketua isi rumah menerima baucar serta wang tunai RM500 di kaunter bayaran yang dibuka oleh pengurusan Bank Bumiputera Commerce (CIMB) Cawangan Keningau.

Sairin berkata, setiap penerima yang sudah mendapat BR1M dinasihat menyampaikan maklumat yang tepat kepada ketua isi rumah di kampung masing-masing yang belum berbuat demikian agar peka terhadap jadual agihan dan menuntut bantuan tersebut di kaunter penerimaan.

Beliau berpuas hati dengan proses agihan yang berjalan lancar dan mendapat kerjasama baik daripada petugas di semua pusat agihan bantuan itu.

"Saya harap tempoh agihan BR1M akan dilanjutkan agar semua masalah berhubung bantuan ini dapat diatasi, termasuk yang belum tersenarai, tetapi masih boleh mengemukakan dokumen sokongan pada bila-bila masa," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


LAWATAN TIM DEVOSI KERAHIMAN ILAHI KSFX KE <b>NABAWAN</b> <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2012 07:05 AM PST

NABAWAN- Sempena nama gerejanya Kerahiman Ilahi maka Tim Kerahiman Ilahi dari KSFX telah membuat lawatan ke gereja tersebut pada 10 Feb 2012 sambil memberi serba sedikit ceramah tentang Devosi ini. Seramai 38 orang mengikuti rombongan tersebut yang diketuai oleh Rev. Fr. Justin Joannis, SJ juga selaku Pembimbing Rohani Devosi Kerahiman Ilahi ini. Sebelum memulakan perjalanan, rombongan berkumpul di Chapel Sakramen Maha Kudus KSFX untuk berdoa bersama yang dipimpin oleh Fr. Justin.

Ketibaan rombongan di Kg. Bahagia (Gereja Kerahiman Ilahi) pada jam 5.15 petang telah disambut oleh Pengerusi saudara Palawat Kerion dan Timbalan Pengerusi Cikgu Nora beserta umat.

Katekis Rita Titing terlebih dahulu memimpin doa pembukaan kemudian disusuli dengan ceramah oleh Rev. Fr. Justin Joannis SJ yang menyentuh tentang Pemantapan Iman. Manakala Tim Kerahiman Ilahi menyampaikan ceramah berkenan dengan Devosi Kerahiman Ilahi. Selepas sesi ceramah, sesi perkongsian dan soal jawab oleh umat di Kampung Bahagia.

Sesi ceramah tentang Devosi Kerahiman Ilahi diperkongsikan oleh Sdri. Mary Intang.
Mengapa harus berdoa setiap jam 3 petang? Dalam pembahagiannya menjelaskan bahawa perlunya berdoa pada masa itu kerana kita memperingati akan kewafatan Juruselamat Kita Yesus Kristus pada jam 3 yang juga adalah saat akhir hidup Yesus di bumi. Beliau turut menjelaskan 3 perkara penting kita berdevosi Kerahiman Ilahi iaitu; pertama, kita berdoa untuk orang-orang yang berdosa; kedua, merenungkan kesengsaraan Tuhan Yesus dan; ketiga, demi mengalahkan kejahatan syaitan.

Melalui perkongsian Saudari Annie Leong pula, wakil Tim Devosi Kerahiman Ilahi KSFX, doa yang disertai dengan penuh kepercayaan pasti didengar oleh Tuhan menurut kehendakNya. Beliau mengongsikan pengalaman seorang kawannya yang hampir menemui ajalnya kerana penyakit tenat, telah berjuang dalam Devosi Kerahiman Ilahi agar dapat melihat kelahiran cucunya sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir dan ternyata Tuhan mendengarkan permohonannya. Selang beberapa tahun beliau pun kembali kepada Tuhan.

Program berakhir pada jam 10.30 malam. Melalui lawatan tersebut umat mengharapkan agar adanya kunjungan seterusnya yang melalui aktiviti seperti itu dapat membantu mereka untuk terus memperkembangkan iman.

Denis Zeno

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved