ads

Jumaat, 27 Julai 2012

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


PKPIM-SISMA Sabah Perkukuh Tautan <b>Di</b> Bumi Pandiwan

Posted: 23 Jul 2012 07:21 PM PDT

KEM IQRA SIRI KE-4 KG PANDIWAN , NABAWAN

~ Sedamai Bumi Pandiwan, Secekal Penghuninya Mencari Ilmu Tuhan~

Alhamdulillah , setinggi kesyukuran pada pemilik sekalian langit dan bumi, selesai sudah kembara Program Iqra' di kampung Pandiwan, Nabawan untuk siri ke-4  pada 13- 15 Julai 2012 yang lepas. Program yang dilahirkan atas usaha gigih salah seorang anak muda ,anak jati bumi Pandiwan yang mahukan pencerahan , mencari erti  sebenar saya sebagai Islam.Subhanallah, hebatnya jiwa muda itu.

'Kecil tapak tangan ,nyiru kami tadahkan', menyahut keinginan dari saudara-saudara Islam di bumi yang dahagakan ilmu, Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA) mengambil inisiatif untuk berkolaborasi bersama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) untuk turun kelapangan , demi  berkongsi keindahan penghayatan sebenar sebagai seorang muslim.

Kolaborasi pasukan fasilitator dari semenanjung dan Sabah, telah berjaya melaksanakan  program Iqra' ini sebanyak empat  siri  yang bermula dari hujung tahun 2011 dan berakhir  Julai 2012. Antara intipati utama yang dibawa dalam program Iqra' adalah penekanan pada amali solat,  bacaan iqra dan konsep toharah  (penekanan pada wudhuk dan tayamum) yang melibatkan semua golongan penduduk Kampung Pandiwan.

Program Iqra siri ke-4 yang merupakan siri terakhir di bumi Nabawan, menekanan kepada pengulangan ilmu-ilmu yang sudah dipelajari dari siri sebelumnya dan  kesedaran untuk terus istiqamah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Bersempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak , penduduk kampung didedahkan dengan   ilmu asas berkaitan puasa. Besar harapan untuk kami melihat , segala ilmu yang dikongsi melalui siri-siri sebelum ini, menjadi asas kekuatan untuk warga penduduk  Kampung Pandiwan berjuang di medan peperangan nafsu dalam gelanggang Ramadhan yang akan tiba beberapa hari sahaja selepas program ini.

Pengakhiran Program Iqra' siri 4 di bumi Nabawan, bukanlah bermakna terputus terus usaha-usaha untuk terus menyuburkan bumi Nabawan dengan keindahan ilmu-ilmu Allah. Atas keperluan ini, fasilitator telah berjaya mengenal pasti beberapa orang pejuang muda yang berpotensi  yang akan  dilatih dan digilap dalam program khas bersama SISMA ABIM Sabah untuk menjadikan mereka sebagai perantaraan untuk program-program seterusnya yang dikendalikan sendiri oleh anak jati bumi Nabawan demi memastikan usaha-usaha pencerahan  Islam  terus segar dan bepanjangan.

Akhir kalam, moga usaha yang sedikit kolaborasi antara SISMA ABIM Sabah dan PKPIM mampu membawa sinar baru Islam di bumi Nabawan. Setinggi penghargaan kepada ABIM Sabah dan  beberapa sahabat dari  Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sebagai pendokong yang sangat kuat di sebalik kejayaan siri-siri program Iqra' di Kampung Pandiwan , Nabawan, tidak dilupakan juga barisan fasilitator dari SISMA ABIM Sabah dan PKPIM  yang sanggup berjuang demi mencari redha sang Pemilik Alam. Moga usaha kita yang sedikit ini mendapat tempat disisi Allah s.w.t.

" Tidak sempurna iman seseorang muslim itu jika tidak mengasihi saudara muslimnya yang lain sebagaimana menyayangi diri sendiri"

Siti Sabariah Ahmad
Exco GEMPA PKPIM
Sesi 2012/2013

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Awan Pelik <b>Di Kota Kinabalu</b> | Cik Azizah

Posted: 13 Jun 2012 05:30 PM PDT

SubhanAllah! Kota Kinabalu digemparkan dengan kejadian awan yang berbentuk luar biasa, jarang sekali kita melihat awan seperti ini sebelum ini dan mungkin belum pernah pun. Awan aneh terbentuk pada jam 7:50 hingga 9:15pagi 12 Jun 2012. Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan. Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah
Ada beberapa gambar awan aneh tersebut, semoga kita dijauhkan dari segala musibah. Sesungguhnya, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.

Punca kejadian adalah dipercayai daripada taufan yang sedang melanda filipina. Taufan yang kedua sedang menuju ke arah negara Filipina mungkin adalah penyebab kejadian awan pelik di bahagian Pantai Barat Sabah berlaku.
Apa yang merisaukan jijah adalah suami jijah ketika itu sedang belayar di Pantai Barat Sabah. Semoga dirinya dan krew kapal selamat dari di landa musibah. Semoga dirinya di bawah lindungan Allah SWT. Amin..

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Portal Rasmi SK Sugud <b>Penampang</b>: JAMUAN MAKAN MALAM <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2012 06:27 AM PDT




di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Pejabat Perhubungan <b>Negeri Sabah</b>

Posted: 16 Jul 2012 12:00 AM PDT

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur seperti berikut :

1 PembantuTadbir(P/O)N17
2 Pembantu Am Pejabat N1

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN DAN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan: 27/7/2012

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved