Freemason sudah wujud di Malaysia sejak sebelum merdeka lagi. Cuma tidak didedahkan, alasannya? ntahlah.. saya pun tidak tahu. MayB sebap organisasi ni memang penuh rahsia dan seperti yang semua maklum, cara organisasi ni bergerak sangat halus..so paham la... atau juga organisasi ini memang telah meresap ke dalam pentadbiran dan di lindungi oleh ''seseorang'' yang berpengaruh? siapa tahu kan.
Salah satu tempat freemason bertapak adalah di Kota Kinabalu, Sabah. Ehh biar betul?? Ya memang betul.. Mungkin ada yang tidak perasan akan kewujudan freemason ni. Lokasi yang strategik iaitu berada di kawasan Bandar Kota Kinabalu berhampiran Karamunsing Shoping Complex. Saya suda mengetahui hal ini suda lama. Saja nak share untuk pengetahuan umum.
Sangat pelik kerana jarang terlihat kelibat orang di kawasan dewan tersebut. Adakah gerakan mereka hanya pada waktu malam? Subuh? Atau hanya akan ada perjumpaan pada tarikh-tarikh tertentu? Ntahlah nanti la kita siasat sama-sama ar.
Melihat Keadaan dewan yang sunyi, tanpa pengunjung, sentiasa tertutup, umpama tempat tidak berpenghuni, terlindung oleh papan tanda iklan yang besar (mungkin senaja di pasang bagi mengaburi) tidak hairan lah, mungkin ada diantara penduduk Kota Kinabalu yang langsung tidak perasan akan kewujudan organisasi freemason ini.
Teringin juga masuk dalam dewan ni melihat apa yang ada dan apa yang mereka lakukan, tapi mungkin baik tak payah masuk, tanpa iman yang kuat takut kita terpengaruh pula. Ya la, untuk pengetahuan semua, ahli-ahli freemason ni bukan orang cikai-cikai, kebanyakan dari golongan elit, dato-dato, kira orang-orang atasan la. Sedangkan orang-orang atasan pun boleh terpengaruh, menjadi ahli freemason "siapa la juga sia ini, hanya urang biasa, kuli-kuli sahaja" takut pula plak terpngaruh sama :D itu pun kalau boleh masuk, ingat pasar ikan ka tu suka hati mau masuk-masuk.. lupakan keinginan mu itu nak. Mari sini tulung mama tanam ubi tua.. ok off topic merepek suda…
So tanpa membuang masa jom layan gambar di bawah, biar gambar menceritakan segalanya..
TAPI APA ITU FREEMASON boss?
Itu la kau boss,, sebut jak free semua ko mau sapu, klu makanan kompom berbaris suda kau itu paling depan-depan..... lagi-lagi kalau BR1M.. kompom sesak lembaga Hasil oleh ko sija sturang. Tapi ini bukan cerita politik punya..ini pasal Dunia, ini bukan free mcm yang ko sangka tu boss, memang free la juga, tapi kalau ko ambil..memang rugi, free yang merugikan...haha
Ok secara ringkasnya FREEMASON adalah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini Wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat). Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung (Supreme Being).
Freemasonry ditubuhkan secara rasmi oleh tokoh Yahudi, Adam Wishaupt di Kota London, 1717. Ia kemudian diperkuat oleh Albert Pike , seorang general Amerika (1809-1891). Intisari gerakan Freemason ialah:
1. menghapus semua agama,
2. menghapus sistem keluarga
3. mengkucarkacirkan sistem politik dunia
Hasil drpd gerakan ini telah mencetuskan tiga perang dunia, tiga revolusi (termasuk revolusi Perancis), melahirkan tiga gerakan utama (Zionisme, Komunisme, dan Nazisme)
Rujukan: Bernard E Jones, 1982. Freemason's Guide and Compendium. London & Henley, Harrap Ltd
Prinsip dan aktiviti utama
Freemason seringkali dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli Freemason, persatuan mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana sesetengah aspeknya adalah sulit. Pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih kepada "persatuan yang mempunyai rahsia". Aspek sulit dalam persatuan moden ini adalah pengiktirafan sesama ahli dan sesetengah elemen ritual. Walaupun ia sebuah organisasi yang pelbagai, kerja amal masyarakat dan memelihara persaudaraan sesama ahli masih menjadi perkara pokok.
Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.
Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an. Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu.
Untuk pertanyaan lanjut KLIK SINI :) taip key-words, apakah freemason..kompom akan menjawab segala persoalan.. Kesimpulannya, saya bukan ahli freemason dan juga bukan pengkaji freemason, hanya mengikuti perkembangan tentang freemason dengan tujuan agar tidak terjebak secara halus mahupun kasar. Akhir sekali dari pesanan penaja, JANGAN TERJEBAK DENGAN ORGANISASI NI!!! BAIK KITA P SOLAT BERJEMAAH DI SURAU RAMAI-RAMAI...ISLAM ITU INDAH... k bai..