ads

Khamis, 19 September 2013

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Pengganas sulu tidak ada kaitan kes culik sembilan lelaki <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2013 07:07 AM PDT

by AMIR ANUAR. Posted on August 30, 2013, Friday

TAWAU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menafikan dakwaan wujudnya hubungan antara kes penculikan terbaru di Semporna melibatkan sembilan mangsa di perairan Silapak Selasa lepas dengan pengganas Sulu.

Menurutnya, hasil risikan dan kerjasama daripada pihak berkuasa di negara jiran menunjukkan kumpulan bersenjata yang mendalangi insiden penculikan itu sudah dikenalpasti sebagai perompat laut biasa.

"Setakat ini, kita sudah mengenalpasti dua kumpulan perompak laut dan siasatan lanjut mengenainya masih dijalankan sebelum tindakan lanjut diambil," katanya sambil mengesahkan kumpulan terlibat bergiat di perairan berhampiran dua negara ini.

Hamza berkata masyarakat khususnya penduduk di sekitar Pantai Timur Sabah tidak perlu bimbang ataupun khuatir dengan keselamatan mereka kerana keadaan di negeri ini berada dalam situasi terkawal dan selamat.

Menyentuh mengenai kes terbabit, beliau berkata insiden Selasa lepas melibatkan kes rompakan beberapa barangan berharga seperti wang tunai dan telefon bimbit yang dianggarkan bernilai sekitar RM1,300 dari kapal nelayan.

"Kita harap masyarakat tidak perlu takut atau bimbang dan percaya dengan khabar angin yang mengatakan bahawa negeri ini berada dalam ancaman bahaya dari pihak luar, kerana secara kasar terdapat lebih 10,000 anggota keselamatan ditempatkan di negeri ini," katanya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas menghadiri sesi Pembaharuan Lesen Senjata Api Pistol 2013/2014 di IPD Tawau di sini kelmarin menegaskan pada tahun ini juga menyaksikan indeks jenayah berjaya diturunkan buat tahun keempat berturut-turut.

Mengulas lanjut, Hamza meminta masyarakat khususnya pemimpin setempat untuk membantu memberi penerangan kepada orang ramai berhubung isu keselamatan di kawasan masing-masing berasaskan sumber yang sahih dan disahkan pihak berkuasa.

"Sekarang pasukan keselamatan kita diperkuatkan dengan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom), tentera, Pasukan Gerakan Am, Angkatan Tugas Bersama, Pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Nelayan dakwa ditahan sekumpulan lelaki <b>di</b> perairan Silapak <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2013 07:25 AM PDT

SEMPORNA – Seorang nelayan mendakwa beliau dan lapan lagi nelayan lain ditahan sekumpulan lelaki bersenjata di kawasan perairan Silapak, Semporna.

Menceritakan kejadian itu, Muhammad Asri berkata dia dipaksa menaiki sebuah bot yang membawa sekumpulan lelaki bersenjata yang memintanya menunjukkan jalan ke Pulau Mabul kononnya ada keluarga mereka yang berkahwin di sana.

"Ketika itu, saya bersama dua abang ipar menangkap ikan di perairan Silapak, berhampiran Pulau Bum-Bum sebelum kami dihampiri bot kumpulan lelaki itu pada kira-kira 7 petang," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Beliau berkata, bagaimanapun ketika dalam perjalanan ke Pulau Mabul, kumpulan itu meminta bot yang mereka naiki pergi ke Pulau Kapalai apabila melihat lampu yang cerah di pulau itu dan diberitahu bahawa ia merupakan tempat pelancong asing.

Apabila hampir tiba di Pulau Kapalai, anggota kumpulan itu memakai topeng dan mengeluarkan senjata, tetapi ketua kumpulan itu meminta pengemudi bot segera berundur bot apabila melihat terdapat sekumpulan anggota keselamatan di jeti pulau itu, katanya.

Muhammad Asri mendakwa bot mereka kemudian menghala ke Pulau Omadal dan dalam perjalanan itu, kumpulan lelaki bersenjata berkenaan berhenti berhampiran sebuah bot nelayan dan memaksa kesemua lapan nelayan di dalam bot itu menaiki bot mereka.

Kesemua mereka kemudian diarah terjun ke laut dan berenang menyelamatkan diri ke arah sebuah bot nelayan lain, katanya.

Lapan nelayan itu dihantar ke bot mereka semula manakala Muhammad Asri dihantar ke jeti di Semporna dan tiba di sana kira-kira jam 4 pagi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna.

Pulau Mabul merupakan salah satu lokasi pelancongan yang terkenal di seluruh dunia.

Pulau Mabul merupakan salah satu lokasi pelancongan yang terkenal di seluruh dunia.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohamad Mantek berkata kejadian itu bukan kes penculikan sebaliknya nelayan berkenaan hanya ditahan dan dilepaskan dalam tempoh 24 jam.  

Mohamad berkata laporan polis daripada mangsa mengenai kejadian itu telah dibuat dan motif kumpulan itu bertindak demikian serta jumlah keanggotaan kini dalam siasatan.

Polis sedang mengesan kumpulan itu dan rondaan pasukan keselamatan telah dipertingkat, katanya. – Bernama

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kinabatangan</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Aug 2013 11:28 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Melapor Diri <b>Di</b> 22 RAMD Kem Sri <b>Kinabatangan</b> Sandakan Sabah

Posted: 17 Jul 2013 07:59 AM PDT

Sekarang anak aku yang sudah pun jadi rekrut di ATM dan telah pulang bercuti
 hampir 2 minggu.
Beliau akan dihantar bertugas di  22 RAMD di Kem Sri Kinabatangan di Sandakan Sabah minggu depan.
Akhirnya beliau ditugaskan ke Sabah...satu-satunya tempat yang dia belum sampai lagi....
& tak tahu situasi di sana....
Beliau kena lapor diri di transit MINDEF minggu depan 22 Julai 2013 dan akan terbang ke Sabah pada keesokkan harinya....menaiki Air Asia ..(kalau aku tak silap) seramai lebih kurang 25 ++ orang akan dihantar di kem berkenaan.
Wakil Melaka kali ini hanya seorang sahaja dan selebihnya dari negeri-negeri lain.....
Kalau tak silap lebih kurang 5 tahun sepatutnya kena bertugas di kem berkenaan.
Berpisah sementara lagi aku....tapi tak per aku akan terbang ke Sandakan jika diizinkan.....(huhu.....)
Sebelum tu aku nak citer semasa di PUSASDA Kompeni Golf yang anak aku anggotai telah memenangi johan kawad untuk sessi kali ini dan mendapat hadiah sehelai tuala hijau berlogo PUSASDA, dan tuala berkenaan diberi padaku....sebagai kenangan (hehe...)
Ada blogger dari Sandakan, Sabah tak?  Nak tahu Kem Sri Kinabatangan dekat dengan laut ker....?
MP : Tengah buat kuih raya yang ke 2 untuk dibawa ke Sabah....

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


10 Gambar sekitar <b>Kota Kinabalu</b> dilanda banjir kilat ~ Tengok TV <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2013 04:22 AM PDT


KOTA KINABALU: Beberapa kawasan di Kota Kinabalu di sini hari ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat sejak jam 2.30 petang tadi dan menyebabkan kesesakan lalul intas.

Antara kawasan yang terlibat adalah Inanam, Kolombong, Luyang, Lido dan kawasan Kepayan.

KC Wong, seorang penduduk di Taman Cendawan berhampiran Lido dipetik News Straits Times berkata, paras air naik dengan cepat selepas hujan lebat sekitar tengah hari tadi.

"Banjir itu datang dalam dua inci dari mengalir ke rumah saya tetapi orang-orang di kawasan-kawasan yang lebih rendah tidak begitu bernasib baik," katanya.

Sekitar Penampang





 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved