ads

Jumaat, 24 Februari 2012

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


(Gambar) Diana Danielle Bercuti <b>Di Semporna</b> : Wassupz <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2012 05:45 PM PST

Semasa kami jenguk-jenguk laman fan page artis untuk mencari bahan untuk dilaporkan. Kami menjumpai beberapa gambar percutian oleh Diana Danielle. Kami kurang pasti sama ada ini merupakan lawatan bersama peminat atau lawatan persendirian. Namun yang pastinya lawa-lawa gambar yang diambil.

Jom cekidot gambar tersebut.

Foto: digitaldome


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • diana danielle
  • bercuti
  • gambar abby abadi bercuti 2012

Tags: ,

Category: Wassupz! Tempatan

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


BORNEO DIGEST: UCAPTAMA DATUK MUSA <b>DI KENINGAU</b> <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2012 06:22 PM PST


KENINGAU (Sabah Malaysia): Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj. Aman akan menyampaikan ucaptama di Majlis Penerangan Perdana Peringkat Zon 4 di Keningau pada 26 Febuari ini.
   Zon 4 terdiri daripada Umno Bahagian Keningau, Pensiangan, Ranau dan Tenom.
   Pengerusi majlis itu Datuk Sairin Hj. Karno memberitahu, seramai 3000 orang akan menghadiri majlis itu yang akan diadakan di Dewan Masyarakat Keningau.
   Sairin yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah memberitahu, dua kertas kerja yang masing-masing bertajuk – Dasar Kerajaan dan Pembangunan Negara serta Isu-isu semasa Negara akan disampaikan pada majlis yang diadakan seawal jam 8 pagi itu.
   Beliau berkata, majlis itu amat penting kerana banyak isu-isu yang dikupas dan dijelaskan kepada rakyat sebelum menghadapi pilihanraya ke-13, yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa daripada sekarang.
   Orang ramai khususnya yang tinggal di sekitar Keningau dan seluruh Zon 4, adalah dijemput untuk menghadiri majlis itu. 

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Indeks jenayah <b>di Kinabatangan</b> turun 30 peratus

Posted: 06 Nov 2011 03:03 PM PST

KINABATANGAN 6 Nov. – Daerah ini mencatatkan penurunan 30 peratus indeks jenayah dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Jaini Abdul Kadir berkata, sebanyak 174 kes direkodkan dari Januari hingga Oktober tahun ini berbanding 249 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

"Pada peringkat awal pelancaran kempen mengurangkan jenayah mungkin ramai yang berasa sangsi terhadap sasaran dan pencapaian Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Bagaimanapun berkat usaha gigih daripada semua pihak membolehkan tugas yang berat ini dicapai dengan jayanya dan jenayah dapat dikurangkan," jelas beliau.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Nota Persefahaman Strategik antara PDRM dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kinabatangan di sini semalam.

Turut hadir Pegawai Daerah Kinabatangan, Hashim Abdul Hamid dan Pegawai JPNIN Kinabatangan, Marry Tai.

Menurut Jaini, penurunan indeks jenayah berkenaan membuktikan PDRM telah berjaya mencapai sasaran mengurangkan kes jenayah.

Bagaimanapun katanya, penurunan itu memberi cabaran yang lebih besar kepada pihak polis untuk menurunkan indeks jenayah ke paras yang lebih rendah pada masa akan datang.

"Pada masa depan polis akan menggiatkan usaha membanteras jenayah dan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk masyarakat setempat," katanya.

Sementara itu beliau berkata, kebanyakan kes yang dilaporkan pada tahun ini berlaku di kawasan ladang kelapa sawit.

"Sebanyak 53 peratus kes dilaporkan berlaku di kawasan ladang manakala 47 peratus berlaku di kampung dan pekan," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


<b>Negeri</b> Termiskin <b>di</b> Malaysia. Kelantan VS <b>Sabah</b>? | Berita Semasa

Posted: 19 Feb 2012 08:51 PM PST

kelantan vs sabah Negeri Termiskin di Malaysia. Kelantan VS Sabah?

Kalau sebelum ini berdasarkan laporan Bank Dunia meletakkan negeri Sabah sebagai sebagai negeri termiskin di Malaysia. Itu data sekitar tahun 2010. Sekarang? 

negeri termiskin di malaysia Negeri Termiskin di Malaysia. Kelantan VS Sabah?

Kredit gambar : puadede.com

Walaubagaimanapun, maklumat dan data yang diterima oleh Datuk Najib dan memaklumkan kepada penduduk di Sabah tempoh hari, yang mana negeri termiskin di Malaysia adalah Kelantan bukannya Sabah. 

negeri termiskin Negeri Termiskin di Malaysia. Kelantan VS Sabah?

Sedutan Ucapan Datuk Najib : Negeri Termiskin di Malaysia Adalah Kelantan

Sempat juga Datuk Seri Najib Razak bermain teka-teki dengan penduduk Kampung Nala, Lahad Datu Sabah…..

Dan Datuk Najib turut bersama-sama menjawab soalan tersebut dan mengatakan Kelantan, negeri paling termiskin di Malaysia.

Kepada Datuk Najib, boleh kami rakyat Malaysia melihat data tahun 2012 yang terkini itu? Ini kerana kami cuba membuat semakan di Unit Perancang Ekonomi (EPU). Malangnya data dan statistik yang disediakan hanyalah berakhir pada tahun 2009 sahaja. Mengapa masih tidak mengemaskinikan data tersebut?

Hasil rujukan kami di laman web Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga laman web Unit Perancang Ekonomi (EPU) menunjukkan data seperti di bawah ini :

Statistik tahun 2007

negeri termiskin 21 Negeri Termiskin di Malaysia. Kelantan VS Sabah?

Statistik tahun 2009

negeri termiskin 32 Negeri Termiskin di Malaysia. Kelantan VS Sabah?

Bagi kami tidak kira di mana-mana negara sekalipun, pasti akan ada data kawasan yang kurang maju, kawasan yang maju, negeri terkaya dan negeri yang termiskin. Itu sudah pasti. Tetapi yang paling pentingnya, tidak kira mana-mana negeri sekalipun yang dikategorikan sebagai negeri termiskin di Malaysia Perdana Menteri mesti ada tanggungjawab terus bersama-sama memajukannya.

  • Kalau negeri itu meningkat daripada kurang memberangsangkan kepada yang lebih baik, kerajaan persekutuan juga yang untung
  • Kalau negeri tersebut bertambah maju, kerajaan persekutuan juga yang untung

Bukankah negeri Sabah, negeri Kelantan, negeri Terengganu, negeri Selangor, negeri Johor dan semua negeri yang lain merupakan gabungan negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan juga Malaysia? Dan sebagai seorang Perdana Menteri dan barisan kepimpinannya memang tugas dan peranannya memajukan setiap pelusuk kawasan dan mana-mana negeri di Malaysia. Apatah lagi memperlekehkan mana-mana negeri di Malaysia tidak boleh sama sekali.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved