ads

Isnin, 28 April 2014

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


DUNIA ITU: 31 rumah setinggan musnah dalam kebakaran <b>di Tawau</b>

Posted: 31 Mar 2014 10:00 PM PDT

TAWAU: Sebanyak 31 buah rumah di kawasan setinggan di Taman Dingin, Km 2 1/2, Jalan Apas di sini musnah dalam kebakaran awal hari ini.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzex berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 3.42 pagi dan tiga jentera serta dua kenderaan utiliti bersama 23 anggota tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian.

Api berjaya dikawal pada jam 5 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya empat jam kemudian, katanya dalam kenyataan di sini.

Operasi turut disertai lapan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilapor manakala punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Tawau Asnah Kassim berkata pihaknya mendaftarkan 31 ketua keluarga yang dipercayai terbabit dalam kebakaran terbabit.

Mereka membabitkan 29 rakyat tempatan dan dua warga asing, katanya. - BERNAMA

1 Apr 2014

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Gambar Budak Perempuan Mati Terkena Bola Golf <b>Di Keningau</b> <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2014 08:41 AM PST

Laman Ping.Busuk dibangunkan dan diaturcara oleh pengaturcara kami tersendiri. Sebarang kesulitan, diharap anda dapat menghubungi kami melalui email busuk.org[at]gmail ataupun melalui laman fb kami.

Online user : 1,637
Widget Aktif : 3,873
Banner Aktif : 5,528

Domain Dibenarkan: 9,401
Jumlah Artikel : 674,293

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


3 ditahan bantah GST <b>di Kota Kinabalu</b> pagi ini - Harakah Daily

Posted: 26 Apr 2014 09:55 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga orang aktivis ditahan semasa melakukan Flashmob Bantah GST di Gaya Street Kota Kinabalu kira-kira jam 11.20 pagi tadi.

Mereka yang ditangkap ialah Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Sabah, Mohf Fathihie Daimin, jurucakap Gabungan Anak Muda Menuntut Hak Rakyat Sabah (Gegar) Mohd Khairuddin Daud dan aktivis Gegar, Firman Firdaus.
 
Flashmob tersebut disertai kira-kira 30 orang yang terdiri daripada mahasiswa dan anak muda.

Menurut kenyataan Suaram, semua yang ditangkap dibawa dengan kereta peronda polis ke Balai Polis Karamunsing. Peguam Abdul Razak Jamil akan mewakili ketiga-tiga yang ditangkap.
 
Menurut Khairuddin yang turut ditangkap, pihak polis tidak membenarkan flashmob tersebut diteruskan atas alasan penganjur tidak memenuhi Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman iaitu penyerahan notis 10 hari sebelum sesuatu himpunan.

Pihak penganjur telah meminta budi bicara pihak polis untuk memberi masa 5 minit untuk flashmob tersebut diteruskan, namun belum pun cukup 5 minit, pihak polis terus menahan ketiga-tiga aktivis berkenaan.
 
Sehubungan itu Penyelaras Suaram, Syukri Razab berkata pihaknya dan Gegar membantah penangkapan itu kerana mencabuli Hak Kebebasan Berhimpun dan Kebebasan Berekspresi yang termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan.

"Penangkapan ini juga bercanggah dengan prinsip Hak Kebebasan Berhimpun yang terkandung dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 yang turut ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia," ujarnya dalam kenyataan bersama Pengerusi Gegar, Harieyadi Karmin kepada Harakahdaily.
 
Bahkan, beliau merujuk kepada Kes Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa berhubung perhimpunan Black 505 yang mana Mahkamah Rayuan pada 25 April lalu telah memutuskan bahawa hukuman denda RM10,000 yang dikenakan ke atasnya di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman adalah tidak sah.
 
Atas dasar itu, katanya Suaram dan Gegar melihat tangkapan yang dilakukan ke atas tiga orang aktivis ini adalah salah dan pihak polis perlu membebaskan mereka dengan segera.
 
Justeru, ujarnya Suaram dan Gegar menggesa orang ramai untuk turut menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Karamunsing di talian 088-242 111 untuk mendesak pembebasan tiga aktivis tersebut. - HARAKAHDAILY 27/4/2014

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved