10 di tawau - Google Blog Search |
Pasar Tanjung <b>Tawau</b> - MyTawau Komuniti Posted: 10 Dec 2012 11:56 AM PST Pasar Tanjung Tawau sememangnya menjadi lokasi tumpuan, lebih-lebih lagi di musim perayaan. Pasar bernilai RM 25 juta ini adalah pusat penjualan untuk segala macam keperluan harian kepada masyarakat Tawau dan pelancong yang datang berkunjung ke Pasar Tanjung Tawau. Menempatkan gerai-gerai menjual sayur-sayuran, barangan runcit, makanan kering, makanan ringan, buah-buahan, daging ayam dan lembu, Kosmetik kecantikan, pakaian, permainan kanak-kanak, kelengkapan dapur, telur ayam, dan banyak lagi. Semuanya boleh didapati di sini.Pasar ini ada 3 tingkat, Paling bawah menjual sayur-sayuran, buah-buahan, Keropok, daging ayam, daging lembu, telor, kopi segar, santan segar dan banyak lagi.Tingkat satu menjual makanan kering seperti ikan masin, sotong kering, udang kering, ikam bilis kering dan banyak lagi Tingkat dua menjual barangan kosmetik, jamu-jamu, pakaian, permainan kanak-kanak dan banyak lagi. Pejabat pentadbiran pasar, surau dan tandas juga di sediakan di sini. Ruang makan di tingkat paling atas tingkat tiga adalah sangat menarik kerana anda boleh melihat panorama seluruh bandar Tawau serta keindahan laut yang membiru dengan pelbagai kapal yang berulang alik di pelabuhan Tawau. |
You are subscribed to email updates from di tawau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |