ads

Ahad, 30 Disember 2012

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


160 PEMILIK SAWAH <b>DI KOTA BELUD</b> TERIMA NKEA - Malaysians <b>...</b>

Posted: 25 Dec 2012 01:55 AM PST


KOTA BELUD : Seramai 160 pemilik sawah di sini Isnin menerima insentif pengurusan berpusat Bidang Ekonomi Utama Negara (Pertanian) EPP 11 sebanyak RM809 seekar atau RM2,000 sehektar.
Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, berkata matlamat EPP 11 Kota Belud, yang dikendalikan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Belud, adalah untuk meningkatkan produktiviti penanaman padi dan dilaksanakan secara berperingkat.
"Peringkat pertama disasarkan bermula pada minggu ketiga bulan depan dengan keluasan 800 hektar melibatkan seramai 762 pemilik sawah di Kampung Taun Gusi Kerajangan, Taun Gusi Padang dan Jawi-Jawi (di Kota Belud).
"Pelaksanaannya sehingga 2020 yang menyasarkan keluasan sebanyak 5,000 hektar," katanya.
Yahya berkata kerajaan akan terus mencari kaedah dan pendekatan terbaik dan sesuai untuk membela nasib rakyat khususnya dalam meningkatkan taraf hidup dan sosio-ekonomi mereka. (Bernama)

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


persiapan rohani coy tatal keningau - perlayananku <b>di sipitang</b>

Posted: 04 Nov 2012 05:38 AM PST

shallome,














Tidak lama lagi belia menengah rendah seluruh keuskupan Keningau akan menyertai satu program yang julung kali diadakan dengan tema yang sama dengan SYD3 iaitu Colour of Youth, Program ini akan diadakan di KSFX keningau pada 13-16 November ini, dimana Paroki St Yohanes Pembaptis disertai oleh 18 Peserta. Oleh itu persiapan rohani peringkat keuskupan telah diadakan di Retret Tatal keningau dan saudara Jae,Leopard dan adik Tata telah mewakili SYPS untuk program persiapan rohani ini.

Yang melayani,

Mackenzie Banyeng
AJKPUBLISITI KBKSYPS

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


PEJABAT METEOROLOGI DITUBUHKAN <b>DI RANAU</b> ~ Macam Di KK

Posted: 02 Oct 2012 05:59 PM PDT

RANAU, Sabah (29 September 2012): Pejabat Meteorologi Ranau telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili hari ini yang membolehkan Jabatan Meteorologi memantau dan menentukan corak cuaca dan fenomena di kawasan pertanian yang berbukit di Sabah.

Dengan penubuhan pejabat tersebut, jabatan itu kini mempunyai stesen di pedalaman dan kawasan tanah tinggi Sabah serta berupaya memperluas rangkaian pejabat meteorologi untuk ramalan cuaca yang lebih tepat.

Pejabat ini bukan sahaja mengeluarkan ramalan cuaca bagi daerah Ranau tetapi turut meliputi daerah Kota Marudu (utara), Kota Belud (timur laut), Tuaran (barat), Tambunan (barat daya), Keningau (selatan), Tongod (tenggara) dan Beluran (timur).

"Untuk meningkatkan ketepatan ramalan cuaca, kita juga perlu memantau cuaca dan iklim di kawasan tanah tinggi. Kemudahan Meteorologi ini membolehkan kita memahami corak cuaca di Ranau serta mengenal pasti perubahan yang disebabkan oleh aktiviti pertanian berskala besar di kawasan tanah tinggi di sana," kata Datuk Seri Panglima Dr Maximus.

Stesen pencerapan di Pejabat Meteorologi Ranau juga dilengkapi dengan peralatan strong motion yang digunakan untuk mengesan gempa bumi di Ranau dan kawasan sekitarnya. Sabah juga mempunyai satu lagi stesen strong motion iaitu di Lembah Danum.

"Stesen strong motion adalah kritikal kerana gempa bumi dan tanah runtuh kebiasaannya berlaku di sepanjang garisan sesar yang aktif iaitu di Mensaban, Crocker, Tabin dan Lobou-Lobou yang terletak di Ranau / Kundasang," katanya lagi.

Kajian oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia yang dijalankan antara 2008 dan 2010 di Mensaban dan Lobou Lobou yang menggunakan teknologi Global Navigation Satellite System menunjukkan berlakunya pergerakan bumi berukuran antara beberapa milimeter hingga empat sentimeter.

"Satu kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan pergerakan bumi memerlukan pemerhatian dan kajian yang lebih lanjut iaitu selama lima tahun untuk mengenal pasti sama ada pergerakan yang berlaku tersebut berpunca daripada sesar aktif atau disebabkan oleh pergerakan permukaan tanah¬"

"Pergerakan bumi yang disebabkan oleh garis sesar yang aktif boleh mengakibatkan peningkatan dalam kekerapan gempa bumi sederhana manakala pergerakan permukaan boleh menyebabkan tanah runtuh. Kajian menyeluruh membolehkan kita menentukan tebatan yang sesuai dan langkah-langkah kawalan untuk mengurangkan kesan gempa bumi kepada aktiviti dan penduduk yang tinggal di kawasan Ranau dan Kundasang," katanya.

Pejabat Ranau ini juga berperanan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai peranan cuaca kepada kehidupan seharian dan boleh mengeluarkan data cuaca yang lebih mudah difahami kepada orang ramai. Ini termasuklah maklumat yang membolehkan pihak berkaitan menjalankan kajian bagi tujuan pertanian dan penternakan di Ranau.

Pejabat yang turut dilengkapi dengan kuarters untuk kakitangan ini menelan belanja sebanyak RM3.58 juta. Dengan terbinanya pejabat baru ini, Sabah kini mempunyai enam buah stesen meteorologi yang utama termasuklah di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Keningau dan Kudat.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, 14 buah pejabat / stesen meteorologi baru telah dibina dan tujuh yang sedia ada telah dinaik taraf dengan kos sebanyak RM35.1 juta. Daripada jumlah tersebut, RM10.6 juta telah dibelanjakan untuk menaik taraf stesen Tawau dan membina tiga pejabat / stesen baru iaitu di Keningau, Kudat dan Ranau, Sabah.

Menteri juga menyampaikan hamper yang berupa barang-barang keperluan asas dan makanan kepada 30 orang penerima yang dipilih daripada senarai Jabatan Kebajikan Masyarajat. Mereka terdiri daripada ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan di sekitar Ranau.

Berpesta Durian <b>Di Ranau</b>, Sabah - Ceritera Arni Ninie

Posted: 22 Dec 2012 08:40 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Sebelum sy buat tutorial mcmna cara saya design Header sy dengan cara sendiri...sy nak citer skit pasal Pesta Durian yang berlangsung di Ranau yesterday...Oleh kerana pada masa tu asik hujan jer...Operasi nak round ...

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Di mana Najib? Muhyiddin tiba <b>di Keningau</b> rasmi Kongres PBRS

Posted: 29 Dec 2012 04:30 PM PST


KENINGAU - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk merasmikan persidangan perwakilan ke-15 Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di Dewan Masyarakat Keningau, di sini.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman tiba di sini 10.40 pagi menaiki helikopter dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Muhyiddin, Musa dan Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup dijadual menghadiri menghadiri jamuan dalam suasana perayaan Krismas dan Tahun Baru di dewan itu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Keningau adalah sebuah pekan kecil di selatan Kota Kinabalu yang terletak di pinggir Banjaran Crocker.

Daerah yang terletak di kawasan pedalaman Sabah itu merupakan yang terbesar yang terletak kira-kira 128 kilometer dari Kota Kinabalu.

- BERNAMA

 Malaysia Chronicle

Gempa bumi lemah dikesan <b>di Keningau</b>

Posted: 03 Dec 2012 12:00 AM PST

KOTA KINABALU – Gempa bumi bermagnitud berukuran 3.0 pada skala Richter dikesan berlaku 11 kilometer dari timur Keningau pada pukul 11.16 pagi tadi.

Menurut kenyataan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, pusat gempa bumi terletak 5.3 darjah utara dan 116.3 darjah timur.

Gegaran dilapor dirasai berhampiran pusat gempa bumi tersebut berlaku.-Info Terkini@forblogger.net

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved